Monday, July 26, 2010

~ Penangan sedut- menyedut ~

Hai. morning.





Macam biasela weekend aku memang tak ber-belog-ging. memang spent time dengan incek hubby 100%. melampau ko. orang lain pun ade laki gak. huhu. tapi serius memang aku malas bonar nak bukak laptop time cuti. aku suke ngadap TV sambil ngade-ngade dengan incek hubby. so korang dah tau la kan waktu belog-logging aku start hari Isnin sampai Jumaat. 





Oh. hari ni aku puasa ye. jadi tak leh la nak cakap bukan-bukan pastu nak ngumpat. kalo saya terrrr-ngumpat, sila cubit peha saya kuat-kuat ye. huiihhh sakit tu.





Semalam aku ngan incek hubby memang bermati-matian (nasib baik tak mati) mengemas umah. sedut sawang segala bagai. oh, nak bagitau satu secret ni. jangan bagitau sesape tau. semalam kan, kitorang bangun tido kul 9 lebih!!! ssyyyytttt. malu gue. puncanya kitorang tido kul 3 lebih malam tu. tahla asik duk melayan TV je. pastu borak-borak. kitorang kalo weekend memang suke tido lewat. cume semalam tah cemane leh terlajak sampai siang buta. haihhh teruk betul perangai. 





Bangun-bangun je terkejut tengok jam dah kul 9 lebih. terus kemas-kemas sume pastu incek hubby mulakan operasi membersihkan dapur. memang kitorang dah plan nak kemas umah secara besar-besaran weekend ni sebab next weekend my family from Kluang akan datang. ohh, time diorang datang baru ko nak kemas ye. maunya tak kan, dahla makcik pakcik aku pun join skali. yang jenis mulut laser pun ade. so kene la prepare awal-awal sebelum ko di-laser-kan oleh beliau. ohhh, tak sanggup kami!!





Ok, set. incek hubby kemas dapur dan keempat-empat buah toilet. ye, 4 ye. 2 toilet, 2 bathroom. aku lak sedut sawang kat bilik tido, ruang tamu, pastu mop sume. serius memang kitorang lepak habis time tu. tapi!!! nak tau kitorang setel kul bape?? heheh. kul 1 tengahari gitu. cepat tak? heh. kalo dah bagi-bagi keje, memang cepat je siap. tapi memang ko patah pinggangla pastu. plan asalnya nak ke jemputan kawin anak Pengetua skola incek hubby, terus cancel sebab incek hubby dah lepak gila. kalo dekat ok gakla, ni kat Jerantut. dahla jalan macam ular kene palu. 





Bila dah kemas-kemas camtu dah tentu-tentula aku tak masak kan. hehe. biasenye weekend aku akan masak. tapi minggu tu dapat pengecualian la. masak kat kedai je. pas makan, masing-masing terbaring. incek hubby layan game. aku lak nak tido tapi badan penat sangat. dah petang camtu baru la terlelap. cisss. 





Korang pelik ke tengok kitorang lepak bonar? yela, name pun duk umah 2 tingkat. kalo setingkat, sejam je dah setel. nilah sebab nape aku tak sukeeee sangat umah 2 tingkat. menyusahkan. dan paling best, buat aku jadi malas. sume benda kalo leh nak letak kat bawah. tu yang hall umah aku agak bersepah. abis nak buat camno, umah tu je yang ade. umah lain sume full. tapi takpe, umah baru kang setingkat je. insyaallah kalo takde aral, taun 2012 nanti berpindahla kitorang ke umah sendiri.





Bila tengok umah dah licin bersih, rase best je. lagi-lagi bahagian dapur. otomatik aku jadi malas nak masak sebab taknak kotorkan. haha. ciss ape punye alasan la tu. sebelum ni kotor bukan sebab ape. tapi sebab cik cicak yang banyak no kat umah aku. baru je cuci, dah penuh balik dengan sisa buangan menatang tu. padahal incek hubby puas dah sembur ubat tak bagi masuk umah. tapi, die masukkkk gak. haihh nak buat camne kan. makhluk Tuhan gak. 





Hari ni pegi keje pun masih sengal-sengal lagi badan. tangan kanan paling lenguh. malam tadi macam dah ade niat jahat taknak pegi keje hari ni. tapi nasib baik niat baik aku lagi kuat dari niat jahat. haha. maka sekarang aku di tempat keje, bukan di atas katil. 





* Ni kemas umah untuk raye skali la ni. ;P 



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat