Assalamualaikum sume. ;)
Yey! hari ni dah hari Khamis. sok ari Jumaat. pastu cuti raya!! sangat excited okeh! ala korang pun kan. ;P
Plan awal incek hubby ajak balik Kluang hari Ahad kan. tapi hati aku ni dah tak sabar sangat nak jejak kaki kat umah mak aku. so, kelmarin aku memulakan sesi pujuk-memujuk.
Korang ingat aku terus cakap ke? idaaakkkk. berjam-jam aku fikir ayat terbaekkk punye yang boleh buat incek hubby tak cakap banyak dan terus setuju untuk balik awal ke Kluang. fikir punya fikir, malam pas die balik terawih tu, aku pun duk kenen-kenen. nak cakap, taknak. nak cakap, taknak.
Lame gak aku duk menebeng celah dia tapi tak cakap ape-ape. die pun buat dekk je sebab dah biase menebeng gitu kan. aku lak sampai berpeluh-peluh nak keluarkan ayat. padahal ape la sangat incek hubby tu kan. yang ko takut kemain nape.
Aku bukan takut ape. tapi aku takut nak terima penolakan. lately ni emosi aku cepat nau terusik. cepat je airmata ni nak mengalir. ngengada kan. so, thats why aku kena fikir ayat yang paling bagus dan boleh melembutkan hati incek hubby yang takdela keras mane pun. aku lagila keras. ngehngehngeh.
Setelah aku hampir-hampir sesak nafas sebab jap-jap tarik nafas panjang-panjang, maka aku berjaya gak mengeluarkan ayat,
" Abang...sayang ada 1 permintaan la...boleh tak?"
Ceh! fikir sikit punye lama tapi kuar ayat tunggang terbalik camtu. apakah? incek hubby tanya balik,
" Apa dia?"
Sambil mata ngadap TV. tak dipandang bininya ni yang duk terkebil-kebil tengok die. muka pucat lesi agaknye. adoiyai.
Aku tak cakap. aku diam je. incek hubby ulang balik pertanyaan die. aku senyum-senyum kambing. alaa senyum yang macam tak berapa nak senyum tu. last-last leh plak kuar dari mulut aku,
" Tak ade ape-ape."
Wallawei diela oiii. punyela sengal. pastu dalam hati aku memaki hamun diri sendiri. come on la diela! u can do it!
Tetiba ade lak kekuatan. dengan nada sayu yang antara dengar tak dengar, aku cakap,
" Emmm...boleh tak kalo kita balik Kluang hari Sabtu?"
Dada dah nak pecah dah time tu. dalam hati, please dont say no! please! kalo die cakap no je, aku yakin aku akan nangis kat situ gak. serius okeh! aku tak suka penolakan di saat itu.
Tetiba incek hubby gelak. uikk lawak ke? die tanye lak,
" Nape nak balik cepat?"
Aku balas,
" Tah...rasa nak balik cepat...rindu kat mak."
Peh! alasan baik punye. confirm die tak leh kata no. tapi serius memang aku rindu gila kat family aku. susah woo nak jumpa. time cuti panjang jela leh balik. takat cuti 2,3 hari takde maknanya. pastu incek hubby cakap,
" Okla, kita balik petang Sabtu tu."
Yeyyy!!! rasa nak melompat tapi aku tahankan. kang die berubah fikiran plak bila tengok perangai tak senonoh bininya melompat. tapi senyum dah sampai ke telinga. fuhhh! lega. ade hikmah rupenye bila aku rasa susah nak cakap. bila aku main redah je, memang selalu di-reject oleh incek hubby. hmmm pasni dah tau camne nak bagi die lembut hati. hehehe.
Tapi tak leh buat selalu sangat. kang tak jalan. sekali-sekala lehla. kalo dah terdesak sangat. tapi incek hubby ni jenis yang lembut hati. senang je nak pujuk dia. cuma di kala dan saat ni aku memang tak leh terima penolakan. tahla. die gurau skit aku dah mula nak nangis.
Sebab tulah susah kemain nak cakap. selalu tu ok je. biasela orang pompuan kan. emosi cepat sangat berubah. pagi ok, malam tak ok. penting bagi partner kita untuk faham diri kita. kalo tak faham, camne nak idup same kan.
* Kadang-kadang merajuk itu perlu untuk buktikan yang kita pun ade perasaan.
biasa la .. nama pun perempuan =)
ReplyDelete