Tuesday, March 30, 2010

~ Siapakah UJANG??~


UJANG???


siapakah beliau...???



adakah beliau seketul monyet...??? atau adakah setandan kambing yang malas mandi pagi...??? atau adakah beliau jiran sebelah rumah mak tiri belah laki pakcik sedara dia...????




SALAH..!! SALAH..!! SALAH..!!



UJANG merupakan sebuah majalah lawak antarabangsa (omputih baca ke...???) yang boleh dikatakan agak popular di dalam Malaysia ni....




apa yang bestnya tentang UJANG ni???



UJANG ni sangat best sebab lawaknya yang agak ganas dan keterlaluan, yang mampu membuatkan segala urat dan sendi dalam badan kita tergeliat....


ditambah dengan watak-watak dalam majalah tersebut seperti Incek Kordi dan lembu kesayangan beliau yang diberi nama BELIAU, Incek Gundala yang suka mengembangkan hidung dan kuat makan nak mampus, Incek Mat Despatch yang suka membuli bosnya (2 hengget), Incek Tandoori Payat dengan moto Harley Davidsonnya (kegemaran ciput) dan sebagainya....(lupe lak)...



dulu memang aku tak pernah miss membeli majalah kesukaan ramai ni....namun sejak masuk ke universiti, aku semakin melupakan beliau....beliau merajuk....erkkk apakah..????


:P



beliau tak merajuk pun....cuma aku je yang merajuk kerana harga majalah ni makin mahal....dulu suma RM3.50 je tapi sekarang dah menjangkau RM4.90....(mahal ke???)




namun sejak akhir-akhir ni kawan-kawanku mula mengingatkan semula tentang lawak-lawak dalam majalah ni....aku terus merindui beliau....maka semasa aku mengikuti lawatan ke Pesta Buku di PWTC, aku telah ternampak booth MOY Publications yang mana aku tau mereka lah yang menerbitkan majalah kegemaran aku ni....



tanpa menoleh kiri dan kanan, aku terus ke booth tersebut hingga tanpa sedar aku telah memijak beberapa buah kaki orang lain....(ada kak esah kisah...????)



dan akhirnya aku telah berjaya mendapatkan majalah UJANG dengan harga yang sangat murah...(RM5 dapat 2 majalah, 1 vcd dan 1 goodie bag)....



dan dengan gelojohnya sampai-sampai saja di rumah, tanpa mandi terlebih dulu aku terus membaca majalah itu....dan mula ketawa macam orang gila hingga tergeliat urat kentut....hahahaha....sampai sekarang aku masih ketawa lagi.....hahahaha....



hilang sudah rindu aku pada beliau....lepas ni bila ternampak majalah UJANG aku akan terus beli tanpa toleh kiri dan kanan lagi dan terus memijak kaki orang lagi.....hehehehe....



ITULAH KE'BEST'AN MAJALAH UJANG INI....


BEST TAK???



* actually aku suke kartun yang dilukis oleh Lalang....lawak tak hengat....cume kartun dia takde trademark....silala cari di kedai yang berhampiran...(termasuk kedai beskal dan kedai gas)




Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat