Friday, July 30, 2010

~ Apa dosa kanak-kanak ini? ~



Hai.





Aku sebenarnya tak sampai hati nak tulis entri ni. lagi-lagi nak tunjuk gambar. serius tak sampai hati. sampai meleleh-leleh airmata ni.




Tapi aku rasa, aku kene share gak dengan korang sume. kite same-same renungkan dan berfikir apa dosa kanak-kanak comel ni hingga diperlakukan begini rupa.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Tak ke meleleh airmata korang duk gelak tengok gambar ni. kahkahkah. tak patut betul mak bapak die buat camni. mentang-mentangla budak ni tak reti cakap lagi. syok sejuk je kot dalam tu. hahahahaha.





* Nak buat lawak pun biar berpada.



~ Lelaki dambaan wanita ~

* wink wink *



Lelaki idaman – umum
1. Tampan
2. Charming
3. Sukses kewangan
4. Seorang pendengar yang baik
5. Jenaka
6. Badan tough
7. Bergaya
8. Menghargai
9. Suka buat surprise


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 32 tahun
1. Nice looking
2. Membuka pintu kereta, memegang kerusi
3. Cukup wang untuk makan malam yang menyenangkan
4. Mendengar lebih daripada perbualan
5. Ketawa dengan lawak bodoh saya
6. Belanja dengan mudah
7. Memiliki kad kredit sekurang-kurangnya satu
8. Menghargai sebuah rumah-memasak makanan
9. Mengingati hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi saya semestinya

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 42 tahun
1. Tidak terlalu buncit
2. Pekerjaan yang stabil
3. Mengangguk ketika saya bicara
4. Dalam keadaan cukup baik untuk menyusun semula perabot
5. Mengenakan kemeja yang menutupi perutnya
6. Rajin bercukur

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 52 tahun
1. Menjaga bulu dalam hidung dan telinga
2. Tidak bersendawa atau menggaru di depan public
3. Tidak terlalu sering meminjam wang
4. Tidak mengangguk tertidur saat aku bercerita
5. Tidak menceritakan semula lawak yang sama terlalu banyak kali
6. Dalam keadaan cukup baik untuk turun dari sofa pada hujung minggu
7. Biasanya mengenakan sandal dan pakaian yang berpadanan
8. Menghargai makan malam yang baik
9. Mengingat nama anda
10. Rajin bercukur

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 62 tahun
1. Tidak menakut-nakutkan anak kecil
2. Ingat di mana bilik mandi
3. Tidak memerlukan banyak wang untuk rawatan
4. Hanya berdengkur ringan ketika tidur
5. Ingat kenapa dia tertawa
6. Dalam keadaan cukup baik untuk berdiri sendiri
7. Biasanya memakai pakaian
8. Ingat di mana dia meninggalkan giginya
9. Ingat bahawa itu hujung minggu

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 72 tahun
1. Bernafas.
2. Tidak miss toilet.




* Sekadar lawak semata-mata. bukan menyindir sesiapa. ;P



~ Bila pembanci suruh kita banci diri sendiri ~



Hai all.





* Lebih kurang camnila muka depan borangnya.




Korang dah dibanci? dah? belum? kalo yang dah tu, tahniahla. bagi yang belum, korang tunggu jela kedatangan pembanci ke umah korang ye. jangan dihalau pulak. sian diorang.





Aku ni siang-siang mane la ade kat umah kan. lagi-lagi hari bekerja. ade pun belah petang jela. jadi maybe pembanci ni dah bape kali datang umah aku tapi aku takde. maka die pun dengan bijaknya telah meletakkan borang bancian yang agak tebal gak dalam mailbox umah aku. mula-mula dapat aku macam tercengang gakla nak buat ape dengan benda tu. yela, dahla takde tulis notis ape-ape kan.




Nasib baiklah dapat ke aku yang bijaksana ni. dibuatnya dapat ke umah makcik pakcik yang tak reti nak baca, tak ke borang tu nanti die buat bungkus nasi lemak. salah sape? 





Banyak gakla maklumat yang diorang nak. dari ke nama sampaila ke jenis umah. aikkk sampai aku duk umah papan ke batu ke pun korang amik tau ek. memang detail abisla diorang tanye. aku ni yang tersangatlah lurus tahap bendul siap memikir-mikir lagi mase tulis. macam nak jawab exam. bile incek hubby tegur takyah beria sangat menjawab baru aku rilek skit. hehehe. biasela, aku memang suke isi borang. ;D





Seingat aku borang tu dihantar hampir sebulan yang lepas. so pas dah siap isi borang yang lebih kurang 10 helai tu, aku pun suh incek hubby letak balik dalam mailbox. mane la tau sok pagi die nak datang kutip. 





Sok petang balik keje, jenguk mailbox, aikkk ade lagi. ohhh, maybe diorang cuti kot hari ni. biar jela. esoknya, ade lagi. lusanya, pun same gak. saaaaaampai la ke hari ni. borang tu berhujan berpanas duk dalam mailbox. diorang ni dah abis membanci ke? setau aku sampai bulan Ogos. aku nak bagi pada sape pun tak tau. 




Lame-lame naik geram plak. kalo tak bagi kerjasama kang kata kita ni sombong. tapi bila kita ok, diorang plak buat keje sambil lewa. aku yakin memang diorang takkan datang kutip borang tu. orang dah amanahkan keje kat ko, buatla elok-elok. ni tak pasal-pasal aku ngan incek hubby jadi mangsa. yela, maklumat kitorang tak dikire la nanti kan. uhuk.




Aku ade gak tanye-tanye jiran sebelah umah yang memang 24 jam kat umah. die cakap pembanci tu pompuan. sehari tu je die datang. pastu takde nampak muka lagi. setau aku, kat lorong umah aku tu, ramai yang laki bini keje. bila siang mesti diorang takde kat umah. mesti diorang pun senasib dengan aku sekarang.




Jadi, kalo akak pembanci tu terbaca entri saya ni, saya ingin pesan, jemputlah datang ke rumah saya. oh, takde ape-ape jamuan ye. tapi silalah kutip balik borang bancian yang telah dibanci oleh diri saya sendiri. segala kesulitan di kemudian hari, saya takkan bertanggungjawab. sekian, terima kasih.




* Saya yang menjalankan tugas. ;)



~ Looooove Friday. Do U? ~

Hai. morning kawan-kawan sekalian alam.





Biaselah kan. hari Jumaat mesti mood ceria je. kalo yang keje gomen mesti sengih je kan bile tiba hari terakhir minggu bekerja. macam saya. ;D





Tapi ade 1 lagi sebab kenapa aku gumbira sangat hari ni. malam kang family aku dari Kluang akan bertolak ke sini! ye, ke rumah anaknya yang jarang balik ni. bukan sengaja taknak balik ye. diorang datang baik tren je. mudah dan tak penat. makcik pakcik aku dalam 3, 4 orang pun akan ikut gak. wahhh tak sabar nih.





Rumah pun dah bersih berkilat. sume aku ngan incek hubby dah prepare. korang datang tinggal tido ngan makan je. errmmm tetiba teringat nanti nak masak ape ye untuk diorang? takkan sekali sekala datang nak makan simple-simple je kot. mestila kene jamu yang best-best kan. ;)





Sebelum ni incek hubby ade bagi cadangan suh masak gulai ikan patin. yela, kat tempat aku ni memang glamer sangat masakan camtu. aku yang dulu tak suka makan tempoyak, kat sini leh plak telan. tapi bkn mentah la. kena masukkan dalam masakan. bagus gak cadangan incek hubby tu kan. tapi aku tak penah lagi masak menu tu. selalu MIL je yang masak. hikhikhik.




* sluuurrrppp...terliur tengok...belum rasa lagi tu...




Incek hubby ade gak bagitau cara-cara buatnya tapi yela, nampak teori memang mudah. tapi bila bab praktikal tu yang jadi haru-biru. kang berkelat plak muka pakcik makcik aku makan. hehe. plak tu aku tak biasa masak untuk ramai orang. kalo dalam 5, 6 orang ok lagi. tapi ni bila kira-kira ade lebih kurang 12 orang. wahhh gamat nih.





Takpe. jangan panik puan D. buku resepi kan banyak. ko google jek menu yang ko nak masak tu. ape guna ade jari tapi tak reti guna. boleh gitu? emmm nanti aku godek-godek encik google kot-kot die leh tolong. balik kang pas incek hubby solat Jumaat, misi membeli barang-barang untuk dimasak akan dimulakan. sume perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh beliau. kekeke.





* Kul 3 pagi kene amik diorang kat stesen ketapi. haiyok!! 




Thursday, July 29, 2010

~ How to make woman happy ~



It’s not difficult to make a woman happy. A man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:

45. give her compliments regularly
46. love shopping
47. be honest
48. be very rich
49. not stress her out
50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:


51. give her lots of attention, but expect little yourself
52. give her lots of time, especially time for herself
53. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:

54. Never to forget:

* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes

HOW TO MAKE A MAN HAPPY

1. Show up naked
2. Bring food




* Tak susah kan?? ;P


~ Cara guna toilet bowl dengan betul ~








Kihkihkih. agak-agak ade ke yang guna cara last sekali tu? ;D





* Macam-macam hal.



~ Anak derhaka ~



Hai again.





Hari Isnin lepas aku terbaca 1 artikel dalam Harian Metro pasal faktor-faktor seorang anak menjadi derhaka. kenapa tetibe plak kuar cite pasal tu?





* Realiti




Yela, korang tengok jela sekarang ni. hampir setiap hari ade je berita terpampang kat suratkhabar pasal anak pukul mak la, anak saman bapak la. ade gak kes bapak dibelasah anak gara-gara berang ditegur. ape dah jadi dengan zaman sekarang ni? langsung hilang hormat pada ibu bapa yang melahirkan, mendidik dan membesarkan mereka.





Tak kesian ke tengok orang tua yang menjaga dari kecik dipijak, dipukul macam patung. memang kebanyakan kes, anak itu dalam keadaan khayal, mabuk dan tak sedar ape yang mereka buat. tapi takkan mereka dah tak kenal dengan ibu bapa? sampai ada yang sanggup membunuh ibu sendiri!! nauzubillah.





Dalam artikel tu ade disenaraikan 5 faktor yang mendorong anak jadi derhaka begitu. di sini aku akan cite secara ringkas je ok.





Antara punca-puncanya :


1. Kesilapan ibu bapa sendiri. Anak yang dilahirkan ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan hala tuju dan masa depan anak itu. maka, dalam hal ni ibu bapa tak boleh menuding jari menyalahkan orang lain. yela, kalo kita tengok zaman sekarang ni ibu bapa sume berkerjaya. jadi masa untuk anak-anak agak terhad. akibat daripada kekurangan kasih sayang tulah yang membentuk sikap melawan cakap, memberontak dan derhaka kepada ibu bapa sendiri.



2. Pengaruh rakan. rakan sering dijadikan tempat untuk menceritakan segala masalah yang dihadapi. mereka juga berkongsi kegembiraan bersama. faktor ini adalah pengaruh yang paling besar sekali. mereka lebih mendengar kata, pendapat dan nasihat rakan berbanding ahli keluarga sendiri. maka jika salah pilih kawan, salahlah tingkah laku dan sikap anak berkenaan.



3. Pengaruh media massa terutama media elektronik melalui program televisyen yang mengagungkan rancangan Barat. budaya masyarakat Barat yang tidak mementingkan nilai murni seperti membolehkan berkurang ajar dengan ibu bapa sendiri dilihat sangat mempengaruhi gelagat anak kita di rumah. adegan yang ditonton sering kali menjadi gaya ikutan mereka dalam kehidupan seharian.


 4. Faktor keempat ialah kurangnya didikan agama. dah menjadi lumrah kepada masyarakat pada zaman ini yang lebih mengutamakan ilmu duniawi berbanding ilmu keagamaan atau kerohanian. dan aku percaya ada di kalangan anak hari ini yang tak faham apa itu erti derhaka.



5. Faktor yang terakhir ialah daripada kelemahan sistem pendidikan. sistem pendidikan kita yang lebih mengutamakan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan dilihat semakin mudah meragut unsur kemanusiaan dan pembangunan modal insan yang patut diterapkan dalam diri setiap pelajar sekolah.





Akhirnya mereka membesar seperti mesin ataupun robot yang tidak kenal erti kasih sayang kepada ahli keluarga.




 * Untuk huraian lebih detail, klik sini.


~ Teringin merasa Buffered Earnings ~



Hai. morning all.





Alhamdulillah hari ni aku masih bernafas lagi. masih dapat berkongsi cerita dengan kawan-kawan sume. terima kasih Ya Allah!




Buffered Earnings? ape tu? tahla. aku nak cite lelebih pun aku sendiri tak penah merasa. teringin gak merasa tapi aku yang bodoh lagi hina ni masih tak berjaya nak setelkan masalah tu. masalah ape? emmm camne nak cite ye. okla, aku cite satu persatu.




Awal-awal kemunculan blog aku ni, aku sekadar suka-suka. tu pun puas kawan aku ajak buat. best katanya. boleh tulis apa je yang kita nak tulis. masa tu aku tak tau pun yang dengan hapdet blog je, kita boleh dapat duit. bila dah lama-lama, dan aku mula menjelajah ke blog-blog orang lain, aku mula ternampak cik Nuffnang ni. kat mane-mane blog mesti ade. pastu die suh kita klik klik plak kan.




* Klik la kalo berani. hehe.




Aku yang naif ni pun klik la. tapi mase tu blog aku masih tak banyak visitor lagi. so permohonan aku untuk bukak account cik Nuffnang ditolak. uhuk. time tu aku malu sendiri. dalam hati, "ko ingat belog ko glamer, nak join cik Nuffnang?". sabo jela. pastu aku pun terus melupai cik Nuffnang. yela, aku mane layak kawan dengan orang glamer. tetibe je kan.





Pas dah beberapa bulan, setelah aku yakin belog aku mula dikunjungi ramai, aku cuba try test jenguk website cik Nuffnang skali lagi. sebelum bukak tu dah doa banyak-banyak. dan hasilnya, aku berjaya aktifkan account under cik Nuffnang. sangat teruja okeh mase tu. pastu aku ikut je sume instruction die. ingatkan takde masalah la. rupanya...





Bila aku nak copy paste coding iklan die untuk ditepek di belog aku, tetiba tak leh plak. camne aku nak explain ek. kat situ die tulis seolah-olah aku ade account lain selain Nuffnang dan aku dah register under Adsense! apakah? sejak bile plak aku buat sume tu? ini satu penipuan! wahhh marah dah ni. tak pasal-pasal je aku tak leh nak masukkan code tu dalam blog. 





Aku yang tak tau pebenda ni mula la godek itu ini. hmmm tak menjadi gak. bila dah bosan, aku pun mule la nak give up. malas nak fikir lagi. yela, nak tanya orang terdekat, bukan diorang tau pasal benda alah ni. nak tanya orang jauh, susah plak nak explain kat diorang. haihh. lastly aku cenggini la sampai ke tua. uhuk. leh gitu? kenapa la aku ni bengap bab-bab camni ek.





So, sekarang ni la masanya kot aku kene solve this stupid problem. maybe ade someone yang sudi nak tolong aku. yela, kekadang fikir rugi gak kan kita dah spent mase banyak untuk hapdet blog, tapi tak dapat ape pun. nak gak merasa sesuatu dari cik Nuffnang yang glamer lagi rupawan tu. wahhh ko ingat ko bodek leh dapat duit ke? 





* Tah korang paham ke tak problemo aku nih. uhuk. ;(   



Wednesday, July 28, 2010

~ Mana satu kawan, mana satu lawan ~



Hai again.





Tetiba aku terasa nak share satu cite kat kamu kamu sume. benda ni berlaku pada diri aku sendiri pada suatu masa dahulu. tak la lama sangat. masa aku blaja kat UPSI dulu. dan benda ni juga aku dapat tau masa aku hampir-hampir nak kawin. pening? ok, aku cite dari awal.





Masa blaja dulu aku ade 2 orang kawan baik. ye, aku memang suka kawan dengan diorang. langsung takde rasa syak apa-apa. biaselah mase blaja dulu aku ramai kawan laki. sume aku anggap kawan. dan aku ade sorang bf (yang sekarang dah jadi incek hubby).





 Tapi, yelah mungkin pergaulan aku tu kurang disenangi oleh kawan baik aku 2 orang tu. dan perasaan tu tak pernah diluahkan pada aku. means, diorang tak penah pun nasihatkan aku supaya jangan berkawan dengan ramai laki. so aku tak sangka apa-apa la di situ. aku ingat diorang faham yang aku cuma berkawan. 





Nak dijadikan cite, dalam diam-diam rupanya diorang berpakat untuk jumpa dengan bf aku. serius, time tu memang aku tak tau langsung. yang bf aku pun takde cakap apa-apa. mase diorang jumpa tu, diorang cite sume kelakuan aku pada si bf ni. dan yang paling buat aku terkejut sangat, diorang siap suruh bf aku TINGGALKAN aku!!! yesss. itu yang diorang cakap.





 Dari mana aku tau sume ni? dari bf aku tula. cuma die cite dah lama pas kejadian tu berlaku. tu pun sebab kitorang tengah berperang. sampai terkeluar sume cite-cite yang lama. mula-mula dapat tau memang aku terduduk. tak tau nak fikir ape. macam tak percaya tapi memang berlaku. serius memang aku tak sangka diorang sanggup khianati aku. padahal sepanjang kitorang berkawan aku sangat-sangat jaga hati diorang. tapi rupanya....





Bf aku cakap kawan aku tu nak tolong die. then aku balas balik, sekarang ni sape yang kawan baik dengan diorang? aku ke dia? patutnya diorang tolong aku dulu kan. kalo tak puas hati pun takkan tak boleh nak slow talk dengan aku. selama ni aku boleh je terima teguran. bila jadi camni boleh plak terus pegi kat bf aku dan tikam aku!!! macam ni ke kawan?





Dan nasib baiklah bf aku ni masih boleh fikir baik buruk. die pun ade terfikir kenapa diorang sampai buat camtu kat aku. tapi aku bengkek gakla dengan bf aku tu. sebab lama sangat simpan rahsia. ibaratnya die pun bersubahat gakla. memang perang besar pastu. nasibla jodoh kuat.





Jujurnya, lepas je aku tau cite tu, aku dah ade persepsi yang tak best pada diorang. kepercayaan hilang sama skali. nasib baikla mase aku dapat tau tu kitorang dah habis blaja. so tak jumpa dahla. cuma aku ade mesej salah seorang untuk bagitau yang aku dah tau pasal hal tu. memang aku kecewa sangat. rasa dikhianati. rasa selama aku baik dengan diorang tu, langsung tak dihargai. tapi dibalas dengan sume ni. 





Bukan ke lebih baik kalo diorang cuba tolong untuk satukan aku dengan bf. bukan memecahbelahkan. tahla, bila aku teringat balik cite ni, aku jadi sedih sangat. even sekarang ni pun aku masih contact lagi dengan diorang, tapi aku takkan lupa ape yang diorang dah penah buat kat aku sampai bila-bila. hanya Allah je yang mampu membalasnya.





Korang nilai la sendiri kawan jenis ape camni. mungkin ada yang menyokong tindakan diorang. tapi atas dasar ape? plissss explain to me. i need a very very gud reason.





* Sekarang lebih berhati-hati untuk percaya kawan. 



~ Ohhh...sangat benci EYE BAG !!! ~



Hai. morning kawan-kawan.





Hari ni saya keseorangan. kawan sorang lagi pegi meeting kat luar. bagus. jadi bolehla saya *berjimba-jimba tanpa gangguan. cuaca kat luar sangat-sangat syok. mendung, macam nak ujan. kalo layan tido memang WORLD lah!!





Tapi hari ni aku rasa tak best sangat. pagi-pagi tadi susah betul aku nak bangun tido. mata pedih lain macam. pas mandi, skali tengok cermin, ohhhh tidak!!! sembapnya mata aku. serius macam orang baru pas kene tumbuk. padahal malam tadi awal gak aku tido. takkan ade eye bag gak kot. uhuk.





Tulah masalah yang aku alami sejak sekian lama. kekadang elok je bangun pagi mata cun. tapi kebiasaannya memang ber-eye-bag la. sangat tak suka ok. macam muka baru bangun tido je. even camtu pun, aku tak penah lagi amik ape-ape krim nak tepek kat mata. tahla. masih takde kesedaran kot. lebih suka natural beauty. haktuihhh





Sebenarnya nak gak try mane-mane produk yang bagus untuk hilangkan eye bag ni. teringin nak ada mata yang nampak sihat je. ni bila dah sembap camni, mata pun jadi ngantuk je. tak selesa. tapi ape brand yang bagus ek? aku kalo boleh suka beli brand yang ada testimoni. aku malas nak main try and error. kalo ko cakap ok, aku beli trus. rakus tak? hahaha.





Atau pun maybe ada traditional medician yang boleh aku gunakan kat mata aku ni. contoh, tepek uncang teh yang dah digunakan ke, timun ke. tapi tulah kan. kalo tradisional ni leceh sikit. manela ko ade mase nak tepek camtu pastu duk tak gerak-gerak. yela, kalo dah letak timun takkan ko nak berlari-lari plak kan. kalo pakai krim ke, mudah dan cepat. 





Maybe kamu kamu yang jenis pentingkan penjagaan kulit mesti terbuntang mata baca entri aku ni kan. pastu buat muka macam *yakksss*. kan. kan. tahla, yang aku tau, pencuci muka tu penting, pastu toner, moisturizer, foundation, compack powder, blusher, eyeliner, lipstik. yang lain maapla banyak-banyak ye. sume basic je. tu pun aku rasa dah over sangat. sampai aku rasa kat skola ni aku je yang make-up beria sangat. hahaha. *malu malu* 





* Menggeliat jap * 





Hah. kan aku dah cakap. kalo mata camni mesti pepagi lagi dah ngantuk. oh tak leh jadi ni. balik ni aku mesti memulakan misi mencari eye bag removal yang terbaikkk punya. kalo kamu kamu sekalian alam ade cadangan, sila la tulis di ruangan komen ye. *jangan tulis dengan pen or pensil sebab nanti saya tak leh baca ;P* 





* Bulan pose ni kena jaga mata. ;)



Tuesday, July 27, 2010

~ Apa tema baju raya tahun ni? ~



Hai sume.





Wahhh, puasa pun belum mula dah tanya pasal baju raya kan. ehh, mestilah. abis takkan esok nak raya, hari ni baru nak tempah baju kot. haha. korang tipu la kalo cakap tak tau lagi tahun ni baju raya tema kaler ape kan. kalo lambat ko anta tempah, jawabnye ko kene jahit sendirila. tuan kedai nak raye gak dek nonn. takkan pepagi raya nak jahit baju korang lak. 




Ohh, mesti masing-masing dah tersenyum bayangkan pagi raya dengan baju baru. 1 kaler dengan tudung. yang laki lak macho berbaju melayu dengan sampin and songkok. wahhhh, tak sabarnya.




Jadi, tahun ni ape tema baju raya korang? batik kah? sutera kah? yang dah berkeluarga plak, of course la sedondon sepapan dari atas ke bawah kan. kalo ade si anak yang komplen tak mau pakai sebab malu, terpaksa gak pakai sebab si mak dah mula mencubit. hehe. klakar kan. ala dik, bukan selalu kita pakai sedondon camtu kan. setahun sekali jek.





Bagi yang baru kawin lak, ehem ehem. macam saya. mesti macam pinang dibelah dua. memang sepadan abis. yela, time belum ade anak nilah nak bergaya bagai kan. kang kalo dah ade anak, belum tentu baju tu di-iron. haha.





Ohh, korang nak tau ke tahun ni aku se-family tema ape? nak bagitau ke? alaa tak seperais la nanti. ngade-ngade tul. hehe. okla, aku bagitau la. tahun ni ikut plan awal mak nak tema kaler peach. die buat keputusan tu pun mase die tengah pilih kain nak buat baju raya. dan tetiba die berkenan plak dengan kain kaler peach tu. kitorang adik beradik ok je.





Tak lama pas kejadian tu, incek hubby belikan aku baju batik klate kaler purple. serius cantik. haruslah dipuji gitu. pastu terus datang idea dari incek hubby nak kaler purple untuk tema baju raya tahun ni. kalo boleh die nak aku sepasang je sedondon. biar family aku kaler lain. ko ingat mak aku nak ke? idaklee. die kalo boleh nak sume same kaler. sebab tiap tahun kitorang amik gambo family. so tak lawa la kalo tak same kaler. gitu alkisahnye. aku ikutkan je.





Haihh. tengokla tu. pasal kaler baju pun nak kecoh-kecoh kan. tu belum masuk bab-bab lain lagi. nak buat camne kan. nama pun raya setahun sekali. tah-tah akan datang raya 2 kali setahun. haha. kalo jadi camtu memang aku tak buat baju raya la. pakai je hok yang raya pertama tu. ;P





* Tahun ni turn raya di umah mak saya.;)))))   



~ JELAJAH BLOG RAMADHAN '1431~




Assalamualaikum dan salam perpaduan.




Saya tertarik untuk menyertai Jelajah Blog Ramadhan '1431 kelolaan Ben Ashaari ni antara salah satu sebabnya adalah untuk menambah kenalan dan secara tak langsung mempromosikan blog yang tak seberapa ni. harap anda anda semua terhibur. ;)




Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak '1431 kepada semua umat Islam amnya, dan blogger-blogger khasnya. Ramadhan bakal menjelma lebih kurang 2 minggu lagi. Jadi, macam mana dengan persiapan kamu kamu semua? Saya yakin semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.




Ok, raya pada kali ini saya tak pasti lagi sama ada nak buat open house atau pun tidak. Almaklumlah, rumah pun tak semegah mana. Tapi, saya sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan kamu kamu semua untuk memeriahkan hari raya saya. Dan InsyaAllah, pastinya kedatangan tetamu-tetamu nanti akan diserikan dengan hidangan lauk-pauk dan kuih-muih sama ada yang hand-made atau tunjuk-tunjuk. ;P




Ini antara menu yang biasanya dihidangkan.


Nasi Impit daripada Hanieliza


Kuah Kacang daripada  Mama Fami


Rendang Ayam daripada Mama Sya


Kuah Lodeh daripada Kembara Qolbi




Ok, perfect. Biasanya memang hidangan inilah yang jadi menu utama masa Hari Raya Puasa setiap tahun. Kalau takde salah satu daripada menu di atas, memang tak sah. Jadi, sehari sebelum raya saya, kakak dan adik sama-sama bergotong-royong membantu mak di dapur. Masakan mak memang marvellous!!! Hingga menjilat jari. Jadi, nak fikir apa lagi, tak teringin ke nak merasa masakan saya dan mak saya? ;)




 Oh, dah tentu-tentu duit raya akan disediakan untuk anak-anak pembaca sekalian. Bukan ke itu dah jadi amalan. Dan untuk mak pak nya saya beri ini  sebagai cenderahati. Dah menjadi budaya kami untuk melayan tetamu dengan sebaik-baik layanan. InsyaAllah, kamu kamu semua takkan serik untuk bertandang ke rumah saya lagi. ;)




*Ribuan terima kasih kepada Abg Ben Ashaari atas program jelajah ini. ;) 


~ Mengidamkah aku? ~



Hai again.





Errrr kontroversi ke tajuk entri aku ni? hehe. ohh, jangan ber-syak-wasangka dulu. perut saya masih belum terisi. terisi dengan benda lain yela.





Habis tu, ko mengidamkan ape cik D oii?





Aku nak niiiii.... ;(




* GCB baik punyeeeee... ;D----(air liur berjejehan)
 


Bukan kotaknya ye, tapi isinya. waaaa saya sangat menginginkannya. tapi di sini tiada McD. huh!! sungguh kekampungan tempat ini. adakah sesapa yang sudi membagikan saya ini barang baik punye? saya sudah terliur-liur walaupun cuma melihat kotak ini. waaaa apakah?





Hujung minggu ni family aku dari Kluang nak datang. jadi, wajarkah kalo aku mengirimi mereka dengan seketul barang baik di atas itu? akan basikah? ohhh, bagaimana ini. aku dah tak tahan menanggung sengsara atas keinginan yang membara ini. 




Actually barang baik ni dah lame pun berada di pasaran. tapi sampai laaaa ni aku masih tak dapat-dapat gak merasa. ohh, hinanya diri ini. tak pasal-pasal. abis takkanla aku nak ke KL semata-mata nak dapatkan benda alah ni? aku tak sure paling dekat kat mana. yang aku tau kat Genting Sempah ade la. nak ke sana je dah sejam lebih. ohhhhh, keciwanyaaaa.




Mesti korang gelakkan aku kan. sebab korang sampai dah jemu-jemu mengadap benda tu kan. uhuk. nak buat camne. hambe ni duk kat kampung. paling best pun ade kepsi (KFC) jek. pizza jauh skali. lempeng banyakla. 





Ahhhh, aku tak kira. aku akan nekad mengirimi family aku untuk tapau barang baik tu nanti. biar putih tulang, jangan putih mata. ada kaitan ke? kalo dah sejuk pun, aku leh panaskan balik dalam microwave. ape ade hal? errrr agak-agak 5 bijik cukup tak ek? 





* Nasib baik tak mengidam burger daging gajah. mano nak carikkk??



~ Ingat mati ~



Hai. morning all.





Alhamdulillah malam tadi aku berjaya tido dengan lena. maybe penangan cadar baru yang incek hubby beli tu kot. lembut and sejuk je rase. ingat nak pakai time raya tapi incek hubby cakap raya nanti kita pakai baju raya, bukan cadar. uhuk. tersedak aku. tau-tau malam tu dah cantik tersarung kat tilam. emmm, pandai gak laki aku ni pilih kaler. purple gitu. 





  Semalam incek hubby bagitau yang member lama die meninggal accident dekat-dekat situ gak. member die tu keje kat lombong emas kat sini. motornya kena langgar dengan kete. arwah meninggal kat situ gak. sian. Al-Fatihah untuk roh arwah.




Sejak akhir-akhir ni banyak betul berita kematian yang aku terima. yela, dah sampai ajal kan. kekadang terfikir camne keadaan aku mati nanti. mati sebab apa. pastu bila terbayang orang-orang yang aku sayang takde, mesti airmata ni cepat je nak menitik. bila terfikir camtu cepat-cepat aku beristighfar dan berdoa semoga keluarga aku dihindarkan daripada sebarang malapetaka. tapi kita hanya merancang....





Aku selalu berharap biar nyawa aku diambil dulu. aku tak sanggup nak hadapi kenyataan kehilangan insan-insan yang aku sayang. serius tak sanggup. setiap hari aku akan cakap tentang hal mati dengan incek hubby. apa-apa je yang mengingatkan kami tentang mati. bukan ke elok kita lebih mengingati mati daripada memuja-muja duniawi? sekurang-kurangnya kita rasa insaf dan cuba berubah ke arah yang lebih baik.





Aku bukanla nak cakap yang aku ni baikkkk sangat. no. masih banyak lagi kekurangan dalam diri aku. amal ibadat pun masih tak teratur lagi. tapi dari hari ke hari aku cuba untuk perbaiki diri ke arah yang lebih bagus dari semalam. antaranya dengan mengingati mati. mana tau esok lusa adalah hari terakhir kita kat muka bumi ni. 





 Ramai yang cakap, kan bagus kalo kita tau bila kita nak mati. sempat nak bertaubat. tapi kita lupa setiap kejadian yang Allah ciptakan itu besar hikmahnya. ada sebab kenapa Dia buat camtu. mungkin kalo kita tau bila kita nak mati, maka makin berleluasa lah gejala sosial di mana-mana. sedangkan sekarang ni pun dah sangat teruk. yela, bayangkan kalo kita tau kita akan mati tahun 2020 contohnya, jadi sebelum sampai tahun 2020 tu kita tak bertaubat pun. dosa makin bertambah-tambah. 





Ye, aku bukan ustazah nak cerita tentang mati. tapi tak salah kalo saling ingat-mengingati sesama kita. mungkin entri aku ni dapat membuka hati sekurang-kurangnya seorang manusia untuk berubah je jalan yang benar. Alhamdulillah aku bersyukur sangat. dan entri ni juga peringatan untuk diri aku sendiri yang sangat kerdil di sisi-Nya. yang tak pernah lekang melakukan kesalahan.





* Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang baik itu tentunya dari insan hina ini.   



Monday, July 26, 2010

~ Tak sabar nak tengok cik garam ~

Hai again.





* Credit to google






Kenal tak sape tu? melampaula korang kalo tak kenal. suka die? serius aku memang suka gile dengan lakonan die. lebih-lebih lagi filem action. memang masyuukkk abis. aku start minat dia daripada filem Lara Croft : Tomb Rider tula. sebelum tu pun die dah banyak berlakon cuma aku lebih mencintai die start dari filem tula. wahhh, main cintan ko ek.





Pastu kuar plak iklan pasal filem terbaru die ni. Salt. garam. aku tak pastila same ade die cite pasal garam or minah tu suka makan garam or diorang bergaduh rebutkan garam. haihhh tahla. aku tak bace pun lagi sinopsis die. saje nak buat saspen. filem ni dah pun ditayangkan di pawagam pada 23 Julai 2010 di seluruh negara. eeiii tak sabarnya aku nak tengok. 





Last aku tengok filem lakonan die, Wanted. tengok kat Kluang (kalo tak salah) dengan incek hubby. memang berbaloi-baloi. aku suka betul dengan ekspresi muka dia yang ala-ala slamber tu. seksi dan misteri. aku rase die memang sesuai la dengan cite-cite action berbanding cite jiwang. tahla ek. tu pada pandangan aku la.





Aku penah gak tengok lakonan die dalam Changeling. kisah mengenai sorang ibu yang kehilangan anak lelaki. dan ditemukan dengan budak lelaki yang salah. budak lelaki tu plak didesak oleh pihak polis untuk mengaku si Angelina tu mak die. memang best cite tu. die ber-latar-belakang-kan zaman 50, 60-an. jarang tengok Angie pegang watak camtu. filem yang penuh dengan emosi. sedih, geram, marah, kecewa. dan setakat yang aku telah tengok, lakonan Angie tak pernah mengecewakan. 





* 10 bintang untuk Angelina Jolie!!!   



~ Penangan sedut- menyedut ~

Hai. morning.





Macam biasela weekend aku memang tak ber-belog-ging. memang spent time dengan incek hubby 100%. melampau ko. orang lain pun ade laki gak. huhu. tapi serius memang aku malas bonar nak bukak laptop time cuti. aku suke ngadap TV sambil ngade-ngade dengan incek hubby. so korang dah tau la kan waktu belog-logging aku start hari Isnin sampai Jumaat. 





Oh. hari ni aku puasa ye. jadi tak leh la nak cakap bukan-bukan pastu nak ngumpat. kalo saya terrrr-ngumpat, sila cubit peha saya kuat-kuat ye. huiihhh sakit tu.





Semalam aku ngan incek hubby memang bermati-matian (nasib baik tak mati) mengemas umah. sedut sawang segala bagai. oh, nak bagitau satu secret ni. jangan bagitau sesape tau. semalam kan, kitorang bangun tido kul 9 lebih!!! ssyyyytttt. malu gue. puncanya kitorang tido kul 3 lebih malam tu. tahla asik duk melayan TV je. pastu borak-borak. kitorang kalo weekend memang suke tido lewat. cume semalam tah cemane leh terlajak sampai siang buta. haihhh teruk betul perangai. 





Bangun-bangun je terkejut tengok jam dah kul 9 lebih. terus kemas-kemas sume pastu incek hubby mulakan operasi membersihkan dapur. memang kitorang dah plan nak kemas umah secara besar-besaran weekend ni sebab next weekend my family from Kluang akan datang. ohh, time diorang datang baru ko nak kemas ye. maunya tak kan, dahla makcik pakcik aku pun join skali. yang jenis mulut laser pun ade. so kene la prepare awal-awal sebelum ko di-laser-kan oleh beliau. ohhh, tak sanggup kami!!





Ok, set. incek hubby kemas dapur dan keempat-empat buah toilet. ye, 4 ye. 2 toilet, 2 bathroom. aku lak sedut sawang kat bilik tido, ruang tamu, pastu mop sume. serius memang kitorang lepak habis time tu. tapi!!! nak tau kitorang setel kul bape?? heheh. kul 1 tengahari gitu. cepat tak? heh. kalo dah bagi-bagi keje, memang cepat je siap. tapi memang ko patah pinggangla pastu. plan asalnya nak ke jemputan kawin anak Pengetua skola incek hubby, terus cancel sebab incek hubby dah lepak gila. kalo dekat ok gakla, ni kat Jerantut. dahla jalan macam ular kene palu. 





Bila dah kemas-kemas camtu dah tentu-tentula aku tak masak kan. hehe. biasenye weekend aku akan masak. tapi minggu tu dapat pengecualian la. masak kat kedai je. pas makan, masing-masing terbaring. incek hubby layan game. aku lak nak tido tapi badan penat sangat. dah petang camtu baru la terlelap. cisss. 





Korang pelik ke tengok kitorang lepak bonar? yela, name pun duk umah 2 tingkat. kalo setingkat, sejam je dah setel. nilah sebab nape aku tak sukeeee sangat umah 2 tingkat. menyusahkan. dan paling best, buat aku jadi malas. sume benda kalo leh nak letak kat bawah. tu yang hall umah aku agak bersepah. abis nak buat camno, umah tu je yang ade. umah lain sume full. tapi takpe, umah baru kang setingkat je. insyaallah kalo takde aral, taun 2012 nanti berpindahla kitorang ke umah sendiri.





Bila tengok umah dah licin bersih, rase best je. lagi-lagi bahagian dapur. otomatik aku jadi malas nak masak sebab taknak kotorkan. haha. ciss ape punye alasan la tu. sebelum ni kotor bukan sebab ape. tapi sebab cik cicak yang banyak no kat umah aku. baru je cuci, dah penuh balik dengan sisa buangan menatang tu. padahal incek hubby puas dah sembur ubat tak bagi masuk umah. tapi, die masukkkk gak. haihh nak buat camne kan. makhluk Tuhan gak. 





Hari ni pegi keje pun masih sengal-sengal lagi badan. tangan kanan paling lenguh. malam tadi macam dah ade niat jahat taknak pegi keje hari ni. tapi nasib baik niat baik aku lagi kuat dari niat jahat. haha. maka sekarang aku di tempat keje, bukan di atas katil. 





* Ni kemas umah untuk raye skali la ni. ;P 



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat