Hai kamu kamu...
Hari ni mood ok. cuma kepala agak pening-pening lalat macam nak migrain. sebab kat luar panas terik sangat kot. so duk berkurung dalam ofis jela aku hari ni.
*kredit to Google |
Meh nak share cite skit pasal kad kredit. korang korang sume mesti ramai yang pakai kad kredit kan. bukan 1, bukan 2. tapi 4 terus. yela zaman sekarang ni memang orang dah tak pakai cash-cash ni. sume main zappp je. bawak cash banyak-banyak kang kene rompak naya je.
Aku pakai kad kredit tak? tak pun. sebelum ni memang banyakla bank-bank yang offer kad kredit ni. yela bank memang suke bagi orang duit. pinjamla. time offer kemainla cakap sume manis. cite yang baik-baik je. langsung takde cite pasal risiko ke hape ke. bile sampai mase lambat bayar contohnye, mule la asik call 24 jam pastu bising-bising suh bayo. mule la kuar segala macam risiko yang kita kene tanggung. dah macam ALONG aku tengok. cuma orang bank ni takdela sampai simbah kete dengan cat. hehe.
Pastu yang buat aku bengkek sangat, bila diorang offer pastu kite taknak kan, diorang leh cakap yang kite ni ketinggalan zaman. heiii abis ko tu dah kedepan zaman sangat ke sampai hutang bertimbun-timbun? saje je kan buat orang hangin. ko kalo nak jual kad kredit ko tu cakapla elok-elok. ni baru kene psiko skit dah melenting tak tentu hala. aku kalo dah kene camtu memang aku menyumpah balikla. aku balas je, "ye, memang saya ketinggalan zaman. tapi hidup saya bebas hutang. duit berkepul-kepul dalam bank." haaa tersengih-sengih macam kerang busuk ko.
Pastu kekadang diorang ni macam memaksa kita suh amik kad kredit tu kan. kalo boleh nak tarik-tarik tangan kita ni suh duduk dengar explaination dia. aku ni dulu mudah gakla kesian bila orang jual-jual barang ni. tapi pas dah di-brain-wash-kan oleh incek hubby, sekarang ni ko jangan berani-berani la nak tahan-tahan aku tengah jalan. memang aku lanyak je kaki ko. haha. ganas tul aku. yela aku malas nak dengar diorang bebel jual itula inila. kang bila dah dengar nak lari susah plak kan. so baik ko lari awal-awal. hahaha.
Aku taula kekadang kad kredit ni ade gak bagusnye. tapi bagusnye untuk orang yang berdisiplin bayo tiap bulanla. tu pun selagi ko tak bayo abis selagi tu la interest mencanak-canak tiap bulan.
Semalam aku ade baca 1 artikel dalam majalah Mastika bulan Julai pasal kad kredit ni. penulis tu orang cina. die cite pasal kawan die la. kawan die gelakkan die sebab cuma ade 1 kad kredit je. kawan dia tu cakap ade cara yang betul nak gunakan kad kredit semaksimum mungkin tanpa kuar duit kita sesen pun. mula-mula baca aku dah rasa tertarik. ape la caranya tu kan. pastu kawan die cakap mula-mula dia cuma amik 1 kad kredit je. die akan gunakan dengan jumlah yang maksimum. pastu dia buka kad kredit kedua. dengan kad kredit kedua tu dia akan bayar hutang dalam kad kredit pertama. camtula seterusnya. kiranya macam gali lubang tutup lubang la. kawan penulis tu cakap dia tak penah bayar kad kredit dengan duit dia sendiri. sume dengan duit orang lain. sampai la sekarang ni dia mampu hidup mewah dengan aset kondominium, banglo, etc.
Aku suh incek hubby baca artikel tu. die pun termenung jap fikirkan camne leh buat camtu. sedangkan kad kredit akan ade limit tertentu. kalo hutang kad kredit pertama dah RM5000, kad kredit kedua belum tentu leh dapat limit lebih dari tu. so kad kredit kedua tu abis buat bayo hutang kad kredit pertama jela. haihh korang paham ke ape aku cakap ni? aku pun dah mula pening. kalo yang paham tu bagusla ek. so lastly incek hubby buat kesimpulan yang maybe kawan penulis tu ade buat bisnes lain.tak pun die saje je buat cite tipu nak menyedapkan cite. manela tau kan. tapi tak dinafikan la kaum cina ni otak bijak dalam gunakan duit. tu yang kalo korang tengok kiri kanan korang sume kedai diorang je. kedai kaum kita seciput nun kat tepi tu je. padahal negara kita ni majoriti orang Melayu. no komen la ek. ;P
So, bagi aku, aku tetap takkan gunakan kad kredit sampai bila-bila. sukatila korang nak cakap aku kolot ke hape. yang penting aku taknak menanggung hutang camtu. biarla aku buat loan bank daripada guna kad kredit. yang memang pengumpul kad kredit sejati, itu hak masing-masing. tau guna, taula nak bayo. jangan sampai nanti jadi muflis sebab hutang melebihi aset. kalo rase dah takde duit tapi nak gak bershopping, fikirla semasak-masaknya. memang korang hepi sebab dapat shopping tapi aku yakin ke-hepi-an korang tu tak lama. time bayo hutang nanti korang tengokla muka masing-masing. hehe.
* Maap le kalo ade orang bank bace entri aku ni. ni pandangan peribadi aku ye. takde kaitan dengan mane-mane pihak. (tau ko takut ek). kekeke.
No comments:
Post a Comment