Monday, August 16, 2010

~ Pakaian tak kena dengan acara ~



Hai again.




* Cilok from google.




Entri kali ni nak bagi teguran skit kat 1 drama bersiri yang tengah HOT kat TV3 sekarang ni. korang penah dengar Epilog Syurga Cinta? kalo yang kaki drama tu mesti tau kan. aku ni bukan jenis peminat cite-cite camtu tapi tah camne satu petang (minggu lepas kalo tak silap) tu, terasa nak tengok plak. sebab ramai yang cakap cite tu best.




Masa mula-mula tengok tu okla. lagi-lagi ade si comel Mia tu kan. makin petah bercakap sekarang. tapi tiba-tiba ada 1 part yang buat aku terkejut dan macam ter'blur' skit. part di mana si Aida (lupa nama die dalam cite tu) datang ke rumah Mia untuk ajar Mia mengaji dan sembahyang. bukan terkejut sebab die nak ajar agama tapi terkejut dengan pakaian si Aida yang sangat-sangat tak sesuai lebih-lebih lagi untuk mengajar agama.





Sori aku tak sempat nak capai handphone snap gambar tu. yang aku boleh gambarkan, dia pakai dress ketat kaler putih berlengan pendek gila. pastu die pakai sarung lengan. sedangkan si Mia yang kecik tu pun reti pakai sopan. 




Okla, aku pun tak leh nak salahkan 100% kat si Aida tu. silap pada pengarah gak kan. takkan benda penting yang melibatkan sensitiviti camtu pun tak perasan. aku yakin ade penonton lain yang sependapat dengan aku. aku yang kebetulan tengok cite tu dengan incek hubby, jadi malu plak sebab incek hubby sendiri tegur pakaian Aida tu. 




Kalo tak salah (kalo salah, maafkan saya), cite ni ade kontroversi berkaitan dengan pusat belajar Islam untuk kanak-kanak yang turut dimasukkan dalam cite tersebut. dalam cite tu menunjukkan cikgu di pusat belajar tu tak memakai tudung semasa mengajar. sedangkan tempat belajar tu berkonsepkan Islam. maka si owner pusat belajar tu pun menyuarakan perasaan tak puas hati kepada pengarah cite tu. yela kan, ramai ibu bapa yang mungkn rasa imej pusat belajar tu akan tercalar dek kerana sikap sesetengah pihak yang kurang sensitiviti.





Jadi aku harap pasni pengarah or penerbit or pelakon tu sendiri perlulah lebih peka dengan masyarakat sekeliling. tak salah rasanya kalo pelakon tu meminta kebenaran untuk menukar pakaian lain yang lebih sesuai. yela, kadang-kadang mungkin pengarah tu terlepas pandang. jangan jadi macam sesetengah manusia tu sanggup berbogel semata-mata mengikut kehendak skrip or pengarah. akhirnya dua-dua dapat dosa.




* Tak faham dengan mentaliti sesetengah orang yang sangat rendah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat