Wednesday, November 9, 2011

Kisah ex-boyfriend. Panas!

Salam Aidiladha kawan-kawan. =)



Hari ni pagi-pagi dah ada mood nak buat entri baru. tiba-tiba teringat satu kisah yang berlaku minggu lepas. kisah yang buat aku terkenang kembali cerita-cerita lama antara aku dan 'A'.



Gini ceritanya. minggu lepas (tak ingat hari apa), tengah rilek-rilek kat rumah tiba-tiba dapat sms dari seseorang yang dah lama tak contact. tapi disebabkan no fon tu masih aku simpan dalam hp, maka aku taulah sapa yang bagi sms tu. cuma sedikit terkejut sebab memang dah lama tak contact. rasanya dekat 10 tahun kot.



Dia ialah kakak kepada 'A' iaitu ex-bf aku. FYI, hubungan aku dengan family 'A' ni dulu memang rapat. dah macam family sendiri. mak dia pun aku panggil mama. kakak dia plak aku panggil Along. even masa hubungan aku dengan ex-bf dah tamat pun aku masih baik dengan family dia.



Ok berbalik pada kisah sms aku dengan kakak 'A' ni. kami pun borak-boraklah bertanya khabar sebab dah lama tak berhubung. rindu gila. rupanya kakak 'A' ni dah ada 2 orang anak pun. bila masa dia kawin pun aku tak tau. tau-tau je dah beranak pinak.



Lepas dah agak lama berbalas sms, aku terfikir nak tanya pasal ex-bf aku tu. dah kawin ke dia? sihat ke dia? kiranya kalau dikumpul soalan-soalan yang nak ditanya tu memang tak habislah. sms yang dibalas agak membuatkan hati aku sedikit tersentap. baru aku tau rupanya ex-bf aku tu tengah sakit sekarang. sakit apa tu aku tak berapa tau tapi melibatkan urat saraf dalam otak. dia cakap 'A' tengah tunggu masa untuk menemui ajal. Astaghfirullah.



Serius memang aku terkedu. rasa sedih pun ada. sedih bukan sebab aku ada perasaan lagi pada dia tapi sedih sebagai kawan. even dulu dia yang memutuskan hubungan kitorang, tapi aku dah lama lupakan. malah aku bersyukur sebab Allah tunjuk pada aku dan berikan aku suami yang sangat baik sekarang ni.



Yang buat aku bertambah sedih bila kakak 'A' cakap nasib baik aku putus hubungan dengan dia. kalau tak mesti nasib aku tak menentu sekarang ni. aku pun balas elok-elok sms kakak 'A' ni. aku cakap semua tu adalah ketentuan Allah. ada hikmahnya atas apa yang berlaku pada kami dulu. dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.



Aku ingatkan cuma satu berita sedih yang aku terima. tapi aku silap. bila aku bertanya keadaan 'mama', berita yang aku terima buat airmata aku mengalir. 'mama' sekarang tak sesihat dulu. 'mama' diserang strok tahun lepas. sekarang hanya mampu terlantar di rumah. saat ni aku terbayang wajah 'mama' yang dulunya sentiasa dihias cantik. dialah yang dulunya jadi tempat aku mengadu setiap kali aku bermasalah dengan 'A'. dia juga yang dulunya sanggup melayan panggilan telefon aku walaupun pada pukul 3 pagi semata-mata untuk jadi bahu tempat aku menangis.



Tapi sekarang? serius aku rasa nak sangat jumpa 'mama' sebelum dia tutup mata. nak peluk dia kuat-kuat, nak cakap terima kasih pada dia. menurut cerita kakak 'A', sebelum ni 'mama' memang ada cakap nak jumpa dengan aku. tapi bila dia dah mula sakit semuanya terkubur.



Insyaallah bila aku balik Johor nanti aku akan jumpa dengan 'mama'. semoga Allah memberi kesempatan untuk kami bertemu. aku ingat nak bawa family aku sekali jumpa diorang. dulu family kami ni memang baik disebabkan aku dan 'A'. lepas hubungan kami berakhir, family kami pun dah tak berhubung. rasanya tak salah untuk merapatkan semula hubungan yang dah terputus ni atas dasar saudara seIslam.



Apa yang berlaku ni aku tak cerita lagi pada hubby. bukan untuk merahsiakan, apatah lagi untuk menipu. tapi aku tak sampai hati. aku taknak hubby terasa hati dengan semua ni. sebab dulu hubby pernah bagitau yang dia tak suka kalau aku cerita kisah lama aku pada dia. lebih-lebih lagi yang melibatkan pasal ex-bf aku. dia mudah cemburu. mulai saat tu memang aku sangat menjaga hati dia.



Jadi pasal hal ni aku masih dalam dilema. tapi hati aku kuat menyuruh aku cerita hal ni pada hubby. entahlah. mungkin perlu difikirkan baik dan buruknya bila aku cerita perkara ni. aku taknak nanti aku menyesal di kemudian hari.



Kepada kawan-kawan sekalian yang baca entri ni, marilah kita sama-sama mendoakan semoga 'mama' dan 'A' sembuh seperti sediakala dan semoga Allah memberi kekuatan serta ketabahan pada keluarga mereka. sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang yang buruk itu datangnya dari kita sendiri. Wallahualam.



* Ada orang bercakap mengenai hukum karma. Kamu percaya ke?



Tuesday, November 1, 2011

Kisah seorang adik cashier yang baik

Salam kawan-kawan. =)



Amacam? tajuk entri ada macam tajuk karanga
n budak darjah 2 tak? hahaha.



Ok, kali ni aku nak cerita 1 kisah yang berlaku minggu lepas masa aku balik Kluang. lokasinya di dalam Guardian di Kluang Parade.



Masa tu aku dengan hubby singgah ke Guardian sebab nak beli barang-barang mekap aku yang dah nak kehabisan. then masa nak bayar kat kaunter aku ternampak rak coklat kat situ. alah biasa kan memang ada rak coklat & gula-gula kat kaunter tu.



Tetiba rasa nak makan coklat plak. aku pun belek-belek coklat kat situ. emmm coklat Dove ni nampak macam best. kata aku dalam hati. yela takkan nak cakap kuat-kuat plak kan. sebelum ni aku dengar ramai cakap coklat Dove ni sedap. nak try jugak sedap sangat ke. tapi kalo tengok coklatnya memang nampak sedap.




cilok dari encik google




Maka aku pun tanpa rasa apa-apa terus ambil 1 papan coklat tu. eh boleh ke panggil papan? masa letak kat kaunter, tetiba adik cashier tu panggil aku. lembutttt je suara dia. macam ada nada serba-salah sikit.



Adik cashier :Emmm akakkk...saya nak cakap sikit ni...maaf ye...


Aku : Ye... (sambil rapatkan sikit muka dekat dengan dia sebab takut tak dengar)



Adik cashier : Emmm sebenarnya coklat ni takde pengesahan halal dari JAKIM. kalau akak tengok kat coklat tu cuma ada cop halal dari Thailand je. saya takut coklat tu tak halal. (sambil merujuk coklat Dove tu)



Aku : Oh yeke? (dalam nada terkejut sambil cepat-cepat letak balik coklat tu kat rak. serius terkejut gila.)



Adik cashier : Haah kak. saya bagitau ni sebab akak orang Islam kan. rasa bersalah kalau tak bagitau.



Aku : Oh takpe. terima kasih banyak-banyak sebab bagitau. saya memang tak tau. baru nak rasa.




Lepas bayar semua, aku cerita kat hubby pasal kes tu. tak sangka bagus betul budak cashier tu. selama aku hidup ni, memang tak pernah lagi ada cashier tegur pasal halal haram sesuatu produk bila kita beli. yang dia tau orang tu nak beli, dia punya hal la. janji bayar. aku memang respek habis kat adik tu.



Kalau kita tengok sekarang ni ada macam-macam jenis cop logo halal kat produk makanan kita. ada sesetengah orang even cop halal tu dari negara lain, dia tak kisah. asalkan ada tanda halal. tapi kita lupa betul ke tu memang logo halal yang sebenar? atau sebaliknya? nampak remeh kan? tapi kesannya memang besar.



Macam kes aku ni. even ada logo halal Thailand sekalipun (aku tak cek sebab kelam-kabut simpan coklat tu. macam dah terpegang B**I pun ada gayanya), aku rasa memang patut adik tu maklumkan pada aku. yang aku pun boleh tahan kesengalannya. boleh pulak lupa nak cek logo halal tu. haihhh!



Aku yakin ramai kawan-kawan kat luar tu yang dah pernah merasa coklat ni. tapi bak kata omputih, "better late than never". maybe sebelum ni kita jahil dan tak tahu. so bila dah tahu ni kena stoplah dan bertaubat. semoga Allah menerima taubat kita.



Maybe akan ada yang cakap aku menuduh tanpa bukti. actually aku takde tuduh apa-apa pun. cuma aku terfikir, kalau benda tu takde apa-apa masalah, dari mana adik tu tau benda tu tak halal? mesti ada yang menyampaikan hal tu pada dia. kalau tak aku rasa dia pun tak berani nak cakap kan.



Whatever it is, bila kita dah mula was-was, jangan diteruskan. tapi kalau ada yang rasa memang yakin benda tu halal, terpulanglah. aku pun tak berapa tahu nak berhujah pasal hukum-hakam ni. the point is, ada orang dah mengingatkan aku pasal halal haram produk tu. so yang lain boleh fikir dan nilai sendiri.



Aku buat entri ni pun bukan nak memburukkan produk tu. cuma nak kongsi apa yang aku dapat je. aku rasa tak salah kalau aku cerita benda yang elok untuk dijadikan panduan kita bersama. kalau cerita ni tak betul, awal-awal aku mohon maaf.



* Sekadar renungan kita bersama. =)



Monday, October 31, 2011

Berkat kesabaran akhirnya membuahkan hasil lumayan!

Salam kawan-kawan. =)



Panjang tak tajuk entri tu? hehe. ayat macam saspen je kan.



Dalam entri sebelum ni kan aku ada bebel-bebel pasal insurans yang banyak sangat songeh tu kan. FYI, last week hubby dah terima cek dari insurans tu. Alhamdulillah. jumlahnya pun memang sama macam yang kitorang keluarkan dulu. jumlah sen pun sama. hehe.



Alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya membuahkan hasil yang sangat lumayan. walaupun terpaksa tunggu sampai 6 bulan lebih untuk tuntut hak kita balik. aku rasa kalau tak disebabkan suami akak ipar aku yang sanggup tolong gegar pihak insurans tu, rasanya sampai sekarang diorang masih membisu lagi.



Sampai satu tahap tu aku & hubby dah cari lawyer kononnya nak bawak kes ni ke mahkamah. dan mujur jugak aku ada sorang bestie yang keje lawyer. dia kenalkan dengan kawan dia yang bagus bab-bab camni. discuss punya discuss, kawan tu kata kes aku ni kuat dan boleh menang. tapi bukanlah 100% confirm.



Kitorang laki bini ni pun fikirlah masak-masak. lepas dah tolak tambah darab bahagi, kitorang nak tunggu dulu sampai 6 bulan. if dah lepas 6 bulan masih takde berita baru nak bawak kes ke mahkamah.



So sekarang semuanya dah setel. cek pun dah bank in. bukan setakat bank in je, siap dah keluar balik buat shopping weekend baru ni. hikssss. sabtu & ahad direct kitorang merayap kat KL. sampai sakit-sakit pinggang & kaki sebab berjalan dari pagi bawak ke malam. isk isk isk (geleng kepala). nak kata shopping gila-gila pun taklah jugak. penat sebab cari kasut bola hubby yang tak jumpa-jumpa. setiap ceruk shopping complex kitorang terjah tapi hasilnya yilek. memang kalo bab shopping hubby lebih cerewet dari aku. tapi aku layankan jela. duit dia kan. hehe.



So sekarang ni dah lega & tak perlu lagi fikir pasal insurans tu. bukak buku baru & tukar ke insurans baru. puas hati. aku anggap apa yang berlaku sebelum ni sebagai satu ujian dalam hidup. Allah nak uji kesabaran aku dengan hubby apabila ditimpa musibah. Alhamdulillah aku bersyukur kerana jadi insan terpilih yang diduga dan diberikan hikmahnya. syukur tak terhingga.




Wednesday, October 19, 2011

Macam-macam alasan!

Salama kawan-kawan. =)



Sorilah lama tak update cerita baru. sebenarnya banyak benda nak cerita tapi berlalu bak angin je. hehehe. almaklumlah dah mula busy dengan program pasca PMR. ginilah keje kaunselor pelajar. bila time free, memang free habis. bila dah start program memang langsung tak dapat buat keje lain. sekarang ni boleh rilek sekejap sementara diorang tengah beraktiviti sukan.



Tetiba pagi ni rasa nak luahkan perasaan. bukan perasaan cinta ye. yang itu dah diluah hari-hari kat rumah. hehe. ni perasaan geram, kecewa, marah, terkilan dan yang sewaktu dengannya yang dah berbulan-bulan terpendam. sampai sekarang masih tak setel lagi.



Ok, kita mula dari awal. kalo korang masih ingat lagi sebelum ni kan hubby kesayangan aku tu ada buat operation lutut kan. kalo tak ingat pun buat-buat ingatlah. aku malas nak cari entri tu. hehe. aku ada bagitau tak yang semua kos tu ditanggung sendiri sepenuhnya? ada tak?



Hubby memang ada insurans sendiri. dan masa tu kitorang ni memang over-confident la yang insurans akan cover semua sekali kos operation tu kan. so dengan bangganya register kat Hospital KPJ Ampang Puteri (swasta lah kan). lagipun sejak awal buat check-up memang kitorang pegi situ sebab dapat info doktornya bagus.



Bila dah incharge, insurans mula buat hal. bagi alasan macam-macam untuk taknak cover operation hubby. insurans belum matanglah, rahsiakan penyakitlah. kitorang sampai naik angin masa tu. padahal kalo ikut perjanjian, insurans matang lepas sebulan aktif. masalahnya dah berbulan-bulan hubby guna insurans tu. bila kitorang marah-marah, dia bagi alasan lain plak. nak rahsiakan penyakit apanya kalo dah hubby baru je sakit. ishhh tak paham aku.



So selagi insurans berkeras taknak cover, operation delayed. nak je aku ajak hubby balik. sebab dah 2 hari duk dalam tu, bil pun makin bertambah. tapi atas nasihat adik-beradik hubby, hubby stay kat situ dan teruskan buat operation dengan duit sendiri. alang-alang dah kena bayar kan. kalo keluar kita yang rugi sebab kena bayar bil wad.



Dalam pada tu kitorang masih tak putus asa call pihak insurans. korang bayangkan sampai doktor pakar tu pun tolong gak. tapi insurans tetap degil. geram gila! masa tu memang aku dah menyumpah seranah je. masa nak suruh orang masuk bukan main lagi janji macam-macam. bila kita dah kena sakit, mula bagi macam-macam alasan.



Yang buat kitorang bertambah geram, patutnya agen insurans tu kena bertanggungjawab pastikan anak buah terbela kan. ni tidak. kitorang yang kena handle sendiri. bila call agen, dia buat-buat tak reti. sampaikan pihak insurans tu pun tanya mana agen kitorang. patutnya ni keje agen. saki hati kan? padahal agen tu kawan hubby. bukan main lagi memujuk hubby ambil insurans dengan dia. siap yakinkan macam-macam. dek memikirkan kawan, so hubby pun ambil. lastly ini yang dia bagi. hampeh!



Masa tu kecewa jangan cakaplah. aku sampai nak menangis. tapi kena kuat semangat gak sebab kena bagi support pada hubby untuk jalani operation. masa tu jugakla aku tebalkan muka call mak ayah nak pinjam duit untuk topup apa yang patut. hubby plak pinjam daripada adik-beradik dia. nasiblah semuanya ok dan bagi support.



Korang paham-paham jela dengan hospital swasta ni kan. setiap hari bil naik mencanak-canak. hari ni aku tengok tak sampai 10k, esok dah nak cecah 20k. masa tu aku redha je apa nak jadi jadilah. yang penting hubby selamat.



Hari ketiga lepas operation hubby dah mintak nak balik. sebab tak sanggup tengok bil masa tu dah nak cecah 30k. ikutkan hubby kena stay seminggu or 2 minggu sebab untuk buat fisioterapi. tapi doktor pun faham kitorang tak boleh lama kat situ.



Alhamdulillah kos operation semua dapat dibayar. lega rasa hati. cuma lepas tu kena fikir nak bayar balik hutang-hutang orang tu. tak kisahlah tu. yang penting semuanya selamat.



Seminggu dua lepas tu hubby terus buat claim dengan pihak insurans untuk bayar balik kos operation tu. sebab sebelum ni pihak insurans janji nak bayar balik kos tu. kira pay & claim la. tunggu punya tunggu sampai hari ni iaitu 19/10/2011 hari Rabu, habuk pun kitorang tak dapat. korang bayangkan hubby operate awal bulan 4. dah 6 bulan lebih pun. bila call ada je alasan diorang bagi. tengah proseslah, itulah inilah.



Agen insurans tu korang jangan tanyalah. memang dah tak nampak batang hidung. bila hubby call tanya, dia akan cakap dia dah follow-up dah tapi masih dalam proses. bila hubby call HQ insurans, diorang plak tanya mana agen insurans hubby. nampak sangat agen tu tak ambil apa-apa tindakan pun.



Hubby pernah sekali saja nak uji agen tu. dia pun cakaplah claim tu dah diluluskan. si agen mangkun ayun ni cepat je tanya berapa komisen untuk dia. pehhhh!! berbulu tak telinga korang dengar? dahlah tak buat keje, pastu cepat je nak mintak komisen. hubby geram, dia terus cakap sorilah takde komisen sebab dia nak bayar hutang orang. padan muka!



Kitorang ni bukanlah kejam sangat kan. tapi bila mengenangkan balik cara dia yang tak bertanggungjawab tu, memang rasa sakit hati sangat. bukan ke tugas agen untuk memastikan setiap customer yang ambil insurans dengan dia akan dilindungi dengan sebaiknya. sepatutnya agen kena fight untuk pastikan anak buahnya mendapat hak mereka yang sepatutnya. ini dah terbalik. anak buah yang kena cari agen pastu fight untuk diri sendiri. WTH?!!



Ahhh! malas nak fikir pasal agen tu. buat sakit hati je. hubby pun dah taknak call agen tu lagi. lebih baik berurusan terus dengan HQ insurans tu. puas hati.



Berita terbaru yang kami terima, claim hubby memang dah diluluskan. cuma tunggu cek untuk dikeluarkan je. nampak macam mudah kan? tapi takkkkk. diorang cakap cek nak keluar tu awal bulan lepas. ni dah masuk sebulan pun. jangankan cek, bayang-bayang cek pun langsung tak nampak. bila call, diorang cakap cek tengah proseslah, apalah. pernah sekali aku yang call insurans tu. so aku pun tanya prosedur nak keluar cek tu memang susah sangat ke? kenapa insurans lain mudah je. si mamat tu sabar je melayan soalan-soalan aku yang berbaur sakit hati tu. hahahah.



So sekarang ni kami masih menanti dan akan terus menanti. bukan sikit-sikit jumlah tu. dekat 30k gak. sedangkan 3k pun dah banyak apa lagilah 30k kan. dan yang paling bestnya, banyak hutang-hutang yang kitorang pinjam dulu, kitorang dah setel bayar pun. cuma ada sikit-sikit je lagi. InsyaAllah selebihnya nanti bolehlah buat menabung. =)



Korang tolonglah doakan cek tu cepat sampai ek. dah tak larat dah kitorang nak fikir pasal benda ni lagi. nak taknak memang kena fikir sebab itu hak kita. kalo kita berdiam diri memang kita akan tertindas. hubby pun dah nekad lepas setel semua ni dia nak keluar dari insurans ni. nak ambil insurans lain yang lebih terjamin. doktor pakar tu pun ada suggest insurans yang bagus. yang paling penting, AGEN PANDAI BUAT KERJA!



Sebelum ni aku memang tak ambil kisah langsung pasal insurans ni. even aku pun memang dah ada insurans. pada aku, janji ada insurans, sume beres. tapi sebenarnya tidak ye kawan-kawan sekalian. sebelum nak ambil satu-satu insurans tu, korang kena kaji dulu sedalam-dalamnya. yang paling penting agen insurans tu mesti orang yang sangat bertanggungjawab. kalo korang fikir kawan akan tolong kawan, baik korang stop fikir sekarang. tak semua kawan akan tolong bila kawannya susah.



Sekarang ni pun aku ada sedikit risau manalah tau apa-apa jadi pada aku nanti (Nauzubillah), adakah agen insurans tu akan tolong dan fight untuk aku? i hope yes! fyi, aku dengan hubby ambil insurans yang berlainan. aku punya agak terjamin berbanding hubby kalo kita tengok secara detail. tapi jangan terlalu confident sangat. 'expect for the worst, hope for the best'.



Aku harap semua ni akan berakhir dan kami dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. aku cerita semua ni bukan untuk memburukkan sesiapa. tapi untuk memberi iktibar dan pengajaran buat kawan-kawan kat luar sana. ingatlah, walaupun kita rasa diri kita dilindungi (oleh insurans), tapi sebenarnya kita sendiri yang boleh melindungi diri kita. bukan orang lain. =)



* Bila dah dapat je cek tu nanti, hubby nak buat claim MC plak. 2 bulan lebih MC. Insyaallah semoga semuanya dipermudahkan. Aminnnn.



Thursday, October 6, 2011

Ori ke Tiruan?

Salam kawan-kawan. =)



Sorilah dah lama menyepi. bukan apa. MALAS je. huhu.



Tadi blogwalking blog kawan-kawan. macam biasa tiap hari akan singgah blog MZHANY . ada entri menarik. so nak share dengan kawan-kawan yang lain.



Entri mengenai cara nak tau sama ada handphone (HP) korang tu ori atau tiruan. tak dapat dipastikan sama ada cara ni betul atau tak. tapi tak salah cuba kan. =)



Ok, caranya,



Taip *#06# dan secara tiba-tiba (tanpa sempat tarik nafas), akan keluar popup satu nombor siri HP korang tu. nombor yang agak panjang. tapi di sini korang hanya perlu tengok nombor di kedudukan ke-7 dan ke-8 saja. kenapa cuma 2 kedudukan tu saja?



Ni jawapannya,



02 or 20 - Dari China (Low Quality)
08 or 80 - Dari Germany (Fair Quality)
01 or 10 - Dari Finland (Very Good)
00 or 03 or 04 - Dari Kilang Asal HP (Best Model Quality)
13 -Dari Azerbaijan (Very Bad Quality & Dangerous For Health)



Ok, aku dah cek HP aku. nasib baik 03. maknanya memang ORI.



So tunggu apa lagi. ceklah HP korang plak. kot-kot keluar dari India ke. hehehhe.



Thanks MZHANY for the sharing.



p/s : Diulangi, tak dapat dipastikan sama ada benda ni betul-betul atau tidak. tapi tak salah mencuba. =)



Tuesday, September 13, 2011

Spesis liat bayar hutang tapi 24 jam tayang kemewahan. Geram!

Salam Syawal kawan-kawan.



Hari ni pagi-pagi aku dah agak tersirap dengan spesis yang liat bayar hutang tapi duk tayang kemewahan seolah-olah takde hutang. kalau berlaku kat orang lain maybe takdela aku nak tersirap sangat kan. masalahnya berlaku pada family aku sendiri. rasa nak je jumpa spesis tu pastu lempang laju-laju. haihhh!



Confuse? ok aku cerita dari awal. hujung tahun lepas adalah 1 family spesis di atas yang datang merayu menyembah family aku nak pinjam duit dengan alasan anak lelaki bujang, diulangi ANAK LELAKI BUJANGnya nak kawin. aikkk? apsal anak lelaki bujang ko tu tak keluar duit sendiri? apsal nak menyusahkan mak bapak? pelik bin ajaib!



Tapi disebabkan mak ayah aku ni jenis mudah simpati, maka diberikanlah sejumlah wang yang nak dipinjam tu. cer teka cer teka berapa jumlah yang spesis tu pinjam? 5k ok! maybe pada sesetengah orang rasa amaun tu sikit. tapi family aku bukan kaya pun. tu pun mujurlah ayah aku baru pencen. so adalah sikit duit buat simpanan dia sampai hujung hayat dia. tapi ada plak spesis yang senang-senang ambil kesempatan atas kesenangan orang lain. hampeh!




Yang buat kitorang 1 family bertambah pelik, beberapa bulan sebelum tu diorang pun baru je dapat duit pencen. dekat 100k gak. mana peginya? selidik punya selidik rupanya dah yilek! gila betul. tak sampai setahun boleh licin 100k. aku pun tak taulah spesis apa agaknya diorang ni. jenis makan duit kot. bila dapat duit selepuk gitu terus gelap mata. shopping tak beringat. dulu rumah takde Astro tetiba dah ada. pastu siap pasang air-cond. bila berborak taknak kalah. boleh lagi perlekeh rumah orang lain panas sebab takde air-cond. watdehek?




Aku kalau cakap pasal hal ni memang boleh berasap telinga. panas hati masih tak hilang-hilang lagi. puas jugakla mak ayah aku dengar aku membebel. aku agak terkilan sebab masa diorang datang pinjam duit tu aku dengan akak aku takde. so takde orang yang nak jadi penasihat. inilah akibatnya. aku bukanlah kedekut sangat pun. tapi masalahnya si peminjam tu memang dah ada rekod buruk dengan family aku. sebelum ni pun dah banyak kali pinjam tapi liat nak bayar. so kenapa mesti nak bagi muka lagi?




Tapi takkan aku nak marah mak ayah aku kan. tu duit diorang. cuma sebagai anak rasa geram yang amat bila orang aniaya family aku. ayah aku dah tak keje. so dengan duit tu & duit bulanan anak-anak bagi jelah untuk menampung perbelanjaan diorang sampai akhir hayat nanti. tapi orang lain sedap-sedap je kikis duit mak ayah aku. kalau korang sakit hati tak??



Yang buat aku lagi terbakar, janji nak bayar lepas habis majlis kawin. tapi masuk hari ni dah hampir setahun habuk pun tarak. si anak lelaki tak guna tu sampai nak dapat anak pun. ikutkan hati aku ni, nak je aku cakap direct dengan anak lelaki tak guna tu. tapi mak aku tak bagi. dia taknak jadi gaduh. dalam hati aku, lantaklah nak gaduh pun. diorang bukan bagi kesenangan, lagi menyusahkan ada lah. lebih baik tak kenal orang camtu.



Si anak bongsu bangang plak 24 jam asik tayang kemewahan. konon-kononnya apa yang dia nak pasti akan dapat. wey ko tak tau ke yang mak bapak ko tu bersusah payah berhutang dengan orang lain? ko senang-senang je mintak itu ini. bila bercakap mengalahkan anak dato'. orang pakai beg mahal, dia pun nak. handphone kejap-kejap bertukar. masih sekolah dah dapat pakai laptop. bila bercakap dengan orang tua hilang rasa hormat. bangang punya spesis!




Baru-baru ni adik aku suruh aku tengok gambar terbaru dalam FB spesis tu. dia siap cakap kat aku "jangan terkejut". haihh! suspen! buka-buka je, ohhh ni keje korang ye. bersenang-lenang guna duit orang lain. terpampang 1 album gambar diorang 1 family tengah bergumbira pergi bercuti pastu makan kat hotel berbintang-bintang. dengan bangganya masing-masing tersengih dan makan penuh selera. tu kalau mak ayah aku tak halal duit tu sampai matilah ko makan duit haram tau tak!



Puas mak ayah aku mintak balik duit yang dipinjam tu. tapi alasan takde duit, duit tak cukup, belum gaji lagi. dari sebulan ke sebulan mintak postpone. tapi akhirnya senyap membisu. yang paling kelakar siap menyorok bila ternampak mak ayah aku lalu depan rumah. alahh ko nak lari kemana. rumah ko sekangkang kera je dari rumah kitorang. bila-bila masa kitorang boleh ambush! cuma kitorang ni taklah segila korang!




Kalau dah takde duit buatlah cara takde duit. barulah orang lain boleh respect. ni tidak. kan bagus kalau duit korang bercuti tu buat bayar hutang. setel masalah. boleh simpan duit lagi kalau nak bercuti sangat. sekarang ni mana yang lebih penting? bayar hutang atau bercuti? budak tadika pun tau jawablah!



Sekarang ni aku tak taulah macam mana nak buat lagi. family aku pun macam dah buntu. tapi aku selalu ingatkan mak ayah aku, jangan berhenti minta duit tu balik. tu hak mak ayah aku. pastu kalau ada siapa-siapa yang datang nak pinjam duit lagi, jangan bagi! rasanya banyak kali dah aku cakap camtu. tapi nak buat camne kan. orang tua ni hatinya lembut. aku pesan pada akak aku tolong tengokkan diorang. apa-apa hal bagitau aku. nampak macam aku yang berkuasa kan? tak juga. cuma aku ni jenis suka bagi pendapat. kalau tak ok memang aku bantah sekeras-kerasnya. akak aku tu pun jenis lembut hati gak. aku je yang keras hati. hewhewhew.




So, peringatan buat spesis seperti yang dinyatakan di atas, silalah bayar hutang! bukan hutang bank tapi hutang dengan orang lain. orang lain pun nak hidup juga. rasanya tak mati kot kalau tak pegi bercuti. ingatlah, hutang dengan orang ni membawa ke akhirat nanti. masa tu nanti ko nak bayar dengan apa? semuanya dah terlambat. walau 1 sen pun ko berhutang semuanya akan dituntut di akhirat kelak. apatah lagi kalau 5k!



Renung-renungkan dan selamat membayar hutang!



*Niat di hati taknak emo, tapi tetiba jadi entri emo habissss!! ;P




Friday, September 9, 2011

Ceritera Raya Part 2

Salam Syawal kawan-kawan. =)



Ok seperti yang dijanjikan, cerita raya part 2 kembali bersiaran. hehehe.



Raya keempat iaitu hari Jumaat, aku dengan semua adik-beradik hubby bertolak ke Alor Setar, Kedah (rumah akak hubby) memandangkan dia sekarang ni tengah berpantang bersalin anak ketiga. dalam masa yang sama nak pergi ke majlis kahwin adik kepada abang ipar aku yang kebetulan dapat orang sana gak.



So ni antara gambar-gambar yang ada muka aku. wahahaha.




Sebelum keluar rumah wajib bergambar dulu. tetiba nampak aku dengan hubby macam tak kawan je kan. huhu.






Gambar lagi. nilah family besar hubby aku. daripada adik-beradik, ipar-duai dan anak-anak sedara. meriah!






Eh, apsal tetiba jadi malam plak ni? hehehe. sebenarnya gambar ni duk kat atas sekali. ni masa malam pernikahan. tak pasal-pasal kena jadi tukang angkat hantaran.






Posing dengan adik ipar.







Di rumah pengantin pompuan. masa ni tengah tunggu Tok Kadi sampai. nampak tak hubby aku yang tercegat tu? baju rock tetiba pakai songkok. apakah?







Mana Tok Kadi ni woi. pengantin dah tak sabar dah tu. haihhh!








Akhirnya selamat sudah. Tahniah!







Sesi autograf. eh! tandatangan sijil nikah. hehe.








Ok, ni masa bersanding keesokan harinya. majlis diadakan di dewan orang ramai.








Duk melayan anak buah yang dah kelaparan.







Hubby pun sibuk melayan anak buah. tah apa yang dikelentong agaknya.







Masa ni pengantin tengah di-tepung-tawar. dalam hati tertanya-tanya bilalah boleh makan. lapar dah ni. hehe.








Ipar-duai ku.








Muka tak puas hati je kan. yela, lapar!








Ok, sesi bergambar terakhir lepas makan pastu balik ke rumah. tido!




Itu jelah cerita masa raya kelima aku di Kedah. esoknya ada 1 lagi event besar yang nak diselitkan dalam blog aku ni. tak cerita kang ada plak yang kecik hati. hehehe. siap ada tragedi lagi. nak tau? macam biasalah tungguuuuuuu. =)




Ceritera Raya Part 1

Salam Syawal buat kawan-kawan sekalian alam. =)



Rasanya masih belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin walaupun dah masuk 11 Syawal. almaklumlah kan, nama pun raya. blog pun raya gaklah. hehe.



Barulah hari ni terasa rajin tangan ni nak menaip entri baru. tak sah rasanya kalau tak buat entri pasal raya. asyik duk baca cerita raya orang lain je. nahh sekarang rasakan buah tangan dari blog ni plak. entri ni banyak gambar je. malas nak cerita panjang-panjang. pulak! ;P




Si montel dengan ibunya (akak akulah). masa ni beraya kat rumah makcik iaitu akak sulung kepada mak aku. memang dah jadi tradisi pagi raya mesti ke rumah dia dulu.







2 budak montel yang menjadi tumpuan di hari raya. yela takkan nak gomol orang tua plak kan. sorang tu anak akak aku, yang baju biru tu anak sepupu aku. tu muka nak nangis la tu.







Anak-anak dara yang pantang nampak orang tala kamera cepat je control cun. kecuali yang kanan sekali tu. dia dipaksa untuk senyum. lihat muka terpaksa dia tu. tak pasal-pasal huduh! huh!







Errr actually gambar ni kena tengok dari bawah ke atas. malas nak susun balik. hehehe. ni gambar pagi-pagi raya sebelum ke rumah sedara-mara. dah jadi tradisi kena bergambar dulu sebelum kuar beraya. wajib! lebih-lebih lagi dah ada DSLR ni. walaupun ayah punya. hewhew.








Ini adalah gambar wajib ada. kalau takda memang wajar dihempas DSLR tu tanpa rasa bersalah. tak nampak ke ustaz tu dah bergaya kemas untuk bergambar? tak paham-paham lagi? tetiba rasa macam kaler baju tak matching. tulah akibatnya beli baju raya last minit. iskkkkk!








Ni gambar tuan punya DSLR yang wajib wajib wajib ada di setiap penjuru. kalau takda dibimbangi DSLR itu disimpan dalam peti besi supaya anak-anak tak dapat berlagak seolah-olah DSLR tu mereka yang punya. haihhh!







Gambar yang sepatutnya berada di awal entri. jangan ditanya kenapa baju kami berdua tak sama dengan family yang lain. seolah-olah sedang bergaduh besar lagaknya. tapi kalau tak tanya pun aku nak cakap juga. sebenarnya tahun ni giliran beraya di belah suami. tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, maka tahun ni beraya lagi di Kluang. sebab tu baju tak sama. dah jangan tanya lagi.






Eh tertinggal lagi 1. ni gambar sebelum barang-barang bersepah kat belakang tu dialihkan. masing-masing dah kemaruk nak bergambar sampai tak sedar apa. tah selipar sape yang tetiba ada dalam rumah tu. nampak sangat baru kuar kotak. mujur ada ustaz yang prihatin. hehe.




Kata ada DSLR tapi seciput ni je gambarnya?



Kalau aku masukkan semua kang juling plak mata korang menengoknya. cukuplah beberapa keping ni je. (sebenarnya gambar-gambar lain banyak takda muka aku. so apa kes nak masukkan gambar yang takde muka penulis blog?) hahaha kejam tak aku.



Opss, ni baru cerita part 1. banyak lagi part nak cerita ni. tapi slow-slow ye. nantikan part demi part dengan sabar seolah-olah korang tengah tunggu cerita Kasih Alia bila tengah syok tengok tetiba bersambung minggu depan. rasa macam nak hempas TV kan? haaaa jangan hempas laptop or PC korang plak. sabaaaaarrrrrr.



Ok, nak pegi beraya ke blog orang lain plak. nak duit raya!



Bye!





Monday, August 22, 2011

Warkah buat Pn. Sue =)



Salam Ramadhan kawan-kawan.



Pagi ni ada tugasan sikit nak buat. tugasan membantu rakan blogger iaitu Pn. Sue yang ada masalah untuk printscreen page untuk dimasukkan dalam entri. actually sebelum ni pun aku tak tau gak. mujur ada Kak D kesayangan yang tolong ajarkan. hehe.



Ok, STEP 1 : BUKA PAGE YANG KITA NAK PRINTSCREEN T
U. LEPAS TU KLIK BUTTON 'PRTSCRN' DI PC OR LAPTOP ANDA.







STEP 2 : BUKA MICROSOFT OFFICE PICTURE MANAGER. TEKAN RIGHT-KLIK DAN PILIH 'PASTE'.





Haa tu right-klik.







Haa nampak tak apa yang kita printscreen tadi dah ada.



STEP 3 : KALAU NAK EDIT PAGE TU, KLIK PADA BAHAGIAN KANAN 'EDIT PICTURE'.






'Edit Picture' belah kanan tu. nampak kan? kalo tak nampak sila buat-buat nampak. hehe.




STEP 4 : CONTOH KALAU NAK CROP PICTURE. DRAG JE IKUT SETAKAT MANA PAGE YANG ANDA MAHUKAN.







STEP 5 : KLIK SAVE. WATAMMAT!



Harap entri tutorial kali ni dapat membantu Pn. Sue kita ni untuk mempraktikkannya selepas ini. sorilah kalau masih tak paham gak. agaknya aku memang bukan ditakdirkan untuk mengajar kot. hehehe.




Sekian, segala salah silap harap dimaafkan. eh macam raya la plak. hehe.



Friday, August 19, 2011

Kebesaran ALLAH SWT



Salam kawan-kawan.


Sedang blogwalking di blog kawan-kawan, terjumpa 1 entri yang buat aku menangis sepanjang membaca. Masya-Allah aku sangat kagum dengan kebesaran-Mu Ya Allah. maka entri itu aku postkan di sini untuk renungan rakan-rakan sekalian dan juga diri sendiri.



Disclaimer ; Tujuan saya menulis entry ini selain dari untuk rujukan sendiri, adalah bagi bacaan kawan-kawan yang selama ini mengikuti dan mendoakan kkami sepanjang kisah ini berlangsung. Mana-mana bahagian pada kisah ini yang tidak dapat dijelaskan secara logik, adalah diluar kemampuan saya untuk menerangkannya…kerana saya juga mengalami perasaan sama seperti anda..
Sebarang ulang siar semula samada dalam bentuk cetakan, republish blog entry atau siaran di media atau yang sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali, kecuali setelah mendapat makluman persetujuan dari saya. Ini kerana saya mendapat tahu ada pihak yang ingin menemubual kami untuk dijadikan bahan cerita terbitan majalah/akhbar, jadi entry ini tidak boleh diterbitkan semula sebagai bahan cerita anda, untuk menjaga nama baik pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam peristiwa ini.
Namun buat blogger, saya memohon jasa baik untuk mewar-warkan kepulangan suami saya, agar pihak yang mendapat khabar kehilangan, juga akan dapat update mengenai kepulangan suami saya.Terima kasih banyak-banyak kepada rakan blogger dan facebook sekalian, saya amat terhutang budi dengan anda..
Segala yang baik dan manis itu adalah kurniaan dari ALLAH, manakala yang kurang dan pahit itu adalah datang dari kekurangan diri saya sendiri.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH yang telah memanjangkan usia saya dan suami untuk meraikan pesta ibadah di bulan Ramadhan ini. Tahun lepas saya menyambut Ramadhan dalam keadaan mengandung. Alhamdulillah ALLAH telah memberi kekuatan dan kemudahan sehingga saya berjaya berpuasa penuh dan dapat bertarawikh walau tak penuh.

Tahun ini kami menyambut Ramadhan dengan baby baru *alhamdulillah*. Saya bisikkan kepada baby saya : “Tahun lepas masa dlam perut, baby dah behave very good. Ibu dapat berpuasa, bertarawikh, khatam al-Quran, alhamdulillah. Therefore, i really hope that this year i can perform better. Please doakan ibu ya :) ”…dan baby saya nampak macam tersenyum, entahlah kenapa senyum tu, agaknya seronok terkena angin di telinga semasa saya berbisik ;)
Untuk menyambut Ramadhan ini, kami hanya bersiap dengan cara mengemas rumah dan membeli kurma sahaja. Minuman kesihatan seperti performance drink shaklee, dan evergreen centella HPA memang sentiasa ada dalam stock. Cadangnya kami nak kerapkan berbuka di masjid berhampiran saja, lepas berbuka boleh berjemaah untuk solat Maghrib dan seterusnya.
Hari Pertama Ramadhan.
Malam Ramadhan pertama, kami dikunjungi oleh sahabat baik saya, Huda. Suami saya pula ke masjid bersama anak sulung kami. Awal pagi itu saya bangun sangat lewat kerana saya kurang sihat,saya tak sempat masak nasi…jadi saya dan suami hanya sempat makan roti walnut dan minum performance drink untuk bersahur. Dalam hati saya rasa sangat malu dengan suami, dan saya berazam hari-hari seterusnya saya akan bangun awal untuk menyediakan sahur buat suami tercinta.
Pagi itu ialah hari pertama suami saya hadir ke tempat kerja baru. Kami sekeluarga memang amat bersyukur bila suami mendapat kerja baru ini kerana gajinya jauh lebih baik dari di tempat lama. Bukanlah saya tidak bersyukur dengan apa yang ada, tapi saya dan suami menyedari keperluan kewangan hidup yang makin meningkat dalam keadaan saya pula tidak berkerja.
Pagi itu hati saya amat riang, terasa penuh dengan charge positif dan semangat waja,mungkin kerana terlalu gembira suami mendapat kerja baru.Sebenarnya saya demam panas, sakit tekak, suara hilang…tapi terasa sihat dan bertenaga kerana saya taknak suami risau meninggalkan saya demam di rumah.Hari itu suami pergi ke tempat kerja menaiki bas, beliau ingin mencuba menaiki kenderaan awam sebagai langkah berjimat. Saya bercadang ingin memasak makanan kegemaran beliau untuk juadah berbuka puasa. Pada jam 5.00 petang, suami saya menelefon saya, memberitahu beliau akan pulang menaiki tren dan dari stesen tren beliau akan menaiki bas. Saya menawarkan diri untuk menjemputnya di stesen tren. Pada mulanya suami enggan kerana mengenangkan saya demam, tapi saya katakan yang saya boleh buat dan saya juga nyatakan yang saya nak bawa anak-anak ke pasar Ramadhan untuk membeli kuih dan air soya.Suami akhirnya bersetuju.
Sekitar jam 6.00 petang suami saya tiba di stesen LRT, dan kami terus ke pasar Ramadhan berdekatan. Semasa sedang membeli kuih, ibu saya call dan mengajak kami berbuka bersama di rumah ibu. Suami saya bersetuju. Saya pula wakgtu tu dah masak di rumah, jadi lauk-pauk semua kami bawa ke rumah ibu saya.
Seronoknya berbuka pada hari pertama Ramadhan itu. Suami saya kelihatan sangat gembira dengan kerja baru. Kata suami saya, esok beliau akan menaiki bas ke office, dan akan pulang menumpang motor kawannya. Saya pun gembira sangat melihat suami saya selesa dengan kerja baru beliau.
Selesai tarawikh, kami pun makan kuih-muih yang dibeli dari pasar Ramadhan. Semasa sedang makan, adik bongsu saya dan suami saya rancak bersembang. Suami saya begtu optimis untuk menjual kerepek yang makcik saya di Sabak Bernam buat. Kata suami beliau akan hantar kerepek-kerepek Cik Ram ke kedai-kedai berhampiran dan akan cari gerai di pasar Ramadhan untuk di tumpang jual kerepek. Saya senyum sahaja, dalam hati saya berdoa agar semua perancangan kami dipermudahkan oleh ALLAH dan diberi kejayaan oleh ALLAH.
Hari kedua Ramadhan.
Sekitar jam 12 malam kami pulang ke rumah. Saya mula demam lagi, suami ambil suhu badan saya, ianya 38.9 darjah celcius. Suami berikan saya 2 biji paracetamol, performance drink dan evergreen centella satu sudu, kemudian kami tidur. Sekitar jam 2.45 pagi saya terbangun kerana tekak sangat perit. Saya ke dapur untuk minum air, lalu suami pun terbangun mungkin sebab terdengar bunyi saya di dapur.
Suami minta saya berehat, kemudia beliau memicitkan kepala dan kaki saya. Suhu badan saya pun dah turun sedikit. Sambil mengurut tu, suami saya menyebut yang beliau ingin mengaji al-Quran. Jadi beliau mencari tafsir, sementara memicit bolehlah mengaji katanya. Setelah mencari-cari baru teringat yang tafsir ada dalam kereta, jadi suami ingin mengambil tafsir itu.
Saya lihat jam waktu itu menghampiri jam 3.00 pagi. Suami saya pun switch on kereta dari dalam rumah, dan keluar untuk ambil tafsir. Saya waktu itu berehat dalam bilik sambil menyusukan Umar. Selepas aagak lama, saya masih tak dengar suara suami saya. Jadi saya bangkit dan pergi ke ruang tamu, saya lihat suami saya tiada. Jadi saya jenguk ke luar tingkap, saya tak nampak suami saya. Hati saya dah mulai rasa gusar. Kereta elok di tempatnya, tapi suami tiada di luar. Saya pun keuar untuk melihat ke dalam kereta. Saya lihat tafsir al-Quran masih ada di tempatnya. Kereta masih tak berkunci, tapi suami saya tiada di dalam.

Saya panik…!
Saya masuk ke rumah, saya lihat atas meja ada wallet, kunci rumah, kunci kereta dan handphone milik suami…..
Tiba-tiba jantung saya berdegup laju sehingga terasa tekanan di pangkal tekak.
Tak tahu apa nak fikir, saya anggapkan suami pergi ke surau untuk qiyamullail. Walau jauh di sudut hati saya menyebut : “mustahil abang pergi surau tak bagitau apa2,apatah lagi tengah demam-demam begini”….tapi saya pegang juga hipotesis mengatakan suami ke surau, saya nak ke surau untuk lihat suami tapi saya tak berupaya…3 anak saya sedang tidur di dalam rumah.
Dalam hati saya beri alasan lagi : “takpe sahur nanti abang balik”…saya kuncikan grill dan buka pintu luas-luas…saya bimbang jika saya tertidur dan tak dengar suami beri salam.

2 august, Jam 5 pagi :: suami saya masih tidak muncul lagi..saya amat berharap saya mendengar suara suami memberi salam. Saya menunggu sehingga azan subuh berkumandang…masih…suami saya belum pulang…
Saya meluru ke bilik, saya peluk anak-anak saya..saya tak menangis waktu itu, saya cuma mahu dapatkan kekuatan dari mereka…anak sulung saya bangun, dia bertanya “mana ayah?”
saya jawab : “ayah pergi surau….” dalam hati ini, saya menangis-nangis, tapi di mata ini, tiada air mata keluar..
2 august jam 7 pagi :: saya masih tak menutup pintu. Saya buka tingkap seluas-luasnya, saya bawa anak-anak ke ruang tamu..saya menunggu suara suami memberi salam, namun masih tiada..
2 august jam 8 pagi :: saya nekad ingin mencari suami saya, saya terfikir,hari itu adalah hari kedua suami berkerja di tempat baru. Jam 10 pagi sepatutnya suami di offcie..jadi bila jam 8 pagi suami belum pulang. Saya sudah lupa yang saya sedang demam. Saya bawa anak-anak memasuki kereta, lalu saya mula meronda.
Mula-mula saya ke surau di taman perumahan saya, dalam hati saya amat berharap yang suami ada di sana, mungkin suami saya tertidur. Saya mahu kejutkan suami dan bawa suami pulang ke rumah…begitulah fikir saya waktu itu.
Tiba di perkarangan surau, saya dukung Umar, anak-anak yang besar saya tinggalkan dalam kereta…saya pusing sekitar surau..saya nak masuk tapi surau terkunci…
Ya ALLAH!! saya sangat panik…saya berlari ke pondok security, saya bertanya adakah surau buka pada waktu subuh tadi, security kata : tidak..
Surau di taman perumahan kami, saya pada awalnya berharap suami ada di sini..
Jadi di mana suami saya??
Waktu itu terasa lutut bagai longgar..tapi Umar berada dalam dakapan saya, maka saya kuatkan kaki, saya menuju ke kereta, saya peluk anak-anak saya erat-erat…dan saya teruskan memandu ke masjid alam damai…
Tiba di masjid, saya berjalan kaki sambil mendukung Umar, manakala anak-anak berdua ini mengikut saya. Kami pusing sekitar masjid, saya masuk ke tempat muslimin…saya pergi ke tempat wudhu’, namun suami saya tak kelihatan..
Saya periksa rak kasut, tiada selipar suami saya.
Saya pergi berjumpa beberapa jemaah muslimin, saya tunjukkan gambar suami, namun tiada siapa melihat beliau..

Saya terasa bagai sebeban batu memberati hati, perasaan itu sangat berat, saya umpama mahu terjatuh, namun anak-anak saya memegang tangan saya dengan erat. Saya lihat ke mata Umar, Umar senyum dengan ikhlas, Umar tidak tahu ayahnya hilang…saya peluk Umar, Saya peluk Arif, saya peluk Aisyah…umpama dapat kekuatan, saya pun teruskan langkah..
Dalam hati, saya cuba positif : Suami terus ke tempat kerja, suami akan pulang untuk berbuka..
Saya tahu itu tak logik, tapi apa lagi yang boleh saya pegang? Saya mahu call suami, tapi handphone nya di rumah…suami keluar sehelai sepinggang!
Saya pun pulang ke rumah bersama anak-anak..tiba di rumah, saya jadi marah pada diri sendiri..mana tahu sepemergian saya mencari suami, beliau pula telah pulang ke rumah, namun saya dan anak-anak tiada…lalu mungkin suami pun pergi semula…saya amat marah dengan diri saya waktu itu,saya amat kecewa kerana tak memikirkan sesuatu sebelum keluar tadi..saya kecewa dengan diri saya..
Tiba-tiba saya memperoleh idea, saya ambil cover drawing paper anak-anak saya, lalu saya tuliskan satu nota di atasnya..
Saya selitkan di hadapan pintu rumah saya, dan saya buka pintu rumah luas-luas, grill utama saya kuncikan.. lalu saya dan anak-anak tertidur di hadapan pintu utama…
Dalam tidur yang singkat itu, tiada mimpi langsung, yang ada hanya gelap..
Saya tersedar pada jam 12 tengahari..
Lalu saya sediakan makanan untuk anak-anak, saya masakkan bubur untuk Umar dan sup ikan merah untuk Arif dan Aisyah..
Dalam hati saya berpegang kepada hipotesis yang suami ke tempat kerja dan akan pulang untuk berbuka puasa. Saya beharap suami akan pulang ke rumah bersama rakan office nya dengan motosikal, seperti yang suami ceritakan ketika kami makan kuih selepas tarawikh semalam.
Lalu dalam jam 5 petang saya mula memasak makanan untuk berbuka. Saya sediakan sambal kicap resepi ibu kak E-car yang amat suami saya sukai untuk di makan bersama lauk berbuka.
2 Aug jam 6 petang :: Saya menunggu dengan penuh debar. Pintu dan tingkap masih saya buka seluas-luasnya..sehingga jam 6.30 petang, tiada kelibat suami, saya menunggu bunyi enjin motor, pun tiada juga..
Saya menunggu sehingga tiba-tiba azan Maghrib berkumandang…saya pun meneguk air kosong dan mengambil 3 biji kurma.. kurma yang manis itu berasa amat kelat di tekak.
Lalu saya simpankan segala lauk dan nasi..dan saya bersiap untuk solat.
Dalam solat Maghrib, saya berdoa agar ALLAH tunjukkan jalan, tunjukkan apa yang perlu saya buat..
Selesai solat, saya beroleh kekuatan, saya pack pakaian anak-anak dan pakaian saya, kemudian saya hubungi ibu saya.
Ya ALLAH, KAU tahu betapa beratnya suaraku hendak keluar tika saat mengkhabarkan berita suamiku kepada ibuku…
Saya tidak tahu bagaimana hendak mengkhabarkan…
Saya hanya berkata : “Mak, kakyong nak tumpangkan anak-anak tidur di rumah mak malam ini, kakyong ada kerja”
Mak saya bertanya : “Ithnin mana?” saya kelu…
Saya menjawab : “nanti kat rumah mak, kakyong cerita..”
Tiba di rumah mak saya, saya terus meluru menuju kepada mak…saya peluk mak saya..saya khabarkan semua yang berlaku..saya sangat keliru dan buntu.
Saya katakan kepada mak :
“Mak, ini bukan suami kakyong, suami kakyong sayang anak-anak, suami kakyong sayang Umar, suami kakyong tahu kakyong demam, mustahil dia lakukan semau ini, mustahil ia pergi begitu saja…kakyong tak tahu apa nak fikir…”
Mak saya pun bagaikan kelu…mak berkata yang masa tarawikh di surau nanti mak akan lihat kalau-kalau suami saya ada..
Saya tidak bertarawikh malam itu…jiwa saya kusut…sepatutnya, sepatutnya sebagai seorang hamba, bila kita ditimba musibah, kita sepatutnya makin dekat dengan Rabbul ‘alamin, maka solatlah dengan kerap lagi, dekatkan lagi diri kepada ALLAH, minta dan adulah kepadaNYA
Saya tahu semua itu, tapi saya tak amalkan, saya duduk…termenung, berfikir yang entah apa, saya renung telefon, saya peluk anak-anak, kemudian saya bawa kereta, saya pulang semula ke rumah….hancur lagi hati ini, suami saya masih belum balik, nota saya tidak berjawab….di mana suami saya?
Nota dari hati untuk encik suami yang dicintai, saya titipkan dengan sebatang pen, dengan harapan jika beliau pulang, dan tika itu saya tiada di rumah, maka beliau boleh menulis pesanan di nota ini….
Mak saya pulang dari tarawikh, saya amat berharap berita baik…namun mak menyatakan, tiada kelihatan suami saya di surau pada malam itu..dan rasa hati dihempap batu itu makin ketara..
2 August 11.30 malam : saya call polis, saya ingin buat laporan.Tapi mereka tak mahu terima kerana belum cukup 24 jam..Aduhai polis, perlukah tunggu sehingga 24 jam? Sejam pun sudah cukup berat bagi saya….
Hari ketiga Ramadhan
3 August 1.30 pagi : saya ke balai polis berhampiran taman perumahan saya bersama Umar. Saya membuat laporan, terpakasa saya mengawalkan sedikit waktu suami saya keluar rumah itu kerana tak sanggup saya menunggu sehingga jam 3 pagi.
Pegawai yang mengambil laporan terus menghubungi ibu pejabar polis daerah Cheras. Kes ini diserahkan kepada sarjan Radha untuk di ambil tindakan. Pegawai berkenaan kemudiannya meminta saya pergi ke balai polis cheras yang terletak di Taman Maluri. Waktu itu jam hampir 3.00 pagi, saya meminta agar ada pegawai polis yang boleh membawa saya ke balai polis Taman Maluri, namun kata polis berkenaan tiada siapa yang boleh meneman kerana tidak cukup anggota..huhu, maka saya pun pergilah ke Taman Maluri bersama Umar..suahlah jalan pun saya tak tahu…saya hanya berbekalkan map yang dilukis oleh polis tadi.
Sebelum ke Taman Maluri, saya singgah sebentar kke rumah untuk melihat, mana tahu suami sudah pulang…namun hampa…tiada sebarang tanda yang suami ada pulang ke rumah…
3 August, Jam 3 pagi ::Saya tiba di balai polis Cheras di Taman Maluri dan terus di bawa berjumpa sarjan Radha.. Selepas keterangan saya di ambil, saya dibenarkan pulang.
Saya tiba ke rumah mak dalam jam 5 pagi.
Saya bersahur..
terkenang saat puasa hari pertama, suami hanya bersahur dengan roti walnut…saya menangis…

Setelah bersahur, saya cuba untuk lelapkan mata, namun tak berjaya juga untuk tidur..sehingga kedengaran azan subuh berkumandang..
Dalam solat, saya tak putus meminta pada ALLAH..
Ya ALLAH, pulangkan suamiku ke pangkuanku dengan selamat
pulangkan ayah kepada anak-anakku kepangkuan anak-anak dengan selamat..

Dan butir doa saya hanyalah berkisar tentang keselamatan dan kepulangan suami..
Pagi itu saya call rumah ibu bapa mertua, bertanya jika ada suami sya di sana …ya ALLAH, sungguh pedih hati ini ingin bertanya sebegitu, kedengaran seperti kami bermasalah…sungguh…saya tidak tahu bagaimana untuk bertanya…
lalu hal ini pun diketahui semua..
saya maklumkan kpada sahabat baik suami, yang kemudiannya datang untuk membantu mencari suami saya.
Hari itu, saya mencari di HUKM, Hospital Serdang, Hospital Kajang, Hospital Kuala Lumpur, PPUM, Hospital Ampang…saya bertanya di unit admission jika mereka ada menerima pesakit tanpa kad pengenalan…dan jika ada, saya akan perincikan pula dengan kriteria yang menepati suami saya..tiada satu hospital pun yang ada pesakit seperti yang saya cari..
Hati saya amat pedih tiap kali saya mencari di hospital…saya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan…ya ALLAH baru saya faham betapa sakitnya ibu bapa/suami/isteri untuk menerima berita kehilangan….
Sesudah mencari di hospital dan tidak bertemu, saya cari pula di surau-srau dan masjid-masjid..
pun tidak ada
lalu saya kecilkan skop pncarian, saya telusuri longkang-longkang besar bermula dari tepi rumah saya sehingga ke jalan besar…ya ALLAH..itu amat sakit…saya tak mahu menemui apa-apa di sana, tapi saya perlu juga mencari..
namun keputusannya sama, suami saya tiada…
Longkang besar yang bermula dari tepi rumah kami, saya telusuri sehingga ke jalan besar..
Saya teruskan mencari sehingga jam 4 petang, kemudian saya singgah ke rumah saya untuk periksa nota di pintu, still tiada perubahan…lalu saya pulang ke rumah mak.
Dalam hati dan minda, saya tak putus memikirkan;
Apa yang suami saya makan?
Di mana suami tidur?
Di mana suami saya berada sekarang?

dan semua persoalan-persoalan ini bermain di fikiran setiap masa..
saya masih belum tidur sehingga tiba waktu berbuka puasa.
Malam 3 august, saya update status kehilangan suami di Facebook
Tidak saya sangka, begitu ramai yang memberi comment..
sungguh saya tidak jangka semua itu..

niat saya memaklumkan di Facebook adalah supaya customer sya tahu yang buat masa terdekat saya tidak dapat respond sebarang email/PM..
tapi rupanya ALLAH berikan kasihnya melalui rakan-rakan Facebook..
terima kasih ya ALLAH..
Saya terima panggilan pertama dari kak Watie GBOB, kemudian dari kak Kamariah, dan kak E-car (tak sempat angkat) dan mesej bertalu-talu memasuki telefon, maaf kerana saya tidak reply mesej-mesej kalian…saya membaca mesej-mesej anda, serta reply anda di Facebook, tetapi saya tiada daya nak membalas, mungkin kerana takut akan menngis tersedu sedan depan PC..
4 August
Pagi itu selepas bersahur, saya pulang ke rumah…saya buka pintu seluas-luasnya, saya kuni grill, dan saya buat kerja rumah seperti biasa.
Saya terima panggilan dari kak Yasmin, rasa mahu menangis tika berbicara dengannya, saya tiada kakak, namun saat itu saya berasa seperti ALLAH kurniakan saya seorang kakak….T_T

Sehingga petang, masih suami saya belum pulang..
Saya tidak sanggup melihat Facebook, di sana wajah suami saya ada di mana-mana, saya jadi pilu..
Saya cuba untuk tidur, sudah 2 hari saya tidak tidur…namun saya tak dapat lelap..
Mesej juga masuk dengan sangat banyak…maaf kerana saya tidak reply..saya amat letih..setelah bosan menunggu dan tidak tidur, saya keluar lagi, menncari lagi di masjid dan surau serta hospital,namun tidak bertemu..

Jam 3 petang, saya pulang semula ke rumah..
Saat itu, saya amat rindukan suami..
Saya ke bilik, mencari kemeja pejabat yang dipakai yang belum dibasuh…saya ambil dan peluk kemeja itu, saat tu saya menangis…dan tangisan saya menjadi-jadi, saya minta ALLAH tamatkan pencarian ini, saya minta ALLAH pulangkan ayah anak-anak saya dalam keadaan selamat…saya minta ALLAH kasihani kami, kami hamba tak berdaya, tiada daya kecuali apabila ALLAH memberikan daya kepada kami….

Umar pula sejak ayahnya tidak hilang, asyik menangis…nafasnya berbunyi, saya syak mungkin ada kahak…entah bila saya mahu membawa ke klinik…saya hanya fikirkan suami sehingga mengabaikan baby…ya ALLAH ampunkan aku…
5 August
Masuk hari ketiga.
Dengan bantuan kak Lyna, saya berjaya mendapat slot untuk TV3 menghebahkan hal ini melalui media..
Hari ini juga saya menerima kunjungan ziatah dari kak Kamariah dan suami, kak Rita Rahayu dan Dr. Faridah..

Saat itu saya rasa kasihnya ALLAH pada saya, DIA berikan saya kasih dari sudut yang tidak disangka.
Dalam kunjungan itu, Dr Faridah memeriksa Umar dan menasihatkan saya bawa Umar ke klinik. Kemudian Kak Kamariah dan suami serta kak Rita dan Dr Faridah dengan mulia hatnya telah membawa saya ke TV3

Di sana saya menjaani temubual untuk menghebahkan kehilangan suami…waktu itu, saya sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan..
namun jauh di sudut hati…saya amat berharap suami pulang dalam keadaan selamat…
di TV3 kami berenam sempat bersolat asar…dan dalam perjalanan menghantar saya ke rumah, kami berempat (saya, kak Kamariah, Kak Rita dan Dr Faridah) bersembang panjang mengenai susuibu dan mengenai penulisan…tak sangka saya dan Dr Faridah meminat karya Andrea Hirata…saat itu terasa bagai seketika saya lega dari berat di dada…
namun tib di rumah, bila berbuka puasa tanpa suami, hati kembali sayu..
selepas solat Maghrib, saya tertidur..
sudah 3 hari saya tak tidur sebelum itu
dalam tidur yang tak lena itu, saya tidak bermimpi, betapa saya berharap akan mimpikan suami, namun tidak kunjung juga mimpi yang dinanti..
saya terjaga sekitar jam 11 malam, bila saya lihat suami tiada, saya menangis..
saya menuju ke Facebook, mengharapkan ada yang terlihat/terjumpa suami…namun tiada…lalu saya menaipkan isi hati saya di atas papan dinding facebook ::

entering 4th day : maaf sebab saya tak update atau jawab call atau reply sms..mungkin waktu itu saya ada kerja..hari ini saya dibantu dan disokong secara emosional oleh 4 sahabat (hanya ALLAH dapat membalas)
suami saya belum ada berita
bila saya keletihan, sepinya tak terasa..saya tidur
bila saya bangun, saya berharap dia ada, tapi masih belum…
dan saya terus berharap, takpe pagi nanti mesti abang balik…
saya perlukan doa rakan2 dan kenalan untuk suami saya….
ya ALLAH, waktu itu saya menangis tersedu sedan, saya benar-benar rasa kehilangan….saya teringatkan semua saat saya bersama suami, saya tahu saya mungkin tak boleh hidup tanpa suami…saat itu saya tahu..saya perlukan suami…
ya ALLAH, aku perlukan suamiku..
ya ALLAH anak-anakku pelukan ayahnya
ya ALLAH aku perlukan suamiku
ya ALLAH aku perlukan suamiku
dan saya teruskan berdoa sebegitu..
tiba-tiba telefon saya berdering..
terpapar nama encik Deen atas layar telefon..
saya jawab panggilan itu..
saya menyangka encik Deen ingin bertanya mngenai TV3
“Assalamualaikum” sapa suara di sebelah sana telefon..
saya tergamam..
‘Assalamualaikum….sayang..” suara lain macam, tak macam suara encik Deen
saya diam lagi..
“Assalamualaikum…sayang, ”
saya jawab..” abang??”
di sana suara itu menjawab ” ye abang ni, abang nak balik ni”
lalu tangisan saya berderai..
ayah saya datang memarahi, kerana saya menangis kuat..
saya tidak berkata apa, hanya menyerahkan telefon kepada ayah
ayah saya ambil telefon itu dan bercakap dengan suami
selesai itu, ayah saya berkata : “itulah, kita pelu minta dengan ALLAH…ALLAH saja mampu mengubah dan menetapkan segalanya..”
saya memeluk ayah dalam tangisan yang tak henti…
tangan saya bergetar..
getarannya sehingga ke bahu..
saya terasa pandagan ALLAH mengenai saya
terasa ALLAH memandang saya
saat itu, saya terasa ‘pelukan’ ALLAH..
saya ambil wudhu’
saya sujud padaNYA
sajada wajhiya lillazi..khalqahu…wa sawwarahu..wa shaqqa sam’ahu wa basarahu bi haulihi wa quwwatihi..
saya ulangi bacaan pujian kepada ALLAH itu berulang kali…
selesai sujud, saya bingkas menyediakan air untuk menyambut suami
saya tahu suami pasti kehausan, pasti sangat lapar dan letih…
tidak lama kemudian terdengar deruan enjin kereta encik Deen, saya jadi gelabah, oh apakah reaksi yang patut saya tunjuk…
saya ke pagar, saya lihat kelibat itu, kelibat insan yang saya cari dan rindu sejak 3 hari lalu..
Ya ALLAH KAU telah kabulkan doa kami,
Ya ALLAH KAU telah berikan apa yang kami perlukan
tak putus-putus kesyukuran dalam hati dan di bibir saya..
saya lantas menuju ke suami saya..
subhanALLAH
suami saya bersih
wajahnya segar
tubuh dan pakaiannya berbau harum
rambutya rapi
saya salam dan cium tangan suami
kulitnya bersih, dan harum
saya dakap suami
harum lagi…
wajahnya segar..
subhanALLAH
aya pandang encik Deen
beliau mengangguk
saya tahu encik Den turut hairan..
mak saya memanggil kami masuk
saya berikan air, anak-anak berlari menuju kepada ayah mereka
“ayah baru balik work ke?” soal Arif
saya terharu
saya tahu…anak kecil ini lebih rindu kepada ayah mereka, namun tidak tahu cara menzahirkannya..
kemudian, suami saya tidur…saya juga setelah itu, terasa sungguh letih dan lapar…namun tidak dapat lelap
saya belek suami saya, kakinya juga bersih
seluarnya juga
saya kemudian update kisah suami ditemui itu di facebook..
Sahur hari itu, saya menyiapkan nasi dan lauk buat suami..
kemudian siangnya kami terus menghubungi TV3 dan pihak media lain untuk memaklumkan kepulangan suami
Dan saya terus menghubungi Sarjan Radha untuk memaklumkan berita ini.
Kami di minta ke balai polis untuk membuat laporan dan Sarjan Radha mengambil keterangan dari suami saya.
terasa bagai sinar kembali ke rumah yang suram.
Dari Encik Deen
Semenjak kehilangan suami saya, encik deen setiap hari bersolat tarawikh di Masjid Saidina Uthman, Bandar Tun Razak. selepas solat encik deen akan meneruksan pencarian. Namun sepanjang 3 hari, tidak pernah bertemu dengan suami.
Hari itu (5 August) setelah selesai solat tarawikh dan tadarus, dan berbincang dengan jemaah masjid mengenai kehilangan dan operasi melebarkan pencarian..
tiba-tiba encik deen terpandang di satu sudut kelibat seorang lelaki sedang mengaji
dihampiri lelaki itu, kelihatan seperti suami saya…dipanggil nama namun tidak menyahut,lalu ditepuk bahu kanan…lelaki itu menoleh…confirm itulah suami saya..
kedua-dua mereka terkejut :
suami bertanya mengapa encik deen di situ..
encik deen bertanya sejak bila suami saya di situ..
dalam kebingungan kedua-duanya, encik deen memebri telefon untuk suami saya menghubungi saya..
Dari suami
Suami keluar mengambil tafsir, kemudian terdetik hati ingin ke surau. Lalu suami menjerit memberitahu di tingkap kepada saya (saya tdak mendengar ini)
kemudian suami pergi ke surau, mengaji, kemudian bersahur, bersolat jemaah dan bertadarus dengan jemaah…kata suami, beliau berniat untuk pulang selepas tadarus itu..
Yang berlaku
Suami dijumpai di masjid, bukan surau
suami hilang 3 hari, nak masuk 4 hari….bukan sekejap cuma
Yang lebih mengetahui hanyalah ALLAH SWT
Saya amat mengharapkan agar pembaca sekalian dapat mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga kami menjalani kehidupan selepas ujian ini..
Di saat saya mendapat tahu suami sudah ditemui, saya amat berasa kasihnya ALLAH terhadap saya
Di saat itu, saya mahu memeluk dan mendakap semua yang telah mendoakan dan membantu saya::
saya ingin memeluk kak Watie
saya ingin memeluk kak Kamariah
saya ingin memeluk kak Fid
saya ingin memeluk kak Lyna
saya ingin memeluk kak Yasmin
saya ingin memeluk kak Rita
saya ingin memeluk kak Faridah
saya ingin memeluk semua yang mendoakan dan memberi kata semangat di facebook dan sms
akhirnya saya sedar, sebenarnya saya ingin ‘memeluk’ ALLAH
saya ambil wudhu’
saya ambil al-Quran
saya dakap erat-erat
lalu saya membuka surah al-Baqarah
saya baca 10 ayat terakhir
ya ALLAH, terima kasih
aku ini, bukan hambaMU yang soleh
aku ini kadang leka dengan dunia
hatiku kerap lupa kepadaMU
namun
KAU tetap menyayangi aku
KAU tetap kasihkan aku
KAU dengar setiap doaku
KAU pelihara aku sentiasa
KAU kurniakan aku hidup yang baik
KAU kurniakan aku nikmat yang banyak
KAU selamatkan aku sentiasa
Ya ALLAH…ampunkanlah aku hambaMU yang rapuh ini….
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Ikhlas dari hati saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf atas gangguan dan kesulitan yang tidak sengaja saya telah timbulkan sepanjang berlaku insiden ini..
Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatiann semua pihak yang saya tidak dapat menyebutkan kesemuanama di sini…terlalu ramai, dan yang pasti semua kasih itu datang dari ALLAH..
apa yang mampu saya lakukan ialah berdoa agar ALLAH kembalikan kebaikan yang berganda-ganda buat anda semua, segala doa anda akan menjadi bekalan untuk menuju syurga ALLAH inshaALLAH..
terima kasih…


Terima kasih kepada Kak Lelord.



*Speechless.



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat