Thursday, January 19, 2012

Petua Ustaz Daud Che Ngah

Salam Khamis kawan-kawan. =)



Dalam entri sebelum ni aku ada bagitau yang sekarang ni aku tengah amalkan satu petua dari sorang ustaz kan. ok nama ustaz tu Ustaz Daud Che Ngah. ustaz ni kawan aku jumpa masa dia ke Makkah hujung tahun lepas. memang sebelum dia ke sana aku dah pesan minta dia doakan aku depan Kaabah semoga cepat dapat zuriat. tah macam mana boleh terkeluar topik tu masa dia borak dengan ustaz ni. so hari ni aku nak share petua ni buat kawan-kawan yang senasib dengan aku. mana tau ada rezeki untuk kita. Insyaallah.



Ok, aku mulakan dengan bahan-bahannya dulu. kebanyakan bahannya hanya boleh dijumpai di Makkah dan Madinah saja. jadi kalo ada sedara-mara yang nak ke sana tu bolehlah kirim.





Buah zuriat. ni rasanya semua kenal kot. kat Malaysia pun dah banyak orang jual.





Serbuk Pollen Buah Kurma. yang ni rasa macam pernah ternampak kat Malaysia tapi tak pastilah. boleh cuba cari.





Susu segar. Aku pilih jenama Goodday sebab jenama lain kebanyakannya dah dicampur dengan perasa vanilla. yang ni macam original sikit.






Kurma Lubana. dalam gambar ni aku tak pasti yang mana satu. try google tak dapat. apa yang pasti kurma ni memang bagus untuk perempuan. warna kekuningan dan agak keras. susah nak jumpa kat sini.






Madu Asli.






Habbatus Sauda. macam biji jintan manis. tapi rasanya tawar.






Daun zuriat. yang ni rasanya takde kat sini. dia dijual dalam bentuk bungkusan kecil.






Akar Kacip Fatimah. kat sini banyak kot.




Ok, tu saja bahan-bahannya. turutannya dan berterabur. maklumlah semuanya aku cilok dari google. sekarang aku nak terangkan cara untuk mengamalkannya ye. cepat salin.



Step 1

Setiap pagi makan 7 biji kurma lubana bersama dengan segelas susu segar.



Step 2

Rebuskan satu akar kacip fatimah, setengah paket daun zuriat dan sebiji buah zuriat (yang dah dibelah dan hanya rebus isinya yang putih macam isi kelapa). rebus sampai agak-agak warna air dah keperangan macam air teh pekat. minum segelas air rebusan itu.


* Bahan rebusan boleh digunapakai secara berulang sepanjang 7 hari. hanya tambahkan air dan panaskan.


Step 3

Makan satu sudu madu asli dicampur dengan setengah sudu habbatus sauda dan setengah sudu teh serbuk pollen buah kurma. jangan minum apa-apa air dalam masa 10 minit selepas langkah 3 ni.




Ok itu saja cara-cara makannya. mudah dan cepat. cuma nak telan tulah kena kuat semangat. hehe. oopppssss! nanti dulu. bukan setakat makan dan minum semua yang di atas ni saja. ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk keberkesanan petua ni.



Syarat-syaratnya :

1. Mula diamalkan setelah habis haid/period selama 7 hari berturut-turut.

2. Elak 'bersama' dengan pasangan sepanjang mengamalkan petua ni.

3. Suami dan isteri kena amalkan petua ni. bukan hanya isteri seorang.

4. Boleh 'bersama' dengan pasangan pada malam kelapan hingga seterusnya dan pastikan suami mencapai klimaks dahulu.

5. Jangan berhenti berdoa untuk mendapatkan zuriat setiap selepas Solat. antara doa yang boleh diamalkan " Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (keturunan) yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima doa".



Ok, rasanya dah takde apa yang tertinggal. harapnya petua ni dapat membantu rakan-rakan yang lain. semoga apa yang kita hajati akan dimakbulkan oleh Allah. yang penting jangan sesekali berputus asa dengan-Nya. Insyaallah.




Wednesday, January 18, 2012

Usaha + Doa = Tawakal + Redha

Salam. morning kawan-kawan. semoga hari ini lebih baik dari semalam. =)



Seperti yang dijanjikan aku akan sambung cite dari entri-entri yang lepas. benda ni aku dah fikir masak-masak sama ada nak share dalam blog or tak. sebab pada sesetengah orang hal-hal camni agak sensitif kan. tapi bila aku fikir sedalam-dalamnya, aku ambil keputusan nak share dengan kawan-kawan yang senasib dengan aku. yela walaupun aku tak dapat membantu lebih-lebih tapi cukuplah sekadar pengalaman aku ni digunakan untuk diri korang gak. harap-harap membantulah. =)



Ok, entri sebelum ni Dr. Luckmal suggest aku dengan hubby buat IUI memandangkan tiub fallopio aku normal dan ada 2 biji telur yang matang. aku tanya berapa kosnya. tak mahal. dalam lingkungan RM5++ saja. so aku dengan hubby pun setuju. masa sekarang ni aku dah tak fikir sangat bab duit. fikir nak anak je. aku dengan hubby dah nekad akan berkorban apa saja untuk anugerah yang satu tu.



Bila aku dah setuju Dr. Luckmal pun call kawan dia di Mahkota Medical Centre di Melaka untuk set appointment. aiseymen kena pegi Melaka plak ke. ingatkan buat kat Kluang je. tapi takpelah. memandangkan time tu cuti lagi so takde masalah.



Sebelum balik aku diberikan 1 syringe yang berisi cecair untuk pecahkan telur pada waktu yang sepatutnya. cecair ni aku kena suntik sendiri kat rumah malam tu. berdebar gaklah nak buat kan. biasanya dokter yang cucuk tapi yang ni kena cucuk sendiri plak. dokter bagitau boleh pilih nak cucuk kat lengan, perut or punggung. yang penting tempat tu banyak lemak. aku pilih perutlah sebab situ tempat lemak membiak dengan jayanya. hahaha. lengan aku halus sangat.



So malam tu aku mintak hubby yang bagi injection kat perut. caranya aku kena kepitkan bahagian lemak kat area pusat dengan tangan dan inject di bahagian tu. hmmm tak rasa apa-apa pun. lagipun syringe tu comel je. ok setel bahagian tu.



Selang 2 hari kemudian aku gerak ke Melaka. risau gak aku kalo tak jumpa hospital tu. tapi akak aku cakap betul-betul kat tengah Banda Hilir. actually malam sebelum tu lagi aku dengan hubby dah gerak ke Melaka. sebab nak survey tempat dulu. kalo pegi pagi tu kelam-kabut plak. bila dah jumpa kitorang cari hotel nak stay malam tu. sebab esoknya pagi-pagi pukul 8 dah kena daftar.



Esoknya sebelum sarapan lagi kitorang dah gerak ke Mahkota Medical Centre. masa ni nak makan pun dah tak lalu. berdebar sepanjang masa. masuk je terus register. bayar RM8. then terus naik ke bilik Dr. Saifuddin. tingkat berapa dah lupa. cantik gak hospital ni. tenang je. tak ramai sangat orang memandangkan hari aku pegi tu hari bekerja.



Sampai ke bilik dokter tu takde patient pun. kena isi maklumat segala bagai then tunggu dokter. dokter masuk pukul 9 pagi. tak lama pun tunggu. jumpa dokter, blablabla, then dia suruh masuk 1 bilik ni. kat pintu tulis IVF room. ohhh tempat buat IVF rupanya. kat dinding penuh dengan gambar baby yang dah berjaya dilahirkan melalui prosedur IUI dan IVF oleh hospital tu. hmmm nampaknya macam ada peluang yang tinggi.



Lama gak tunggu kat situ. belum dapat apa-apa arahan dari nurse. tak lama pastu nurse panggil. dia bagi 1 botol kecik pada hubby. tujuannya hubby kena bagi sampel semen untuk digunakan dalam IUI nanti. korang paham-pahamlah sendiri ye. malas aku nak explain lelebih. huhu.



Pas dah setel semua, nurse suruh kitorang datang semula pukul 12 tengahari. masa tu jam dalam pukul 11. so kitorang turun pegi cafe untuk makan. masa ni nampak ramai student pelatih dari kolej-kolej jururawat yang buat praktikal kat hospital ni. comel-comel semuanya. ohhh rindu masa belajar. huhuhu.



Dalam pukul 12 kitorang naik balik. masa ni aku tak dibenarkan buang air lagi. kena banyak minum air suam. tapi dalam pukul 12.15 camtu aku dah tak tahan sangat nak terkencing. ahh lantaklah! aku masuk je toilet. kuar-kuar je kena sound dengan nurse. hahaha. aku ni bukan boleh minum air banyak sikit. cepat je bocor. pastu aku minum air lagi sikit-sikit. nurse tu bagitau kena tunggu aku rasa nak terkencing baru boleh mulakan prosedur tu. sebab ianya lebih memudahkan. ohhh camtu.



Dalam pukul 12.30 aku rasa nak terkencing lagi. adoii sabo jela. then aku bagitau nurse aku dah tak tahan sangat nak terkencing ni. then nurse pun cakap 'ok, kita boleh mulakan.' aku masuk 1 bilik, baring atas katil. masa ni berdebar tak ingatlah. rasanya baru je aku baring tetiba aku tengok dokter dah ada kat sebelah. aikk cepatnya. tapi baguslah setelkan cepat sebab aku dah tak tahan nak terkucil.



Posisi aku baring dengan bantal kat punggung, kaki dilipatkan. kiranya lutut kat ataslah. then dokter masukkan alat yang biasanya orang panggil muncung itik. orang cakap sakit masa masukkan benda ni. tapi aku rasa biasa-biasa je. rasa nak terkencing tu lebih kuat dari rasa sakit kot. cuma terkejut sikit sebab benda tu sejuk. dah namanya besi. masa ni aku risau gak janganlah sampai aku terkencing kat sini. huhuhu.



Then aku dengar dokter cakap, 'ok, very good.' tah apa yang bagus pun aku tak tau. bukan aku nampak pun. kat kiri kanan aku ada 2 orang nurse jaga. tak lama pastu aku dengar dokter cakap 'ok, saya akan masukkan tiub ni ye. rileks saja. tak sakit.' aku cuba nak rileks tapi makin kuat plak aku rasa bunyi jantung aku ni. sampai bergegar badan. pastu dokter cakap lagi ' ok saya akan suntik ye. selawat dan doa banyak-banyak.' masa ni ada rasa sedikit terharu. aku pun selawat dan doa semoga apa yang diusahakan kali ni berjaya.



Then dokter bagitau 'ok dah siap'. i was like 'haa? dah siap?? apsal aku tak rasa apa-apa pun???' serius aku tak rasa pun masa dia masukkan tiub tu. cuma masa dia tarik keluar tu ada rasa sikit tapi tak kuatlah. masa tu dah boleh tersenyum. cuma aku tak boleh bangun lagi. kena rest dalam 30 minit. harap-harap dapatlah aku tahan dari terkucil atas katil ni. huhuh.



Lepas 30 minit aku dibenarkan buang air. ahhhh lega ko! aku keluar tengok hubby dan mengantuk tunggu aku. hubby setelkan semua bil. aku kira-kira prosedur termasuk ubat dalam RM5++ seperti yang dibagitau sebelum ni. pastu kitorang terus gerak balik Kluang. dalam kete aku baringkan seat konon nak bagi proses persenyawaan terjadi dengan lancar. hahaha.



Aku dibekalkan dengan ubat Duphaston. kata dokter ubat tu untuk buat rahim jadi melekit dan memudahkan telur yang dah disenyawakan melekat kat situ. ohhh gitu. aku makan untuk tempoh 14 hari. kalo ikutkan aku kena datang semula lepas 14 hari tapi dokter cakap kalo tak datang pun takpe. dia bagitau kalo still tak period lagi pegi ke klinik untuk buat pregnancy test. ok!



Sebenarnya aku agak ralat sikit sebab keesokan harinya aku kena berjalan jauh plak. nak taknak aku kena gak pegi ikut hantar adik aku yang dapat tawaran belajar kat Politeknik Seberang Perai, Penang. sepatutnya aku kena berehat. tapi disebabkan tak muat 1 kereta, aku dengan hubby kena ikut hantar gak. masa ni aku tawakal jelah. aku doa banyak-banyak supaya perjalanan yang jauh ni tak mengganggu usaha aku.



Tapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan. usaha aku kali ni gagal. tapi aku tak menangis! ye memang aku tak menangis. kenapa? sebab aku tau semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Allah takkan menguji hambaNya lebih dari yang kita mampu. aku tetap yakin pada Dia dan takkan sesekali menyalahkan takdir. Alhamdulillah suami pun redha dengan semua ni. dialah orang yang paling banyak beri semangat pada aku untuk terima dengan qada' dan qadar.



Mungkin dah tertulis di Luh Mahfuz sekarang belum tiba masanya lagi. mungkin masih sangat sedikit usaha yang aku lakukan selama ni. mungkin pada hakikatnya aku masih lagi belum bersedia dari segi fizikal dan mental. who knows? hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. aku redha dan aku takkan sesekali berhenti berusaha.



Insyaallah jika ada rezeki lagi mungkin aku akan jalani lagi sekali proses ni. bagi kawan-kawan yang senasib dengan aku, aku syorkan cubalah cara ni. Insyaallah kalo korang takde masalah dan pasangan korang juga normal, mungkin akan berjaya. jangan takut untuk mencuba. mungkin ada rezeki untuk kita nanti. Insyaallah.



Sekarang ni aku tengah mengamalkan satu petua yang aku dapat dari seorang ustaz ni. tu pun kawan aku yang terjumpa masa dia di Makkah baru-baru ni. bagi aku selagi ianya tak memudaratkan memang aku akan buat. tapi yang logik jelah. kalo ada orang bagi petua suruh minum air longkang takkan ko nak buat gak kan. hahahah.



Insyaallah kalo ada kesempatan nanti aku akan share dalam blog ni ye. mohon kawan-kawan yang jenguk blog ni doakan kami dikurniakan baby secepat yang mungkin. aku juga tak pernah lupa mendoakan kalian. Insyaallah. sampai jumpa lagi. =)



Tuesday, January 17, 2012

First Surgery Part 2

Sambungan First Surgery Part 1



Nampaknya entri sebelum ni mendapat sambutan hangat. tak sangka u. hehehe. mesti ada yang panas hati je tengah syok-syok baca pastu sambung episod lain plak kan. sabar ye.



Ok, sambung.



Sebelum aku pengsan tu pakar bius ada terangkan pasal prosedur yang dia akan buat masa aku tidur nanti. dia bagitau lebih kurang camnilah, 'bila awak tidur nanti saya akan masukkan 1 tiub dalam tekak awak untuk bagi oksigen. tu alat bantuan pernafasan. then bila dah siap saya akan kejut awak. selagi awak tak buka mata saya takkan cabut tiub tu. maybe awak akan struggle sikit masa saya tarik tiub tu. ok?'



I was like, 'what? sooooo scaryyyy.' sempat lagi fikir, 'alamak, macam mana kalo aku tak sedar, macam mana kalo aku lemas nanti, macam manaaaaa????' masa tu takkan ko nak lari keluar bilik bedah tu kan. nak taknak terima jela.



Aku tersedar masa tu aku rasa katil aku tengah ditolak masuk balik dalam wad. masa ni memang tengah mamai gila. ternampak samar-samar muka hubby kat sebelah. yang pasti, jelas dan nyata aku dengar masa tu hubby cakap, 'nak ambil gambarlah'. dushhh! nasib baik tangan aku tak kuat nak tumbuk dia. hahahaha. sempat lagi dia nak ambil gambar aku tengah macam orang mabuk camtu.



Pastu slowly aku mula sedar. masa ni aku tak fikir langsung nak cek kat mana dokter operate. aku bayangkan dia cuma masukkan alat scan tu melalui bawah. tapi aku rasa sakit kat bahagian perut. aku fikir maybe kesan daripada dokter jolok kot. aku cuba nak bercakap dengan hubby. tapi apa aku cakap pun aku tak paham. hubby lagilah. boleh dibantainya gelak. sabo jelah.



Masa ni cuma hubby yang temankan aku. family aku yang lain kat rumah. aku pun bagitau diorang yang ni cuma minor operation. sebab tu diorang pun rilek je. kalo major operation sekalipun kalo boleh aku taknak bagitau mak ayah aku. taknak diorang risau. sedangkan aku buat ni pun dia dah bising-bising.



Dalam 30 minit after operation aku dah mula rasa segar. tapi kepala masih berpusing. nurse cakap tu kesan daripada ubat bius. aku akan rasa mual nak muntah. memang betul. tak lama pastu tetiba je rasa nak bluwekk. tak sempat tadah apa-apa. aku muntah kat tepi katil. air je yang keluar. sebab dari tengah malam aku kena puasa.



Lepas dari tu beberapa kali muntah. tapi muntah angin je. perut lapar tapi nurse tak bagi makan lagi. takut muntah makin teruk. nurse suruh hubby balik dulu sebab nak bagi aku rehat. kalo aku tak ok hari ni aku tak boleh discharge. no no! aku nak balik gak. taknak tido wad. so aku suruh hubby balik and bagitau family aku.



Aku cuba nak tido tapi tak boleh. rasa sakit kat perut makin kuat. berdenyut-denyut. maybe ubat bius dah habis. lama sangat terlentang buat pinggang aku sakit. aku gagahkan gak badan nak mengiring. tu pun tak boleh lama. semua serba tak kena. dahlah tak boleh letak bantal kat kepala. aku curi-curi letak pun kena tegur dengan nurse. katanya pas operate tak boleh pakai bantal. yeke?



Jap-jap loya. jap-jap muntah. camnelah aku boleh tido kan. memang azab betul rasanya. tiba-tiba rasa nak terkencing. alamak camno ni? aku tekan button panggil nurse. nurse papah aku masuk toilet. nasib baik toilet sebelah katil je. masa ni dah takde rasa malu dah dengan nurse tu. rasa sakit je. masa kencing adoiii pedih. aku tanya nurse kenapa pedih. dia cakap masa operate memang dokter masukkan tiub kat saluran kencing. mak aihhh! ngeri plak dengar.



Dalam pukul 2 petang camtu hubby datang. ingatkan dia sorang je. rupanya family aku pun ada sekali. mak aku terkejut sebab tengok aku macam teruk sangat. mak aku tanya kat mana operate? entah! aku tak tau. mak aku pun selak-selak baju aku. ohhh kat bawah pusat ni haaa. ada 2 tebuk. aku macam 'haaa? kena tebuk ke? dokter tak cakap pun.' then aku raba-raba kesan operate yang dah diplaster tu. hmmm patutlah berdenyut-denyut. ingatkan takde tebuk.



Family aku jenguk jap je sebab diorang nak pegi kenduri kawin kawan ayah aku. so hubby yang teman aku. muntah masih tak stop lagi even muntah angin je. hubby siap bawak roti, air segala bagai. tapi aku tak berani nak makan. lastly ada sorang nurse ni macam marah aku sebab aku tak tido. patutnya lepas operation kena rehat dan tido. nak tido camne dik non oiii. dengan sakitnya, dengan loyanya. adoiyaiii!



Aku paksa-paksa gaklah mata bagi pejam. dapatlah tido beberapa minit. dalam pukul 4 petang family aku datang lagi. baru balik kenduri kawin. dalam 15 minit je pastu diorang balik. masa ni hubby dah sibuk tanya nurse bila boleh discharge. nurse kata apa-apa hal kena tunggu dokter dulu. kalo keadaan still teruk aku memang tak boleh balik.



Bila aku asyik muntah nurse masukkan ubat tahan muntah. ingatkan dah nama ubat tahan muntah takdelah aku muntah lagi kan. rupanya sama je. kali ni bukan muntah sebab ubat bius tapi sebab perut dah masuk angin. dalam pukul 5 lebih camtu aku salin baju. padahal dokter tak datang cek lagi. tapi aku rasa macam dah segar.



Hubby siap pesan lagi. 'nanti kalo dokter datang cek sayang buat muka segar tau. jangan buat muka sakit. kang tak boleh balik.' hahahaha. nak gelak tapi kena cover sebab sakit perut. hampir-hampir Dr. Luckmal nak datang aku muntah buat kali terakhir. kali ni kuar air kuning pahit. rupanya tu ubat tahan muntah yang nurse masukkan dalam tangan aku tadi. nasib baik dokter takde lagi. kalo tak mesti tak bagi balik.



Masa dia datang cek aku dah duduk kat tepi katil. nampak sangat tak sabar nak balik. dokter macam ' eh, awak dah ok ke? dah kuat? kalo tak kuat lagi tak boleh balik ye.' aku pun ' saya dah ok dokter. dah tak muntah dah.' padahal kalo dia dekat dengan aku confirm boleh bau muntah. hahahaha.



Then dokter proceed bagi balik. yeyyy!! hubby setelkan segala tok nenek bil. macam yang dibagitau oleh Dr. Luckmal sebelum ni kos semua dalam RM2k. tetiba ada 1 resit lain. bila aku cek-cek rupanya sempat lagi diorang berniaga panty-liner herba kat aku. ingatkan free. huhu.



Terbongkok-bongkoklah aku berjalan naik kete macam nenek kebayan. masa ni dah dekat maghrib. sampai rumah je terus cari air masak. haus sangat. nasib tak muntah lagi. akak aku sms tanya nak makan apa. patut ke aku mintak nasi goreng kampung? hahaha. kena bebel jap dengan akak aku. lastly dia belikan bubur untuk aku. yelah even luka kecil pun pantang tetap kena pantang kan.



Tapi nak kata pantang beria sangat tu taklah. cuma telur dengan makanan yang gatal-gatal tu memang tak makanlah. yang lain semua aku bedal. dah dapat green light dari big boss kan.



Malam pertama sampai malam ketiga memang aku susah nak tido. nak mengiring pun susah. macam-macam posisi aku buat tapi tetap tak selesa. beberapa hari tu memang aku melepek jelah siang malam. tak larat sangat nak berjalan. ada sekali tu kalo tak silap aku malam ketiga or keempat. aku gatal sangat nak ikut family aku kuar makan. balik-balik je rasa sakit yang amat. pastu terus tak berani nak keluar lagi.



Eh, aku lupa nak bagitau apa result hasil scan tiub fallopio aku tu. haisshhh isi penting pun leh lupa. sebelum balik tu Dr. Luckmal bagitau aku tiub aku dua-dua ok takde masalah. cuma dia dapat kesan ada 3 biji cyst kat salah satu ovari aku. aku tak tanya plak belah mana. masa ni aku terkejut gak. tapi dokter cakap dia dah pecahkan cyst tu. maybe effect daripada pengambilan ubat clomid (subur). dia mengaktifkan cyst tu. mujurlah dapat kesan awal. tapi dokter cakap semua tu normal.



Aku risau gak kan kalo pasni bila aku makan clomid akan ada lagi cyst yang tumbuh. setakat ni dah 3 kali aku makan clomid dengan dos yang berbeza. maybe tu kesannya kot. tapi apa-apa pun aku lega sangat bila dah confirm tiub fallopio aku takde masalah. aku ada gak tanya dokter apa yang menyebabkan tiub tu tersumbat. dia bagitau biasanya akibat jangkitan kuman. contohnya macam sekarang ni aku cek normal, tapi tak mustahil akan datang tiub aku boleh tersumbat sebab jangkitan kuman.



Seminggu pastu aku datang appointment dengan Dr. Luckmal. untuk cek telur. masa period sebelum tu memang aku diberikan ubat clomid. bila cek ada 2 biji telur yang matang. sebiji kiri, sebiji kanan. so dokter syorkan aku dan hubby buat prosedur IUI plak.



Nak tau pengalaman aku buat IUI? macam biasalah. next entry. jangan marah haaaa. ;)




Monday, January 16, 2012

First Surgery Part 1

Salam. apa khabar kengkawan. lama gila aku tak update entri baru kan. biasalah sekolah cuti, blog pun cuti. kalo kat rumah memang aku malas sikit nak bukak laptop. so harapnya masih ada lagilah pengunjung blog ni ye. tenkiu sebab masih bersabar. hewhew.



Baca tajuk entri macam men-saspen-kan je. tapi memang saspen pun. bagi akulah. yup! dalam cuti baru ni aku ada menjalani 1 minor operation. aku katakan minor di sini sebab siap tak sampai sejam. tapi kesannya berminggu jugalah nak baik. saspen tak? huhu.



Sebenarnya operation ni khas untuk orang pompuan je. lagi-lagi yang masih belum dikurniakan anak macam aku ni. aku lupalah pulak nama saintifik operation ni. time diperlukan tulah dia lupa. kalo tak sebelum ni asyik terngiang-ngiang je dalam kepala. ahh lupakan! aku bahasa-melayu-kan nama dia atau lebih mudah dipanggil 'scan tiub fallopio'.



Ok. kenapa aku buat semua tu? tujuannya nak cek sama ada tiub fallopio aku tersumbat atau tak. yelah, dah 3 tahun kahwin masih belum ada tanda-tanda nak dapat baby. risau juga kalo tersumbat kan. actually mula-mula idea ni dikeluarkan oleh gynea yang merawat aku, Dr. Luckmal. maybe ada yang dah kenal dengan dokter yang sangat baik ni. kliniknya bertempat di Kluang, Johor. silalah datang. ok enough promote. LOL.




Of course lah idea datang dari dia. aku manalah tau pasal menda alah ni. yang aku tau tiap kali appointment aku datang pastu tunggu lama kat luar sambil mata asyik duk menjeling mommy-mommy berboyot tunggu turn nak jumpa dokter. isk nangis!



Dalam bulan 12 baru ni aku datang lagi jumpa Dr. Luckmal. then dia terus suggest 'scan tiub fallopio' memandangkan aku dah cuba beberapa cara yang awal tapi masih tak berjaya. dia baru suggest tapi aku dah angguk kepala. hubby pun. malas nak tunggu lama-lama lagi. makin lama tunggu makin berjanggut aku dengan hubby. kat sini dokter bagi 2 pilihan. nak buat yang sakit or tak. ko gila apa nak pilih yang sakit. kelakar gak kengkadang dokter ni. so aku pilih yang tak sakit which is masa operation tu aku akan di'tidur'kan. dengar explaination dokter yang macam seronok dan tak sakit tulah yang buat aku cepat je angguk. kau tak tau lagi azabnya!



So aku kena datang balik ke klinik lepas aku habis period. kiranya macam hari ke 8 or 9 la. pukul 7 pagi aku dah tercongok depan klinik. risau gak kalo klinik tak bukak lagi. tapi aku lupa tu kan klinik maternity dan bersalin. of course la 24 jam bukak sebab ramai yang duk bersalin dalam tu. cuma kaunter jela tutup.



Aku pun jalan ke bahagian dalam klinik. sebelum ni kat depan je. ohhh camni rupanya bentuk dalam klinik ni. jakun jap. jumpa nurse kat situ and explain bla bla bla. dia tanya kad appointment. errrr selama ni tak penah plak dapat apa-apa kad. main terjah je. ok takpe. then bagi ic. dia suruh masuh dalam 1 bilik. macam wad. ada 3 katil dalamnya. 1 katil ada mommy pas bersalin.



Masa ni tak rasa apa-apa lagi. rileks je. siap boleh gelak-gelak lagi dengan hubby. pastu sorang nurse masuk bagi operation gown. kena tukar baju immediately. erk! dah nak operate ke? takkan kot! masa ni dah rasa lain macam. gelabah sikit sampai aku main terjah je masuk bilik air. sekali ada amoi dalam tu tengah melepaskan hajat. adoi yang tak kunci pintu tu kenapa. nasiblah aku yang bukak. kalo hubby aku? kan dah jadi rezeki pada dia. hahhaha.



Nak taknak kena salin kat luar tu gak. mujur ada tirai yang memisahkan antara katil. so hubby tolong jaga tirai tu. ingatkan malas nak bukak tudung. tapi nurse insist kena bukak gak. sebab kena pakai penutup kepala yang biasa orang pakai masa nak operate tu. redha jelah. masa ni segala barang kemas kena bukak. yelah kalo hilang kang dah tentu-tentu nurse or dokter yang kena tuduh kan. huhu.



Tak sampai 5 minit ada sorang nurse masuk bilik. kena sign surat persetujuan operation. ishh macam serius sangat bunyinya. sebelum ni dokter kata simple je. masa tu aku dah mula rasa yang dokter tu tipu aku. dia saja je nak sedapkan hati aku cakap simple operation. huhu. masa ni nak patah balik pun tak boleh. tangan dan sejuk beku.



Pastu aku dibawak ke bilik operation. masa ni aku jalan je masuk bilik operation tu. sambil selimutkan badan. yela takkan ko nak jalan pakai gown yang bapak seksi tu kan. masuk situ aku kena baring atas katil. ingatkan tu tempat operationnya. rupanya bukan. tu namanya recovery room. diorang pasang drip dan sebagainya. masa ni agak geram jugalah sebab jarum susah nak tembus kulit. aku dengar gaklah diorang cakap jarum tumpul. masa ni aku memang tak toleh kat tangan pun. ngeri.



Nak taknak diorang cucuk gak bagi masuk. hadoi sabo jela. nasiblah nurse-nurse situ sume baik-baik belaka. peramah je. nak marah pun tak jadi. bila dah ready sume aku kena jalan plak masuk bilik sebelah. ohhh ni baru bilik operation. ngerinya tengok lampu beso kat atas tu. pastu macam-macam mesin ada. Ya Allah kuatkanlah semangat aku!



Masa nak baring atas katil bedah tu tetiba aku nampak darah kat baju aku. eh tadi takde. bila cek rupanya drip bocor. darah keluar bercampur dengan air drip tu macam air terjun. tapi aku salute kat diri aku time ni. tak panik langsung. rilek je. sampai ada adik nurse tu cakap kat aku 'baguslah, akak nampak tenang je'. dalam hati hanya Allah yang tau.



Dalam kelam kabut tu sorang dokter ni (aku rasa dokter bius), dia yang tukar jarum drip tu. tadi cucuk tempat lain. ni tempat lain plak. pun sama jarum tumpul gak. sabo jela daku. aku tengok proses dalam bilik bedah tu tenang sangat. benda tu buat aku rileks. walaupun ada beberapa orang nurse dalam tu tapi keadaan sangat tenang. agaknya tu cara nak bagi patient tak takut kot.



Cara nurse dan dokter pegang or sentuh aku rasa sangat lembut. rasa macam dibelai-belai. tenang je jiwa. hilang terus perasaan takut aku. tetiba ada sorang nurse ni tegur aku. dia cakap macam penah nampak. so aku pun borak-borak dengan dia. rupanya dia junior aku masa sekolah dulu. famous gak aku dulu ek. hahaha. sempat lagi aku bergelak ketawa dengan dia.



Dalam 5-10 minit pastu aku nampak kelibat Dr. Luckmal. alamak dah nak start ke. masa ni dua-dua tangan aku dah didepangkan. aku pun tak tau apsal diorang buat camtu. pakar bius maklumkan pada aku dia akan masukkan ubat tidur dalam air drip tu. aku senyum je. sebenarnya suka sebab nak tidur cepat-cepat. takut!



Tak sampai 5 minit kepala aku dah berpusing-pusing. tak pening tapi macam mamai. ko rasa macam nak tidur tapi tak boleh tidur. best je perasaan tu. aku perasan beberapa kali gak pakar bius masukkan ubat tidur tu. aku pejam mata (dengan harapan nak tidur cepat). tapi adik nurse tu tepuk slow pipi aku suruh aku bangun. dia cakap jangan tidur dulu. maybe belum masanya lagi kot.



Lepas 5 minit, alat penyedut oksigen tu diletak kat hidung aku. terdengar dokter cakap 'sedut udara segar ni ye'. aku pun sedutlah. masa tu sempat lagi aku teringat 'eh dulu hubby cakap dia sedut 2,3 kali je terus tak sedar. ni apsal dah 5,6 kali sedut aku masih ok je.' pastu memang betul aku tak sedar! =D



Sambung kat entri lain boleh? macam dah panjang sangat je ni. hehe jangan marah ye. lap u!




Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat