Hai, pagi kamu kamu sekalian alam...
Aku baru abis mengajar kelas intervensi jap tadi. memang rutin tiap hari Jumaat pagi akan terdengarla suara aku duk terjerit-jerit mengajar budak mengeja. aku ajar budak mengeja? macam pelik tak?
Oh, bagi yang tak tau tu, aku ditakdirkan menjadi kaunselor dan tak mengajar. tapi awal tahun ni aku kena membantu cikgu B. Melayu untuk ajar pelajar-pelajar yang masih ade masalah untuk mengeja. aku nak tekankan kat sini yang aku mengajar di SEKOLAH MENENGAH. ye, bukan sekolah rendah. jangan terkejutla kalo aku cakap sekolah menengah pun masih ade lagi yang duk merangkak-rangkak nak mengeja.
Tapi kes aku ni sume budak asli. so no wonder la diorang tak berapa reti mengeja kan. tapi ade gak yang bagus. baru ajar beberapa kali dah leh tangkap. nampakla perkembangannya. tapi ade gak beberapa ketul yang alahaii malas aku nak cakap. suh eja IBU jadi ABU. baik-baik aku ni lemah lembut terus jadi macam singa lapo. hahaha.
Alhamdulillah dah pertengahan tahun ni makin baik perkembangannya. pelajar yang tak reti mengeja pun dah makin berkurang. bermakna makin kurangla beban cikgu-cikgu diorang nanti. ehh tapi ade gak tau pelajar form 5 yang tak lancar lagi membaca. tersekat-sekat. aku tak taula ape punca diorang jadi camni. langsung tak membaca agaknya. kalo dah susah nak mengeja, korang bayangkan la camne nak menjawab esei mase exam nanti. soalan objektif lehla ko tonyoh-tonyoh kertas OMR tu. tapi karangan ko nak tonyoh ape? baik tonyoh kepala sendiri.
Aku pun kekadang sian tengok cikgu-cikgi yang dah habis cara nak bantu pelajar-pelajar ni. yela, kalo result teruk, cikgu gak yang kene menjawab. budak buat deekkkk je. die peduli ape kan. langsung takde rasa kesian dan tanggungjawab atas ape yang diorang dah buat. aku yakin sume cikgu dalam dunia ni ada matlamat yang sama. nak didik pelajar. tapi kalo pelajar tu sendiri taknak bantu diri dia, kita tolong pun tak guna.
Itula ragam dalam dunia pendidikan sekarang ni. bagi orang luar yang tak pernah alami sendiri camne peritnya jadi cikgu, aku cabar dudukla seminggu kat sekolah. berdepanla dengan pelajar-pelajar yang lebih hebat daripada cikgu-cikgunya. jangan cuma tau nak tuding jari, saman, salahkan cikgu disebabkan anak sendiri yang tak makan dek ajar. tapi tak sume yang macam tu. ade gak yang prihatin dan faham tugas guru kat sekolah adalah untuk mendidik dan membimbing pelajar untuk jadi orang berguna. jadi bila di sekolah, anak-anak itu berada di bawah tanggungjawab cikgu. percayalah pada kami.
Cikgu bukan macam doktor yang hari ni bagi ubat, esok dah baik. cikgu merawat emosi, rohani, sahsiah dan fizikal pelajar untuk jadi baik. emosi dan rohani yang tak nampak dek mata kasar. yang tak boleh di-scan dalam MRI. yang tak boleh dicucuk dengan jarum. semuanya perlukan pendekatan psikologi dan intelektual. rotan sendiri pun tak mampu untuk ubah sikap seseorang itu.
Tapi, walaupun kerjaya yang aku sandang sekarang tersangatlah mencabar, aku tetap bersyukur memegang tanggungjawab yang mulia ni. harap-harap aku dapat jalankan amanah yang diberi dengan sebaik-baiknya selagi hayat dikandung badan.
* Marah tanda sayang.
No comments:
Post a Comment