Friday, July 30, 2010

~ Bila pembanci suruh kita banci diri sendiri ~



Hai all.





* Lebih kurang camnila muka depan borangnya.




Korang dah dibanci? dah? belum? kalo yang dah tu, tahniahla. bagi yang belum, korang tunggu jela kedatangan pembanci ke umah korang ye. jangan dihalau pulak. sian diorang.





Aku ni siang-siang mane la ade kat umah kan. lagi-lagi hari bekerja. ade pun belah petang jela. jadi maybe pembanci ni dah bape kali datang umah aku tapi aku takde. maka die pun dengan bijaknya telah meletakkan borang bancian yang agak tebal gak dalam mailbox umah aku. mula-mula dapat aku macam tercengang gakla nak buat ape dengan benda tu. yela, dahla takde tulis notis ape-ape kan.




Nasib baiklah dapat ke aku yang bijaksana ni. dibuatnya dapat ke umah makcik pakcik yang tak reti nak baca, tak ke borang tu nanti die buat bungkus nasi lemak. salah sape? 





Banyak gakla maklumat yang diorang nak. dari ke nama sampaila ke jenis umah. aikkk sampai aku duk umah papan ke batu ke pun korang amik tau ek. memang detail abisla diorang tanye. aku ni yang tersangatlah lurus tahap bendul siap memikir-mikir lagi mase tulis. macam nak jawab exam. bile incek hubby tegur takyah beria sangat menjawab baru aku rilek skit. hehehe. biasela, aku memang suke isi borang. ;D





Seingat aku borang tu dihantar hampir sebulan yang lepas. so pas dah siap isi borang yang lebih kurang 10 helai tu, aku pun suh incek hubby letak balik dalam mailbox. mane la tau sok pagi die nak datang kutip. 





Sok petang balik keje, jenguk mailbox, aikkk ade lagi. ohhh, maybe diorang cuti kot hari ni. biar jela. esoknya, ade lagi. lusanya, pun same gak. saaaaaampai la ke hari ni. borang tu berhujan berpanas duk dalam mailbox. diorang ni dah abis membanci ke? setau aku sampai bulan Ogos. aku nak bagi pada sape pun tak tau. 




Lame-lame naik geram plak. kalo tak bagi kerjasama kang kata kita ni sombong. tapi bila kita ok, diorang plak buat keje sambil lewa. aku yakin memang diorang takkan datang kutip borang tu. orang dah amanahkan keje kat ko, buatla elok-elok. ni tak pasal-pasal aku ngan incek hubby jadi mangsa. yela, maklumat kitorang tak dikire la nanti kan. uhuk.




Aku ade gak tanye-tanye jiran sebelah umah yang memang 24 jam kat umah. die cakap pembanci tu pompuan. sehari tu je die datang. pastu takde nampak muka lagi. setau aku, kat lorong umah aku tu, ramai yang laki bini keje. bila siang mesti diorang takde kat umah. mesti diorang pun senasib dengan aku sekarang.




Jadi, kalo akak pembanci tu terbaca entri saya ni, saya ingin pesan, jemputlah datang ke rumah saya. oh, takde ape-ape jamuan ye. tapi silalah kutip balik borang bancian yang telah dibanci oleh diri saya sendiri. segala kesulitan di kemudian hari, saya takkan bertanggungjawab. sekian, terima kasih.




* Saya yang menjalankan tugas. ;)



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat