Wednesday, September 29, 2010

~ Susah sangat ke nak senyum? ~



Salam sume.



Aku kengkadang tension dengan sikap sesetengah orang yang susah nau nak bagi senyuman. ni kes mase berurusan kat kaunter perkhidmatan la. memangla aku tak kenal kau. tapi salah ke kalo kau senyum sikit kat customer?






Kita ni datang situ bukanla nak sangat mengadap muka dia tu kan. tapi dah terpaksa. yela, kalo tak camne nak bayar bil? aku bukan reti bayar guna tenet. so nak taknak dan dalam keadaan terpaksa, menebeng gakla depan muka kau yang 24 jam mencuka.



Sebagai customer, serius aku jadi sakit hati, sakit mata sume. dahla muka kita pun tak dipandangnya, pastu cakap kasar. seolah-olah aku menyusahkan die plak nak kena taip segala. abis kalo kau dah malas nak keje, benti keje jela. takde sape pun suh ko keje kat situ. berlambak lagi yang nakkan keje ko tu.






Tapi tak sume yang perangai buruk gitu. ade gak yang ok. bila die layan kita ok, kita pun rase senang hati je nak berurusan kat situ kan. aku bukanla mintak korang beramah mesra tanya khabar bagai. cukupla ko senyum je. tu pun dah ok sangat.



Aku suka dengan akak yang keje kat TM Point kat tempat aku ni. mula-mula tengok muka die memang cuak. garang! tapi skali die cakap, alahai lembutnya suara. pastu senyum je bila cakap ngan kita. bila dah kerap bayar bil kat situ, siap boleh borak-borak lagi. kan bagus gitu.






Lainla kalo skali senyum, gaji korang kena tolak RM10. haaa kalo gitu, korang taknak senyum pun takpe. takde sape nak marah. aku bila berdepan dengan orang camni, memang aku bolayan je. kadang-kadang kena ajar gak orang camni. biar diorang sedar ape yang die buat tu tak betul.



Yela, kadang-kadang malu gak kan. kita tanya elok-elok je tapi boleh plak die balas terjerit-pekik macam orang gila. bajet macam kita ni bodoh sangat sebab nak tanya itu ini. abis kalo dah ko tu pandai sangat, nape keje kat kaunter je? nape tak jadi profesor? haaa aku kalo dah hangin mulut memang laser.






Ehh dahla. tak kuasa nak bebel banyak-banyak pasal benda ni. hati jadi sakit. so, sekarang ni ape-ape urusan yang berkaitan dengan makcik-suka-jerit-pekik-tak-tentu-hala tu, aku serah pada incek hubby. ehhh, bila dengan laki elok pulak ye ko makcik! leh tahan gatal gak.




* Petang ni tak sabar nak berurusan dengan akak-baik-hati-peramah-gile kat TM Point. ;)


Tuesday, September 28, 2010

~ Kenangan silam : Perlu diambil tahu atau tidak? ~



Hai.



Bagi sape-sape yang ada pasangan, penah tak korang rasa naaaakkkk sangat tau pasal kenangan silam pasangan korang tu? penah tak? penah tak? kalo tak penah jangan baca!


Macam aku kan, aku suka nak amik tau pasal hal-hal lama incek hubby. incek hubby lak sebaliknya. aku rasa aku perlu amik tau everything tentang dia. even kengkadang kebenaran itu menyakitkan. ai redha u.



Walaupun aku rasa aku dah tau banyak pasal dia, aku tetap gak akan korek cite. kadang-kadang mulut gatal tanya pasal pompuan-pompuan yang die penah kenal sebelum kawin. sendiri tanya, pastu sendiri merana. hahaha. note : aku cinta pertama incek hubby ye. ;P



Soalan-soalan aku sebenarnya lebih kepada nak uji kejujuran si dia. bukanla tak pecaya tapi aku memang jenis camtu. walaupun cite yang aku tau tu akan buat aku sedikit jeles, tapi masihhhhh gak nak tanya. incek hubby dah paham sangat dengan perangai aku. so die layankan aje. tapi sebelum cite mesti die akan cakap, "Sayang jangan marah ye."



Aku tak marah. dan takkan marah. sebab itu cite lama. jeles sikit-sikit tu biasela. dan lagi satu sebabnya, aku yang gatal-gatal nak tau. so kena terima la. aku akan marah kalo hal yang patutnya dah lama aku tau tapi baru la ni ko nak bagitau. boleh berdesing telinga dibuatnya.



Yela, masing-masing mesti ade kisah lama sebelum korang jumpa dengan partner sekarang kan. aku pun laaaaaaagi la banyak cite. tapi disebabkan aku tau sangat incek hubby ni memang tak suka langsung nak tau pasal kisah silam aku, so memang takkan sesekali aku bukak cite.



Dulu mase mula-mula bercinta aku tak tau. so aku yang lurus tahap bendul ni pun bajet nak berlagak jujur la bagitau detail kisah lama aku. berapa banyak boyfren aku ade, berapa ramai yang aku reject. hahaha. rupenye die tak suke la. die tak suka sebab die akan jeles. bile die jeles, die nak marah. bile die nak marah, abis tak leh la nak dating. huhuhu.



So, sekarang ni memang aku la yang rajin menyelongkar cite-cite lama dia. kengkadang cite yang sama aku ungkit. cuma soalan je berbeza. tapi tak la setiap masa aku nak tanya. sometimes je. saje nak mengimbau kenangan lama.



So, what say u? korang rasa kenangan silam pasangan ni perlu ke kita amik tau or takyah amik tau langsung? mungkin ada pro dan kontra nya.



* Waktu paling sesuai nak tanya, BEDTIME!


~ Lawak tak hingat! ~



* Mungkin selama ni die tengok bulan kan kecik je.



* Pellliiissss tolong cari puppy sayeeee.....



* Ohh...ini rupanya pelakon sebenar Upin & Ipin.




* Patutla bini muka bengkek je.




* Cuba cari budak kecik.




* Jadi tunggu la pintu buka ye.




* Eh, aku ke? eh, dia... eh, ke aku? konpius!




* Baik punya alasan.




* Dah terang-terang ada warning sign.



* Ready...get set...GO!!!



* Hai...boleh berkenalan?



- Sekadar mengisi masa boring. ;D -


~ Suamiku curang! ~



Di suatu malam yang hening.


Aku balik dari kedai. masuk rumah, ternampak sorang pompuan.


Aku : Eh, sape pompuan ni?


Ternampak plak incek hubby kuar dari dapur.


Aku : Sape ni abang?


Incek hubby diam. terus berjalan ke arah pompuan tu. duduk di sebelahnya.


Aku : Abang...ape sume ni?


Incek hubby : Abang nak dia.


Aku : Hahhh?? abang biar betul...janganla buat camni...bla bla bla bla... (menangis).


Incek hubby buat tak peduli. terus melayan pompuan tu.







* Baik punya tipu.





Tetiba....


Aku lihat sekeliling gelap gelita.


Aku : Eh, black-out ke? kat mana ni?


Aku capai handphone. tengok jam tepat kul 4 pagi. pusing kanan. tengok incek hubby tengah lena kat sebelah.


Raba bantal. eh, kenapa basah ni? sape nangis?


Blur dalam 5 minit. baru clear. mimpi rupanya. kuikuikui. even mimpi pun, dah tersedar airmata masih gak kuar. macam real.


Aku rasa ade beberapa kali gak mimpi yang incek hubby ade pompuan lain. nak kata aku fikir sangat takde la plak. lama-lama naik risau. yela, takut jadi betul-betul. nauzubillah.


Bila cite kat incek hubby, die suka sakat aku balik. die cakap kali ni girlfriend die yang no.7. aku malas nak fikir sangat benda-benda gini. sebab nanti aku yang sakit hati. pastu hubungan jadi tak ok plak. 




* Agak-agak korang ape maksud mimpi aku ni?


Monday, September 27, 2010

~ Bola punya pasal! ~



Waahhh. hari ni lambat plak hapdet belog. maklum le busy bebenor dari pagi tadi. ni pun baru je pas blog-walking umah jiran-jiran. adoi pening!




Ohh, aku nak cite skit pasal kejadian kelmarin. ye, Sabtu malam Ahad. malam tu ade pasar malam kat area Benta. dekat gakla ngan umah aku. dari sehari sebelum lagi incek hubby dah janji nak jalan-jalan pastu makan luar. note : kitorang jarang ek makan luar. slalu tapau jek.




Aku ape lagik. berkobar-kobar la. bukan senang tau nak ajak mamat tu makan kat luar. ade je alasan tak munasabah die. balik-balik tapau makan depan TV kat umah. boring tau!




Nak dijadikan cite ni ber-ending sedih, sebelum pegi tu boleh plak incek hubby terrbukak channel sukan. elok plak team faveret die baru nak stat main. alah, team chelshit tu la. mase tu die dah mula buat muka seposen. bajet aku nak kesian pastu ingat aku nak cakap, " Takpela, kita cancel je makan luar." wahhh banyak canteeekkk.





* Team ape tah ni.



Aku dah baik punye cekak pinggang kat pintu. die masih lagi tak off TV. siren bunyi baru nak kelam-kabut. nyampah! pastu bawak keje kemain laju. cuma die tak pasang hazard lights je. kalo tak, kompom orang ingat aku nak bersalin.




Pas dah pusing-pusing kat pasar malam, ingatkan nak pegi makan. rupenye die menonong balik umah. mase tu muncung aku ko jangan cakapla. sebak dada ai. nak nangis ku tahan-tahan! tahla tetibe sensitip plak aku malam tu. patutla tadi kat pasar malam incek hubby beli makan siap-siap. huh!




Disebabkan bola punye pasal, sanggup mungkir janji. aku ni dahla excited sebab dah lama tak makan kat luar. time bercinta dulu jangan diamik kire la. tak aci gitu. sampai ke sudah aku majuk. haihhh asik majuk je aku lately ni. apesal tah. bukan sengaja tapi tahla. 




* Uhuk uhuk. miaaaoooowwwww.



Tapi ade 1 benda buat hati aku terubat skit malam tu. team kegemaran incek hubby KALAH!! hahaha. suke bangat! tulah akibatnya kalo mungkir janji. sanggup kecewakan hati bininya ni, last-last merana jiwa. 







Pastu tau lak nak pujuk bininya ni. lenkali janji tak buat lagi. huh! janji lagi? janji tak leh pakai punya. dah takde hati nak makan luar. makan je bola tu. kenyang setahun.








* Dahla sedih tak dapat makan luar, tengok plak cite drama sedih kat TV3. trus meleleh-leleh airmata. uhuk.



Friday, September 24, 2010

~ Hello, ni sape? ~



Di suatu petang yang terik akibat bahang matahari yang melampau. di dalam bilik di sebuah sekolah.



Lagu You Belong With Me nyanyian Taylor Swift berkumandang.






Saya : Hello...


 Tah sape ( Minah 1 ) : Hello, sape ni?


Saya : Nak cakap dengan sape?


Tah sape (Minah 2) : Ni sape?


Saya : Awak nak cakap dengan sape sebenarnya?


Tah sape (Minah 1 balik) : Sape yang cakap ni?


Saya (mula hangin) : Awak yang call saya. awak nak cakap dengan sape sebenarnya?


Tah sape : Ahhh, bising ar ko!



Tuuuuutttttttt.




* Minah ni kot yang call aku.




Huk aloh. sedikit terkedu di situ. die yang call aku, tapi aku lak yang kena marah. apakah? ade gak spesis manusia camni kan. korang penah kena tak situasi camtu? orang call kita, then tanya plak kita sape. bukan ke secara logiknya, kalo kita call orang, bermakna kita dah tau dengan sape kita nak bercakap. 




Ni mesti kes die jumpa no fon aku kat mane-mane pastu try call. daripada suara macam kanak-kanak spastik je. kire macam budak-budak nakal la yang tengah gedik. tak tau la plak kalo mak orang yang bersuara kanak-kanak. ade aku kisah?




Cuma aku agak menyampah kalo terjumpa dengan orang yang tak reti beradab ni. bagi salam pun tak. main terjah je. pastu boleh plak marahkan kita balik sebab kita duk tanya die nak cakap dengan sape. abis dah ko call no handphone private aku, ko berharap nak cakap dengan sape? Jennifer Lopez kah?




Ohh, maaf. saya apabila marah memang tulisan otomatik jadi besar. ngeheheh.




Kepada minah 2 ekor orang tu, aku harap pasni korang belajar la untuk lebih beradab bila bercakap dengan orang lain. walaupun dalam telefon orang tak leh nampak muka ko, tapi Tuhan nampak. kalo berpuluh orang ko buat camni, pastu berpuluh bakul gak orang memaki hamun korang, sendiri mau ingatlah.




* Mula risau bila no fon dah mula tersebar ke tangan tah sape-sape.



Thursday, September 23, 2010

~ Hari yang paling bernasib baik ~



Salam sume.



Korang penah tak alami situasi di mana sehari tu smooth je perjalanan hidup korang. ape yang korang plan sume jadi dengan baik. takde halangan. penah tak?







Semalam adalah hari paling bernasib baik untuk aku. dari pagi nak pegi keje lagi. biasenye sepanjang drive tu ade je lori balak la, lori kelapa sawit la yang menghalang aku nak cepat ke skola. tapi hari tu jalan sangat lengang. kalo ade kete slow pun, tak lama pastu die ke arah lain. seolah-olah die bagi jalan kat aku.





Kat tempat keje pun sume berjalan dengan baik. sampai la waktu balik. actually sebelum balik GPK HEM aku mintak tolong aku gantikan die untuk attend meeting kat PPD. meeting stat kul 3 petang. skali aku tengok jam, alamak! dah nak dekat kul 2! nak kena renew lesen memandu lagi ni.




Aku dibenarkan balik awal. ikutkan kul 2.40 baru leh balik. tapi almaklumlah kan. dari skola aku nak ke PPD dah lebih setengah jam. aku pun ape lagi. bawak kete macam lipas kudung la. lipas kudung pun tak laju camtu. semata-mata nak kejarkan waktu nak pegi pejabat pos.






Sampai kat bandar Lipis aku tengok jam kul 2.30. huihhh sempat lagi. sampai je depan pejabat pos, betul-betul ade kete nak kuar. memang right timing la. aku pun, trus la bagi signal. tu kalo aku lambat sesaat tu kompom dah ade yang masuk. memang menjadi tempat kegemaran ramai tu.


 
Masuk pejabat pos, tengok orang boleh tahan ramai. kaunter lak buka 1 je. adoiyai. aku tekan no giliran. tetiba, eh! no sape yang tercicir ni? aku tengok no giliran 1175. aku jeling plak kat board kaunter. hah? sekarang dah no 1174. aku ape lagi. trus amik no giliran yang tercicir tu. aku yakin bukan sape-sape punya. maybe orang sebelum tu malas nak tunggu then die tinggalkan kat situ. 



Alhamdulillah. rezeki aku. even orang-orang kat situ macam pelik sebab aku baru masuk, pastu baru lak tekan no giliran. tetiba aku lak yang dapat dulu. hehehe. no giliran yang aku dah tekan tu aku letak balik kat situ. orang lain leh guna plak. 



Masa tu aku dah mula terfikir senangnya urusan aku hari ni. takde halangan. mungkin Allah nak permudahkan hari aku. Dia tau aku dalam kesulitan sebab nak mengejar masa. tengok jam dah kul 2.45. aku pun drive slow-slow ke PPD sebab dah tak jauh. belum kul 3 dah sampai. orang pun masih tak ramai.



Malam tu plak, skola incek hubby ade buat annual dinner sempena majlis perpisahan pengetua. kat hotel. ade plak cabutan no bertuah. nak dijadikan cite, hari bertuah aku masih berterusan. aku ngan incek hubby, dua-dua dapat cabutan no bertuah. biasenye susah nau aku nak dapat tau. kalo incek hubby memang selalu sangat dapat. die memang bertuah abis.



Untuk hari yang sangat bertuah semalam, aku bersyukur pada Allah kerana mempermudahkan urusan aku. mungkin itu hikmah di atas kesabaran aku dan juga bantuan aku untuk menggantikan GPK HEM ke meeting. Alhamdulillah!!






* Harap akan lebih bertuah untuk hari-hari seterusnya. aminnn.



Wednesday, September 22, 2010

~ Filem yang pada saya tersangatlah best! ~



Masih busy tapi nak membebel jap.







Korang penah tengok tak filem IF ONLY ni? aku rase filem ni dah lame sebab dah lame aku tengok cite ni. kalo tak silap kat HBO atau Star Movies.



Pelakonnya Jennifer Love Hewitt dan Paul Nicholls. cite ni mengisahkan tentang sorang pakwe ni (Paul) mendapat bayangan yang makwenya ni akan mati akibat kemalangan. actually bukan bayangan tapi apa yang berlaku semalam, same dengan ape yang berlaku hari ni. paham tak?



* Jennifer Love Hewitt. love her!!!

 

Ok, camni. masa hari kejadian, si pakwe ni jalani life macam biase dengan makwenye. diorang duk skali. banyak kejadian yang berlaku hari tu seperti tangan makwe dia terkena air panas, jam pakwe pecah, ade orang langgar bahu, macam-macam la. 



* Paul nicholls ( si pakwe ). ensem!!



Malam tu si pakwe ngan makwe ni pegi dinner kat restoran. pastu diorang macam ade gaduh skit. si makwe ni nak balik naik teksi. tapi si pakwe tak ikut. baru sekerat jalan, teksi tu eksiden dengan kete lain. depan mata pakwe tu. si makwe mati.



Esoknya, si pakwe masih menangisi kematian si makwe. menangis teresak-esak kat atas katil sambil pegang diari si makwe. tetiba die dengar suara makwe dia warning jangan bukak diari tu. terkejut berukla pakwe ni. yela, semalam mati, hari ni hidup balik plak.



* Google



Si pakwe confuse. tapi si makwe berlagak biasa macam takde ape-ape yang berlaku. so, pakwe tu ingat die mimpi. tapi pastu die dah mula cuak bila kejadian yang berlaku semalam sama dengan apa yang berlaku hari ni. kes tangan makwe kena air panas, jam pecah, kena langgar bahu.



 Si pakwe dah mula takut akan kehilangan makwenya. so, dia buat macam-macam kejutan untuk buktikan cintanya pada si makwe sebab die takut kematian tu betul-betul akan berlaku. part nilah yang aku rasa sedih sangat. yela, korang bayangkan kalo kita dah tau seseorang akan mati dalam masa-masa tertentu. mesti takut kan.



* So romantic!


Tapi si makwe pelik dengan perangai pakwenya. die layankan aje. bila dah malam, si pakwe dah mula risau. masa si makwe nak naik teksi, si pakwe berbelah bahagi. last-last die naik skali. dan kemalangan tu betul-betul berlaku. cuba korang teka sape yang mati?



Yup. si pakwe yang mati. die berkorban untuk makwenya. si makwe cuma cedera. masa kat hospital barulah si makwe sedar kenapa pakwenya berkelakuan pelik sepanjang hari tu. si makwe tau yang pakwe die dah tau yang die akan mati.


Kalo nak ikutkan cite ni memangla tak logik kan. tapi aku suka jalan ceritanya. emosi kita akan jadi bercampur-baur. jap happy, jap kang sedih. aku sampai teresak-esak menangis mase ending cite ni. sedih nau nengok si makwe menangis. 



* Eh, ade versi Korea la.



Emm tahla. mesti ade yang meluat kot aku cite pasal ni. hehe. sampai sekarang aku masih tertunggu-tunggu ulangan cite ni. tapi takde gak. ingat nak cari dvd la kot. kalo ade. 



* Kire ok ape aku suke cite ni daripada cite Anak Mami The Movie.



~ Tetiba je ke-sibuk-an melanda diri ini ~





Wah wah. busynye saya ini hari. tak menang tangan dibuatnya. rasa macam nak menaip guna jari kaki jek.








Hadoi. hadoi. busynya. tapi tetap nak hapdet belog gak. tak kire. rase hidup tak lengkap kalo tak merepek meraban kat sini.




Maka, sekian. itu saja warkah dari saya untuk masa ini. berjumpa semula di masa lain. mungkin sejam akan datang.




Yang busy,

Tuesday, September 21, 2010

~ Tiap hari kena cucuk perut ~



Sian mak. tetiap hari kena cucuk perut.




Nape dengan perut mak? sebenarnya bukan perut mak yang bermasalah. tapi mak ade diabetes (kencing manis). dah lame mak hidapi penyakit tu. cuma sekitar awal tahun ni doktor sarankan mak amik insulin injection tetiap hari. sebab kalo makan ubat leh membahayakan hati.




Mula-mula dengar dari akak yang mak dah start kena inject, hati dah mula tak keruan. sebak ada, sedih ade. sebab sume orang tau, kalo dah start injection tu maknanya penyakit tu dah agak teruk. patutla bila mak terluka kena pisau ke ape ke, lambat sangat nak baik. kadang-kadang sampai bernanah.




Masa balik sebelum ni, tengok mak happy macam biase. macam orang tak sakit. tapi aku tau mak sakit dalam diam. cuma dia tak suka nak menyusahkan anak-anaknya. mak cepat penat. mak teruja bila diajak kuar jalan-jalan. tapi baru sekejap, mak dah mengeluh penat dan mengantuk. mak cepat haus. bila kat rumah mak wajib pakai stokin. kaki mak tak tahan sejuk pijak lantai marmar. mungkin itu effect daripada penyakitnya. 




Aku sempat belek-belek injection pen yang mak gunakan setiap hari untuk cucuk kat perut. biasenya ayah yang tolong inject-kan tiap malam. aku tanya mak sakit ke. mak cakap tak. sempat tengok ayah cucuk pen tu kat perut mak. masa tu sebak lain macam. cepat-cepat masuk bilik sebab taknak nangis depan mak.




* Mak guna injection pen jenis camni.




Mak dapat penyakit tu daripada keturunan. mak ade darah tinggi juga. pun daripada keturunan. ditambah dengan faktor pemakanan mak yang sampai sekarang aku tengok sangat tak seimbang. tapi aku tak sampai hati nak halang. sebabnya aku tau mak akan cakap, selagi belum mati nilah nak merasa makan macam-macam. dah mati sok tak dapat. nangis!




Tapi walau sakit macam mana sekalipun, mak tetap rajin turun ke dapur. lebih-lebih lagi kalo anak-anaknya balik. memang nampak mak macam dah tak larat sangat tapi dia tak betah duduk diam. masih ligat di dapur. kami yang nak membantu, dihalang dengan alasan nanti lauk jadi tak sedap. mak ohh mak.




Aku pernah cuba bayangkan keadaan tanpa mak. tapi tak boleh. cepat sangat airmata nak mengalir. tapi aku tau aku kena bersedia ke arah tu. setiap yang hidup pasti akan mati. cuma aku selalu berdoa biarlah nyawa aku diambil dulu sebelum insan-insan yang aku sayang. aku tak pandai nak menghadapi kehilangan.




Ok, taknak cite pasal sedih-sedih. mak masih sihat. mak masih kuat berjalan. mak masih boleh naik keretapi 6,7 jam semata-mata nak jenguk anaknya di kejauhan ni. mak masih boleh masak bermacam lauk-pauk masa raya baru ni. mak masih boleh bergelak ketawa bila tengok cite kelakar. mak masih boleh buat semuanya.




Aku teringin nak duduk dekat dengan mak. nak jaga mak. tapi, aku perlu dahulukan suami. sebab tu bila cuti aku tak fikir panjang untuk balik tengok mak. kalau incek hubby busy, aku sanggup naik keretapi nak peluk cium mak. walaupun kadang-kadang bebelan mak menyakitkan telinga, tapi sume tu buat aku jadi manusia. kalau mak tak sebat aku, aku malas belajar. kalau mak tak cubit aku, aku jadi buta huruf.




Sedih bila sesekali terpaksa kecewakan mak. awalnya janji nak balik, sampai masa tak boleh nak balik. aku tau mak kecewa tapi dia tak tunjukkan. walaupun cuma dengar suara tapi aku tau itu suara kecewa. Demi Allah, kalo boleh memang taknak kecewakan mak langsung!




Cuti akhir tahun ni aku nak habiskan masa dengan mak sepuas-puasnya. biarlah berbulan aku kat celah ketiak mak. janji aku tau mak gembira. dalam masa yang sama aku masih mencari-cari ubat yang bagus untuk mak. untuk pulihkan penyakit mak. kalo boleh, aku nak ambil alih sakit tu dari mak. aku masih muda, masih kuat. biarlah mak habiskan sisa-sisa hidupnya dengan kesihatan yang baik.



* Sayang mak!



* First time tulis entri dengan hati yang sebak. 



~ Nak bangga ke nak jeles ek? ~



Confuse!




Tak tau nak rasa bangga ke, nak rasa jeles. kalo korang?



* Nak jeles ke...




*......nak bangga ek?



Hehehe tetiba je kan. tak tau hujung pangkal cite pun. takde, camni. sejak beberapa hari lepas, ade sorang pompuan ni mesej aku dalam FB. die cakap die kenal aku sebab same skola mase kat Kluang dulu. tapi aku lupe die yang mane satu. maybe sebab die tak glemer kot, and aku glemer. miahahaha.




Aku pun layan la macam biase. pastu die cakap kampung die kat Lipis. laaaa kecik je dunia ni rupenye yek. mula-mula jumpa kat Johor pastu sekarang same-same kat Pahang. sekampung plak tu. die pun skang ngajar gak. dah kawin dan ade anak satu.



Ehh, tapi aku bukan nak cite pasal latar belakang family die ek. tapi pasal lain. die cakap die macam kenal dengan incek hubby kesayangan aku tu. aku tak heranla sangat sebab dah nama pun sekampung kan. Lipis bukan beso sangat pun. pusing-pusing asik jumpe orang same je. 




Tapi yang buat aku macam nak gelak ade, pastu macam nak jeles ade bila die tanya pasal incek hubby, " Dia ke yang glamer mase kat skola dulu dan diminati ramai?". wahhh kelas gitu ko bang. pastu die cakap ade la sorang member die ni kemain la minat nak mam*** kat incek hubby ni mase skola dulu. tapi just secret admirer jela.



* Incek hubby glamer tau dulu. jangan main-main. ngehehehe.



Aku risik-risik lagi. pastu die cakap dulu incek hubby ni jenis tak layan pompuan. ayat tak bleh blah die, " Biasela kan, orang glamer mane nak pandang pompuan macam kitorang ni ". boleh gitu? aku nak gelak je baca mesej die. tapi aku akui sume tu. first time kenal incek hubby pun die pandang-pandang dari jauh je. tak berani nak tegur. siap pakai orang tengah lagi bagi no fon. muahahaha.




Pas berbalas-balas mesej, die masih lagi tak puas hati selagi tak confirmkan yang incek hubby ni la orang yang die maksudkan. die siap tanya kawan die yang duk minat gile kat incek hubby tu. dan akhirnye kawan die sahkan incek hubby adalah jantan malaya yang dipuja-puja dulu. yang kelakarnya die siap ucap tahniah kat aku sebab berjaya memenangi hati jejaka idaman malaya suatu masa dulu. hahahaha sakit perut gelak.



* Tahniah ye sebab berjaya memenangi hati jejaka idaman malaya. hahahha.



Pastu aku cucuk lagi. aku tanye sekarang kawan die yang minat dengan incek hubby tu dah kawin ke belum. die cakap masih bujang. DAN SAMPAI SEKARANG MASIH MEMINATI INCEK HUBBY!!! erkkk. apakah? pale otak aku dah mula fikir bukan-bukan. ishhh tak baik syak wasangka dengan orang. think positive ok!




* Berfikiran positif lebih baik.



Pastu kitorang dah takde mesej-mesej. maybe die dah puas hati kot. sepanjang aku ber-mesej-mesejan dengan minah tu, aku tak bagitau pun kat incek hubby. tetiba semalam tergerak hati nak cite. ikutkan hati malas sebab dah tau sangat die tu camne. pantang dipuji. tapi nak gak share. 



Die senyum sinis je pastu gelak. pastu die marah aku sebab duk melayan budak tu. alaa aku layan pun atas dasar kawan lama. kitorang penah 1 skola dulu kan even aku tak cam die yang mane satu. pastu sampai la nak ke tido incek hubby cite skit-skit sejarah die mase skola dulu. bukanla maknanya sebelum ni aku tak tau cuma ade la tambahan skit. aku layankan aje.



* Borak sampai tertido.



Yang aku menyampah bile die cakap, " Sayang kene berbangga dapat suami yang dipuja ramai ". cetttt. ni yang malas nak cite ni. ade je hidung yang kembang setaman. pastu aku saje kenen-kenen die, aku bagitau budak pompuan yang minat die tu masih single. die balas, " Yeke? sayang tolong nguratkan leh tak? ". aku cakap, " Leh je. dengan syarat, dalam akaun bank aku wajib ade RM10k sebulan ". muahahaha. mata duitan tul aku. sempat aku memberi cubitan berbisa kat perut die. padan muka.




Tapi sampai sekarang aku masih tertanya-tanya ape motif minah tu bagitau aku sume cite tu kan. siap detail lagi. pastu beria-ia bagitau yang kawan die tu minat sangatttt dengan incek hubby sampaila sekarang. macam ade udang di sebalik mee je. haissshhhh think positive!!




* Wondering.



Lupakan jela. benda dah lepas kan. yang penting kejujuran dan kesetiaan tu penting. aku bukan jenis queen control. ko dah beso, ko leh fikir mane baik, mane buruk. so takyah aku nak bebelkan. lagipun buang mase je nak fikir benda-benda ni sume. tak mendatangkan hasil. incek hubby pun dah bising-bising tak bagi layan sume tu. 




* Tak suka memuji apatah lagi dipuji.  


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat