Monday, August 30, 2010

~ Merajuk tak sampai 3 hari dah rindu nak mati ~



Assalamualaikum sume. ;)




3 hari tak hapdet belog rase macam dah bersawang je. aku kalo weekend or cuti memang sori la nak bukak laptop ni. tersimpan rapi atas sofa. memang takde hati langsung. baik layan TV, tak pun membuta!



Jumaat lepas aku majuk dengan incek hubby tau. ade la pasal 1 hal ni. memang tak penah-penah aku majuk lame camni. sampai nak masuk 3 hari ko. bukanla tak bercakap langsung, tapi aku cuma jawab ape yang die tanye. selebihnya aku diam, tengok TV. memang sunyi sepi umah aku weekend ari tu.



* Jangan sampai camni ek.



Nak kata pasal hal kecik, maybe kecikla pada die. tapi pada aku, sangat-sangat susah nak diterima. awal-awal cakap lain. sampai mase jadi lain. pastu leh plak cakap dulu tu cakap main-main je. haihh. mane la tak hangin 1 badan kan. aku punye rase sakit hati tu sampai rase nak menangis tau. korang penah rase kan?



Tapi aku just majuk dari bercakap jela. makan minum sume aku tetap sediakan. cuma kali ni aku tak mintak tolong die langsung. sume benda aku wat sendiri. biasenye baru je die nak duduk, ade je yang aku suh buat. kali ni rilek abis die. die ade gak cuba pujuk-pujuk aku. aku layan gitu-gitu jela. memang sakit hati sangat. tiap kali teringat, mesti nak mengalir airmata. adoiyai.



* Tension dengan laki yang suka marah-marah.



Pastu malam semalam, aku tengok 1 cite ni. cite omputih kat Star Movies. lupe lak tajuknye. sebab panjang sangat. tapi ramai la star dalam cite tu. cite ni genre komedi romantik. aku suke cite camtu. kisah pasal beberapa couple yang masing-masing ade masalah dengan partner. macam ade berkait gak dengan kes aku ngan incek hubby. tengok punye tengok, tak sedar airmata dah mengalir laju je. 




Sedih bila part diorang ade masalah, then ade yang sampai nak break-up, ade yang tak putus asa memujuk, ade yang buat donno. time tulah tetiba aku rase rindu yang amat kat incek hubby. tapi time tu die takde, pegi terawih. so memang aku layan feeling abisla. terus hilang rase sakit hati, pastu tak sabar nak tunggu incek hubby balik.



* Errkkk jangan ditiru aksi ini. dosa weyy.



Bila die dah balik, aku tak tau lak nak buat camne. jadi kekok lak. hmm ego la tu. dalam ligat kepala otak fikir camne nak buat baik dengan incek hubby, tetiba dia hulur kepala mintak picitkan jerawat. aku anggap tu sebagai petanda dan permulaan untuk berbaik semula. kalo sebelum ni, aku tak layan pujukan die, tapi malam semalam cepat je aku tarik kepala die nak picit jerawat. bukan sebijik je ye, 1 muka aku belek. aku tau die sedar yang aku dah tak marah.



* Kan bagus camni. bagi yang belum kawin haram ye. ;)



Tapi maybe masing-masing dah mula rase kekok, aku pun blah masuk tido. yela, jam dah kul 11 lebih. sok plak nak keje. incek hubby plak layan bola. tak lama tu baru die naik. sebelum tido tulah aku nangis-nangis peluk die mintak maaf bagai. biasenye die akan usik aku balik. tapi kali ni die pun sebak same. siap peluk aku macam taknak lepas. time tu aku rase SANGAT-SANGAT rindu & sayang dengan die. rase nyesal sangat buat camtu.




Patutnya aku bersyukur sebab dikurniakan suami yang bagi aku tersangatlah baik. walaupun kekadang perangainya agak annoying, tapi die seorang yang bertanggungjawab. yela, kalo skema sangat kang boring plak kan. 



* Ini mood saya. tapi ini bukan pic saya. ;P



So, hari ni mood aku tersangatlah berbunga-bunga ok. pagi tadi bangun pun rase macam tak puas nak tenung-tenung muka incek hubby. rase sebak bila teringat ape yang aku dah buat kat die. serius memang aku tak penah majuk lebih dari sehari. biase siang gado, malam aku dah kenen-kenen kat die. malam gado, siang sesi pujuk-memujuk lak. tapi kali ni dalam sejarah aku majuk sampai 3 hari. 




Rasa berdosa sangat. sebab tu aku mintak ampun sampai tak terkuar suara menangis teresak-esak. die cakap die tak marah pun. die cakap memang silap die memandang remeh benda-benda camtu. die macamla tak tau bininya kuat mengharap. bile dah diberi harapan, memangla bininya ni tuntut. kalo tak, gini la jadinya.



Malam semalam gak incek hubby cakap Selasa ni nak pegi KL. kan cuti sempena Hari Merdeka. aku ingat die just cakap yang die nak pegi KL. so aku tanye la pegi dengan sape. die cakap dengan aku la. nak beli kasut raya aku. hehh nak bodekla tu. bila sesekali gado camni, bila baik terus rase macam malu-malu je. macam zaman-zaman mule bercinta plak. ngehehehehe.




Oh, sebelum terlupa, sempena Hari Merdeka esok, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53 untuk sume rakyat Malaysia. harapnye Merdeka dalam bulan Ramadan ni beri keinsafan pada kita sume. 



* Toksahla buang masa layan konsert yang tak mendatangkan faedah.


Thursday, August 26, 2010

~ Kalo tak mengumpat tak boleh ke? ~



Salam kawan-kawan. ;)




Korang tension tak kalo dikelilingi oleh orang yang suka mengumpat? dari pagi sampai petang itu je keje dia. padahal keje menimbun atas meja. tapi dia lebih suka melepak kat meja orang lain, then cite pasal orang itu, orang ini. 



* Buruk benor laki kuat mengumpat.



Aku kekadang menyampah gak dengan orang camni. jenis aku ni, dengan sume orang aku baik. so bila dah duk borak-borak tu, mula la kuar cite pasal si A perangai jahatla, si B plak perasan bagus. adoiyai. macamla die tu perfect. aku plak takkan nak blah camtu je kan. kang nampak sangat. so, aku dengarkan jela. see, tak pasal-pasal aku dapat dosa skali.



* Amboi cik senah dengan cik joyah ni.



Orang jenis camni, tak mustahil depan kita pijak semut pun tak mati. tapi belakang kita, ditikam-tikamnya. tak mustahil gak kalo kita pun jadi mangsa umpatan die. tapi, ade aku kisah? ko ngumpat aku, aku dapat pahala. so, ngumpatla bebanyak.



Lebih-lebih lagi bulan pose ni. nak kata dihasut setan, setan kena ikat. jadi nak salahkan sape? diri sendiri la. bukan ke bila kita berpose secara tak langsung kita akan jaga hati, mulut, telinga dan mata dari buat benda-benda tak elok. tapi kalo bulan pose pun die bantai ngumpat gak, tak taula nak kata ape.



* NO! NO! NO!



Lebih tak senonoh lagi kalo kaum laki yang buat perangai camtu. eeiii menyampah betul aku. bila duk berkumpul ramai-ramai, pastu kita lalu, dia leh ketawa kuat-kuat sambil sume mata tengok kita. tak senonoh kan? 




So, sekarang ni aku sentiasa cuba elak daripada terlalu baik or rapat dengan orang yang jenis camni. tak sanggup nak dapat dosa free tetiap hari. biarla die nak cakap aku sombong ke ape. yang penting, Tuhan tau niat aku. ye, aku akui aku ni bukanla baik sangat. aku ade gak terrngumpat orang. tapi takkan la sampai 24 jam nak cari keburukan orang lain. cuba cari keburukan sendiri dulu sebelum nak kutuk orang lain.



* Bukan bulan pose je. bulan lain pun.



Aku tau kat mane-mane je ade orang camni. jadi, pandai-pandai kita la nak elak dari sume tu. cuba belajar untuk sentiasa berfikiran positif terhadap orang lain. ;)



* Ampun kalo ade sape-sape yang terasa. ni hanya luahan peribadi.


~ Sikit sangat? Bersyukurlah kamu ~



Assalamualaikum sume. ;)




Hari ni rase gumbira sangat sebab semalam dapat berita baik. ala korang buat-buat tak tau lak. tengok berita tak? aku tak. tapi akak aku bagitau. die tu kalo bab camni cepat je.



Pasal ape ni wey? alah, pasal bonus raya untuk kakitangan awam la. kan semalam PM umumkan kakitangan awam akan dapat duit raya RM500. ia akan dibayar sebelum 1 Syawal nanti. jadi, sape kakitangan awam kat sini? sila angkat kaki!




* Google



Ade yang cakap "RM500 je ke? sikitnya". bersyukurla wahai kamu. lebih baik ada daripada takde langsung. betul tak? walaupun sekarang ni RM500 tu dah jadi kecik nilainya, tapi bolehla ringankan skit beban perbelanjaan untuk raya nanti. bagi aku plak, duit tu bolehla di-spent-kan untuk pegi dan balik dari kampung. biasela, duk jauh. minyak tol sume ade la dekat RM300. so selebihnya leh jadikan angpau untuk sedara-mara.




* Google


Dan Alhamdulillah gak incek hubby pun kakitangan awam. jadi dapatla RM1000. rezeki dalam bulan pose. bila aku bagitau incek hubby pasal berita tu, die rilek je. die leh cakap dah lame die tau. hahahahampeh. sajela tu taknak bagitau aku. takut sangat aku mintak shopping macam-macam. eleh.



* Tengoklah. sampai troli pun tak muat.


Tapi aku tak berniat nak shopping pun. sume barang-barang raya dah beli. cuma kuih-muih je yang belum beli lagi. yela, duit ni bukan selalu dapat. setahun sekali jek. so agak tak berbaloi la kalo dapat-dapat je trus disedekahkan kepada tokey-tokey kedai. sebab aku lebih risau memikirkan bajet selepas raya nanti.




Time nak raya, memang selalunya kita tak beringat. bila dah abis raya, tengok akaun makin susut. nak tunggu gaji lambat lagi nak ujung bulan. time tulah baru nak garu kepala nyesal. mulalah bergolok bergadai emas segala. so, sekarang ni baik kita beringat sebelum terlambat.



* Orang sanggup berhabis duit beribu-ribu hanya untuk meraikan raya yang meriahnya cuma sehari.


Wednesday, August 25, 2010

~ Saje menggatal ~



Hai again.




Camne template baru ni? ok tak? sesaje je tangan ni menggatal nak tukar template lain. bosan la dengan kaler pink.



* Tenang je baca blog camni kan.



Ke korang sakit mata tengok template ni? ala biase-biasekan la ek. lame-lame ok la. bagi chance skitla kat aku.





* Template ni untuk bebudak okla kan.



Aku jeles sebenonye tengok template blog orang lain kemain la lawa. nak buat camne kan. akui jela ko tu buta IT. ye, saya mengaku. haha. 




* Simple dan cute kan.



Aku cari template yang simple je. tak payah susah-susah nak ubah setting segala. tak kuasa aku nak edit balik weh. ye, buat sekian kalinya saya akui yang saya memang pemalas. muahahaha.



Okla, malas nak bebel.




* Saya akui yang saya sebenarnya kekeringan idea. ;D


~ Ade ape dengan Master? ~



Salam sume.




Actually hidung saya masih lagi kebasahan dek selsema. tapi disebabkan keinginan untuk merapu semakin kuat, maka saya gagahkan juga.



* lap hingus jap *




Ok, sambung balik. semalam petang kan, tetiba incek hubby tanya aku nak tak sambung belajar ke peringkat Master. sebelum ni memang kitorang ade plan nak sambung belajar same-same tapi bukan dalam waktu terdekatla. sebab aku masih rase sangat malas nak mengadap buku dan buat esaimen. 



* Dengan incek hubby masa konvo degree kat UPSI.


Pastu aku tanya die nak belajar ke. die cakap memang nak. sebab sekarang ni dah kuar pekeliling baru mengenai pegawai perkhidmatan awam yang nak sambung belajar ke peringkat Master leh amik sepenuh masa dan dapat gaji penuh. sebelum ni setau aku kalo amik full-time gaji dipotong separuh.



* Time hubby lak konvo. jarak sehari je dengan die. ;)

 

Aku bukan taknak amik yang part-time. tapi tak laratla nak berkejar ke sana ke mari time weekend. hari biase keje, hari cuti lak belajar. pengsan woo. maybe orang lain boleh, tapi aku serius memang tak mampu. aku takut nanti dua-dua tercicir. 



* Nilah saya. sila jangan pening lihat pic ini. ini tangan ayah saya punya angkara.

 

So bila dengar pasal tu, aku mula rase bersemangat nak sambung belajar. yela, tak keje tapi gaji tetap masuk. cuma aku tak confirm lagi pasal hal ni. aku try cari pekeliling tu dalam website KPM tapi tak jumpe. incek hubby cakap die baca kat skola die. so, aku suh die fotostat 1 copy then bawak balik umah. kena baca detail dulu. jangan main sebat je.



* Wahh hebat. kecik-kecik dah amik ijazah.


 
Korang rase patut ke aku sambung Master ek? ape kelebihannya? memang sekarang ni kalo korang tengok orang-orang yang dah berumur pun masih tak penat belajar. kat mane-mane U ade je golongan warga emas ni kan. so, takkan kita yang muda belia cun ni nak sia-siakan peluang yang datang.



Ramai yang nasihatkan aku suh amik Master. sementara takde anak lagi katanya. betul gak kan. kalo dah ade anak nanti susah la plak nak kene usung pegi klas. dah bergilir dengan mak paknya bagi susu. haha. tak leh bayangkan.




Actually aku memang plan taknak duk lame-lame kat skola. aku nak bekerja di luar skola. macam kolej ke, U ke, mane-mane institusi ke. sebab bagi aku bekerja di luar lebih memberi kebebasan dan kepuasan. tu bagi aku la. bagi orang lain maybe lebih suka duk skola di samping kanak-kanak ribena.



So sekarang ni kitorang masih me-nimbang-tara-kan peluang ni. macam-macam aspek kena amik kira. nak pilih U mana, bila waktu yang paling sesuai. dan yang paling penting, persediaan dari aspek fizikal & mental. almaklumlah, dah dekat 3 tahun tak perah otak untuk buat esaimen & ngadap exam. mesti dah tepu kan. nak kena asah balik.




Maybe kalo aku sambung belajar balik pun, kali ni mesti lebih bersemangat kot sebab ade incek hubby even course kitorang tak same. die bahagian sport. aku lak psikologi. tak kisahla. janji die ade depan mata aku. ngengada kan? 




* So, what say u? ;)


~ Sok sek sok sek ~



Assalamualaikum kawan-kawan. ;)




Korang ade dengar bunyi tak? bunyi 'sok sek sok sek'. bunyi apakah itu? macam seram je kan.



Haha. sebenarnya bunyi aku tengah selsema. adoiyai. tetiba lak kena kan. pagi tadi elok je even dah ade rase-rase nak selsema. aku lemah skit kalo kena selsema ni lebih-lebih lagi bulan pose. memang 1 muka merah padam dibuatnya.




* Macam nila ghope aku bila kena selsema. huduh.



Aku ni alah skit dengan habuk or bulu kucing. sebab tu aku bermati-matian tak bagi bila incek hubby nak bela kucing. kucing tu jauh 2 meter pun aku dah mula rase gatal-gatal hidung. pastu dengan habuk lak. bila kemas-kemas umah, aku akan jadi macam ninja. mulut & hidung mesti tutup. kalo tak, memang nahas. pastu pas kemas tangan tak leh pegang muka ke, hidung ke. kena cepat-cepat basuh. kalo tak...



Ni pagi tadi maybe ade habuk kot kat mane-mane. tu yang cepat je kena. nak telan ubat, pose lak. kalo korang nak tau, dalam handbag aku sentiasa ada ubat selsema. kalo takde memang aku risau. so, sebelum habis aku akan pastikan aku beli stok baru. korang dapat bayangkan kan betapa teruknya aku selsema. 




* Sedapnya kalo pekena teh o panas or milo panas time selsema. wallawei.



Bila dah sok sek sok sek camni memang jawabnya tak leh nak buat keje la. asik duk layan hidung je. mata dah mengalahkan mata hantu. hidung jangan cakapla. merah menyala. nasib baik ade lagi tisu dalam handbag. kalo tak, mane aku nak kesat.



Maybe penyakit ni aku dapat dari ayah aku kot (tetibe salahkan die kan). sebab ayah aku ade resdung. tiap pagi die akan sok sek sok sek. sapu tangan sentiasa dia bawak ke mana-mana. bila kena selsema yang teruk, memang terbaringla. macam aku gak. bila selsema ni, ubatnya tido je. lagi-lagi pas makan ubat. memang tido mati la jawabnye.



Dan aku mudah dapat selsema sebab berjangkit dari orang lain. kalo incek hubby selsema, aku memang tak dekat dengan dia. kadang-kadang duk jauh-jauh pun kena gak. lomah den. dulu penah dapat ubat sembur dalam hidung. tapi aku pakai, makin kuat lak selsema. terus stop. makan ubat jela. tapi ubat pun tak bagus gak kan. takut effect kat hati.



Tapi aku bukanla kerap sangat selsema. kadang-kadang je. ni pun dah lame gak tak kena. ubat pun banyak lagi. cuma bila kena, memang aku rase nak baring je. kalo teruk, dia akan naik ke kepala dan mula la rase nak hantuk kepala kat dinding. 




* Tak leh korek hidung. batal pose. ;D


Tuesday, August 24, 2010

~ Hari ini satu sejarah telah tercipta ~



Salam u olls.




Hari ni kan, aku dah cipta 1 sejarah. buat pertama kali aku ngan incek hubby bersahur tak makan nasi. cuma makan roti ngan minum milo & oat je. huhu.



* From google.



Puncanya, aku terlupa yang lauk berbuka semalam dah abis dibedal. nyanyuk jap. biasenye kalo lauk berbuka dah abis, malam tu aku masak lauk simple-simple untuk sahur. tapi serius, malam semalam aku ilang ingatan jap. aku rilek je dengan menyangkakan lauk masih ade. 



Skali bangun pagi, bukak tudung saji, haa ko. ade sayur kacang buncis jek. nak goreng telur or ayam, tapi incek hubby cakap takyah. die suh buat roti letak peanut butter, pastu buat oat susu panas. aku lak makan roti ngan milo panas. lega perut bila kena air panas pagi-pagi buta. kalo tak slalu aku balun air sejuk je.




Pastu aku macam sian plak kat incek hubby. sebab die ni jenis tak leh kalo tak makan nasi. sehari mesti merasa nasi. aku takpe sebab tembolok kecik. rase bersalah je bila tengok muka die. sori ek abang. esok kita sahur nasi ek. ;)



Tapi aku perasan, bila makan roti ni aku tak rase lapar plak. biasenye time ni perut aku dah berkeroncong. tapi ni rase macam baru pas makan. maybe sebab ade serat kot. serat kan lambat hadam. macam oat. emm kalo camni, sok lehla makan roti je. tapi incek hubby tetap kena makan nasi ok.




* Pas kawin baru rase susah senang nak jaga makan pakai suami. ;)


~ Para Pencari Tuhan ~



Assalamualaikum kamu sume. ;)








Korang penah tengok tak cite ni? tajuknye 'Para Pencari Tuhan'. sebelum ni aku tak tau pun pasal cite ni. dan tak berapa minat dengan cite dari seberang. kepala otak aku dah set yang cite seberang (indon terutamanya), jalan cite die same je. kalo yang baik, baik gile. yang jahat lak, jahat nak mam***. macam tak logik.




Tapi ade 1 hari tu tetibe aku tengok incek hubby tengok cite ni. khusyuk benor gayanya. pastu siap gelak-gelak lagi. aikk tajuk cite macam serius tapi apsal gelak lak. aku dah mula curiga (tetibe je kan).




Pastu incek hubby suh aku join tengok. die cakap cite tu best dan lawak. aku pun layankan jela. dan memang LAWAK okeh!! dari tajuk memang korang akan ingat tu cite berkaitan agama yang serius. tapi sebenarnya tak! memang die ade unsur-unsur agama dan banyak pengajaran dari cite tu tapi jalan citenye memang lawak.




Tak salah la kalo aku cakap, cite ni antara cite indon yang paling best aku penah tengok. lari dari kebiasaan. takde la kisah cintan-cintun ke, si jahat buli si baik ke, pastu si jahat dapat balasan. cite ni sempoi. lokasi penggambaran pun kat dalam 1 kawasan je. watak-watak plak tak banyak. so kita tak la pening nak ingat kan.




Walaupun bahasa indon die sangat pekat, tapi aku rase korang masih boleh paham lagi. sebab aku leh je paham. pastu siap ketawa berdekah-dekah lagi. aku tak pasti cite tu dah main sejak bile. aku rase start bulan pose ni kot sebab cite tu pun berkaitan dengan pose gak. 




Okla, meh aku cite skit sinopsis cite tu. dalam 1 kampung tu, ade 1 mushallah (kat sini panggil surau). pastu ade sorang pak imam yang jadikan surau tu tempat tinggal die. sebab die sebatang kara. maka die pun jaga la surau tu macam rumah sendiri. pastu wujud lak 3 orang budak laki muda yang mungkin sebelum tu tak berapa tau pasal agama. so, pak imam ni ajarla diorang solat, pose bagai.





* Ni Pak Imamnya. klaka. ;P



Episod first yang aku tengok pak imam ajar bebudak tu cara menguruskan jenazah. diorang gunakan batang pisang. memang klaka habis. lain yang disuruh, lain yang dibuat. pak imam suh berlakon konon-konon nak bersihkan najis mayat. yang bebudak ni siap nak termuntah-muntah. padahal batang pisang je. penghayatan lebih sangat kot. haha.




* Bebudak 3 ekor orang yang macam-macam hal.



Pastu bebudak tu sekarang dah rajin solat, pose. pastu bebudak ni sebenarnye ade cite masing-masing yang buatkan diorang datang ke kampung tu. tapi episod awal aku tak tengok. tau-tau diorang dah ade. pastu diorang pun tumpang tido kat surau tu gak. 



* Pak Guard yang lawak gak.



Ade gakla beberapa watak lain tapi tak banyak. ade pak guard (aku tak taula ape yang die guard), ade gak sorang lagi pak imam dengan bininya, pastu ade beberapa orang lagi. jalan cite simple, korang takyah pening-pening nak fikir. gelak jela sampai abis. masa sejam korang akan rase cepat je abis.





* Lupe nama watak ni. die baik.



Oh, cite ni main kat Astro Oasis pukul 1.30 tengahari dan ulangan pukul 10 malam. dari hari Isnin sampai Jumaat. jadi sesapa yang takde Astro tu, baik register ari ni gak. sekarang! kalo tak, nyesal. aku sekarang tetiap malam tunggu cite ni. cite lain dah bolayan. huhu.



* Tapi semalam tunggu takde plak. takkan dah abis kot.



Monday, August 23, 2010

~ Akhirnya dia cair dengan pujukanku ~



Salam sume.




Camne dengan perut korang? ok? aku je yang tak ok. nak muntah tapi ku tahan-tahankan. haihh.




Sape yang aku pujuk? dan sape plak yang cair tu? hehe. ade cite lawak skit pagi tadi. aku on-kan broadband ni. tapi lampu asik merah je. die carik network tak jumpe-jumpe. aku dah mula syak macam-macam. tapi sebenarnya aku syak 1 benda je. masuk bulan ni dah 2 bulan aku tak bayar bil. hahaha.




Ala baru 2 bulan kan. akak aku cakap die penah tak bayar sampai 3 bulan tapi tak kena sekat pun. bila time aku mesti ade je masalah. aku pun ape lagi, terus la tekan nombor 1111 tu. ala yang careline tulah. ade sorang mamat ensem yang jawab (macamla henpon ko leh tengok muka mamat tu kan). suara romantik je. tak taula kalo die terlelap ke sebelum tu.




Aku suh die cek sume. pastu die cakap sekarang ni line kat pantai timur tengah problem. uikk yeke ni. mandai-mandai jek ko kan. abis broadband kawan aku yang sebijik, sebumbung, sebilik dengan aku ni elok je. aku tengok ligat je tangan die berpesbuk. ohhh ko nak tipu aku yek.




Aku pun tak puas hati. aku call lagik. kali ni pompuan plak jawab. dari suara macam tak lawa. aku ulang balik cakap aku macam sebelum tu. die cek-cek, pastu die cakap " Laaa patutla kena bar. cik tak bayar bil 2 bulan". ciss di situ. malu jap aku. tak taula kalo die duk tahan nak gelakkan aku. pastu aku nak meng-cover malu, aku cakapla " Eh, sebelum ni saya bayar 2 bulan sekali elok je. ni apsal problem plak?". padahal baru kali ni aku tak bayar sampai 2 bulan. ala bulan lepas busy skitla (alasan!).




Pas letak tu, aku call akak aku lak. aku ingat nak suh die pegi bayarkan bil aku jap. tapi die baru pas muntah lak. tengah lembik kat opis. alahai ko kak. pastu akak aku cakap die penah gak kena camtu. pastu die call operator, suh aktifkan line dulu. pastu baru bayar. aku macam pelik. boleh ke camtu? kang aku malu lagi kang haaa.




Tapi disebabkan perasaan aku nak ber-belog-ging ni berkobar-kobar, maka aku tebalkan gak muka ni nak call buat kali ketiga. ala diorang bukan nampak muka aku pun kan. pastu tiap kali call, orang lain yang jawab. so, ape ade hal. kali ketiga call, mamat-tak-pasti-ensem-ke-tak jawab. aku ulang balik ayat yang same. naik bosan dibuatnya. then, die pun cakap benda yang sama macam pompuan tadi cakap. bil aku tertunggak. 2 kali malu. haha.




Pastu aku dengan was-was tanya kat die, leh ke kalo aku nak aktifkan dulu. petang kang baru aku pegi bayar. dalam nada macam malu-malu gitu. tetiba die cakap BOLEH!! wahhh unbelieveable! aku macam tak caya ade gak sistem camtu. pastu die sambungkan aku dengan operator bahagian pengaktifan line. bla bla bla. pastu tetiba die cakap aku tak leh buat pengaktifan. huk alohh napenye plak.




Die cakap aku ade overdue chargers 5 sen. haihh ko. 5 sen pun ko nak berkira kan. memula die cakap memang tak leh nak on. aku pun mula la ligat fikir ayat baik punye nak pujuk mamat tu on-kan broadband aku ni. last-last aku cakapla yang aku ade hal penting nak guna broadband ni. urgent sangat. kalo tak, aku mati. haha tipu di situ. pastu die diam. aku dengar bunyik die tekan-tekan keyboard jek. marah ke ape tah. lame gak die sunyi. aku ingat nak je letak tapi tetibe die cakap, die akan aktifkan tapi dengan SYARAT!!!




Hamboih ko. bersyarat bagai. tapi aku ye kan jela. die cakap sebelum hari esok aku kena setelkan bil. kalo tak, die akan sekat balik. alaaa yela! petang kang aku bayo la. haa nak balik dah ni pun. kang aku terus pegi bayo la. kecoh ar.




* Moral of the story : jangan biarkan bil anda tertunggak. kelak diri sendiri yang malu. kuikuikui. 


~ Dugaan bulan puasa ~



Assalamualaikum kawan-kawan. ;)




Hari ni kena kembalikan semangat semula. hari Jumat ari tu dah lemau. tapi sebenarnya hari ni pun mood tak berapa nak ok. badan tak sihat. ;(




* Ni bukan saya. ;D



Actually, dari malam Sabtu ari tu aku dah start sakit perut. awalnya cuma rase senak kat bahagian ari-ari (bawah pusat) belah kiri. sampai tak leh tido ko. aku bangun sahur Sabtu tu pun terbongkok-bongkok tahan senak. sampai incek hubby naik risau. 




Mula-mula ingatkan takde ape la. belah siangnya, sakit perut tu merebak plak ke bahagian pinggang belah kiri. belah kanan sume ok. duduk salah, baring salah. sume posisi aku buat tapi tak lega langsung. sampai rase nak menangis. yela, korang yang penah kene sakit pinggang mesti tau azab sakitnya kan.

 
 
* Sedangkan kita yang tua ni pun tak tahan bila sakit perut, apetah lagi budak kan. siannya.
 


Incek hubby ajak pegi klinik tapi aku malas. aku cakap kalo malam tak ok gak baru nak pegi. sempat lagi aku berdegil kan. aku juz suruh incek hubby belikan Salonpas (alaa, yang macam koyok tampal untuk legakan sakit tu). sampai 3 jenis die belikan. tapi aku guna 1 je. tu pun jap je sebab tak tahan panas sangat. pakai jap badan aku dah gatal-gatal. tapi tak lama tu sakit pinggang aku jadi baik. cuma tinggal sakit perut je.




Malam tu kuar pegi klinik. carik punye carik, sebijik klinik je yang bukak. tu pun ramainya ya rabbiiii. sampai patient tunggu kat luar. uiihhh tak sanggupla aku nak melanguk tunggu. silap-silap kul 11 pun belum tentu dapat jumpe dokter. klinik lain sume tutup. maybe sebab sume tu klinik dokter Melayu kot. so bulan pose ni die tutup belah malam. tahla. so kitorang balikla ke umah.




Eh, kitorang tak balik umah terus. kitorang pegi umah MIL jap. incek hubby suh mak die tengok-tengokkan perut aku ni. aku ikut jela. sampai sana, nasib baik takde sape. kalo tak, malu gak weh. masuk bilik, die terus urut perut aku. die pun tak pasti sebab ape. maybe angin, maybe urat bengkak, maybe nak lekat, maybe, maybe.




MIL suggest suh jumpa tukang urut kat kampung tu. tapi aku malasla lagi. aku cakap kalo dah beberapa hari kang masih tak baik, baru aku pegi. yang penting pegi klinik dulu.




Soknya, pepagi dah tercongok depan klinik. mujur tak ramai orang. kali ni aku pegi Klinik Rohaiza. dulu aku penah terkena dengan klinik ni. mahal nak mam***. padahal demam je. skali die caj sampai RM80++ ko. nak tersedak aku. tapi buat-buat biase je sebab kang malu lak orang tengok. nasib bawak duit lebih. hehe.




Tapi hari tu aku pegi lagi klinik tu. macam tak serik kan aku? takdela, aku tengok klinik tu je yang tak ramai orang. yang lain sume berderet-deret. pastu even klinik ni caj mahal, dokter die bagus. die cek detail. sorang patient mau dekat 30 minit duk dalam tu. mase aku datang tu, dokter laki cina. muda dan ensem. baik plak tu. die tanya detail dari A-Z. penuh 1 kertas tu die tulis. siap cek perut aku bagai. 




Mula-mula die suspek aku sakit perut biase. bile aku bagitau simptom lain, die kate bukan sakit perut. cek air kencing sume. pastu die kata air kencing kotor skit. tapi bukan batu karang sebab takde darah. dah lega di situ. borak punye borak, lastly die suspek aku gastrik. cume peliknya gastrik kali ni aku tak muntah-muntah or cirit-birit. tapi mulanya dokter tu macam tak sure gak aku sakit ape. lastly die bagi ubat untuk kencing kotor, antibiotik, gastrik ngan angin. sume skali RM44. aikk murah lak.




Alhamdulillah even sakit-sakit aku masih dapat penuhkan pose ari tu. walaupun sampai nak pitam. sebab perut dah kosong. tapi aku gagahkan gak taknak bukak pose. siap masak lagi ko. hahah. sebab dah janji dengan incek hubby petang tu aku nak masak. pas masak, terus terbaring aku. bile duk tunggu-tunggu tu rase jam lambat sangat berjalan. geram lak aku.




Pas makan ubat sume, sakit makin kurang, tapi perut aku masuk angin plak. pas berbuka terus sebu perut. haihh macam-macam. urutla minyak angin. incek hubby balik terawih die belikan Eno halia tu. biasenye benda tu mujarab. tapi kali ni tak plak. aku bangun sahur pagi tadi masih sebu lagi perut. sabo jela. incek hubby suh MC. tapi aku malas. sebab dah nak cuti kan. tak sedap plak.




So sekarang ni perut aku berkeriuk-keriuk dari tadi. rase nak muntah pun ade. tapi aku tahankan gak. melainkan sampai aku dah pengsan kang baru aku bukak pose kot. haha. harap-harap tak la sampai pengsan ek. haru-biru kang. ;D




Bila fikir-fikir balik, mungkin ni dugaan untuk aku dalam bulan pose ni. bukan ke penyakit tu penghapus segala dosa-dosa kecik? jadi, aku tak lehla merungut bila kena sakit ni. patutnya kena redha dan bersyukur sebab makin berkurang dosa. Insyaallah. 




* Bila dah jadi camni baru tau nak jaga makan. 


Friday, August 20, 2010

~ Saya malas ini hari ~



Aaaarrrrgggghhhhh!!! 




 Malas gile nak update blog hari ni. dari pagi tadi aku lemau je. tengok blog pun macam nak muntah.



Minggu depan jela ek aku tulis entri baru.




Jadi, anda-anda sume takyah tunggu ek (ade ke orang nak tunggu?).



Ciao!



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat