Thursday, October 28, 2010

~ Mintak maaf banyak-banyak ~



Salam sume.



Sorila aku rasa kebelakangan ni kurang sangat entri aku kan. bukan malas, bukan buat-buat busy. tapi serius memang ke-busy-an ini hampir-hampir buat aku terfikir nak terjun bangunan. Astaghfirullah. takdela sampai camtu. cuma rasa macam nak benti keje je.


Tapi kalo benti keje kang nak makan ape? nak shopping lagik. so, nak taknak kena gak teruskan keje. ok, stop. jangan merepek tak tentu hala dalam belog yang suci ini. suci ke?



Aku sekarang sedang menaip dalam keadaan jari telunjuk tangan kanan yang sakit. puncanya, tadi duk menaip guna typewriter yang jenis lama tu. sebijik-sebijik aku tekan. 2,3 kali gak jari halus aku ni tersepit celah biji-biji huruf tu. sakit wooo. tapi demi menyiapkan Laporan Penilaian Prestasi aku, ku gagahi juga. uhuk!


Ada lebih kurang 2 minggu lebih lagi sebelum mula cuti sekolah. bermakna, aku cuma ada 2 minggu lebih gak untuk setelkan sume benda. waaaaa otomen, tolong! kan best kalo aku ada kuasa tangan boleh gerak pantas. 5 minit siap. pastu takyah pening-pening nak fikir camne nak buat satu-satu benda tu. terdetik je, terus jadi. wahhh gitu. dah! jangan berangan!



Esok tak pegi sekolah lagi. eh, sesuka hati je cakap aku ponteng ek. aku ade program kat sekolah lainla. kena jadi fasilitator. ni program peringkat daerah. masa tengah tahun taknak lak buat. dah hujung-hujung ni baru la mula macam-macam program. dengan keje kat sekolah ni pun tak setel-setel lagi, nak kena handle program luar plak. haihhhh. tak baik mengeluh. baik!


Ingat hari Sabtu tu bolehla bermalas-malasan kat umah. sekali kena sekolah ganti la plak. sumenye gara-gara nak bercuti lama time Raya Haji nanti. kiranya sekolah aku nanti cuti sekolah awal la. ikutkan 20hb 11 baru cuti. tapi Raya haji kan 17hb 11. so terus cuti sampai taun depan. syok? tak gak. name je cuti. silap-silap boss asik call suh datang sekolah ade meeting. kena standby jela.



Sape cakap jadi cikgu ni senang? sape cakap? cuba try test jadi cikgu dalam sebulan. nak tengok korang korang siuman lagi ke tak. hahaha. gurau je kay. biasela setiap bidang ade cabarannya. bagi diri aku sebagai guru, cabaran yang paling utama adalah aset sekolah iaitu pelajar. macam-macam ragam. dan untung bagi aku sebab aku kaunselor. bidang ni buat aku lebih memahami diri sendiri dan orang lain. kira kurang skit je dari ahli nujum. muahahaha.


Cukuplah repekan aku setakat ni. pantang ade masa skit ade je yang nak dibebel. nak buat camne kan. name pun chekgu!




* Stress tapi ada kepuasan. ;)



Wednesday, October 27, 2010

~ Happy Birthday To Me...!! ~






Happy birthday to me...!!



Wahh pejam celik pejam celik dah 16...eh 26 tahun rupenye aku hidup kat dunia ni. uhuk! dah tua. so tak leh nak ngada-ngada lagi ek.



The main point is...nak mintak ape kat incek hubby sempena besday kali ni ek? aci tak kalo mintak gelang kaki emas? dah lama mengidam. 



Kalo Blackberry Torch 9800 camne plak? ade harapan tak? aku rasa memang HARAPAN la die nak bagi. henfon E72 ni pun tak sampai setahun lagi guna. ade hati nak beli baru. baik die beli henfon die sendiri memandangkan henfon die pun dah arwah. uhuk. lagi?



Handbag? dah berkotak. sampai ada yang baru pakai beberapa kali terus masuk stor. jam tangan? dah ada 3 utas. tu pun bergilir pakai. kasut? murah sangat. boleh beli sendiri. bunga? jiwang karat sangat. tak tahan lama. coklat? sehari dah abis. tak bagus untuk kesihatan.



Adoiyai. ape nak mintak ni? ko ni mintak-mintak, kompom dapat ke? muahahaha. tak salah mencuba kan. padahal dalam hati, nangis! 



Emm malasla nak mintak ape-ape. aku cuma berharap sempena pertambahan umur ni, aku diberi kebahagiaan di samping orang-orang yang aku sayang, dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang ramai, diberikan ketenangan dan mendapat semangat baru untuk meneruskan kehidupan. itu dah lebih dari cukup untuk aku. aku taknak apa-apa.



Walaupun hanya ucapan dari mulut, itu dah cukup untuk buat aku tersenyum sepanjang hari. terima kasih sume yang mendoakan. semoga kalian juga dirahmati Allah dunia akhirat. aminnnnn.




* Terharu bila incek hubby kejut pukul 12 tengah malam semata-mata nak wish 'Happy Birthday'. thanks a lot sayang!! 




Wednesday, October 20, 2010

~ Jiran kurang ajar! ~



Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.


"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.


Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"


"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.


Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...


"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan menggunakan pisau..!"


"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.


"Tenang, Bawa bertenang!" teriak hakim dengan keras.


"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang..!" kata hakim.


"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.


Dengan geram Hakim berkata,

"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"


"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, pisau dan parang... dia selalu cakap... tidak ada!"




* Ni jiran kedekut ni.



~ 9 words women use ~



(1) Fine:This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.


(2) Five Minutes:If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.


(3) Nothing:This is the calm before the storm. This means something,and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.


(4) Go Ahead:This is a dare, not permission. Don't Do It!


(5) Loud Sigh:This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)


(6) That's Okay:This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.


(7) Thanks: A woman is thanking you, do not question, or Faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome' ... that will bring on a 'whatever').


(8) Whatever:Is a women's way of saying F**** YOU!


(9) Don't worry about it, I got it:Another dangerous
statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to # 3. 



* Send this to the men you know, to warn them about arguments they can avoid if they remember the terminology.


~ Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan~



Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.



Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…



” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…



Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…



Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”



Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..



* Hantu pun tau basuh baju kan.



~ Apa yang korang akan buat jika berada di situasi ini? ~



Morning!



Hari ni mood happy je. maybe sebab takde ape yang nak di-stress-kan kot. keje pun banyak dah setel. tinggal sikit-sikit je lagi.


Berbalik pada tajuk entri di atas. aku nak tanya sikit ni. apa yang korang akan buat jika berdepan dengan rakan 1 tempat keje yang sebelum ni cukup ramah dengan korang, pastu tetiba mula pandang semacam macamla baju korang koyak. bila terserempak pun buat donno je. 



Agak-agak ape korang akan buat?

a) Buat donno gak seolah-olah korang tak kenal pun sape die.
b) Korang tegur die macam biase buat macam takde ape-ape masalah pun. kalo die buat tak layan, korang sengih jela dengan muka malu kemerah-merahan.
c) Bila terserempak, korang terus tahan die dengan kaki. biar die tergolek-golek jatuh depan korang. tulah sape suruh cari masalah.
d) Korang pegi jumpa die face-to-face dan tanya apa masalah die sebenarnya. manela tau korang penah ter-lenyek anak kucing die ke. tu yang die bengkek sangat dengan korang.
e) Buat lawak bodoh bila berjumpa dengan die. dan bersedia untuk dilempang sekiranya lawak bodoh korang benar-benar bodoh!!



Sebenarnya banyak lagi pilihan jawapan yang lain. tapi aku malas nak fikir. korang jela bagi jawapan ek. lagipun soklan ni bukan ade jawapan yang betul or salah. cuma nak minta opinion dari korang sume bagi pihak kawan.
Sejujurnya, agak-agak ape yang korang akan buat?




* Rambut sama hitam, hati lain-lain.


Tuesday, October 19, 2010

~ Tak sabar nak tunggu hujung minggu ~



Salam sume.



 Alalalaah. rindu ye. sorila mood nak ber-belogging setelah lama tak online ni memang seksa. jenuh duk tunggu bilela cik mood ni nak datang. ni pun aku paksakan diri untuk merepek. aduhai.


Kalo korang dah lupa, dari Jumaat sampai Ahad lepas aku ade program kat UiTM Puncak Alam. jadi guru pengiring untuk student. ingatkan kene mengiring je. rupenye kena jadi fasi sekali. haihh memang membosankan. nasibla pegi naik bas. kalo naik kete dah lama aku pegi shopping kat Sogo. hahah.



Hari Ahad tu gerak dari KL dalam kul 3 lebih. bape kali stop solat, makan sume. sampai Lipis kul 8 lebih. badan toksah cakapla. nak patah pinggang. sebab dari pagi ke malam asik duduk je. dari dalam bas lagi kitorang sesama cikgu ni buat plan tak senonoh. iaitu cari alasan nak ponteng keje esok. muahahaha.


Tapi serius la memang penat wey. sepanjang 3 hari kat UiTM Puncak Alam tu, time kitorang rehat adalah dari jam 1 pagi hingga 6 pagi. selebihnya kat dalam dewan. 2 malam tu memang tido matila kitorang. kalo ade hantu nak kacau pun tak jadi agaknya sebab kitorang tak layan. hahaha. sian cik hantu.



Kawan baik aku, cik Azie, dah mula ber-ura-ura untuk amik MC hari esoknya. aku siap pesan "jangan lupa pegi klinik dengan muka pucat. jangan mekap ape-ape." dengan nada serius. yang si cik Azie pun mengangguk tanda paham. sungguh jahat aku ini. huahuahua.


Yang sorang lagi, kak Hasmina, yang aku tengok dah melepek atas seat bas, pun dah bercadang nak cuti esok. nak amik MC katanya. dia tu lagilah dah berumur. sedangkan kitorang yang muda belia cantik jelita ni pun dah macam nak demam, apetah lagi die yang dah anak 3 tu. apa kaitannya sume ni dila?



Sampai umah, mandi. mase tu trus rasa nak kol Pengetua then mintak cuti esok. berani ke ko? tah. tetiba rasa berani plak. belum cuba belum tau kan. so dengan keadaan masih bekemban (sila jangan bayangkan) dan rambut masih basah kuyup, aku terus dail no fon Pengetua. gile punye nekad.


Bla bla bla bla bla. err ini bukan percakapan sebenar ye. Pengetua kata "OK!" wallaweii gumbira rasa hati. takyah aku nak mereka-reka cite kat doktor esok. letih tau nak buat muka sakit. macam dah biasa buat je. hahahaa.



Bila dah approve cuti tetiba badan terus jadi segar. tah ape-ape tah. eh, korang jangan ingat aku selalu lak amik cuti. taun ni je baru 4 hari aku cuti tau. sedangkan CRK ade 7 hari setahun. kan ke dah cukup baik tu? MC pun adela beberapa hari je. lagipun aku bukannya mengajar. aku Kaunselor sepenuh masa. so takyah nak risau kena tinggal kelas or sebagainya.


Eh, tajuk entri cite pasal lain. tetiba aku mengarut pasal lain plak kan. ohh, hujung minggu ni aku nak balik Kluang! ye, balik jumpa mak ayah aku la! best kan? sebab utama aku nak balik adalah kerana Isnin depan Pahang cuti sempena Hol Pahang. so boleh lama skit kat sana. lama pun tak lama sangatla.



Tapi aku selalu ingatkan diri aku supaya jangan terlalu excited. sebab dah banyak kali berlaku bila dah excited sangat apa yang dirancang tak menjadi. ade je penghalangnya. so aku belajar dari situ. buat biase-biase saje. sebab aku ni jenis kuat mengharap. bila tak dapat, kecewa macam nak mati. huhuhu.









* Doakan aku dapat balik weekend ni ok! ;)



Thursday, October 14, 2010

~ Kenapa orang yang lalai makin kaya? ~



Eh, terjumpa lagi kita. heheh.



Pernah tak terlintas di fikiran korang macam mana orang yang jarang solat, kuat melakukan maksiat, buat perkara yang dilarang, tapi rezeki dia makin melimpah-ruah. makin kaya raya. sedangkan ada orang yang rajin solat, buat amal kebajikan, tapi sering dirundung malang. hidup dalam kesusahan.


Aku pun kengkadang terfikir gak camtu. kadang-kadang kita pertikaikan, "Eleh, si polan tu tak pernah sembahyang pun boleh jadi kaya-raya camtu." Dan baru-baru ni aku dah dapat jawapannya.



Kebetulan masa tu aku terbuka channel TV1 kalo tak silap. ada program forum. aku lupa malam or siang. antara panel jemputannya adalah Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. terus tertarik nak mengikuti forum tu. panel-panel lain pun macam best.


Tiba-tiba terkeluar isu yang macam aku sebut kat atas tu. Dr. Fadzilah menyatakan sekiranya orang yang tak pernah atau jarang melakukan suruhan Allah tapi rezekinya melimpah-ruah, itu bermakna Allah memberi rezeki dengan murka. beliau mengibaratkan ianya seperti seorang ibu yang memberi duit kepada anaknya dalam keadaan marah dan tidak redha. 



Dan mengapa pula orang yang sentiasa taat kepada suruhan Allah tetapi hidup susah, ia bermakna Tuhan sangat menyayangi hamba tersebut. maka diturunkan ujian dan dugaan kerana setiap ujian yang diterima itu, berlipat kali ganda hikmah yang akan Tuhan berikan kelak. jelaslah di sini bahawa orang yang miskin di dunia tetapi taat melaksanakan perintah Allah adalah orang yang paling kaya di dunia dan akhirat. begitulah sebaliknya.



Aku terpegun di situ. sangat mendalam kata-kata Dr. Fadzilah. sampaikan ahli-ahli panel yang lain sume mengangguk-angguk kepala setuju. aku terfikir apalah makna rezeki yang kita dapat andainya sume tu diberi dengan tidak ikhlas. diberi dengan penuh kebencian. nauzubillah.



Bukanlah bermaksud sume orang kaya tu tak patuhi perintah Allah. mungkin ada segelintir. dan sume ni bukan untuk mengenakan sesiapa. ianya sekadar renungan kita bersama. bukan ke bagus saling ingat-mengingati antara satu sama lain. 



Bagi sesiapa yang tengok rancangan ni, rasanya pasti akan berkesan dalam hati. sedikit sebanyak pasti akan ada. semoga rezeki yang kita perolehi selama ni datangnya dari jalan yang benar dan mendapat keredhaan dari Allah. InsyaAllah.




* Ternanti-nanti episod seterusnya. 



~ Tiba-tiba hari ni tak busy plak...Pelik! ~



Morning!



Wahh hari ni pepagi aku dah duk merilek je. leh je terus on laptop, pastu layan FB jap. ehh, betul ke ni? macam pelikla.


Dari tadi aku duk fikir-fikir ape lagi yang aku tak buat. sebab rasenye semalam macam tak menang tangan aku nak buat itu ini. fikir punya fikir, sah! memang keje aku sume dah setel. wallaweiii! heavennya!



Maka kalian-kalian sume beruntung hari ni sebab ade entri baru. muahahaha. perasan di situ. alaa kalo tak 10 orang, kurang-kurang 2,3 orang yang tunggu kan? kan? *dah, cukup! berhenti perasan!


Hari tu duk belek-belek blog Kak Red tetiba rasa macam nak bertukar ke syampu Dove je. sekarang ni aku pakai Head & Shoulder. ok memang ok. cuma rambut aku ni ade masalah kekeringan yang kengkadang melampau gak. sampai mendatangkan perasaan nak botakkan kepala je. *macam best je botak. sejuk!




* Yang ni kot bagus. untuk merawat rambut rosak.



Rambut aku agak panjang gak. nak potong tapi tak potong-potong gak. busy memanjang katakan. so bila dah panjang ni makinla susah nak jaga. boleh dikatakan 24 jam rambut aku ni berikat. time tido je tak. cuba korang bayangkan rupa rambut pontianak. bayangkan sekarang! haaa camtula lebih kurang rambut aku kalo tak diikat. cantik bukan? cantik bagi cik pon la!



Rimas ok! aku memang nak sangat cari produk yang boleh melembapkan rambut aku ni. takyah ikat pun die duk diam keras kematu je kat kepala. tapi bila dipegang, halahaiii lembutnya! bau wangi plak tu. haaa aku nak yang camtu la.



Sebelum ni rambut aku dah dilumur dengan macam-macam produk. korang cakap je ape brand yang aku tak penah guna. Sunsilk, Rejoice, Pantene, Herbal Essense, Loreal, macam-macam lagila. dan Dove aku penah gak guna dulu mase zaman skola. tapi yela kan, dulu bukan reti nak pilih jenis yang sesuai dengan rambut kita. main balun je. janji cukup syarat. terus keras kejung rambut aku. kusut gila time nak sikat. tobat tak pakai lagi.



Tapi bila tengok Kak Red pakai elok je, aku jadi "wow! nak jugak!". maybe aku kene beli jenis yang sama macam Kak Red tu lah. untuk rambut kering. kalo nak lebih bagus beli 1 set. serius sebelum ni aku memang malas nak guna conditioner. pas syampu, zasss terus bilas, siap! tapi rupanya conditioner tulah yang paling penting. patutla rambut ko jadi kering sangat!



Ok, pasni aku berazam akan guna ikut cara yang betul. melainkan kalo dah tak menyempat sangat. pastu jangan dilupai, pas guna kena nyorokkan. kalo dapat ke incek hubby, mau tak sampai seminggu dah kena beli lagi. die tu antu syampu! sekali sampai 3,4 kali mandi bersyampu. tapi rambut makin botak gak.



Emm, balik ni nak pegi carila. nantikan kemunculan rambut baru saya ye. eh, ko kan pakai tudung. camne nak tunjuk? errr alaa kalo korang tengok kat gambar muka aku ceria lain macam tu, maknanya saya dah takde masalah rambut lagi!




* Thanx tu Kak Red kerana info yang sangat bagus! ;) 



Wednesday, October 13, 2010

~ Maaf andai kamu menunggu ~



Salam sume.



 Hahaha. tajuk entri tak boleh blah langsung. bajet ade orang yang ternanti-nanti entri baru ko kan. alaaa layankan jela. tuan empunya belog sudah terlebih mereng sebab banyak nau kije. haihhh.


Serius memang sejak minggu lepas aku agak busy. kalah PM tau. aku menyampah kalo dapat keje last minit. plak tu kena siapkan dalam masa yang singkat. boleh mendatangkan marah tu.



Bila dah camtu, mood aku pun jadi tak menentu. muka stress abis. sampai ramai yang tegur. ahhh!! pedulikan. yang penting keje aku siap. tahla, ade partner tapi macam keje sorang-sorang je. haihh malasla nak menambahkan ke-tidak-sedapan mood ni.


Oh ye, Jumaat sampai Ahad ni aku akan ke UiTM Puncak Alam. ada program yang melibatkan student aku kat sana. so aku kena jadi guru pengiring. malas betul la. nasib baikla UiTM Puncak Alam tu best. kalo tak, memang aku tala ke orang lain.



Incek hubby la tempat aku merungut penatla, stressla, letihla, bosanla. sampai aku rasa die pun dah bosan kot dengar aku merungut. hahaha. tapi incek hubby selalu pujuk aku dengan bagi kata-kata semangat. die cakap bile lagi aku nak belajar sume ni. aku kan orang baru. so kena kumpul pengalaman sebanyak mungkin. betul gak kan?


So, aku think positive di situ. kurangkan merungut. tapi keje jalan. biarla orang nak cakap ape pun, yang penting kita dah jalankan tanggungjawab kita.



Minggu depan sampai la ke cuti skola jadual aku memang dah full. macam-macam program kena buat. letih wooo. aku tengok kalender yang penuh dengan contengan tu pun rasa nak muntah. plak tu memikirkan nak buat report lagi. wekkkkkk!!! ngeri!!!


Aku baru berhajat nak naikkan berat badan lagi. tapi nampaknya tak menjadi la. memang aku tetap makan even stress tapi makan time stress takkan buat ko jadi gemuk. makin kurus ade la. dah macam bela antu raya plak. hahaha. sian incek hubby dapat wife yang tak sedap nak dipeluk. huhu.



Eh, tadi rasa macam nak taip entri ringkas je. tetiba jadi macam panjang la plak. haihh kena stop ni. masa itu emas. sekarang saya kena berkejar ke pejabat pula. ayuhhh!!!



* Kalo esok takde entri baru kena tunggu minggu depan plak la ek. daaaa. ;)



Thursday, October 7, 2010

~ Allah selamatkan kamu ~






Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan Ayahanda tercinta.
Allah selamatkan kamu.



Selamat hari jadi.
Selamat hari jadi.
Selamat hari jadi Ayah.
Selamat hari jadi.



Ayah,
Selama hampir 26 tahun hidup bersamamu,
Tak pernah sekali kau menyakitiku,
Kau ayah penyayang,
Kau ayah pelindung,
Kau ayah pembimbing,
Kau segala-galanya.



Ayah,
Maafkan anakmu ini andai ada perbuatanku yang membuat ayah kecewa,
Maafkan diri ini andai waktu kecilku menyusahkanmu,
Kadang-kadang anakmu ini leka,
Tapi kau tak pernah lupa mengingatkan,
Sesekali anakmu ini kecewa,
Kau tak pernah putus memberikan harapan,
Betapa besar jasamu ayah!



Ayah,
Memori lama menggamit rasa anak ini,
Terbayang-bayang saat ayah menghantar anak ini ke sekolah,
Dengan berhujan, berpanas menunggang motosikal,
Kau melindungi anak ini dengan baju hujan yang kau pakai,
Kau tak mahu lihat anakmu ini jatuh sakit,
Betapa sayangnya kau pada anak ini,
Sehingga digelar anak kesayangan ayah! 



Ayah,
Aku amat bersyukur mendapat ayah sepertimu,
Setiap kata-kata yang keluar dari mulutmu menjadi semangat untukku,
Tanpa dirimu, Ayah,
Aku takkan jadi manusia yang berjaya,
Tanpamu, Ayah,
Aku takkan menjadi insan yang berguna.



Terima kasih, Ayah!
Segala jasa dan budimu tak mampu aku balas.
Hanya doa yang dapat aku titipkan setiap masa dan ketika.
Doa agar ayah sentiasa dilindungi di sisi-Nya.




Saya sayang Ayah (M. Yosof bin Awang) selamanya.



* Ulangtahun ke-55 dan tahun pencen untuk Ayah.



~ Kecut perut! ~



Pagi.
Eeeiiii pagi-pagi dah buat aku kecut perut. mana taknya. hampir-hampir je nak kene langgar dengan orang. eeiii ngeri.



Yang orang tu pun satu hal gak. dalam kawasan kampung camtu janganla bawak kete macam nak berlumba. dahla cuaca pagi tadi masih gelap lagi. memang sipi-sipi je kete aku nak jadi mangsa. aku bernasib baik sebab cepat dalam 2,3 saat.


Dari jauh aku dah nampak ade pokok or dahan tumbang menghalang laluan jalan sebelah. kira jalan bertentangan dengan laluan aku la. dalam waktu yang sama gak aku nampak ade sebiji kete punye la laju dari arah depan. masa tu hati aku terdetik, die mesti tak perasan pokok tu.






Dan ye, memang betul. betul-betul kete aku kat sebelah kete die time die langgar pokok tu. nasibla pokok tu tak besar sangat. dan nasib baik gak aku sempat mengelak ke kiri jalan. dari cermin belakang, aku nampak kete orang tu macam nak terpusing maybe sebab die terkejut sangat kot.


Pastu aku tak tau ape jadi sebab dah tak nampak. yang pasti mase tu kat belakang kete aku ade sebijik motor. harap-harap penunggang motor tu tak apa-apa. berderau gak darah masa tu. kaki menggigil. nak je aku benti kat tepi jalan, tapi bila tengok jam dah nak dekat kul 7, aku tabahkan jela hati. errr gambar takde la ye. gile ke ape, hampir-hampir nak kene langgar sempat plak nak amik henfon tangkap gambar. ko jangan buat lawak!



Inilah risiko yang aku kena tanggung setiap hari. nak buat macam mana. tanggungjawab mesti ditunaikan. incek hubby dah banyak kali ajak pindah duk dekat dengan skola aku. tapi aku yang beria-ia menolak. eeiii taknakla duk kat sini. kemudahan tak banyak. bayangkan la kalo nak kuar duit pun kene pegi ke bandar Lipis or Raub. kan ke susah nanti. so bila fikir pro & cons, kita duk bandar Lipis jela. senang nak ke mana-mana. berkorban skitla kan.



Tapi tulah kan. kalo orang yang lemah semangat mesti dah fobia nak drive. kalo jalan ok aku rase tak masalah sangat. tapi ni jalan macam ular kene palu. memang kena berhati-hati. biaselah, orang kalo dah mahir satu-satu jalan tu mesti bawak laju. kononnya dah tau kat mana ade lubang, kat mana ade lembu. tapi kadang-kadang kita lupa malang tak berbau. macam kes pokok tumbang tadi.



Jadi, aku ambil pengajaran di situ. dalam pada nak selamat, secara tak langsung kita boleh jimat minyak gak kan. macam kete Kenari aku ni sehari pegi balik RM10. so aku spent RM50 untuk seminggu. kalo aku bawak pecut, memang tak cukup sehari RM10. aku dah try dah. sebab mase tu dah lambat. huhu.



Sepanjang aku berulang-alik kat tempat aku keje ni, banyak gak kemalangan yang aku jumpa. kalo kes hampir-hampir nak melanggar or dilanggar tu dah kerap sangat. tapi Alhamdulillah sume tu tak melemahkan semangat aku untuk teruskan perjalanan untuk mendidik anak bangsa. semoga Allah mempermudahkan urusan aku setiap masa. Aminnnn.




* Ni kalo cite kat incek hubby kompom idea nak pindah dekat ngan skola muncul kembali.



Wednesday, October 6, 2010

~ Cukup-cukupla bercerita pasal hal orang lain ~



Morning!


 
Apa perasaan korang kalo tiba-tiba dengar cite yang ade orang lain sibuk duk mengata belakang korang? gembira? gile ke ape. sedih? marah? kecewa? dan macam-macam lagi?



Sape yang rasa sedih, marah, kecewa tu maknanya normal la ek. kalo gumbira tu, aku tak taula. nak publisiti murahan kot. huhu.


 



Mane la tak geram kan. hari yang indah tu di-spoil-kan oleh cite-cite yang tak berasas sama sekali. bayangkan korang dahla penat-penat balik keje pastu dengar plak cite yang memanaskan hati tu. agak-agak korang akan lempang tak si penyampai berita tu? tak baik la kan. die cuma sekadar menjalankan tugas sebagai reporter je.






Dan patutnya kena bagi penghargaan kepada si reporter sebab bercerita dengan gaya penuh berhemah. bukan macam gaya cik joyah tertelan kapur barus. so, secara tak langsung kemarahan kita pun kendur skit.






Pelik gak aku dengan sikap sesetengah orang ni. sentiasa cari kesalahan orang lain. bayangkanla, sampai cara kita bersalam pun boleh dijadikan bahan umpatan. apakah? boleh plak cakap yang cara kita bersalam ni macam nak taknak. macam mana tu? boleh demo kat aku?






Agaknya maybe die nak aku salam, cium tangan die pastu sujud kat kaki die kot. tapi nanti die buat cite cakap aku melampau plak. haihh sumenye tak kena. apela salahnya kalo rasa tak puas hati kita tegur orang tu dengan cara berhemah. tak salah kan? aku yakin sume orang boleh terima teguran dengan cara baik.






Tapi bukan dengan menjaja cerita kat orang lain! kan dah bertambah dosa lain plak. dosa mengumpat. yela, kita ni manusia biasa yang kadang-kadang tak boleh lari dari buat kesalahan. bila dah ramai-ramai tu biasela kalo cara bersalam pun dah tak betul. kalut bak kata orang. tapi aku rasa tak patutla benda itu dijadikan satu isu besar.






Kalo dah nampak benda tu salah, kenapa tak tegur pada tuan empunya diri? kalo tak ditegur camne die nak tau yang die dah buat salah? biasela kadang-kadang kita tak sedar yang perbuatan kita dah buat orang lain terasa hati. jadi itula gunanya saling ingat-mengingati antara satu sama lain. tak gitu?






Bila dah menjaja cerita tentang keburukan orang lain, secara tak langsung boleh mendatangkan aib pada orang tu. kesian kan. inilah susahnya bila bekerja di kalangan orang yang kenal dengan family. sumber berita cepat sangat tersebar. 






Tapi apa motif sume ni? disebabkan hubungan di tempat keje ke? atau ianya semata-mata serangan berbentuk peribadi? atau die memang tak boleh kalo tak bercerita pasal hal orang lain? hmmm tahla. hanya dia dan Allah saja yang tau. mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut manusia sape yang berani tutup? sumbat cili boh je bagus. 






Seseorang berpesan, biarkan saja mereka-mereka tu. tak guna kita nak panjangkan isu ni. bila dah meleret-leret nanti nama kita gak yang busuk kan. so better diam je. kita buat keje kita. sekali orang mengutuk kita, 10 kali orang akan memuji kita. insyaallah.








* Bersyukur masih ramai yang bagi sokongan.


Tuesday, October 5, 2010

~ Bila hati tak senang, makan pun tak lalu ~



Haihh kenapa la dengan aku ni. cukup-cukupla memeningkan kepala dengan masalah yang tak selesai-selesai tu. bawak bertenang.




Masalahnya tak leh nak rilek. kepala otak serabut. biasenya time-time camni memang perut aku dah berkeriuk nak cari makan. tapi hari ni serius tak rasa langsung. tadi pagi ade beli kuih skit. tapi sampai sekarang tak terusik lagi. pandang sebelah mata pun tak bernafsu.



Aku ni jenis tak reti nak buat muka seolah-olah takde masalah. orang tengok muka aku je orang leh tau yang aku tengah ade problem. fikiran menerawang je. nak senyum pun macam tak ikhlas. maybe sebab tu aku dapat migrain kot. banyak sangat berfikir.




Ye, aku akui disebabkan hal kecik pun aku boleh tafsirkan macam-macam benda. kiranya banyak sangat berfikir la. kadang-kadang ade yang bagus, tapi ade gak tak bagusnye. bila dah kuat sangat fikir benda-benda remeh camtu, mula la kuar idea yang bukan-bukan. akhirnya jadi paranoid. ohh, aku memang seorang yang paranoid ok!



Emm ape yang aku merepek ni? nilah jadinya bila otak bercelaru. memang banyak benda nak ditulis tapi semuanya hampass! takpela. belog ni memang tempat luahan hati aku. tempat untuk bermonolog sendirian.




Aku tumpang gembira tengok orang lain gembira. walaupun kegembiraan itu ibarat duri yang menghiris hati aku. tapi siapa yang tau? hanya aku. aku yang merasai semuanya. dan takkan sesekali aku berkongsi dengan sesiapa. duka ini hanya untuk aku. orang lain tak layak untuk merasai tempiasnya.



Sekarang ni aku hanya menunggu masa. masa untuk apa? masa untuk segala-galanya. masa yang akan menentukan hala tuju hidup aku. ke kiri kah aku? atau ke kanan kah? semuanya memerlukan pertimbangan dan kesabaran yang sewajarnya. tapi mampu kah aku?




Mampu atau tidak, itu bukan isu. ingatlah, Tuhan hanya akan menguji hamba-Nya setakat yang dia mampu. Tuhan bukan zalim. tapi kenapa ada yang sanggup membunuh diri dengan alasan tak mampu nak hadapi hidup yang susah? itu bukan salah Allah! itu salah kita yang cetek iman dan mudah dihasut oleh syaitan-nirrajim.



Lumrah manusia. bila berada di ambang kesusahan, barulah mula tercari-cari sejadah. mula teraba-raba Al-Quran. mula menadah tangan memohon pertolongan. mula teringat semula amalan-amalan kita selama hidup. mula menyesali diri. tapi sudah terlambatkah kita? 



Ketika aku masih tercari-cari apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup ni, aku tersedar. aku alpa. selama ni Tuhan berikan aku segala nikmat yang aku perlukan. tapi apa yang aku buat? aku leka. aku tak mensyukuri nikmat itu. aku tak menghargainya. 



Kini, bila semuanya hampir hilang, aku mula menangis menyesal. ye, memang patut Tuhan beri balasan sebegini. aku memang layak untuk terima. aku redha. aku anggap ini semua adalah dugaan dari-Nya. aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini.



* Biar masa yang tentukan.



~ Semuanya serba tak kena ~



Salam.



Hari ni tak ceria macam biasa. banyak betul dugaan yang aku hadapi sekarang ni. lepas satu, satu yang datang. tak tau sape yang patut dipersalahkan. semuanya berbalik kepada diri sendiri. ye, mungkin aku yang bersalah.



Macam-macam perasaan ada dalam diri aku sekarang ni. kecewa, sedih, terkilan, sebak, marah. semuanya perasaan negatif yang mengganggu emosi aku. sekelip mata keceriaan aku diragut. sampai sekarang pun aku masih tertanya-tanya 'apa yang dah berlaku?'




Aku keliru dengan keadaan sekarang. tertanya-tanya apa salah aku? ye, mungkin aku bersalah, tapi takkan terus menyalahkan aku tanpa sebarang bicara? aku perlukan penjelasan. diam bukan jalan penyelesaian.



Kalau diam yang kau minta, maka kau akan dapat. aku akan tutup mulut ini sehingga masanya. biar masa dan keadaan yang tentukan apa yang akan berlaku seterusnya. ini semua adalah takdir. aku redha.



Mungkin juga kau lupa. aku hanya manusia biasa.




* Masih keliru.


Monday, October 4, 2010

~ Isteri mengandung, suami menggatal dengan pompuan lain! ~



Haihh macam-macam hal sekarang ni. bila isteri dah terlebih baik, suami plak cari lain. bila suami bagi muka, isteri plak makan luar. apa dah jadi dengan dunia sekarang ni?




Sorila masuk-masuk je aku terus membebel. bukan ape. geram pun ade gak bila kawan sendiri jadi mangsa. kawan baik lagi tau. tahla camne aku boleh terlihat sume perselingkuhan tu. kan bagus kalo aku tak bukak.



Bila dah bukak, secara terang-terangan nampak sume kecurangan si suami. mentang-mentangla si isteri tak berapa pandai dengan IT. si suami dengan riang ria berbalas ayat-ayat cinta dengan si peraih cinta ni. tipulah kalo kata si peraih cinta ni tak tau lelaki tu adalah SUAMI ORANG! 




Risik punya risik (dah macam spy lak), barulah aku tau rupanya si peraih cinta tulah yang dulunya pernah membuatkan hubungan si suami dan si isteri ni goyah. masa tu diorang belum kawin lagi. so, sekarang ni korang sambung main wayang lagi ye. hmmm.



Wahai sang suami, kau sedar tak yang tak lama lagi kau akan jadi seorang bapak? aku kenal sangat dengan si isteri ni. seorang yang lurus, manja, sensitif dan baik sangat hatinya. susah sangat nak dengar dia memburukkan orang lain. sentiasa positif! tapi kenapa kau hancurkan hatinya?




Ye, betul. ini bukan rumahtangga aku. tapi salah ke aku nak rasa marah, geram, kecewa, terkilan? aku juga seorang wanita. yang ada sume perasaan
tu. cubit peha kiri, peha kanan akan terasa juga. tercarik-carik perasaan ni bila terbaca luahan perasaan diorang. sangat menjengkelkan!





Apa yang patut aku buat? mendiamkan diri seolah-olah takde apa-apa yang berlaku? ianya sama seperti aku menyokong mereka berselingkuh! sedangkan kawan baik aku setiap masa percaya yang suaminya itu jujur dan setia! dalam masa yang sama aku tak sanggup nak lihat kawanku itu kecewa dan menangis. oh Tuhan, apa yang harus aku buat? aku dalam dilema.



* Depan mata pijak semut pun tak mati.


~ Happy Birthday in advance my Blog! ~



Assalamualaikum kengkawan.




Wahhh macam lame je tak hapdet belog kan. almaklumlah. minggu lepas busy sesaje. laptop pun tak sempat nak on. dalam pada tangan ligat buat keje, pala otak duk teringat kat belog kesayangan hamba ni. uhuk.



So, minggu ni, belog ini akan mula 'hidup' kembali. get ready ye rakan sekalian alam. ceh, bajet belog ko best sangat sampai orang tunggu-tunggu. hahahaha. ok, berhenti gelak.




Sedar tak sedar rupanya usia belog aku ni nak masuk ke angka 1 tahun. halahai omak. baru setahun jagung rupenye umur die. rase macam baru je jap tadi aku daftar sebagai blogger. ok, tipu di situ. mengikut pengiraan secara manual, 3 hari lagi genapla usia setahun belog aku ni. ni kira advance la wish awal-awal.



* Lapar plak tengok kek ni.



Dalam hampir setahun ni, rupenye tak banyak entri yang aku tulis. tak sampai pun 365 entri. yela, kita kan ade 365 hari setahun. bila dah ditolak hari cuti, hari minggu, hari MC sume, hanya 194 entri je yang aku mampu buat. haihhh kena usaha lagi ni.




Awak-awal dulu memang aku jarang hapdet entri baru. kadang-kadang seminggu sekali je. yela, otak pun tengah blur masa tu. idea tak banyak. lama-lama bila dah dapat rentak, sehari kengkadang sampai 2,3 entri. tapi ade gak mase sehari tu langsung takde idea. tu yang aku mengarut tah ape-ape sebab dah set sehari sekurang-kurangnya 1 entri akan di-publish.




Contoh macam hari ni. bila dah 3,4 hari tak hapdet belog, aku jadi slow balik. mula tercari-cari idea baru nak menulis. taknak la orang bosan bila baca belog aku takde ape-ape yang menarik. aku suka bila orang baca tulisan aku, dan beri maklum balas. aku rasa dihargai. aku tak kisah pasal rating or BE. yang aku nak adalah kepuasan menulis.



* I'm only one year-old!



So, berbalik pada tajuk utama kita. HAPPY BITRHDAY in advance my blog! thanks a lot kepada sume yang membuatkan blog aku 'hidup' selama setahun dan semoga berterusan sampai bila-bila. ada sape-sape nak bagi hadiah pada belog saya? sila hantar ke address saya ye. ;)




* Blog aku hanya satu. tak mungkin ade yang kedua. 


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat