Monday, July 19, 2010

~ Sedut-menyedut ~

Hai...




Malam semalam akak aku sms bagitau maybe 30 Julai nanti (hari Jumaat), family aku (mak, ayah, akak, adik, abang mie, apip) nak datang ke Lipis. nak jenguk pakcik aku yang ari tu operate tulang belakang tu. dah sihat pun.




Aku tanya sape lagi yang datang? naik ape? akak aku balas maybe pakcik ngan makcik aku yang lain akan datang skali. aku dah terbayang macam ramai je. diorang dah pakat nak naik tren. senang dan tak penat. sampai Lipis, taula aku datang amik.




Aku memang suka kalo family aku dari Kluang tu datang umah aku kat Lipis ni. lagi-lagi bila dah lame tak balik. bukan sengaja taknak balik ye. name pun keje. kene tunggu cuti panjang la baru leh balik. ape? ingat aku cop duit ke?




Tambah-tambah lagi umah yang sekarang aku sewa ni besar dan luas. jadi selesa la kalo ramai pun. tak macam rumah sewa lama dulu. sewa kemainla lebih mahal dari umah sekarang ni. tapi dalam kecik. hall muat-muat 1 family aku je. tu pun bile baring terus berlaga bontot. kekeke.




Yang buat aku tersengih bila dapat last sms dari akak aku. bunyinya ade macam kureng asam sikit.


"Mak suruh kemas rumah bersih-bersih. hiasan-hiasan sawang tu sila ganti dengan hiasan lain"


Tak ke cisss tu? lawa ape ade hiasan sawang camtu. umah korang ade? takde kan. bukan senang nak ade hiasan camtu. mau makan setaun dua nak jadi. hahaha.




Buruk betul perangai ko kan. yela, yela. ujung minggu ni memang aku ngan incek hubby akan gotong-royong bersihkan umah aku tu. korang jangan terkejut la kalo dari jauh mata korang dah silau tengok umah aku. belum masuk lagi tu. memang dah lame gak kitorang tak buat pembersihan secara besar-besaran. takat sapu-sapu tu biasela. tapi aku pasan cepat no sawang naik kat umah aku. banyak labah-labah kot. (cakap jela ko tu memang malas!).




 Dah banyak kali gak aku bebel kat tinge incek hubby suh sedut sawang-sawang tu dengan vacum. beli vacum taknak yang murah. last-last aku tengok jadi perhiasan je. tapi asik nanti, nanti je. tah bile tah nak disedutnya. aku ni mujurla tak berapa tinggi. kalo tak memang aku dah sedut dah. (alasan baik punye).




So, weekend ni aku dah list siap-siap ape keje yang perlu aku ngan incek hubby buat. antaranya,


Incek hubby:
1. vacum sawang.
2. cuci toilet.
3. mop lantai dapur.
4. mop bilik tetamu.


Aku :
1. sapu sampah.
2. pantau incek hubby.
3. tengok TV jap.
4. masak (kalo malas, beli je).
5. sapu lagi.
6. errr makan.




Ok, setakat ni aku rase tu je yang patut dibuat. sape yang paling banyak? aku kan. biasela. memang slalu aku yang paling banyak buat keje. tu yang bersih licin suci murni umah aku. biasenye time ade orang nak datang la. kalo tak, haraaammmm.




Harap-harap diorang jadila datang nanti. kang aku dah excited terlebih, siap umah dah wangi-wangi gitu, diorang tak datang lak. huh. penat tau. (nampak no tak ikhlas kan). hehe. memain je. datang ye. jangan tak datang.




* Lagi 2 minggu. lame lagi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat