Hai, morning kawan-kawanku...
Pagi ni lemah je aku bangun pagi. padahal selalu kalo hari Jumaat je bersemangat aku bangun pegi keje. tapi hari ni rase macam tak cukup tido plak. sepanjang drive pun macam mamai gitu. nasib tak ke semak. isshhh nauzubillah.
Emm jap lagi dalam kul 10.30 camtu ade majlis Sambutan Israk Mikraj. ade penceramah luar datang. so sementara ade mase ni aku nak borak-borak japla. borak sorang-sorang. apakah?
Aku nak tanya sikit. sebelum tu make sure korang penah atau ada boyfriend, laki or whatever. kalo takde jangan baca kay. korang penah tak alami keadaan di mana korang naaaakkkk sangat tegur something yang korang tak suka dengan pasangan korang tu, tapi takut die kecik hati. penah kan? penah kan? tipu kalo tak penah.
Ok, maybe ade la yang tak penah kot. sebab masing-masing jenis mulut lepas. dan pasangan lak tak kisah ditegur. kalo camtu takpela kan. korang leh stop baca sampai sini. tapi yang sekarang ni tengah suffer sebab tak dapat nak luahkan perasaan sebenar korang, boleh teruskan baca.
Sambung balik. mengikut pengalaman aku la kan. tahap ke-tidak-hipokrit-an (wujud ke perkataan ni?) seseorang itu kekadang bergantung pada pasangan masing-masing. contohnya kalo awek/pakwe or bini/laki si polan ni sensitip la sangat orangnya. tak leh tegur sikit. mampus la periuk belangan melayang. pastu terpaksa puasa sebulan sebab takde pinggan nak makan. padan muka.
Kalo dapat pasangan yang camni memang agak naya la. sebabnya, pasangan lagi satu akan sentiasa rasa tertekan dan pendam perasaan. yela, nak luah mati mak, nak telan mati bapak. ko kemam jela. bila dah jadi camtu, perhubungan yang sepatutnya harmoni mulala jadi haru biru. kiranya omputih kata communication failed lah.
Jadi agak-agak korang camne nak cara nak atasi problem camni. bagi aku senang je. sebab aku penah buat, dan berjaya. maybe bergantung pada orang gak kot. kalo dah memang keras hati mengalahkan batu, ko bagi air Yassin pun belum tentu hilang marah die. cara aku senang je. aku cari dulu kelemahan pasangan. tengok apa yang biasanya boleh mencairkan hati die bila tengah marah. bila dah tau, boleh gunakan benda tu sebagai senjata.
Pastu sebelum nak tegur tu, make sure keadaan pasangan time tu tengah rilek, tak berserabut. contohnya macam tengah tengok tv ke, tengak bergelak ketawa ke. janganla ko main terjah mase die baru je jejak kaki dalam umah pas balik keje. mau kene terajang kat situ gak. nak ke?
Pastu sebelum korang luahkan perasaan tak puas hati tu, korang manje-manje la dulu dengan pasangan. buatkan die air, picit-picit sikit. pastu mase korang picit-picit tu, korang luahkanla. tapi dengan nada yang lembut. elakkan guna perkataan "JANGAN". tapi ubah kepada "KAN LEBIH BAIK KALAU...". kalo pas korang tegur tu, mood pasangan terus berubah, korang jangan give-up plak. korang teruskan berlembut. kalo pasangan mula naikkan suara, korang jangan naik suara sama. korang cakap slow je. aku yakin suara diorang pun akan ikut slow. kalo same-same suara tinggi, memang takde hasil la.
Masa korang luahkan tu, pandang betul-betul ke muka pasangan. tunjukkan yang memang korang ikhlas dan nak sangat pasangan berubah. bila pasangan tengok muka korang yang macam ayam nak kene sembelih tu, mesti die tak sampai hati nak marah. tapi jangan pura-pura ye. sebab kalo korang pura-pura buat sedih, keikhlasan tu tak nampak. silap-silap korang tak leh langsung pandang mata pasangan.
Memang wujud manusia yang jenis tak sedar diri. maksud aku tak sedar diri kat sini, die tak sedar yang die tu dah buat salah. bila ditegur, masih gak nak mengaku diri tu betul. kire ego melangit la. langsung taknak mengaku salah. pastu boleh plak nak cover malu, die salahkan balik pasangan tu. cakap pasangan tula punca die jadi camtu (macam pengalaman sendiri je). ade ke patut?
Kesian kalo kena pada pasangan yang jenis lembut hati. macam lembu dicucuk hidung. ikut je cakap pasangan lagi satu. nak tegur, takut. tak tegur, jiwa tertekan. lastly sape yang susah? bukan mereka dan keluarga mereka ye. tapi kamu sendiri la. duk makan hati 24 jam.
Jadi, kepada pasangan-pasangan di luar sana tu, belajarlah untuk terima kesalahan diri sendiri. sume manusia tak lari dari melakukan kesilapan. memang kadang-kadang kebenaran tu pahit nak ditelan. tapi bukan ke kebenaran tu boleh jadikan kita lebih baik dari hari semalam. ye, mungkin korang akan rasa sakit, tapi ianya akan hilang ditelan masa. belajar untuk aplikasikan 'give and take' itu. jangan cuma pandai bercakap.
Bagi kamu kamu yang dapat pasangan yang bertolak-ansur, caring and sharing tu tahniah la. korang memang patut bersyukur. hargai mereka sementara masih ada. teruskan bersikap jujur dan tak hipokrit. jadikan ianya asas dalam perhubungan kamu.
* Aku bersyukurrrr....
No comments:
Post a Comment