Thursday, October 14, 2010

~ Kenapa orang yang lalai makin kaya? ~



Eh, terjumpa lagi kita. heheh.



Pernah tak terlintas di fikiran korang macam mana orang yang jarang solat, kuat melakukan maksiat, buat perkara yang dilarang, tapi rezeki dia makin melimpah-ruah. makin kaya raya. sedangkan ada orang yang rajin solat, buat amal kebajikan, tapi sering dirundung malang. hidup dalam kesusahan.


Aku pun kengkadang terfikir gak camtu. kadang-kadang kita pertikaikan, "Eleh, si polan tu tak pernah sembahyang pun boleh jadi kaya-raya camtu." Dan baru-baru ni aku dah dapat jawapannya.



Kebetulan masa tu aku terbuka channel TV1 kalo tak silap. ada program forum. aku lupa malam or siang. antara panel jemputannya adalah Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. terus tertarik nak mengikuti forum tu. panel-panel lain pun macam best.


Tiba-tiba terkeluar isu yang macam aku sebut kat atas tu. Dr. Fadzilah menyatakan sekiranya orang yang tak pernah atau jarang melakukan suruhan Allah tapi rezekinya melimpah-ruah, itu bermakna Allah memberi rezeki dengan murka. beliau mengibaratkan ianya seperti seorang ibu yang memberi duit kepada anaknya dalam keadaan marah dan tidak redha. 



Dan mengapa pula orang yang sentiasa taat kepada suruhan Allah tetapi hidup susah, ia bermakna Tuhan sangat menyayangi hamba tersebut. maka diturunkan ujian dan dugaan kerana setiap ujian yang diterima itu, berlipat kali ganda hikmah yang akan Tuhan berikan kelak. jelaslah di sini bahawa orang yang miskin di dunia tetapi taat melaksanakan perintah Allah adalah orang yang paling kaya di dunia dan akhirat. begitulah sebaliknya.



Aku terpegun di situ. sangat mendalam kata-kata Dr. Fadzilah. sampaikan ahli-ahli panel yang lain sume mengangguk-angguk kepala setuju. aku terfikir apalah makna rezeki yang kita dapat andainya sume tu diberi dengan tidak ikhlas. diberi dengan penuh kebencian. nauzubillah.



Bukanlah bermaksud sume orang kaya tu tak patuhi perintah Allah. mungkin ada segelintir. dan sume ni bukan untuk mengenakan sesiapa. ianya sekadar renungan kita bersama. bukan ke bagus saling ingat-mengingati antara satu sama lain. 



Bagi sesiapa yang tengok rancangan ni, rasanya pasti akan berkesan dalam hati. sedikit sebanyak pasti akan ada. semoga rezeki yang kita perolehi selama ni datangnya dari jalan yang benar dan mendapat keredhaan dari Allah. InsyaAllah.




* Ternanti-nanti episod seterusnya. 



2 comments:

  1. Dugaan setiap manusi tu berbeza2. Sebenarnya bila dia kaya itu adalah ujian pada dia. Bagaimana dia nak belanja harta kekayaan dia jalan Allah. Dapat tak dia hindar diri dia dr sombong dan bongkak? Bersyukur atau tidak dia pada Allah yang berikan kekayaan dia tu.

    Bagi org susah atau miskin, hidup susah tp tidak pernah lupakan Allah kan. Itu ujian dia. Dalam kesusahan dia masih redha dengan ketentuan Allah. Dia percaya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk dia.

    ReplyDelete
  2. betul tu nox...
    yela, kdg2 kita tau ade sesetengah org tu sosial life die camne, tp rezeki melimpah ruah...bila dengar penerangan Dr. Fadzilah ari tu baru dpt jawapannya...wallahualam...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat