Tuesday, October 27, 2009

~Usia Hanya Nombor~~


Hari ni genap umur aku 25 tahun...hmm dah semakin bertambah usia aku...ramai yang mengatakan usiaku masih muda namun bagi diri aku sendiri, usia hanyalah nombor yang makin bertambah setiap tahun...ajal dan maut tak mengenal sama ada seseorang itu muda atau tua...setiap tahun apabila tarikh 27 Oktober menjelang, aku mula cuba mengingati apa yang telah berlaku dan apa yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku...mengingati semua dosa-dosa yang pernah aku buat...

Walau apa pun, untuk tahun ini aku bersyukur sebab masih berpeluang meraikan hari lahirku dengan suami tercinta walaupun berjauhan dengan keluarga...aku tak minta apa-apa pun dari suami pada tahun ini kerana tak nak menyusahkannya...aku cuma minta agar dia dapat menghabiskan masa dengan aku...apa pun aku gembira sangat sebab tepat jam 12 tengah malam 27 Oktober 2009, suamiku menjadi orang pertama yang wish selamat hari lahir pada aku...diiringi dengan nyanyian yang agak sumbang, (hehe...) dia membisikkan ke telingaku bahawa dia amat menyayangiku...hmm terasa bahagianya hidup ini...semua itu dah cukup bagi aku...aku tak perlukan barang yang mahal untuk membuktikan kasih dan sayang....

Angka 25 ini aku harap menjadi satu angka yang bakal memberi sinar dalam kehidupanku dengan suami...aku berharap impian kami berdua untuk mendapat anak tercapai pada usia ini...aku juga berharap rumahtangga yang kami bina lebih setahun ini kekal hingga ke akhir hayat...apa yang pasti jika diizinkan Allah, aku ingin menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke-26 di sisi suami dan anak tercinta...InsyaAllah...dan aku akan sentiasa mengingatkan diriku bahawa usia hanyalah nombor...sentiasalah mengingati kematian...

Tuesday, October 20, 2009

~Ends Of Eid...~

Hari Raya Aidilfitri dah pun sampai ke penghujungnya...tapi di sana sini orang masih buat rumah terbuka...hmm memang best sebab dapat berkumpul ramai-ramai sambil makan ketupat or lemang...tapi amat-amatlah memenatkan...yelah bayangkan dalam sehari ada sampai 3 buah rumah buat open house...kalau tak pegi nanti apa pulak orang cakap kan...so kenala gagahkan diri gak...

Bercerita tentang rumah terbuka ni, pada 19 Oktober 2009, sekolah aku telah membuat Jamuan Hari Raya dan digabungkan sekali dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang disempurnakan oleh YB Dato' Hj Wan Rosdy bin Hj Wan Ismail (DUN Jelai)...penerima bantuan ni pula kebanyakannya pelajar asli atau cikgu-cikgu di sekolah ni gelarkan pelajar 'ori'...hehe...so ramailah parents asli yang datang...aku bukannya nak ceritakan tentang majlis penyerahan bantuan tu tapi tentang gelagat parents pelajar 'ori' ni yang amat teruja melihat makanan yang banyak di depan mata...mereka berebut-rebut untuk ambil makanan seolah-olah tak ada hari esok....mula-mula aku tengok rasa kesian sangat...tapi bila mereka mula ambil makanan dengan menggunakan tangan...diulangi,dengan menggunakan tangan (yang agak hitam dan kotor), aku dan cikgu-cikgu lain berpandangan sesama sendiri dan ada cikgu yang tak sanggup lihat keadaan itu terus pergi ke tempat lain...aku yang pada mulanya tersangatlah lapar, mula rasa kembang tekak...terus hilang selera...hmm apa yang boleh dibuat, cara mereka memang begitu...mereka amat suka makan higgakan ada yang menambah 2,3 kali...yang akhirnya membuatkan ada antara cikgu yang tak dapat makan kerana kehabisan makanan...tak ada rezeki...mujurlah banyak lagi makanan untuk VIP yang tidak habis...kalau ada rezeki tak ke mana...

Sejujurnya, aku rasa amat kesian melihat pelajar-pelajar 'ori' yang betul-betul ingin belajar tetapi berasa rendah diri dengan kekurangan yang dimiliki...aku berharap bantuan KWAPM itu dapat dirasai oleh mereka dan bukannya untuk dijoli oleh ibu bapa mereka...hanya mereka yang berpendapatan perkapita di bawah RM150 sebulan yang layak menerima bantuan KWAPM...dan mereka menerima sebanyak RM900 setahun...tapi aku lihat handphone mereka lebih canggih daripada aku...tak apalah, rezeki mereka...

Monday, October 12, 2009

~Mampukah Aku?~

Mampukah aku bertahan sebagai cikgu? itulah persoalan yang sering bermain dalam kotak fikiran aku sejak kebelakangan ni...tak tahulah kenapa aku berfikir macam tu...adakah kerana aku tak berminat dengan apa yang aku buat sekarang ni? atau aku dah mula muak dan bosan dengan kerjaya aku? apa yang pasti aku sendiri pun tak tahu...kadang-kadang aku rasa amat stress dengan kerja-kerja yang tak pernah habis...dan aku juga sebenarnya stress dengan 'seseorang' yang asyik mengganggu privasi aku...'seseorang' itu begitu sinonim dengan kerjaya aku sebagai kaunselor...aku nak larikan diri dari 'dia' tapi bagaimana caranya? 'dia' tanpa jemu terus menerus cuba untuk masuk ke dalam jiwa aku...tapi tak mungkin aku izinkan...Ya Allah!tolonglah hamba-Mu ini...kuatkan iman aku agar tak hanyut ke lembah kehinaan...

Aku masih mencuba sedaya upaya aku untuk mencintai kerjaya aku sekarang ni...aku pernah terfikir mungkin tempat aku bukan di sini...tapi di mana?di mana-mana saja tetap ada halangan dan cabarannya...aku tau aku yang perlu sesuaikan diri dengan keadaan bukan keadaan yang perlu berubah untuk aku...kadang-kadang aku terfikir yang jiwa aku lebih sesuai untuk bekerja dengan data berbanding manusia...aku benar-benar sedang mempertaruhkan masa depan aku...apa yang pasti aku sentiasa mengingatkan diri aku,hanya aku yang boleh mengubah diri aku dan bukannya orang lain...kalau baik yang aku pilih maka baiklah jadinya...begitu juga sebaliknya...

Walau apa pun yang aku katakan sekarang ni tetap takkan mengubah apa yang telah berlaku dan telah ditakdirkan untuk aku...memang bukan niat aku untuk mengubah takdir tapi aku hanya ingin meluahkan dan berkongsi kepada sesiapa yang sudi membaca...aku kini redha dan akan cuba memperbaiki diri aku...mungkin tahun pertama ini agak mencabar bagi orang baru seperti aku...yang pasti aku perlu teruskan hidup dan mulakan hari esok lebih baik dari hari ini...insyaAllah...

Wednesday, October 7, 2009

~My Idol~

Aku yakin semua orang mesti ada idola masing-masing kan...sebagai cikgu, aku pun ada idola aku sendiri...siapa?jeng jeng jeng...my luvly hubby...mesti orang menyampah kan...haha...tapi aku ada alasan yang kukuh kenapa suami yang jadi idola aku...firstly, dah tentu kerana dia pun cikgu gak...BUT dia bukan sebarangan cikgu...bukan nak memuji suami sendiri tapi aku memang yakin dia bukan cikgu biasa...adakah dia sebenarnya Spiderman?atau Batman?haha...semuanya bukan...secara peribadi apa yang aku nampak dia adalah seorang cikgu yang ada cara dan pendekatan sendiri untuk mendidik pelajar...kalau tak takkan sampai Pengetua pun puji cara dia mengajar kan...dia lebih banyak memberikan contoh untuk bagi pelajar lebih faham apa yang dia ajar...kadang-kadang aku sengaja bagi 1 topik untuk dibahaskan dan jujurnya aku amat kagum dengan setiap hujah yang dikeluarkan...semuanya ikhlas dan spontan...jika dia berkumpul dengan adik-beradiknya yang lain, apa yang aku perhatikan dia antara yang lebih banyak mendengar dan akan bersuara apabila telah yakin dengan kebenaran hujahnya...dia akan menilai terlebih dahulu semua hujahan yang dikeluarkan orang sekeliling sebelum memulakan hujahnya...ya berfikir sebelum bercakap...bijak...

Tapi mesti semua terkejut kalau aku cakap yang aku amat jarang memuji dia...begitu juga dia...aku rasa kami tak memerlukan pujian untuk menunjukkan rasa sayang...kadangkala aku sangat terasa nak memuji dia tapi tak terluah...semuanya sebab EGO...aku hanya taknak dia berasa terlalu selamat di sisi aku...aku lebih suka kalau dia tertanya-tanya tentang perasaan aku pada dia...apa pun aku amat yakin yang dia tahu bahawa aku terlalu menyayangi dan mencintai dia sepenuh jiwa dan raga...dia adalah suami yang paling terbaik yang dianugerahkan untuk aku...aku amat bersyukur dijodohkan dengan dia...

p/s : Dia dalam cerita di atas adalah Mohd. Zaimi bin Zainal (my luvly husband)...

~Selamat Pagi Cikgu..~

Selamat Pagi Cikgu!!! Tu antara ayat yang sering aku dengar sejak bergelar cikgu ni...kadang-kadang sampai kat luar sekolah pun ada student or makcik-makcik yang sapa aku camtu...memang betul la cakap orang, gelaran cikgu ni akan dibawa sampai ke mati...dah mati pun orang akan gelar arwah cikgu...cikgu juga cukup dihormati oleh orang sekeliling...sebab tulah setiap pergerakan cikgu ni perlu ada kawalan dan batasan...sebab orang akan menilai...disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga...kadang-kadang ada juga rasa rimas sebab kena control semuanya...tapi lama-lama dah jadi sebati dengan diri aku...lebih-lebih lagi bersuamikan seorang cikgu juga...

Aku yakin ramai kawan-kawan dan family aku yang tak tahu sebenarnya minat aku bukan ke arah kerjaya sekarang ni...aku lebih suka bekerja dengan data berbanding manusia...aku tak kisah menghadap pc or laptop berjam-jam lamanya...aku tak kisah membuat kerja rutin berbanding perlu merancang apa yang nak dibuat tiap hari...masa mula-mula dapat tawaran ke UPSI dulu pun aku langsung tak teruja...tapi bila aku tengok wajah emak dan ayah aku yang sangat suka anaknya bergelar guru, maka aku kuatkan hati...tahun pertama amat sukar bagi aku...semuanya serba tak kena...pernah terfikir untuk berhenti tapi wajah emak ayah terbayang dalam kepala...Nop!! aku tak boleh give up!! aku mesti gembirakan orang tua aku... dan Alhamdulillah berkat doa emak dan ayah, aku berjaya menggenggam segulung ijazah dan bergelar Cikgu Nooradila...

p/s : apa yang terbaik bagi emak dan ayah adalah yang terbaik bagi kita sebagai anak...

~Student Rilek, Cikgu Berdebar...~

Hari ni PMR dah pun bermula...aku tengok student rilek je...cikgu plak yang berdebar lain macam...biasalah tu kan...kalau result down, mesti cikgu yang kena menjawab...bukan budak-budak tu...tapi aku tengok ada 1 budaya yang masih tak berubah sejak zaman aku sekolah dulu...iaitu study last minute...hmm bila dah jadi cikgu ni baru aku faham kenapa cikgu-cikgu aku dulu tak pernah jemu suruh aku belajar dari awal lagi...sebab sekarang ni bila aku tengok student last minute baru sibuk nak study, aku jadi takut...takut sangat apa yang akan jadi dengan masa depan mereka...lebih-lebih lagi sekolah aku ni ramai pelajar asli...takut sangat kalau mereka tak dapat tempat di mana-mana IPTA/S disebabkan result yang kurang baik...aku yakin semua cikgu kat sekolah aku ni dah sedaya upaya cuba membantu student felda kat sini...tapi yelah kalau orang lain yang berlebih-lebih sedangkan tuan empunya diri buat 'dekk' je pun tak guna gak kan...semuanya terpulang pada diri sendiri sama ada nak berjaya atau tak...cikgu cuma membantu mendidik je...tepuk dada, tanya iman...

PMR juga mengingatkan aku pada kenangan lama...semasa aku di SMK Tinggi Kluang, Johor...walaupun kenangan tu dah semakin pudar tapi aku masih ingat apa yang aku rasa semasa menjawab PMR...tekanan dari keluarga dan cikgu buat aku semakin bermotivasi untuk berjaya...dan Alhamdulillah aku mendapat keputusan yang agak baik walaupun bukan straight A...aku juga rasa patut berterima kasih dengan kawan aku Ina yang buat aku rasa tercabar sebab tiap hari dia menghadap buku latihan Matematik tak kira masa...pada waktu itulah aku mula sedar dan ikut cara dia dengan membuat latihan Matematik tiap hari....kami juga bersaing untuk menyiapkan 1 buku latihan itu...dan hasilnya aku yang sebelum tu asyik failed ujian Matematik, mendapat A dalam PMR...Alhamdulillah...

p/s : jangan dengki dengan kawan yang rajin buat latihan, tapi ikut dan bersainglah dengan dia...

Tuesday, October 6, 2009

Finally...I'm Blogger

Hmm...akhirnya terpengaruh gak aku dengan Meq yang beria-ia ajak aku berblogging...anyway, thanx Meq coz membawa aku ke dunia baru...hehehe...for the first time, aku hanya nak mencuba posting benda-benda yang merepek je...don't have any ideas...sementara menanti jam berdetik ke angka 2.40 pm, maka aku akan cuba explore seberapa dalam yang boleh...hmm sebelum ni ingatkan leceh sangat nak buat blog ni...tapi bila dah buat senang je rupanya...betul cakap kau Meq...thanx again...maybe aku di antara orang yang paling buta IT sebab baru mula buat blog sendiri...orang lain dah sampai ke bulan tapi aku masih di awangan lagi...haha...tapi kira okla kan ada kat awangan daripada duk bawah tanah...aku bukan apa cuma malas je nak memulakan sebab nanti susah plak nak berhenti...paham-paham jela kalau dah mengadap laptop...kang ada suami orang yang tak makan nanti...tapi bak kata Meq, sekali sekala jela menulis dalam blog ni...bukan 24 jam...betulll.....so aku rasa tak salah kita mencuba dan berkongsi cerita dengan kawan-kawan...selamat berblogging...
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat