Tuesday, October 9, 2012

Air Kelapa Muda




Adoiyai dah beberapa hari teringin sangat nak minum air kelapa muda ni. Bayangkan minum sejuk-sejuk. Pehhhhh!! 



Taknak air kelapa yang biasa orang jual tepi jalan kat dalam bekas air tu. Tapi nak yang fresh minum terus dengan biji kelapa sekali. Kat sini mana lah nak cari. 



Rumah mertua memang ada pokok kelapa tapi buahnya tak berapa nak masak lagi. Hari-hari duk tenung buah tu bila la nak masak. Hehehe. 



Minggu lepas ada beli yang dijual kat pasar malam. Nampak dari luar bekas air tu macam best je. Macam fresh betul. Sekali minum alahai. Tak rasa air kelapa pun. Rasa macam minum air gula je. Pastu tah apa perasa yang dia campur sekali. Saya minum 2,3 sedut je pastu buang. Kecewa ok.



Pastu terus terlupa pasal air kelapa. Tapi 2,3 hari ni teringat balik sebab ramai yang cakap lepas 7 bulan ni elok banyakkan minum air kelapa muda supaya bila baby lahir nanti kulit bersih je. Teruslah tekak ni teringin nak nak minum air kelapa muda sejuk. Sedapnyaaaaaa.



Sebelum ni dah suruh suami carikan mana-mana yang ada jual air kelapa muda fresh dengan biji-biji kelapa sekali. Tapi hampa. Kesian suami tiap hari balik keje mesti pergi round kat bandar manalah tau tetiba ada kan. Hehehe. 



Tapi saya mengidam ni takdelah sampai merajuk bila tak dapat. Rileks je. Semuanya dalam minda kita je. Kadang-kadang memang kita teringin sangat sesuatu tu. Tapi bukannya kita tak boleh nak kawal. Sampai saya pun pelik ada sesetengah orang yang sanggup desak suami malam-malam buta semata-mata nak penuhi kehendak. Kesian kat suami kan.



Bukanlah saya nak cakap besar tapi saya rasa semuanya hanyalah mainan psikologi je. Takkan kita tak boleh nak kawal hati dan minda kita sendiri kan. Betul tak? Kalau tak betul sila betulkan saya ye. Tak marah pun. ;)



Alhamdulillah setakat ni saya takdelah mengidam yang bukan-bukan. Semuanya mudah dijumpai. Dan rasanya adalah 2,3 kali je saya teringin nak makan sesuatu. Selebihnya saya ngap je apa ada depan mata. Hehe. 



Cuma sekarang ni memang teringin nak minum air kelapa muda. Rasanya kat tempat saya ni memang susah sikit nak dapat. Maksudnya yang dijual la. Kalau kat rumah orang tu banyaklah pokok kelapa. Tapi seganlah pulak nak mintak kan. Hehehe.



Kalau kat kampung saya kat Kluang memang mudah sangat nak jumpa. Harapnya balik cuti nanti sempatlah saya merasa. Insyaallah. 



* Baby sabar ye. Nanti mama dapatkan air kelapa muda yang fresh punya. Hehehe. 

Thursday, September 20, 2012

Update!







Haihhh lamanya tak update blog. Boleh dikatakan tiap hari mesti buka blog tapi keinginan nak menaip tu takde. Banyak benda nak diceritakan tapi malas sangat. Rajin untuk blogwalking je. Seronok baca entri-entri baru rakan blogger yang lain. 




Alhamdulillah minggu ni usia kandungan saya dah masuk 26 minggu++. Sekejap je rasanya dah nak masuk trimester ketiga. Masa awal-awal dulu rasa lambat sangat masa berjalan. Tapi bila dh lepas 5 bulan rasa cepat pulak. Dah mula rasa nervous. Hehe. 




Kepercayaan orang lama ada cakap lepas 7 bulan baru boleh beli barang baby. Saya pun tak pasti kenapa. Maybe sebab taknak apa-apa jadi kot. Tapi saya tengok zaman sekarang ni dah kurang sangat orang ikut semua tu. Mak saya pun ada cakap tak salah nak beli sikit-sikit. Takut nanti dah dekat-dekat nak bersalin tak sempat pulak kan. 




Sebelum ni saya tak terfikir pun yang persediaan untuk sambut baby ni sesuatu yang agak susah. Sebenarnya tak pernah nak fikir pun. Bila dah alami sendiri ni barulah terasa cabarannya. Banyak kali bila masuk ke kedai jual barang baby, saya dan suami akan keluar balik tanpa beli apa-apa. Hahaha. Serius saya rasa blur sangat. Rasa macam tak tau apa-apa pun yang nak dibeli. Lama-lama hal ni jadi menakutkan saya. Hehe.




Tak boleh jadi macam ni. Maka saya pun berguru dengan akak saya yang dah berpengalaman dengan 3 orang anak. Saya listkan apa barang yang penting untuk disediakan. Yang agak kurang penting tu saya ketepikan dulu. Yelah bajet kena jaga juga kan. Kalau tak list maunya satu shopping mall tu saya borong. Biasalah excited lebih kan. Hehe.




Kebetulan baru-baru ni saya ternampak iklan Mama & Baby Fair kat Sogo KL. Fikir punya fikir saya rasa macam nak mula membeli barang-barang baby yang penting. Memang saya tak membeli satu apa pun lagi. So rasanya nilah masa yang sesuai. Memandangkan saya pun dah nak masuk 7 bulan pregnant. Takut lewat-lewat nanti tak sempat pulak. Manalah tau 8 bulan dah bersalin kan. Tapi harap-harap taklah. Tak ready lagi kot. Huhuhuh.




So minggu lepas cuti sekolah 3 hari. Hari Sabtu saya dan suami ke KL. Cadangnya nak terus ke Sogo tapi kereta buat hal pulak. Suami drive Kenari je masa tu. Sebab plan nak tukar tayar sekali kat KL. Nasib baik masa dalam perjalanan takde apa-apa. Dah sampai depan kedai tayar barulah kereta buat hal. Terus masuk bengkel. Mujur memang masa tu dah plan nak jumpa adik suami yang stay kat KL dengan wife dia.




So malam tu stay kat rumah adik suami kat area Puchong. Baju semua memang kitorang dah prepare sebab asalnya plan nak stay hotel. Esoknya pagi-pagi terus ke bengkel. Kereta dah siap. Melayang jugaklah dalam RM500. Saya dah mula rasa takde mood nak shopping sebab bajet dah habis ke benda lain. Huhu. Tapi suami pujuk untuk pegi jugak. Yelah kesian katanya saya dah excited nak pergi tiba-tiba tak jadi pulak kan. So ke Sogo lah kami.




Alhamdulillah perjalanan lancar. Jalan pun tak jem. Maybe ramai yang balik kampung kot. Dalam Sogo pun tenang je. Kita nak memilih pun mudah. Barulah saya dapat merasai perasaan seorang bakal ibu nak shopping barang baby. Serius perasaannya lain sangat. Rasa bangga pun ada. Hehe. Semua benda yang comel-comel tu memang merambangkan mata. Dah mula terbayang-bayang baby pakai semua tu. 




Tapi saya takdelah shopping macam orang hilang ingatan. Hehehe. Masih waras lagi. Suami bawak bakul, saya tukang campak barang dalam bakul. Suami ikutkan je isterinya ni. Memang dia tak membantah langsung. Agaknya dia tau isterinya ni tengah gembira. So dia biarkan jela. Hehe. Saya ambil yang penting-penting je macam kain lampin, botol susu (walaupun plan nak fully bf tapi prepare andaikata susu tak banyak), baju beberapa helai, mittens & booties (akak cakap ni yang paling banyak kena ada) dan beberapa barang lain lagi.




Satu bakul tu pun tak penuh barang. Ada yang saya nak beli tapi bila fikir-fikir balik takde pun takpe. Yelah zaman sekarang ni banyak benda yang dibuat untuk memudahkan ibu bapa contohnya macam bantal untuk susukan baby. Padahal kalau benda tu takde pun boleh je kita letak bantal biasa kan. So saya lupakan benda tu. 




Saya bajet dalam RM400 gitu. Risau jugak kalau over bajet. Tapi bila bayar rupanya tak sampai pun RM300. Huhu. Rasanya macam dah banyak yang dibeli. Maybe sebab tengah offer kan. So bila tengok bil sikit je saya pun sambung beli lagi baju baby beberapa helai. Hehehe. Cukuplah tu kot buat first shopping ni.



Suami pulak rambang mata tengok stroller dan car seat untuk baby. Macam stroller tu saya plan nak beli lepas bersalin nanti. Sekarang ni masih awal lagi kan. Car seat tu ada sesetengah orang rasa tak perlu pun. Tapi bila tengok sekarang ni kerap jugak berlaku baby tercampak keluar daripada kereta bila accident. Puncanya baby dipangku ibu di depan. Yelah kadang-kadang kita tertidur dan pegangan pun tak kuat kan. Bukanlah kata car seat tu selamat 100% tapi rasanya lebih elok kot. Kita doa jela banyak-banyak minta dijauhkan semua tu.




Bila dah beli barang-barang yang penting tu rasa lega sikit. Kiranya barang untuk dibawa ke hospital masa bersalin nanti semua dah ada. Cuma pampers je tak beli lagi. Yang tu kena tunggu dah dekat nantilah. Beli awal-awal takut rosak pulak sticker dia tu kan. Akak saya pun banyak offer barang-barang anak dia yang masih boleh dipakai lagi. Bulan 12 nanti anak dia yang bongsu pun dah besar. So macam barut tu bolehlah dia bagi kat saya. Jimat kan.




Shopping melalui online pun ada jugak. Saya beli set tilam baby. Kenapa tak beli kat kedai je? Sebabnya bila saya tengok kat Sogo hari tu kapas tilam tu macam tak elok je. So saya cari yang jenis kekabu. Tahan lama. Pulak tu dijahit dengan tangan. Rasanya tu pilihan yang terbaik kot. Takpelah mahal sikit asalkan berkualiti. Mana tau boleh tahan sampai anak ke 8 nanti. Wahhhhh. Hahahaa.




Yang lain saya banyak beli maternity dress je. Sebab semua baju kurung dah tak muat. Ada yang baju masih muat tapi kain dah macam sarung nangka. Boleh paksa pakai dengan zip separuh tapi lepas tu sepanjang harilah perut rasa senak. Sangat tak selesa. Kawan-kawan pun ramai yang bising suruh saya pakai uniform pregnant. Hehehe. Bila saya dah mula pakai diorang pulak yang excited.




Oklah, dah panjang sangat rasanya entri ni. Kang ada pulak yang bosan nak baca. Hehe. Tulah jadinya bila dah lama tak update. Buat kawan-kawan yang masih lagi menanti saat bergelar ibu, saya sentiasa doakan kalian. Jangan putus asa. Allah dan tetapkan rezeki untuk kita. Insyaallah akan sampai masanya. Doakan saya dan baby sihat ye. =)

Tuesday, August 14, 2012

Gula tinggi pulak ;(


2 minggu lepas kena minum air gula sebab faktor mak ada kencing manis. Awal-awal memang saya dah agak akan sangkut sebab saya memang suka makan manis. Masa cek tu gula dalam urin normal cuma ada gula sikit sangat. Keputusan gula dalam darah tak dapat lagi masa tu.

Semalam nurse klinik kesihatan call bagitau yang keputusan dah keluar. Berdebarnya saya. Dia cakap memang gula saya tinggi sikit. Ikitkan kalo normal bawah 7.8 tapi bacaan saya 8.0. Nampak memang sikit je beza tapi dalam perubatan tu dah dikira tinggi gak.

Pas dapat tau tu hati dah mula tak tenteram. Stress pun ada. Saya diamkan dulu. Suami pun tak tau. Hari ni baru saya rasa nak bagitau. Bukan apa. Taknak makin stress bila dengar dia membebel nanti. Huhu. Kalah mak nenek tau.

So sekarang saya dah disahkan menghidap diabetes masa pregnant. Ngeri plak dengar. Nak taknak saya kena on diet. Nurse pun ada bagi menu diet untuk kes macam saya ni. Kalo tengok menu tu bukanlah diet sangat pun cuma kuantiti macam nasi tu kena kurangkan. Lauk lebih takpe. Saya tak kisah sangat sebab saya memang bukan kuat makan.

Mulai khamis ni 2 minggu sekali saya kena cek gula dalam darah. Dalam sehari tu saya kena ulang alik ke klinik 4 kali dari pagi sampai malam. Tujuannya nak pantau gula dalam badan saya. Yang ngerinya bila nurse cakap kalo gula still tinggi silap-silap kena admit wad dan doctor akan pantau. Ya Allah minta dijauhkan.


Kawan-kawan tolong doakan kesihatan saya dan baby ye. Saya risau apa-apa jadi kat baby. Bila dah jadi macam ni barulah rasa menyesal sangat sebab tak jaga pemakanan. Makan ikut sedap hati je. Ikutkan memang saya jenis tak kuat makan tapi sebelum ni memang saya suka makan makanan ringan. Maybe tu sebabnya. Pasni mesti kena control gila-gila dengan suami. Huhu sedihnya.


Tapi takpe. Untuk yang tersayang saya sanggup korbankan apa saja asalkan baby selamat. Mulai saat ni saya akan kurangkan minum air manis. Lebihkan air masak. Kena stop mengunyah gula-gula. Kalo tak sebelum ni stok gula-gula wajib ada dalam handbag. Sejak puasa ni memang dah takde stok. Makanan ringan pun kena kurangkan.


Kat sini juga saya nak minta pandangan kawan-kawan yang ada masalah macam saya ni. Apa yang patut dan tak patut saya makan untuk turunkan gula dalam badan. Harap ada yang sudi berkongsi dengan saya. ;) Tq ye.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

Alhamdulillah it's a BOY! =)



Weekend baru ni balik ke Kluang. Cuti sampai hari Selasa. Isnin tu Pahang memang cuti sebab Nuzul Quran. Selasa plak saje ambil CRK. Hehe. Tak puas rasanya stay 4 hari dengan mak ayah. Yelah kalau nak puas sampai bila-bila pun tak puas kan. Kena duduk celah ketiak mak la kalo gitu. Hehe.




Masa kat Kluang ambil kesempatan untuk pergi buat check up kat Klinik Johor Maternity. Klinik yang mula-mula sekali saya pergi untuk buat rawatan sebelum ni. Memang dah selasa sangat dengan doktornya. Sampai dah kenal pun. Stafnya pun baik-baik. Tujuan utama nak scan dan tengok jantina baby. Kebetulan masa balik sana dah genap 5 bulan (20 minggu).




Sebelum ni dah pernah scan sekali kat situ masa usia kandungan 10 minggu. Masa tu terlalu kecik. Doktor yang scan plak Dr. Luckmal yang tersangat baik tu. Dia yang terlebih excited tengok saya pregnant. Hehe. Kali ni yang scan Dr. Murad plak. Dia ni doktor yang handle masa saya buat UIU kat Kuantan dulu. Kadang-kadang memang dia ganti Dr.Luckmal kat Kluang. Kira macam bisnes partner la.




Panjang pulak mukadimahnya. Hehe. Bermulalah sesi scan baby. Jeng jeng jeng. Dr. Murad tunjuk kat saya 'anu' baby. Mula-mula saya tak paham. Sebab masa tu scan 3D yang biasanya punya. Dengan baby yang tak reti duk diam lagilah saya tak paham. Lastly suami yang cakap "baby boy". Ohhhh lelaki rupanya. Senyum lebar saya. Rasa nak meleleh airmata. 




Sebelum mula scan tu Dr. Murad suruh suami rakam imej kat skrin tu. Dia kata boleh buat kenangan. Pastu Dr. Murad tukar ke scan 4D. Kali ni imej lebih jelas. Nak cek fizikal baby. Teruja saya nak tengok muka baby. Agaknya mirip muka saya ke suami ye? Hehe.




Puas Dr. Murad cari sudut nak tengok muka baby tapi sayangnya baby saya pemalu sangat. Hehe. Boleh pulak muka dia menghadap ke bawah pastu dua-dua tangan tutup bahagian tepi muka. Memang tak nampak langsung. Sampaikan Dr. Murad tekan-tekan perut saya nak bagi nampak muka tapi baby bolayan. Hehe. 




Masa tu dapatlah tengok tangan dan kaki baby. Alhamdulillah cukup sifatnya. Bila tengok kat skrin tu rasa baby macam dah besar sangat padahal Dr. Murad cakap berat baby baru dalam 300 gram je. Saya pun tak dapat bayang 300 gram tu besar mana. Posisi baby pulak masa tu macam dalam keadaan sujud. Dengan kaki berlipat. Subhanallah Maha Suci Allah. =')




Dalam beberapa minit jugak Dr. Murad kejut baby suruh bangun dan tunjuk muka tapi hampa. Sajelah tu nak bagi mak ayah dia surprise. Hehe. Dr. Murad cakap takpelah maybe scan lepas ni dia tunjuk muka. Appointment seterusnya dalam sebulan lagi. Tapi biasanya saya tak datang pun sebab jauh kan. Scan kat Lipis jela. 




Sekarang ni hari-hari suami tengok video baby. Tiap kali tengok dia senyum sorang-sorang. Hehe. Padahal sebelum ni hajat dia nak sangat baby girl. Tapi nak buat macam mana kan. Mama win! Hehe. Tak kisahlah janji baby sihat dan selamat. Sekarang ni barulah rasa nak membeli barang baby makin berkobar-kobar. Yelah senang nak memilih bila dah tau jantina ni kan.




Insyaallah harap-harap betullah jangkaan doktor tu. Sebab ada jugak kes yang mana bila scan lelaki tetapi yang keluar perempuan. Terpaksalah pakai baju biru je. Hehe. Tapi setakat yang nampak memang lelaki lah. Jelas sangat 'anu' dia menegak masa tu. Hehe. Insyaallah. 




Lepas raya ni rasanya dah boleh mula beli sikit-sikit barang baby. Suami pun nampaknya dah tak sabar nak shopping. Pantang nampak kedai baby mesti dia masuk. Benda pertama dia tengok adalah stroller. Hehe. Nampak sangat dah ada ciri-ciri malas nak dukung tu. Pasni nak survey kalo-kalo ada karnival atau pun jualan murah barang-barang baby. Lebih jimat. =)




P/s : Nak download video scan tu tapi dalam hp suami. Bila transfer ke hp saya tak leh nak buka plak. Hmmm nanti saya cuba lagi ok. =)

Monday, July 30, 2012

Black out again and again....


Boring betul duduk sekolah ni. Kerap sangat black out. Tak taula pasal apa. Dahlah takde notis bagitau nak black out. Pagi2 lagi dah rasa angin 1 badan. Sabar jela.


Apsal saya geram sangat? Maunya tak geram. Dahlah laptop saya ni tengah nazak. Bateri pun tahan beberapa minit je. Bila dah black out ni semua keje tak boleh nak buat. Takkan nak duduk melanguk je sampai balik kot.


Nak buat sesi rasa macam tak selesa plak sebab panas. Bukan ke sesi tu kena dijalankan dalam suasana yang teraputik kan. Cewah lama dah tak guna perkataan tu. Hehe.


Nasiblah ada Note kesayangan ni. Boleh jugak nak online or update blog. Kalo dah boring sangat kang nak main game plak. Tapi tak taulah setakat mana bateri boleh tahan. Ni pun dah tinggal separuh. Huhu. Betapa pentingnya teknologi sekarang kan.


Nak blogwalking pun nampaknya tak kesampaian. Harap2 esok tak black out lagilah. Boleh gila dibuatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 26, 2012

Alhamdulillah!






Alhamdulillah rezeki baby makin bertambah sejak akhir-akhir ni. Terima kasih PM sebab beri duit raya walaupun cuma setengah bulan gaji. Kira okla daripada takde langsung kan. Hehe.



Peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan, gunalah rezeki yang diberikan dengan sebaiknya. Jangan boros. Sebelum pegi shopping tu kena ingatkan diri untuk menyimpan sementara nak menanti gaji bulan 9 pulak. Huhu. Kang ada yang anak bini tak makan. 



Tapi saya kecewa sikitlah sebab sampai sekarang ni kwsp masih dipotong. So bonus raya saya nanti dapat kurang sikitlah daripada orang lain. Hmm takpelah. Yang penting duit tu nanti saya dapat balik kan. Pujuk diri sendiri. Huhu.

Wednesday, July 25, 2012

Layan lagu raya pada 5 Ramadhan

Tetiba teringin nak dengar lagu-lagu raya. Sedihla plak. Huhuhu.

Layankan jelaaaaaa. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.6

So Excited!!!



Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk 5 Ramadhan. Rasanya macam baru je semalam start puasa. Alhamdulillah setakat ni masih lagi mampu bertahan dan belum tinggal puasa lagi. Even kesihatan agak kurang memuaskan masa hari kedua dan ketiga puasa tapi masih boleh diteruskan. Risau juga kat baby. Takut dia kurang oksigen tapi bila cek doktor maklumkan baby sihat. 




Apa yang buat saya excited sangat tu? Hehe. Sejak akhir-akhir ni makin kuat saya dapat rasa pergerakan baby. Padahal belum masuk 20 minggu lagi. Saya maklumkan pada doktor dan doktor kata baguslah. Tandanya baby saya aktif. Lega saya dengar. 




Pergerakan seperti ada benda menguit-nguit dalam perut saya ni sebenarnya dah lama saya rasa. Tapi masa tu cuma sikit-sikit je. Kadang-kadang confuse sama ada baby yang gerak or angin dalam perut saya. Hehe. Tapi akhir-akhir ni pergerakan baby makin kuat. Terkejut jugak saya dibuatnya.




Paling ketara masa bulan puasa ni. Lagi-lagi bila saya lapar. Makin kuat baby bergerak. Saya tak pasti sama ada dia menendang atau apa. Apa yang pasti memang kuatlah sampai berbonjol-bonjol perut saya. Bila dia buat macam tu saya rasa tersangatlah happy. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya semakin sedar yang dalam perut saya ni ada satu nyawa lagi. Alhamdulillah.




Malam semalam lepas berbuka puasa masa saya tengah baring-baring tiba-tiba saya rasa satu tendangan agak kuat kat bahagian kanan perut. Saya pun pegang perut saya. Berkali-kali saya ditendang. Saya senyum sorang-sorang. Bila suami datang saya bagitau kat dia. Dia pun excited nak rasa. Tapi bila dia sentuh je perut saya, baby terus senyap. Hehe. Frust jugaklah dia. Puas saya kejut baby supaya bergerak tapi dia dah tidur agaknya. Hehe.




Bila suami keluar je mulalah baby berjoget balik. Kelakar pulak saya tengok. Disebabkan terlalu excited, malam semalam saya tak boleh nak tidur. Sentiasa menantikan pergerakan baby. Dan sampai ke lewat malam gak baby baru berhenti bergerak. Agaknya dah penat dan tertidur. Hehe. 




Ibu-ibu kat luar sana yang dah ada pengalaman mesti pernah rasa apa yang saya rasa kan? Orang cakap masa awal-awal ni tak kuat sangat pergerakan baby. Bila dah besar nanti silap-silap tak boleh tidur sebab asyik kena tendang je. Hehe. Tak sabar plak saya nak rasa. 




Apa yang pasti sekarang ni saya nak menikmati sepuasnya pengalaman masa mengandung. Kalau boleh setiap saat saya nak rakam. Taknak terlepas walau satu pun momen indah sepanjang mengandung ni. Sebab saya tau tak lama masa yang ada. Sedar tak sedar lebih kurang 4 bulan je lagi saya akan bergelar ibu. Mesti masa tu saya akan rindukan saat bila baby menendang perut saya. =)




Buat kawan-kawan yang masih belum diberikan rezeki ini oleh Allah, perbanyakkan usaha dan doa. Allah dan tentukan apa yang terbaik untuk kita. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apa yang penting, jangan pernah berputus asa pada-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.

Saturday, July 21, 2012

Alahai baju rayaku.

Salam Ramadhan semua.

Nak cite sikit pasal kisah baju raya. Actually baju ni dh lama saya tempah. Bulan 4 kalo tak silap. Sebenarnya baju ni bukan untuk raya. Baju ni untuk dipakai masa cuti sekolah bulan 6 hari tu. Yela banyak majlis kahwin kan.

Pastu tah macam mana baju tu tak dapat disiapkan pada masa yang sepatutnya. Kecewa gaklah. Marah punya pasal saya pun tak ambil2 baju tu sampailah baru2 ni.

Minggu lepas tiba2 terasa nak pegi ambil baju tu kat tailor. Dalam hati fikir nak pakai untuk pegi keje. Dalam hati jugak tak terfikir langsung sama ada baju still muat lagi or tak. Maklumlah kan. Hehe.

Balik2 rumah terus excited nak try. Paling penting try kain dulu. Baru sarung sampai peha, alamak! Sendat! Memang langsung tak boleh nak zip or kancing. Tiga2 helai saya try tapi hasilnya hampa. Sedihnya rasa.

Oh lupa nak bagitau baju saya tu jenis kain cotton. Maybe sebab tu jadi sendat gitu. Rasanya kalo kain jenis biasa masih bole masuk lagi. Saya cerita kat suami. Dia ketawa je. Adui kecewanya rasa.

Then suami pujuk saya. Dia cakap nak belikan baju raya untuk tahun ni. Cakap je nak berapa pasang. Eceh! Betullah orang cakap masa pregnant ni apa je yang kita nak mesti suami akan cuba usahakan. Hehe.

Nampaknya baju tu terpaksalah disimpan dalam almari sampailah lepas pantang nanti. Tu pun kalo badan ni boleh slim macam sebelum ni. Adui nangis! Kalo tak dapat jawabnya kena sedekah baju tu kat orang lain. Nangis lagi!

Apa2 pun saya tak kisahlah. Asalkan saya dan baby sihat. Saya taknak risaukan soal berat badan. Lepas bersalin nanti baru fikir macam mana nak diet balik. Huhu.

Oklah sebelum saya undur diri, saya dan suami (dan baby) ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada blogger2 yang beragama islam di mana saja anda berada. Semoga ramadhan kali ini memberikan seribu keberkatan kepada kita. Insyaallah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 11, 2012

Low HB

Nampak tak stiker hijau kat bahagian kanan atas tu? Asalnya stiker tu ditampal kaler putih. Tapi bila HB rendah maka bertukarlah jadi hijau. Maknanya kena berjaga-jagalah tu. Berisiko untuk dapat anemia.

Risau bila HB jatuh ni. Mula-mula cek last week daripada 11.0 jadi 8.3. Time tu ambil darah kat hujung jari je. Pastu nurse tu try ambil darah kat lengan sebab kebiasaannya bacaan lebih tinggi. Memang betul bacaan jadi 10.1. Tapi masih rendah dan dikategorikan sebagai anemia ringan.

Saya pun tak pasti apa puncanya. Rasanya vitamin sentiasa makan even sometimes ada yang skip sebab terlalu loya. Paham-paham jela ubat tu bau macam mana kan. Belum makan lagi baunya dah menusuk kalbu.

Dari segi pemakanan plak rasanya memang saya jaga. Saya cuba ambil makanan yang kaya dengan zat besi untuk tambah darah. Contohnya macam sayur bayam, ayam, daging dan kekacang terutamanya kacang kuda yang setahu saya memang sangat tinggi kandungan zat besi.

Tapi bila saya tanya doktor dia maklumkan hal ni normal. Bila baby makin membesar, dia akan memerlukan zat besi yang tinggi. So dari ibulah dia ambil. Harap takde yang membimbangkan.

Kelmarin pergi check up kat klinik. Doktor scan untuk cek dan ukur kepala dan tulang belakang baby. Alhamdulillah baby sihat cuma baby lebih besar daripada usia kandungan. Tapi saya takde kencing manis ye. Semoga baby membesar dengan sihat.

Bila HB rendah ni jawabnya tiap minggu la kena pergi check up. Next week harap-harap bacaan dah kembali normal. Risau effect kat baby. Biar saya yang sakit tapi janganlah baby. Dah lama sangat nantikan saat ni.

Kawan-kawan doakan saya dan baby sihat ye. 5 bulan kagi untuk diharungi. Nampak macam lama tapi saya rasa kejap je masa berlalu. Rasanya baru semalam saya disahkan pregnant. Tau-tau dah 4 bulan. Tapi perasaan berdebar masih belum ada lagi. Lebih kepada excited. Hehe.

Oklah nanti saya sambung lagi. Ada kerja sedang menanti. Bye. :-X

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 9, 2012

Mengidam Part 1

3 bulan pertama takde apa sangat yang saya idamkan. Semuanya biasa2 je. Tapi bila masuk 4 bulan saya dah mula nak makan macam2. Pantang ternampak.

Sekarang ni saya asyik teringin makan ikan keli. Dulu suka juga tapi taklah terlalu sangat. Sekarang ni saya asyik terbayang je ikan keli goreng or masak sambal.

Mujurlah memang ada kedai yang tiap hari jual ikan keli goreng or masak sambal. Bila teringin memang saya cari. Beli sampai 2, 3 ekor pastu saya makan sorang. Haha. Siap meratah lagi.

Saya harap takde kesan yang tak elok pada baby bila saya kerap makan ikan keli. Sekarang ni pun hb low. So saya kena amalkan pemakanan yang kaya zat besi macam daging, ayam, bayam dsb.

Kawan2 doakan saya dan baby baik2 saja ye.

Sekarang boleh update di mana2 saja sebab dah ada Note ditanganku. Hehe. Bye. ;-)

Tuesday, May 22, 2012

Something to share =)

Hai. Dah lama rasanya tak update blog. Bukan malas cuma takde mood je. Tak sama kan? Hehe. Tapi tak pernah miss blogwalking ok. Cuma bila nak menaip tu rasanya alahai.... Lagi-lagi time sekarang ni.



Sebelum ni saya ada janji nak share something untuk kawan-kawan kan. Oh saya tak lupa. Cuma lambat sikit je. Hari ni keadaan saya ok dan ada mood nak menaip. So teruskan membaca. =)



Sekarang ni usia kandungan saya dah masuk 9 minggu. Rasa cepat je masa berlalu. Macam baru semalam saya cek. Harap semuanya sihat-sihat saja. Keadaan saya pun makin baik. Cuma morning sickness tu memang tak dapat dielakkan la. Muntah pun dah makin berkurangan. Alhamdulillah. Harap-harapnya bertambah ok dari hari ke hari.



Sebelum saya disahkan pregnant, saya ada mencuba beberapa produk dan petua untuk hamil. Tapi saya tak pasti yang mana satu penyumbang utamanya. Apa yang pasti rezeki itu datangnya dari Allah. =)



Bulan 2 saya start amalkan Biodex full set untuk hamil. Itu pun puas akak saya pujuk suruh beli. Dah ramai yang syorkan tapi saya macam tak tergerak hati lagi nak ambil. Akhirnya saya termakan pujukan akak saya. Saya beli full set untuk isteri dalam RM390. Dapat best prize sebab beli dengan kawan akak saya. =)



First set saya amalkan secara konsisten. Masuk second set saya dah mula tak disiplin. Jap makan, jap tak. Bukan apa, full set tu ada dalam 4 or 5 jenis. Pulak tu setiap jenis tak sama bilangan peketnya. Ada yang 12 peket, ada yang 15 peket, ada yang 30 peket. So ada yang akan habis dulu, ada yang tak habis-habis. Bila nak beli lagi kena beli satu-satu pulak. Harga pun jadi mahal. 



Masa saya amalkan Biodex tu, saya ada juga beli satu produk daripada page Senang Hamil dalam Facebook. Nama produk tu Lumiglow. Kegunaannya untuk sapuan di bahagian perut (sekitar rahim). Saya start guna Lumiglow ni penghujung bulan 2. Pendek kata kedua-duanya (Biodex dan Lumiglow) saya usahakan bermula pada bulan 2.



Awal bulan 3 saya mula berubat secara tradisional dengan Darussyifaa'. Ada saya ceritakan dalam entri sebelum-sebelum ni. Sori ye kawan-kawan. Agak malas nak cari link tu. Hehe. Dan bermula bulan 3 itulah saya mula duduk di rumah mertua. Dah tak duduk rumah sewa yang dikatakan agak mistik tu. 



Dan Alhamdulillah bulan 3 merupakan bulan terakhir saya period sebelum disahkan hamil pada bulan 4. Bila saya cerita hal ni kat kawan-kawan dan sedara-mara, ramai yang lebih mempercayai hal mistik tu. Wallahualam. Saya pun tak berani nak cakap apa-apa. Semua tu kuasa Allah. Mungkin ianya secara kebetulan. Tapi apa yang pasti 'makhluk' itu memang wujud di bumi Allah ini.



Saya rasa itulah apa yang saya amalkan sebelum saya disahkan mengandung. Saya sekadar berkongsi. Mana tahu dapat membantu kawan-kawan yang senasib dengan saya sebelum ni. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. Allah jua yang akan menentukan. 



Tak pernah jemu untuk saya ingatkan pada kawan-kawan. JANGAN SESEKALI BERHENTI BERHARAP. YAKIN DENGAN KEKUASAAN-NYA. TERUSKAN BERDOA DAN MEMINTA DARIPADA-NYA. INSYAALLAH. =)

Thursday, May 3, 2012

Sabar menghadapi dugaan ;)



Wahh tajuk saspen je kan. Hehe. Sebenarnya baru sekarang nilah saya sedar betapa besarnya pengorbanan ibu mengandung. Sedangkan saya yang baru beberapa hari alami alahan ni pun rasa tak terdaya. Saya selalu cakap kat suami macam manalah ibu-ibu yang ada sampai 9, 10 anak tu. Setiap kali mengandung setiap kali tulah kena alahan. Kuatnya semangat mereka. 



Tapi jangan salah faham ye. Saya bukan merungut. Malah saya bersyukur sebab akhirnya dapat merasai pengalaman ni. Bila jadi macam ni saya teringat yang dulu masa saya berdoa lepas solat saya sendiri yang kata sanggup untuk hadapi dugaan macam ni asalkan saya dapat zuriat. Nahhh sekarang terimalah. Hehe. 



Alhamdulillah saya masih boleh bertahan lagi. Harapnya keadaan ni tak berpanjangan. Lain orang, lain pengalamannya. Macam kawan saya dia alami alahan dalam 2 minggu je masa di awal trimester. Lepas 2 bulan kembali normal. Harap-harap saya pun macam tu. Aminnn. ;)



Sekarang ni perut saya cepat sangat berangin. Lambat makan sikit dah masuk angin. Tapi bila nak makan tu bukannya semua boleh ditelan. Sekarang ni saya lebih suka masakan kering-kering. Laju je makan. Lepas makan perut kembali ok. Tapi mula rasa loya plak. 



Puas saya godek-godek Google untuk cari petua hilangkan loya. Saya tak berani nak ambil makanan masam-masam buat masa sekarang ni. Sebab saya difahamkan sekarang ni adalah waktu penting perkembangan jantung dan otak baby. So saya kena jaga apa yang saya makan. Atas nasihat kakak saya dan encik Google, saya amalkan makan biskut keras tanpa lemak setiap hari masa bangun tidur. Alhamdulillah loya saya berkurangan. Cuma kurang tapi taklah hilang terus. ;)



Sekarang ni dalam beg saya mesti ada stok biskut. Biskut yg asli tu tau. Bukan yang ada perisa tu. Kadang-kadang nak telan pun terkulat-kulat muka. Hehehe. Saya perasan faktor pemakanan banyak mainkan peranan untuk stabilkan keadaan saya. Contohnya kelmarin kononnya nak makan laksa sebab nak hilangkan loya sebab masam sikit kan. Lepas makan tu sepanjang hari perut saya berangin. Muntah berkali-kali.



Lepas tu saya serik nak makan laksa. Semalam saya makan nasi dengan ikan goreng dan sayur bayam. Licin pinggan. Sepanjang hari badan rasa sihat je. So start daripada tu saya berazam nak jaga makan. Hehe. Mujurlah sekarang ni masih duduk dengan mertua. Dia tersangatlah baik melayan keadaan saya ni. Kalau boleh apa yang saya nak mesti nak ditunaikan. Sebab tu bila dia tanya saya nak makan apa, saya cuma cakap apa-apa je boleh makan. Saya taknak susahkan dia.



Ok, masuk bab suami plak. Hehe saya suka. Betullah orang cakap bila isteri mengandung memang berubah terus perangai suaminya. Sekarang ni saya tak pernah tengok suami balik lewat. Kadang-kadang petang tak pegi main bola macam biasa. Dia suka melayan keadaan saya yang kadang-kadang melepek je atas katil. Hehe sweet kan. Tapi kadang-kadang saya kesian kat dia. Yelah bila tiba time saya tak daya, saya memang tak layan pun dia. Tapi dia tetap setia kat sebelah saya. ;)



Macam semalam keadaan saya memang agak cergas, so dapatlah saya layan borak dengan dia. Saya minta maaf kalau tak dapat layan dia macam biasa. Alhamdulillah dia faham. Cuma saya sedih sikit bila dia cakap dia suka bila tengok saya dah mula cergas. Harap-harap keadaan tu akan kembali normal. Aminnn.



Saya terus terang dengan dia yang kadang-kadang saya macam tak boleh nak bau dia. Hehe. Sebelum ni saya suka sangat bau perfume dia. Tapi saya perasan sekarang ni bila bau wangi je saya mula loya. Tapi takdelah sampai saya tolak dia langsung. Bila pegi keje nak taknak saya sembur gak sikit kat baju sambil tu tahan nafas. Yelah malu gak kang orang lalu sebelah bau semacam je kan. Hehe.



Eh macam dah panjang plak entri ni. Oklah nanti saya sambung next entri plak. Dah janji nak share something kan. Mesti kawan tertunggu-tunggu. Sabar ye. ;)



 

Friday, April 27, 2012

2 line! =)



Alhamdulillah. Setelah hampir 4 tahun menanti akhirnya masanya telah tiba. Rasa macam tak percaya. Sampai sekarang ni pun saya rasa macam mimpi. Asyik bertanya pada diri sendiri betul ke semua ni? Tengoklah sampai 2 kali saya cek untuk dapatkan kepastian. Ni saya cek sendiri kat rumah.



Masih tak puas hati lagi, saya pergi klinik. Alhamdulillah doc sahkan saya dah pregnant 5 minggu. Saya minta untuk scan tapi doc cakap masih terlalu awal untuk nampak. Dia minta saya datang semula untuk scan lepas 2 atau 3 minggu.



Ok, saya cerita dari awal. 



Kitaran haid saya normal iaitu di antara 28 hingga 30 hari. Jarang sangat terlewat. Pernah pun sekali dulu lewat 5 hari. Ingatkan dah ada tapi bila cek negatif. Kali ni pun lewat lagi. 2, 3 hari sebelum saya cek memang saya dah rasa tak sedap badan. Kerap muntah tiap kali gosok gigi awal pagi. Tapi saya anggap biasa je.



Masuk hari ketiga lewat period saya beli upt senyap-senyap kat farmasi tanpa pengetahuan suami. Saya taknak dia risau kalau dia tengok saya terlalu mengharap. Esoknya awal-awal pagi saya buat upt. Masa tu saya rasa biasa je. Tak mengharap sangat. Tapi bila slow-slow 2 line tu muncul dan lama-lama jadi makin jelas, tangan saya menggigil. Mata yang sebelum tu layu sebab baru bangun tido makin terbuka luas. Saya terus tak sabar nak mandi cepat-cepat dan kejut suami. =)



Bila saya kejut suami dan terus tunjuk upt tu. Lama dia tengok tapi dia tak paham. Yelah tengah mamai kan. Hehe. Pastu saya tunjuk plastik bungkusan yang ada menunjukkan tanda. Saya suruh dia cek sendiri. Lama dia tengok tapi dia masih tak paham. Saya gelak je. Then saya tunjuk tanda positif. Baru nampak dia senyum. Pahamlah tu. =)



Masa solat Subuh tu saya menangis bersyukur sangat pada Allah sebab makbulkan doa saya. Agak lama perasaan gementar dan menggigil badan saya nak hilang. Hari tu saya pergi keje dengan macam-macam perasaan. Gembira, teruja, tak percaya. Dalam hati tak sabar nak balik nak kongsi kegembiraan dengan suami. Pagi tu tak sempat sebab kelam kabut nak pegi keje. =)



Orang kedua yang tau adalah kakak saya. Sebab dia antara orang yang paling rapat dengan saya. Susah senang saya dia tau. Dia juga yang banyak syorkan saya dengan macam-macam cara untuk pregnant. Sentiasa bagi sokongan pada saya. Oh fyi, kakak saya pun sekarang tengah pregnant. Due bulan 8 nanti. Saya maybe bulan 12. =)



Petang tu balik keje saya tak puas hati saya buat upt lagi sekali. Memang saya sengaja beli 2 jenis. 1 yang celup, 1 yang titik. Alhamdulillah masih 2 line. Saya tengok suami pun cepat je balik keje. Biasanya lewat petang baru dia balik. Excitedlah tu. =)



Malam tu saya dengan suami ke klinik untuk buat confirmation. Sah saya pregnant 5 minggu. Sebenarnya terlalu awal untuk saya kongsi dengan kawan-kawan. Tapi saya rasa ada kebaikannya. Maybe dengan cara ni kawan-kawan akan mendoakan kesihatan saya dan kandungan. Rezeki yang saya dapat ni pun berkat daripada doa kawan-kawan semua. =)



Tapi setakat ni saya hanya berani kongsi dalam blog jelah. Suami pun melarang saya daripada letak status pasal hal ni dalam FB. Ye saya paham. Terlalu awal untuk diwar-warkan. Satu hari nanti kawan-kawan saya akan tau juga. =)



Family belah suami saya pun masih belum ada yang tau lagi. Suami nak buat surprise katanya. Saya ikutkan je. Yelah maybe kalau dah lepas 2 atau 3 bulan lebih selesa untuk maklumkan. Sekarang ni pun saya masih risau selagi tak scan. Saya harap sangat semuanya baik-baik saja. Saya ada rujuk pada doc yang keje di klinik kesihatan ibu dan anak di tempat saya ni. Dia maklumkan saya dah boleh buat buku merah dan mula makan ubat. Insyaallah maybe next week baru saya buat.



Kawan-kawan yang sangat saya sayangi, saya taknak minta banyak. Cukuplah doakan saya diberi kesihatan yang baik dan doakan semuanya selamat. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan kawan-kawan semua. Insyaallah saya takkan lupa untuk mendoakan kesejahteraan kawan-kawan yang sebelum ni senasib dengan saya. Paling penting, jangan berhenti berharap pada-Nya. Insyaallah.



Nanti saya kongsi apa yang saya amalkan sebelum ni ok. =)

Monday, April 9, 2012

Samsung Galaxy Tab + Galaxy Note = Pokai!

Saya ni bukanlah orang yang gila gadjet. Tapi sejak hp sy rosak ni, sy dah mula survey hp-hp baru yang mula jadi sasaran. Memang dah tak sabar nak pakai hp baru. Huhu.



Sebelum ni saya sangat gila dengan iPhone 4s. Sampai bosan suami saya bila saya asyik mintak je. Dia pulak tak abis-abis suruh saya repair hp saya yang rosak ni. Jimat katanya. Haihhh! Kalau keinginan ni dah datang, janganlah sesekali halang. Memang tak jalan punya. Hehe.



Baru-baru ni tetiba saya tertanya kat suami sama ada
dia nak tak kalau saya belikan galaxy tab or ipad. Kau gila kalau dia taknak! Hahaha. Cepat je dia angguk. Ceh! Saya tanya tu pun sebab kebetulan kawan saya nak jual tab yang dia dapat. Dia tak guna pun lagi. Harga pun harga kawan.




Galaxy Tab 10.1 (Suami saya rabun. Jadi saya kena beli yang paling besar!)



Tapi saya cakap kat kawan saya tu kena tunggu hujung bulanlah. Kiranya dia simpan untuk sayalah kan. Yang jadi kecewa dan sedih sangat bila sampai masanya dia bagitau tab tu adik dia dah guna. Adoiya
i. Saya bukanlah ralat sangat tak dapat benda tu tapi sebab saya macam dah terjanji kat suami nak hadiahkan dia. Sedih je rasa.



Pastu sekarang ni misi saya nak dapatkan tab untuk suami kesayangan saya. Pulak tu sekarang ni jap-jap kang asyik tanya je bila na
k hadiahkan dia tab tu. Haitceh! Dulu konon suruh jimat.



Pasal iPhone 4s yang saya idam-idamkan tu makin lama makin pudar plak dalam hati saya. Hehe. Sebab apa? Sebab saya dah jatuh cinta sama benda lain. Namanya cik Galaxy Note. Sorry cik iPhone! Saya teruja gila bila dapat pegang Note kawan saya. Best gila! Yang paling buat saya suka sebab boleh update blog dengan cepat dan mudah. Wowwwiiii!!




Oh idaman kalbu ku! Ada sapa-sapa nak hadiahkan? ;D




Jadi sekarang memang saya dah nekad nak dapatkan kedua-dua menda alah tu. Tak pernah saya rasa senekad ni. Cewah! Lagipun tengah masyukk sekarang ni. Sebelum habis baik saya gunakan sebaiknya. Hehe.



Cuma yang jadi masalah sekarang ni, saya ni agak buta IT. Bukan tak boleh saya pegi beli sendiri, tapi saya takut kena tipu. Pastu tengah dalam dilema sama ada nak beli kat kedai atau beli di branch Celcom. Kalau saya beli kat Celcom, banyak plan yang murah-murah. Memandangkan sekarang ni pun saya memang pakai postpaid.



Masalahnya kat sini takde Celcom Centre! Adoiyai! Kalau tak dah lama saya boleh pakai. Nak beli kat kedai biasa kat Lipis ni memang saya tak beranilah. Kat sini memang banyak kaki kencing. Lagilah kalau dia tengok saya ni macam bodoh-bodoh alang sikit. Hehehe.



So kengkawan, anyone call help me to solve this problem? Nanti saya belanja ipad...Eh! Belanja makan. Huahuahua.



ABPBH2011 - Ziana Zain & Azlan Typewritter



Monday, March 26, 2012

Telinga masuk air! Trauma!

Haha! Lawak kan tajuk di atas. Sebelum ni saya selalu dengar orang cakap kalau telinga masuk air, cara nak keluarkan air tu kita kena masukkan lagi air dalam telinga pastu tonggengkan kasi keluar. Erk!



Mula-mula dengar petua camtu saya dah rasa was-was. Macam tak logik je. Dahlah air termasuk dalam telinga, pastu nak keluarkan kena masukkan air lagi. Ish takkanlah macam tu kot. Kang makin pekak sape nak tanggungjawab?



Nak dijadikan cerita tak best jadi lagi best, semalam kejadian yang paling saya takuti akhirnya berlaku juga. Serius selama ni saya tak pernah alami kejadian air termasuk dalam telinga masa mandi. Tah macam mana semalam tengah syok siram air atas kepala, saya rasa berdesup laju air masuk dalam telinga.



Biasanya kalau kat rumah sendiri saya mandi air pancur (shower) je. Tapi kan semua sedia maklum yang saya dah tak duduk rumah sewa tu. Sekarang masih menumpang kat rumah mertua. Sob sob. Puas cari rumah sewa tak jumpa-jumpa lagi. Kat rumah mertua plak takde shower. So mandi bergayunglah saya.



Agaknya dah memang dilahirkan tak pandai mandi bergayung, maka tengah syok bilas rambut lepas syampu, air masuk dalam telinga kiri saya. Dalam hati saya dah gelabah puyuh (apa tu?) dah. Tapi luaran rileks je. Konon taknak bagi diri sendiri panik.



Lepas hilang panik sikit, saya fikir 'alah, jap lagi keringlah air ni.' Agak-agak logik tak ek? Tapi masa tu saya rasa tersangatlah logik. Dalam masa yang sama saya asyik ber'head-banging' nak keluarkan air tu. Bila saya telengkan kepala ke kanan, terus rasa pekak telinga belah kiri sebab gegendang ditenggelami air. Agaknyalah. Mana saya nampak.



Lama-lama saya rasa makin tak selesa. Bila bercakap saya rasa macam dengar tak dengar je suara sendiri. Berdengung-dengung. Makin lama makin sakit. Ishh tak boleh jadi ni.



Maka saya pun mengadulah pada pihak yang berkenaan a.k.a suamiku. Hehe. Sepantas kilat dia cakap 'masukkan air sikit pastu telengkan kepala. Nanti dia keluarlah.' Alaaaaa takkan kot. Kang pekak sape nak dipersalahkan? Kang dia jugak yang cari lain. Huhuhu.



Dalam rasa berbelah bagi tu saya melangkah gak ke bilik air. Dalam hati 'ko berani sangat ke? Kang kalo pekak macam mana?' Ishh jahat kan encik hati ni. Patutnya bagilah kata-kata semangat sikit kan.



Dalam keadaan tenang dan dimulakan dengan Bismillah, saya pun tadah air dalam tangan dan masukkan dalam telinga kiri. Beberapa kali cubaan masih tak berjaya. Cubaan yang ke berapa tah tiba-tiba saya rasa telinga kiri saya tertutup. Cepat-cepat saya telengkan kepala ke kiri. Tak lama terus rasa lapang je telinga.



Wahhhh unbelievable! Macam tak percaya rupanya petua tu memang boleh dipakai! Ke saya je yang melebih-lebih takut? Hehe. Lepas tu memang dah tak berdengung telinga saya. Memang lega gila lah. Menggigil-gigil tangan sebab takut sangat jadi pekak. Hahahaah.



Pastu saya melaporkan keputusannya pada pihak yang berkenaan tadi. Dengan penuh keterujaan saya bercerita. Almaklumlah first time kena kan. Jakun mengalahkan apa. Pihak terbabit hanya memandang sebelah mata cerita saya. Nampak macam tak heran langsung. Hmm agaknya dia dah biasa sangat masuk air dalam telinga kot. Eleh!



Pasni saya berjanji pada diri saya untuk lebih berhati-hati masa mandi. Dan andaikata kalau berlaku lagi, saya dah lebih yakin nak masukkan air lagi dalam telinga. Macam best plak. Hehe. Pasni kalau ada sesiapa yang kena macam saya jangan malu, jangan segan nak amalkan petua tu ye. Insyaallah berjaya. Kalau tak berjaya, errr sila salahkan orang yang mencipta petua tu. Hehe



Ok bai!



Thursday, March 22, 2012

Jangan dikenang

Keputusan SPM tahun 2011 dah pun diumumkan. Ada yang gembira, ada yang menyesal tak sudah sebab dulu malas belajar. Tapi apa yang nak disesalkan. Semuanya dah pun berlalu. Apa yang boleh dibuat sambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan buat lebih baik untuk tebus balik kegagalan kali ni.



Masa tengok budak-budak ambil keputusan semalam, automatik saya teringat kenangan saya dulu. Walaupun dah macam kabur-kabur sikit tapi masih ingatlah perasaan dan apa yang berlaku.



Dulu saya memang bukan budak pandai. Jauh sekali nak dapat title "Pelajar Target Sekolah". Keputusan yang saya dapat memang setimpal la dengan usaha yang saya buat. Sekali suruh, sekali buat. Serius saya tak mengharap apa-apa pun masa nak ambil keputusan SPM tu. Macam ambil sikap tak kisah je.



Datang dengan kawan-kawan sekepala yang sama-sama tak betul. Dapat slip keputusan je saya terus simpan dalam beg. Sebab dah dapat agak keputusan tak ok. Sampaikan cikgu pun macam terkejut sikit sebab saya macam nak cepat je. Sebenarnya saya malu kalau kawan-kawan lain nampak keputusan saya yang hmmm susah nak cakap. Hehe.



Bila dah berjalan balik tu barulah berani tengok sikit-sikit keputusan saya. Tu pun nyorok dari kawan-kawan. First thing yang saya tengok adalah keputusan Matematik. Terus rasa teruja sebab tak sangka boleh dapat A. Sebab sebelum ni saya antara yang lemah Matematik. Tapi hasil usaha buat latihan bertubi-tubi masa nak dekat exam akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah.



Subjek teras yang lain pun dapat keputusan ok. Cuma subjek sains yang tak berapa nak ok. Tapi memang saya dah agak. Sebab dulu saya malas. Belajar pun main-main. Asyik berseronok dengan kawan-kawan je. Tapi seingat saya masa ni saya belum rasa menyesal lagi. Masih lagi dengan dunia sendiri berhibur dengan kawan-kawan.


Saya mula rasa menyesal sebab tak belajar rajin-rajin bila sorang demi sorang kawan saya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti. Saya tak dapat. Masa tu kita boleh cek sama ada kita berjaya ke tak melalui telefon je. Tepat pukul 12 tengah malam saya call hotline upu. Kedengaran suara operator lebih kurang macam nilah,



"Dukacita dimaklumkan bahawa anda tidak layak bla bla bla bla....."



Masa ni memang saya kecewa habis. Terlupa sekejap yang keputusan saya tu memang tak ok. Macam mana nak dapat. Masa ni kalau tak silap saya ada berkawan dengan someone. Sama sekolah. Dia dapat keputusan ok dan dapat melanjutkan pelajaran ke UTM Kuala Lumpur. Saya tumpang gembira untuk dia. Tapi dalam hati frust juga.



Yang buat saya bertambah frust bila dia cakap kat saya nak putuskan hubungan yang masih hijau tu. Kitorang takdelah bercinta bagai nak rak. Tapi kiranya masa tu dialah satu-satunya lelaki yang rapat dengan saya. Puas saya tanya kenapa nak break off. Alasan dia mudah je. Sebab lepas ni dia dah jauh. Dia taknak terikat dengan sape-sape. Masa tu saya rasa dia jahat sangat. Tapi bila saya dah makin dewasa baru saya sedar memang itulah keputusan yang terbaik untuk saya dan dia. Yelah, baik dia putuskan masa tu daripada kemudian hari dia curang dengan saya. Lagi haru.



Beberapa minggu jugalah saya kecewa sebab tak dapat masuk Universiti. Sampai satu masa saya rasa bersemangat nak belajar lagi. Saya apply masuk Tingkatan 6. Daripada aliran Sains saya tukar ke aliran Sastera. Masa Tingkatan 6 memang saya dah nekad nak tebus balik kegagalan saya masa SPM dulu. Alhamdulillah saya berjaya. Dapat pointer antara yang tertinggi juga. Kawan baik saya pun sama. Memang gembira sangat masa tu.



Sekarang, bila saya tengok budak-budak yang malas belajar, saya terbayang diri saya waktu dulu. Kalaulah boleh ditayangkan video kehidupan saya dulu pada diorang ni, agaknya baru diorang nak rajin belajar. Tu pun kalau ada kesedaran. Saya kerap cerita pada diorang pasal pengalaman saya masa belajar dulu. Tujuannya nak bagi kesedaran supaya diorang tak menyesal kemudian hari.



Bila bergelar pendidik barulah saya faham macam mana perasaan cikgu saya dulu bila pelajarnya malas dan taknak belajar. Rasa sedih, marah, sakit hati dan buntu menguasai diri. Sampaikan dah tak tau nak buat macam mana lagi. Akhirnya terpaksa membiarkan dan berdoa semoga dia mendapat kesedaran. Cepat atau lambat hanya dia yang boleh pilih.



Alhamdulillah nasib baik saya tersedar awal. Kalau tak agaknya saya tak berjaya macam sekarang ni. Bila jumpa balik kawan-kawan lama takdelah segan nak bercerita kan. Hehe. Kawan-kawan baik saya dulu pun sekarang dah berjaya.



Sebab tu kalau orang bercerita pasal pengalaman SPM memang saya taknak ingat dan takkan kongsi. Saya rasa kehidupan saya bermula daripada STPM. Di situlah saya mula jadi MANUSIA yang lebih baik dari sebelumnya. Masa tu juga saya mula jumpa siapa diri saya yang sebenarnya. =)



Tuesday, March 20, 2012

Makin berisi =)

Orang lain bila badan makin berisi, makin susah hati. Saya plak berat makin bertambah, makin bahagia rasanya. Hehe. Dah terbalik kan.



Maunya tak gembira. Sebelum ni saya berat badan saya tak pernah pun jejak ke angka 50kg. Harap tinggi je lebih. Naik menyampah bila orang asyik tegur badan kurus sangat. Macam orang sakit.



Tapi masa balik kampung masa cuti sekolah baru-baru ni, ramai yang tegur badan saya nampak berisi. Saya apalagi. Senyum sampai ke telinga lah. Masa kat rumah makcik cepat je saya mintak pinjam penimbang. Tengok-tengok rupanya berat saya dah cecah 50.5kg daripada kali terakhir saya timbang dalam 48kg. Wahhh mantap!



Saya tanya hubby saya. Dia tak perasan maybe sebab hari-hari mengadap muka saya kan. Tapi lepas dah berhari-hari baru dia mula nampak perbezaan. Banyak part yang dah makin mengembang. Hahahaa. Serius banyak baju yang rasa dah makin ketat terutamanya tang punggung. Banyak kain baju kurung yang dah sendat. Rasa dah tak boleh nak zip. Sabar jelah.



Tapi sikit pun saya tak risau. Sebab saya dah lama sangat nak rasa badan berisi sikit. Bukanlah gemuk ye. Cukuplah nak comel dan gebu serta sedap dipeluk. Hehehe. Yang makin risau sekarang ni adalah si hubby saya. Jap-jap kang dia belek badan saya. Dia cakap dia risau sangat kalau badan saya jadi macam kakak saya. Hahahaha. Kakak saya memang berisi sikit orangnya. Lagi-lagi anak nak masuk 3 ni. Tapi saya cakap kat hubby, saya akan jaga badan. Sekarang ni pun baru je nak dapat berat ideal.



Apa petua berat badan saya naik? Saya pun tak berapa pasti. Tapi rasanya maybe sebab supplemen yang saya makan. Saya makan supplemen tu belum pun sampai sebulan. Tapi kesannya dah boleh nampak. Sebelum ni saya susah betul nak habiskan nasi sepinggan. Tapi sekarang boleh habis dengan jayanya. Supplemen apa tu kemudianlah saya share ye. Saje nak ngada-ngada sikit. Boleh kan? Hehehe.



Misi saya seterusnya nak dapatkan berat paling maksimum 53kg. Sebab bila saya kira BMI sekarang ni saya dalam kategori underweight. Maknanya tinggi tak sesuai dengan berat. Saya kena tambah berat lagi sikit untuk mendapatkan BMI yang ideal.



Insyaallah. Doakan saya sihat ye kawan-kawan. =)



Friday, March 2, 2012

Mistik!


Adoi sibuk betullah kebelakangan ni. sampai tak sempat nak update blog kesayangan hamba ni. mesti peminat-peminat kat luar sana merindui entri terbaru saya kan. (pffttttt!) actually ni pun masih sibuk nak buat laporan untuk pelancaran Program Guru Penyayang semalam. tapi hati memaksa tangan ni menaip entri baru. so layankan jela. ;)



Tengok tajuk macam saspen. tapi saspen ke? err agak saspen la. tak tau nak mula kat mana.



Baru-baru ni saya dan suami ada buat rawatan dengan Darussyifaa' (DS). saje la nak suruh tengok-tengokkan apa yang patut. yang buat kami tergerak hati nak berubat ni sebab kebetulan biras saya yang dah lama kahwin tapi masih tak dapat anak sekarang ni dah pregnant lepas berubat dengan DS. rupanya ada gangguan dalam badan. wallahualam.



Saya bincang dengan suami. why not kita cuba. bukan rugi apa pun kan. saya pun google no fon DS. then terjumpa no fon seorang ustaz S yang kebetulan tempatnya berhampiran dengan rumah kami. dia merupakan salah seorang perawat di DS.



Saya pun call ustaz S bincang pasal masalah saya dan suami. dalam fon tu lagi ustaz S cakap dia dah rasa lain macam bila dengar suara saya. pastu dia baca ayat-ayat suci Al-Quran. masa tu juga badan saya menggigil dan berdebar-debar. pastu airmata saya meleleh. tak taulah kenapa rasa sedih sangat. saya sedar masa tu tapi tak dapat nak describe perasaan saya.



Hampir 30 minit bercakap dalam fon. then ustaz S pun bagitau esoknya dia nak datang ke rumah saya. saya bincang dengan suami dan setuju.



Esoknya dalam pukul 1 tengahari ustaz S sampai bersama dengan isteri dan anak-anaknya. borak jap dan dia terus minta kami sediakan air mineral yang banyak. bukan air masak ye. tapi air mineral. kebetulan masa tu kami dah sediakan air tapisan daripada paip dalam botol besar. sebaiknya guna air yang masih ada garam mineral.



Bermulalah sesi rawatan pada hari tu. ustaz S membacakan ayat-ayat suci Al-Quran sambil tangannya di atas kepala saya. saya diminta pegang kuat tangan suami. hampir 15 minit berlangsung. masa ni saya tak rasa apa-apa pun.



Lepas tu ustaz S tanya di mana bilik kami. kami pun tunjuk kesemua 4 bilik dalam rumah tu. yang betul-betul digunakan cuma 2 bilik. lagi 2 bilik dijadikan stor dan bilik tetamu. masuk je ke bilik yang dijadikan stor, saya rasa lain macam. berdebar sampai rasa nak pecah jantung.



Ustaz S minta saya dan suami masuk dalam stor tu. ustaz S pun mengalunkan azan. tiba-tiba saya rasa sedih sangat. airmata mengalir macam air paip. sampai teresak-esak saya menangis. suami macam panik sikit. habis azan saya rasa macam ada benda tolak saya sampai terlentang ke belakang. mujur ada suami sambut. ustaz S cakap memang benda tu ada dalam bilik tu.



Bila saya dah ok kami masuk ke bilik tetamu. pun jarang digunakan kecuali kalau family saya datang. masa dalam bilik ni saya tak berdebar sangat. tapi tiap kali lepas azan memang saya akan terjatuh. rasa lemah badan dan macam ada angin tolak. tapi tak sekuat masa di bilik stor.



Pastu naik ke bilik yang saya gunakan khas untuk letak baju kerja dan untuk gosok baju. pun kejadian sama yang berlaku. akhirnya kami masuk ke bilik tidur saya dan suami. mula-mula masuk suami mengadu bulu roma dia meremang. masa ni saya tak rasa apa-apa pulak. pastu ustaz S bagitau dia rasa lain macam masa masuk bilik tidur kami tu. bila dia tengok ada bilik air dalam bilik tu barulah dia faham. yela benda-benda camtu kan suka tempat-tempat macam bilik air.



Masa ni ustaz S azan dan suami saya yang terjatuh. saya tak rasa apa-apa. masa rawatan ni berlangsung saya rasa macam berada dalam dunia lain. tak tau nak jelaskan macam mana perasaan saya. rasa macam di awangan je.



Sebelum ustaz S balik dia ada la minta kami amalkan mandi dengan air garam kasar selama 3 hari berturut-turut dengan air doa tu. dan beberapa petua lain. Insyaallah kami amalkan.



Bila keadaan dah tenang, saya terfikir sebelum ni saya langsung tak ambil kisah pasal hal-hal ghaib ni. memanglah saya percaya benda tu wujud. tapi langsung tak terfikir akan mengalaminya. bila ustaz S balik saya tengok keadaan dalam rumah tu dah lain macam. suram dan seram. huhu.



Masa ni saya dan suami masih lagi terkejut. macam tak percaya dengan apa yang jadi tadi. masing-masing terdiam. tiba-tiba suami ajak kemas baju nak duduk rumah mak mertua. dia tak berani lagi nak duduk kat rumah tu. saya pun terus setuju. saya rasa mungkin itu untuk kebaikan kami juga. yelah rumah besar tapi duduk 2 orang je. kadang-kadang bila tinggal sorang memang saya rasa takut.



Hari tu jugak kami pindah ke rumah mertua. barang-barang masih lagi di rumah sewa. kami bawa kain baju dan barang-barang dapur je. dahlah pagi tu baru je kami beli barang-barang dapur. semua kena diangkut ke rumah mertua. takpelah. yang penting saya tenang.



Memang ada yang kata saya ni terlalu percaya sangat dengan benda-benda camtu. ada yang kata saya percaya dengan benda khurafat. Astaghfirullah. saya akui saya percaya benda tu wujud. dan tak mustahil benda tu boleh mengganggu kita. saya anggap ni salah satu usaha saya untuk kebaikan. dan sebenarnya inilah pertama kali saya berubat cara tradisional. sebab selama ni saya lebih percayakan perubatan moden.



Walau apa pun cara atau usaha yang kami buat, insyaAllah saya masih berbalik pada Dia. Allah yang tentukan segalanya. saya hanya merancang dan berusaha. selebihnya Dia yang berkuasa.



Saya dan suami anggap ni dugaan buat kami. saya sedar mungkin ini sebagai salah satu peringatan buat saya dan suami supaya lebih dekat dengan-Nya. yelah ke mana lagi tempat untuk kita mengadu selain dari Allah SWT. selama ni mungkin saya lalai dan leka dengan kehidupan sendiri. inilah masa dan saatnya untuk saya berubah ke arah yang lebih baik. Insyaallah.



Sekarang misi utama saya nak cari rumah sewa lain yang lebih kecik. kalau boleh nak ada 2 bilik je. say no to double storey. hehe. so far ada beberapa buah rumah yang ada kekosongan. ikutkan mertua saya nak sangat kami duduk dengan dia tapi saya rasa macam segan pulak. yelah pegi kerja ada orang siapkan sarapan. balik kerja ada orang hidangkan makan. saya segan sangat. lagipun suami yang cadang untuk cari rumah sewa lain.



Saya ikut mana yang baik. tiba-tiba rasa menyesal pulak beli rumah besar-besar. even bukan 2 tingkat tapi ada 4 bilik. hmm takpelah. ustaz S pun ada cakap kalau kat rumah ada banyak bilik dan tak digunakan, sebaiknya bersolatlah dalam setiap bilik tu. dan letak ayat-ayat Al-Quran seperti Ayat Kursi dan sebagainya.



Alhamdulillah sekarang saya makin tenang. kalau sebelum ni saya agak trauma sampaikan rasa tak selamat kat mana-mana saje. hati sentiasa berdebar. tapi sekarang dah makin ok. terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang tak berhenti bagi sokongan pada saya.



Saya cerita hal ni pada family saya. rasa bersalah pulak sebab buat mak ayah saya susah hati. masa mula-mula dapat tau mak saya menangis risaukan saya. sampaikan nak datang jumpa saya hari tu jugak tapi ayah pujuk cakap saya ok. sekarang hampir setiap hari mak akan call tanya keadaan saya. saya pulak rasa sedih. buat saya makin tak sabar nak cuti dan balik jumpa family saya. ;(



Wednesday, February 1, 2012

Kenangan Sekolah ;)


Salam u alls. =)



Malam semalam masa tengah amik mood nak tido tetiba teringat kisah-kisah masa zaman sekolah dulu. pastu aku tergelak sorang-sorang. hubby belek muka aku. dia ingat aku mengigau. hehehe.



Zaman sekolah rendah aku dah tak berapa ingat sangat. cuma yang aku ingat masa darjah 1 dan 2 mak aku rajin datang sekolah masa rehat. jarak dari rumah ke sekolah agak jauh gaklah. mak aku datang semata-mata nak tengok aku makan ke tak. yela dulu aku ni pemalu mengalahkan daun semalu. sekarang pun. ;P



Kadang-kadang aku tak tau pun mak aku datang. sedar-sedar je dia dah ada kat sebelah. rupanya dia skodeng aku dari jauh. nak tengok aku pandai beli makanan kat kantin tak. huhuhu. bila nampak mak terus malu-malu kucing. hishhh!



Masa tu tak terfikir pun pengorbanan mak penat datang ke sekolah. bila teringat balik sekarang ni barulah rasa terharu sangat. rasa menyesal jadi nakal dulu. tak dengar cakap. ;(



Naik sekolah menengah lagilah macam-macam ragam aku. bangga kononnya dapat masuk sekolah hebat. tapi perangai sendiri lagi hebat! masa lower form masih belum panas enjin. junior lagipun. so muka pun nerd je. tudung kemain labuh. cakap pun dengar tak dengar. muka comel suci murni. sekarang pun. ;P



TAPIIIII naik je upper form, setan mula mainkan peranan. ceh! ko salahkan setan plak. padahal diri sendiri tak kuat iman. huhu. form 4 aku dah mula panaskan enjin. dapat plak geng yang sama-sama bengong. masa tu sape tak kenal aku 3 sekawan ni. kemana-mana berkepit je. buat lawak pun kitorang je yang paham. orang lain terpinga-pinga. hahaha.



Ada hari-hari tertentu (biasanya hari ada Add Math), orang lain naik bukit nak pegi sekolah. kitorang plak pas mak ayah anta, tunggu geng pastu sama-sama turun bukit nak ponteng sekolah. memang gamble gila masa tu. pastu buat-buat buka buku kononnya nak pegi fotostat kat kedai bawah. padahal pagi-pagi buta mana ada kedai bukak! ;D



Masa tu tak terfikir pun apa orang lain cakap. lantaklah. yang penting tak kantoi. pastu round satu bandar Kluang tu tanpa arah tujuan. bila dah tengahari, tengok dari jauh berduyun-duyun budak pakai uniform sekolah dah mula balik, kitorang pun naik bas balik rumah. balik-balik cari nasi kononnya penat belajar seharian. puiiii!



Pernah sekali tu kitorang ponteng agak lewat. sekolah aku betul-betul sebelah masjid. so ada pintu yang menghubungkan sekolah dan masjid. masa tu macam dah siang sikit dalam pukul 10 gitu. aku pun tak ingat apasal kitorang nak sangat memonteng masa tu. zuupppp!(sound effect setelah dilajukan) dah selamat keluar dari sekolah.



Nak dijadikan cerita ni lebih menarik, masa kitorang turun bukit sambil bergelak ketawa kononnya hebat melepaskan diri dari pak guard, tetiba ada sebiji kete ni lalu ke arah bertentangan. yang kitorang pun terus senyap sambil mata khusyuk tengok sape orang dalam kete tu. cam punya cam rupanya cikgu disiplin kitorang!!! hahaha. masa ni masing-masing muka cover. dah macam kambing gayanya. pastu ternampaklah cikgu disiplin ni tunjukkan jari telunjuknya sambil digoyang-goyangkan. alaa ibaratnya dia cakap 'siap korang!'.



Kitorang masa ni dah redha jelah. tunggu je dia bentikan kete. tapi yang peliknya dia terusss je. kitorang pun terussss je turun bukit. macam takde apa-apa berlaku. pelik! masing-masing tengok muka member. pastu gelak. sengal kan? masa tu takde pun fikir nak patah balik masuk sekolah. selamba badak je teruskan misi memonteng.



Esoknya kitorang dah get ready kalo kena panggil masuk bilik disiplin. tunggu punya tunggu takde pun. aikk pelik! takkan lepas gitu je kot? tapi hakikatnya memang kitorang terlepas. hahaha. tenkiu cikgu oja! actually nama cikgu tu rozali. tapi sukati kitorang je panggil cikgu oja. bagus kan?!



Ada lagi 1 kes, GPK HEM kalo tak silap aku masuk kelas nak cek buku tulis. masa tu kitorang dah diarahkan untuk bawak sume buku tulis untuk disemak. tah macam mana adalah beberapa makhluk ni tak cukup buku tulis. termasuk akulah! nah amik ko serotan sorang kat tangan. pas dah kena rotan ingatkan insaf. rupanya masing-masing bangga sambil tunjuk bekas birat kat tapak tangan kat member lain yang tak dapat. hampeh!



Bukan sekali tu je merasa rotan. ada sekali kes novel. aku sebenarnya tak terlibat pun dalam kes tu. cuma pernah ternampak novel yang diorang rebutkan tu. tak ingat tajuk. cuma yang aku dengar novel tu macam agak lucah sikit. tah camne kantoi dengan cikgu disiplin. masing-masing yang pernah baca kena rotan. yang siotnya sape yang pernah terrrtengok novel tu pun kena sekali. cisskek betul! dapatlah satu lagi tanda kat tangan. pastu bangga lagi. adoi!



Lagi satu kes, masa ni dah form 5 kalo tak silap. masa ni ada latihan rumah sukan. agaknya cikgu ni dah tau kitorang satu geng, so dia pecahkan kitorang ke rumah sukan yang berlainan. pehhh terbakar hati. dah namanya degil yang amat, kitorang pun selamba je daftar masuk rumah kuning tanpa rasa bersalah. bila cek nama takde. kitorang meyakinkan yang memang kitorang rumah kuning. kiranya masuk secara haramlah.



Itu satu hal. kalo dah duk satu rumah sukan tu patutnya semangatlah kan. ni tidak. latihan belah petang. sekali tu kitorang ponteng beramai-ramai. bajet dah hebat sangat takde sape nak marah. esoknya hambik ko! masa nak masuk makmal Fizik tetiba cikgu tu yang kebetulan cikgu rumah kuning tahan kat luar kelas. geng kitorang adalah dalam 5,6 orang yang jenis tak makan saman. dia sound gila-gila. memang takut gaklah masa tu. dalam pada gangster tu ada gaklah rasa takut kena tindakan.



Lepas daripada tu terus insaf jap. tiap kali latihan datang. yelah muka masing-masing dah kena mark. berani ke nak ponteng lagi. huhu.



Itu kes kat sekolah. yang kat tempat tiusyen ni belum cite lagi. serius aku cakap masa SPM memang aku belajar main-main. mak anta pegi tiusyen berbayar tapi aku belajar sambil lewa je. belajar pun mesti nak ada geng. kalo geng tak datang, semua tak datang. sampai cikgu tiusyen tu pun macam dah tak tau nak buat camne lagi kat kitorang. yelah diorang takkan marah punya sebab ko bayar kan.



Ada satu kejadian yang sampai sekarang masih jadi bualan wajib tiap kali aku jumpa balik dengan member-member lama. tiap kali bukak cite ni mesti ketawa sampai meleleh airmata. masa ni tengah tiusyen Math kalo tak silap. cikgu India lelaki yang ajar. geng kitorang duduk mesti sebelah tingkap. kelas kat tingkat 2 kat bandar Kluang.



Tengah khusyuk (konon) ni, tetiba member sebelah jerit sambil kepala jenguk kat tingkap. "eh, bapak fazi lah!". fazi ni member aku gak. pastu aku and the gang pun jenguk ramai-ramai kat tingkap tu. sekali tengok keling mana tah tengah naik moto. kitorang gelak macam nak terjun bangunan tu. padahal cikgu tengah mengajar kat depan. budak-budak lain pelik je tengok kitorang. sampai cikgu tu panggil "hello, hello girls. please sit down." kitorang bantai gak gelak sampai nak terkencing.



Masa ni kitorang salahkan member aku sorang ni yang saja menimbulkan kekecohan. alasan dia "aku boringlah. saja buat lawak sikit." hahaha. bagus kan?! masa tu gak aku perati muka budak-budak lain sangat menyampah dengan geng kitorang. sebab diorang tak boleh nak fokus belajar. bila ingat balik sekarang ish ish ish tak patut betul. sorila ye kawan-kawan. huhu.



Hmmm kalo nak ditaip semua kejadian-kejadian lucu, manis, pahit semua rasanya patblas muka surat pun belum tentu abis. rasanya setakat tu dululah aku buka pekung di dada. nanti bila ada pekung lagi aku buka lagi. hahahha.



Ok bai! =)



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat