Hai again...
Aku nak membebel lagi ni. pasal hal semalam. kalo korang nak tau aku ni bukanla wife yang jenis kuat bebel. aku sound skali jek. kalo tak dengar gak aku buat mogok. tu je cara aku. tapi bila dalam belog ni memang aku kuat bebel. nasibla belog ni tak leh kuar sound ek. kalo tak mau berdesing tinge korang. hahaha.
Aku ni nak bebelkan si incek hubby. sumenye berpunca daripada bola. ye, ko cik bola. disebabkan ko la laki aku tu dah takde benda lain nak buat selain dari main game bola, tengok orang main bola. itula aktiviti tetap die start balik keje sampai la nak tido. dengan baik punye landing atas kusi malas yang die baru beli dari bai Pakistan, dengan tak pakai baju, dah macam mamat lombok dah aku tengok.
Sebelum ni die dah stop dah main game tu. aku dah lega la sebab dapat layan TV. tapi 2,3 hari lepas die mulakan balik hobi yang tak mendatangkan hasil tu. hari pertama, aku diam. hari kedua, aku senyap lagi. tapi semalam, aku dah bunyikan hon. die angkat tangan sikit je. pastu sambung main balik. huhhh.
Malam tu pas Maghrib aku ajak incek hubby bawak aku pegi bank. nak kuar duit. tu pun kemainla lambatnye siap. pakai baju sambil tangan raba controller. bengang btul gua. bila aku dah cekak pinggang kat depan pintu baru kelam kabut cari kunci kete segala bagai. pastu bawak kete kemain la macam pelesit. bila aku tanya, "nape ni bawak kete laju sangat ni?". nak tau die jawab ape? ni ha, "tak leh lambat ni. abang ade training. ade team Italy baru beli abang tadi." pelepappp!!! hamik sedas tamparan wanita hinggap kat belakang badan. punyela gile main game sampai die buat benda tu dah macam betul.
Pastu kalo time main tu mulut senyap takpe gak. ni tak. dimakinya kawan-kawan dalam team tu sebab tak passing bola ke dia. puas aku cakap, "abang, diorang tu kan komputer je. bukan orang betul. mane die ade otak." ahhh takdenye die dengar cakap aku. macam die sorang je main bagus. padahal time die buat fault tau plak tersengih-sengih macam kerang busuk. haihhh abang, abang.
Tu pasal game. belum lagi masuk bab World Cup ni. nasib baikla dah nak abis. yang last-last ni sume main kul 2.30 pagi. ingatkan malam tu lehla tengok TV. takdenye. kan aku cakap die layan game sampai nak membuta. aku lak layan baca magazine. pas 1, 1 aku baca. sampai dah tak tau nak baca ape lagi. leh plak incek hubby suh aku layan FB. sebab takut aku boring katanya. geraaaaammmm je aku dengar.
Pastu awal pagi tadi macam biase la die bangun kul 2.30 pagi nak tengok Germany vs Spain. eh, lupa nak bagitau sekarang ni kitorang memang suka tido kat ruang tamu. sebab dalam bilik panas. memang tiap malam keje aku meng-hangkut tilam, bantal segala bagai ke bawah. pastu pagi aku hangkut balik naik atas. so kalo incek hubby bangun pepagi buta tu aku pun akan tersedar gakla. tapi aku tak bangun pun. tak kuasa aku. dahla pagi kul 6 dah kene bangun pegi keje. aku tersedar pun sebab terasa ade orang kuis-kuis selimut aku. tapi slow je. skali incek hubby nak share selimutla. tau sejuk ek.
Incek hubby ni style time mula-mula tido memang die taknak selimut. tengah tido kang la die duk menarik-narik selimut aku nak share. pas dah kena marah beberapa kali sebab asik mengejut aku nak selimut, tu yang malam tadi slow je die kuis nak bukak. takut aku terjaga. kihkihkih. nak tergelak gak kekadang. aku bukan ape. aku ni kalo dah terjaga tengah malam susah nak tido balik. mase awal-awal kawin dulu incek hubby tak tau lagi. pas tengok bola tengah malam tu leh plak die kejut aku semata-mata nak bagitau team mane yang menang. tak ke boleh mendatangkan marah tu?
Tapi tulah kan. sedegil mane pun dia, sejengkel mane pun dia, kenapa aku masih tangkap cintan sama itu orang ek? pelik.
* Geram tapi tiap hari tak sabo nak balik nak tengok muka itu orang. ;P
No comments:
Post a Comment