Wednesday, June 30, 2010

~ Spesis liat bayar hutang ~

Hai...




Tiba-tiba aku rase nak meluahkan perasaan plak sekarang ni. bukan perasaan cinta ye. tapi perasaan menyampah dengan spesis makhluk yang suka pinjam duit orang tapi tak reti-reti nak bayo balik. time mintak kemain la merayu melutut segala bagai. aku ni korang paham-paham jela. cepat no rase kesian. tanpa banyak soal terus je bukak purse. time tu langsung tak fikir akan kene tipu ke ape ke. memang niat ikhlas betul la nak nolong kan. time tu memang belum gaji lagi. aku fikir agaknya die memang dah sesak sangat kot.




Ikut perjanjian asalnya dia sendiri yang berjanji nak bayo lusanya kalo tak silap aku. sebab esoknya dah gaji. so lusa lehla bayo balik. aku ok je. takdela banyak mane pun die pinjam. tak sampai pun RM100. aku bukan kisah pasal benda tu tapi aku rasa macam tertipu plak. seolah-olah macam duit tu bukan pinjam tapi aku sedekah. rasenye aku takde plak cakap "takyah bayo la ye. saya derma je."




Masa hari kejadian tu, aku balik-balik rumah je terus cite dengan incek hubby. time tu aku takde syak wasangka lagi tau. just nak share je. tetibe incek hubby menunjukkan reaksi macam aku baru pas cite lawak plak. die senyum sinis je. dia pun cite la yang dulu puas dia kene tipu. mula-mula pinjam cakap nak bayo. tapi sampai ke sudah habuk pun tarak. pastu bile terjumpa leh plak buat selamba badak macam takde ape-ape yang jadi. kalo aku la kan, rase nak je sumbat muka ni dalam handbag. malu ko tak bayo hutang. tapi mase mula-mula dengar incek hubby cakap tu aku tak caye tau. aku cakap takkanla orang tu nak tipu aku. tengok gaya macam susah betul. tapi incek hubby cakap, "Kita tengok jela nanti." skali betul ko.





Pastu aku gelak bila dengar 1 cite ni dari incek hubby. ni cite mase zaman die remaja dulu la. mamat sorang ni memang dah penah pinjam duit dia dalam RM100 camtu. tapi dah berbulan-bulan tak bayo. bile jumpa buat tak tau je. penah gakla incek hubby pancing ayat bagitau tengah sesak takde duit. tapi die buat-buat pekak je. pekak betul baru tau. pastu ade 1 hari tu mamat tu cakap dia tengah sesak. nak pakai duit. konon-konon macam bagi hint la kat incek hubby supaya bersimpati dengan dia. tapi incek hubby bolayan. last-last dengan muka tak malu dia nak pinjam lagi dengan incek hubby. incek hubby bagi skali, " Aku ada seratus. tapi kat ko. dah berbulan tak bayo." haaaa hamik ko. terus berubah muka. start hari tu terus tak penah pinjam lagi. hutang lame tu kire halal jela.





Tak sangka aku ade orang camtu kan. kalo hutang sesama adik-beradik tu lain cite la kan. dalam family takpe. ni dengan orang luar. tak takut ke dibuatnya orang tu tak halalkan ke. sampai ke kiamat ko bawak hutang tu tau. nauzubillah. mustahil la leh lupa kan. aku ni kadang-kadang ade gakla hutang bile beli baju ke tudung ke kat cikgu skola ni. sebab leh bayo 2,3 kali kan. tu pun asik duk teringat pagi petang siang malam. takut no kalo-kalo sok mati tak sempat nak bayo. isshhh takut.




Yang pasal kes aku ni plak lebih kurang jela macam cite kat atas nun. bile terjumpa buat muka selamba. masuk hari ni dah nak dekat sebulan gakla. bila aku cakap kat incek hubby, die balas ayat yang memang aku tak suka dengar, "Kan abang dah cakap." sambil tersenyum macam gelakkan aku sebab mudah sangat tertipu. eleh die tu dulu lagila kuat kene tipu. huhu. tu membuktikan yang kitorang ni baik hati tau. hehe.




Elok-elok aku berprasangka baik je dengan hamba Allah ni, tak pasal-pasal timbul rasa tak suka. hilang terus kepercayaan aku pada orang sekeliling. incek hubby pesan, pasni kene lebih berhati-hati lagi. kadang-kadang kita memang perlu kesiankan orang yang susah. tapi paling penting kesiankan diri sendiri dulu. tak salah untuk pentingkan diri sendiri dalam kes camni. yela takkan korang sendiri pun dah sesak, ade hati lagi nak tolong orang kan. menolong biar berpada.




* Tak cair dah dengan pujuk rayumu. huhu.



~ Suami gila perfume. Isteri gila handbag ~

Hai again...




Baru habis buat sesi kaunseling dengan student. kalo pagi-pagi memang otak aku fresh lagi. diorang cite pun aku masih boleh fokus 100 percent. tapi kalo dah masuk tengahari nak ke petang, mintak maap la ye nak. mata dah layu, otak jadi lembab. thats why aku lebih suka panggil student or open session time pagi-pagi camni. semangat pun tinggi je. hehe.




Sape suami ngan isteri yang gila tu? haha. takkan aku nak meng-gila-kan orang lain plak kan. dah tentu la tuan empunya belog ni dengan incek hubby dia. lately ni aku banyak sangat survey handbag online. terutamanya dalam FB la. ade je page shop yang jual handbag. dah name pun pompuan kan. padahal baru je hari tu incek hubby belikan handbag. ni aku dah terpikat plak kat handbag lain. huhu. kalo dia tau mau kene bebel aku ni.





Actually incek hubby membebel pun bersebab. setimbun gak ar handbag-handbag lama aku dah tak pakai. aku ni jenis bila dah dapat beg baru, aku asik melenjan dengan beg tu jela. beg lame terus dilupain. huh habis madu sepah dibuang. sampaikan ada 1 handbag Guess tu terkoyak-koyak kulitnya sebab lama sangat terperuk. sedih gak aku. incek hubby plak macam biase la mula mem-bunyi-kan sirennya (membebel la). dia cakap pasni takyah beli lagi handbag mahal-mahal. beli kat pasar malam je. nak pakai sebulan je pun takpe. hukhuk.




Alaa biase la laki marahnye jap je. kalo tak, takkan la dia belikan aku handbag baru kan. RM300 lebih gak melayang. tu pun dia warning awal-awal jangan bila dah dapat handbag baru, handbag lama buang plak. kalo taknak, sedekah kat orang Gaza nun. huihh sayang wey. sume handbag tu ade sentimental value tau. ade yang hadiah mase tunang, mase kawin, mase bercinta. takkan la nak bagi kat orang kan. idok leee teman.






Eleh kalo time wife die ni beli handbag tau plak nak bising ek. dia tu pas 1, 1 perfume die beli. takde plak aku bising tak tentu hala. aku siap bagi galakan lagi ade la. siap tolong pilih bau yang best. setakat ni je dah dekat 10 botol perfume dia. tapi 1 je yang aku nampak dah luak sikit. yang lain tu jadi pameran je. ade aku bebel? takde kan. (aku bukan ape. bile aku bagi sokongan padu kat dia, aku lehla tumpang semangkuk beli handbag. tu yang die belikan tu. kekekeke.)






Tadi aku ade ternampak handbag Coach dalam FB yang sangat-sangat menggiurkan aku. gred AAA. bukan ori la ye. mak tak mampu nak beli yang ori nyah oiii. yang gred AAA ni pun rege mak aihhh. separuh hati aku yang baik ni cakap jangan beli. membazir. kang pakai jap je pastu terperuk lagi dalam kotak. yang sebelah lagi ni plak mati-mati suh aku beli gak. dia cakap "PEDULIKAN PASAL DUIT!!" duit boleh dicari tapi handbag bersilih ganti. wahahahaa pandai plak hati aku ni bermadah ek. tahla. kan ke aku kene berjimat sekarang ni.





Ye. aku kene berjimat. jangan terpengaruh dengan hasutan anasir-anasir luar yang jahat ni. huhuhu. tapi kalo beli handbag yang murah-murah dalam seratus dua leh kot. ngeeeee. ;)




Tapi ramai yang cakap handbag Coach dah bersepah orang pakai. kire dah tak bestla. yela kan aku cakap aku ni bukan kaya macam diorang tu yang dah berzaman bergelumang dengan handbag mewah-mewah. sesekali jela dapat pakai. tapi tak patutla kalo sampai memperlekehkan orang lain sebab dianggap ketinggalan zaman. tu kan hak masing-masing. kalo ko dah banyak sangat duit, ko beli jela kilang handbag tu. pastu handbag yang dah season sume ko campak kat kitorang yang mesekin ni ekkkk. 




* Nampak bijak sangat, rupanya mentaliti OUT!!!
 


~ Baju raya dah tempah. Puasa dah ganti? ~

Hai eberibodi...




Pejam celik pejam celik dah abis bulan 6. esok masuk bulan 7. pastu bulan 8 start puasa. bulan 9 plak raya!! haihh cepat tul mase berlalu kan. aku rasa baru je lagi awal tahun. sedar-sedar dah pertengahan tahun. 



Dalam duk terleka tu minggu lepas baru aku teringat yang aku tak ganti puasa lagi!! gile betul. biasa macam tahun-tahun sebelum ni awal tahun aku dah abis ganti. tahun ni leh plak die lupa. aku ingat nak start puasa dari hari Isnin ari tu tapi ada hal yang perlu diselesaikan yang tak mengizinkan aku untuk berpuasa. so aku start hari Selasa (semalam la). hari ni pun sama. aku nak puasa direct minggu ni sampai minggu depan. lump sum 7 hari. 




 Time puasa ni aku leh rilek sikit. takdela rilek mane pun. balik keje lepak jap. terlelap barang sejam dua. pastu terus ke dapur masak untuk berbuka. masak sempoi-sempoi jek. time puasa makanan sempoi pun nampak sedaaaap la sangat. hehe. hari ni aku dah plan nak buat bubur nasi. lauk plak telur masin, kangkung goreng belacan ngan sambal ikan bilis. pehhh terliur beb. actually aku dah banyak kali masak camtu. incek hubby memang suka. 



Kan sekarang ni aku kene berjimat-cermat. raya pun dah dekat. banyak kene spent tau. nak balik kampung lagi. duit raya lagi. baju raya yang bertempah pun belum amik lagi. beribu dik oii mak kene spent. yela aku ni bukan orang kaya macam sesetengah orang tu. nak apa je sume dapat. aku kalo nak sesuatu tu kene usaha baru leh dapat. 



Emm korang korang tu dah ganti puasa ke belum? banyak kebaikannya berpuasa dalam bulan Rejab ni. takut plak kalo tangguh-tangguh nanti terlupa terus. sebab ralit sangat nak raya. baju raya dah siap. sofa dah order. rumah dah cat. kuih dah tempah. tapi puasa dah ganti?




* Tepuk dada, tanya iman. ;)



Tuesday, June 29, 2010

~ Cuci-cuci mata jap ~

 Ni view from Skybridge KLCC ye.



 Nampak yang lelaki tengah-tengah tula Pengetua aku.




 3 aweks yang tak reti penat posing.




 Ehem. maaf ye saya dah berpunya. wakakaka tak bleh blah.




 Lagi dan lagi.




 Ni mula-mula masuk Aquaria KLCC. kalo berani touch la ikan-ikan tu. aku malas (padahal takut). haha.




 Ye. ticer padilah ni yang heret aku ke sana ke mari untuk berposing. sila salahkan dia. hehe.



 Dalam terowong. masih dalam Aquaria.



 Nak bergambar dengan shark tu skali dia leh buat drift plak. malu la konon. 



 Sempat posing jap depan Muzium Negara.



 Agak-agak korang ni tengkorak betul ke dummy je?



 Dalam FB gambo ni menjadi pujaan ramai. masing-masing pakat mengenakan sesama sendiri. hahaha. aku yang mulakan.



 Sila jangan bosan melihat wajah-wajah ini ye.



 Ni student 5 Sains.



 Ngeri tak? kalo korang masuk Muzium Keranda ni, lagi seram dengar muzik dia.



 Hihihhiihihi.



Ni gambo last aku snap sebab pastu kitorang bertolak balik. kanan skali yang pakai cap tula En. Wira yang uruskan sume ni. dia baikkk sangat. ;)




* Actually banyak lagi gambo tapi aku tak kuasa nak tunggu dia abis upload. ni pun dari pagi sampai ke tengahari baru siap. kalo korang nak tengok lebih lagi korang klik je kat sini ok.


~ Mak budak bawak budak-budak makan angin ~

Hai kamu kamu...



 
Rasa macam dah lame je tak hapdet belog kan. kire 3 hari tu lame la. entri kali ni aku nak cite pasal school trip aku and students ke KL Sabtu lepas. actually gambo-gambo sume aku dah upload dalam FB. tapi aku masukkan gakla sikit kat sini. tak meriah plak kalo takde gambo kan.




Bas bertolak dari skola kul 6.15 pagi. awal ko. sebab nak kejarkan masa sebelum kul 10 pagi mesti dah sampai KLCC untuk breakfast kat sane. aku tunggu bas kat Raub sebab incek hubby lebih suke meredah jalan ke Raub daripada ke skola aku. mase lebih kurang je. lagipun bas tetap akan lalu Raub so watpe aku nak patah balik plak kan. 




Oh lupe nak mention yang trip kitorang ni diuruskan oleh Wira Travel Agency. siap pakej sume. bas, makan, tiket, segala bagai sume diorang dah uruskan. kitorang tau jalan je. kos dalam RM5440 untuk 88 orang. kan murah tu. students just bayar RM35 je sorang. kire diorang bayar untuk masuk Aquaria jela. yang lain sume free. makan plak ade 3 kali. breakfast, lunch ngan minum petang. makan sedap. tak rugi amik dengan agensi ni. 




Sampai je depan KLCC terus masing-masing melantak mi goreng. sedap wey. eh aku lupe nak bagitau yang trip kitorang ni dijoin oleh Pengetua tau. haaa jangan main-main. korang penah jumpe ke Pengetua yang sporting beria-ia nak ikut kitorang pegi lawatan. siap die yang suggest tau. haha. pastu GPK sorang. yang lain cikgu cikgi. 




Pas kenyang melantak, kitorang dibawak En. Wira (Boss Wira Travel Agency) terus ke Skybridge KLCC. alaa bridge yang menghubungkan 2 tower tu la. aku ni jenis lasak so takdela gayat-gayat. yang tak syoknye kitorang kena split 4 groups. just 20 person skali naik. tak kisahla tu. group aku turn kedua. nak naik benda alah tu kemain la susahnye. security ketat gila. siap kena scan harta benda segala bagai. dah macam nak naik flight plak aku rase. pastu aku gatal-gatal mulut tanye nape ketat sangat security nye. akak security tu pun cakap dulu tak ketat camni tapi pas serangan 11 Sept tu terus jadi camni. oohhh no wonder la. ade ke sape-sape yang tak tau pasal serangan 11 Sept tu? mak aihh korang ni. tak bace paper ke ape. 





Tengah sedap-sedap berposing sakan atas tu, dah kene turun plak sebab group seterusnye nak naik. haihhh aku rase tak sampai pun 15 minit. baru bape puluh keping gambo. hehe. tapi memang berderet ko orang yang tunggu turn nak naik. aku menggatal mulut gak tanya lagi memang tiap hari camni ramai ke? dia cakap kalo weekend memang camni la. kul 4 pagi dah ade yang beratur nak amik tiket. kul 4 pagi ko!! pastu dia cakap paling lewat ko kena tunggu sini kul 7 pagi. padahal benda alah tu bukak kul 9 pagi. tiket free je ye dik. cuma kena rebut je. sape cepat, die dapat. memang tu tagline diorang. haha klaka kan? aku pun macam sedikit pelikla kenapa la diorang ni sanggup tunggu kemain lama semata-mata nak duk atas bridge tu untuk 15 minit je. berbaloi ke? yela name pun tourist kan. cube kalo ko pegi China ke. mesti diorang pelik tengok kenape ko sanggup menapak kat Tembok Besar diorang tu. kan ke penat. hehe. 





 Pastu kitorang beli souvenior sikit untuk students and untuk diri sendiri. agenda seterusnya ke Aquaria. dalam KLCC gak. masuk kali ni dah 3 kali aku masuk Aquaria ni. sampai dah naik hapal. budak-budak ni suke la sebab tak penah pegi. yela ko duk jauh dari bandar. tu yang kene selalu buat trip untuk diorang ni. bagi pendedahan sikit pasal dunia luar. time dalam Aquaria ni aku dah start selsema. duk tenyeh hidung dengan tisu je. pas satu, satu. tapi bab begambo tak leh miss. dalam tu gelap so tak nampak la hidung aku merah macam baru pas kene tumbuk. haha. bergilir-gilir snap gambo. jap kang aku tolong snap gambo ticer padilah. pastu die plak. budak-budak tah kemana. hehe.




Pastu cari souvenior lagi. aku malas nak beli ape-ape sebab dah ade banyak souvenoir Aquaria mase pegi sebelum ni. pastu nak beratur kemain la panjang. dengan budak-budak skola rendah yang buat trip ke situ gak. haihh dah macam pasar ikan aku tengok. tak tahan, aku kuar. lega dapat duduk. aku tengok time tu masing-masing dah melepek. Pengetua pun dah kepenatan. lapo pun ye gak. tengok jam dah kul 1.30. pas kumpul budak, terus kuar tunggu bas depan KLCC. En. Wira bawak kitorang pegi Tasik Titiwangsa plak. lunch kat sane. nyaman sungguh. makan sedap plak tu. 





Dah burrrpppp, terus ke destinasi seterusnye. memang takde nak rilek lenggang kangkung ek. jadual pack sangat. petang mesti dah bertolak balik Lipis. kitorang ke Muzium Negara. ikutkan jadual asal ke Petrosains tapi batal plak. ganti dengan Muzium. aku ni bukan suke sangat sejarah. dulu mase skola pun memanjang fail. hehe. tapi masuk sebab nak bergambo je. Muzium Keranda yang best sikit. seram je masuk situ. budak-budak tu name je bergambo dengan keranda tapi suke kemain. 




Pusing punye pusing, aku tengok cikgu cikgi lain sume dah melepek kat luar sambil makan-makan. jap je dah lapo balik. aku ape lagi, beli rojak buah, jagung rebus, air. share ramai-ramai. best. macam biasa kumpul budak, naik bas. last tu baru amik gambo dengan En. Wira. dia siap bagi 1 booklet lagi info pasal harga tiap tempat kalo kita nak travel. macam Beijing bape, Indo bape. sume la. bagus betul la die kan. layanan pun first class ko. ko bayang la die tu boss. tapi sanggup follow kitorang ni dari pagi sampai ke petang. muke senyum je. kalo kitorang lambat pun die rilek je. dahla kaya. heheh. 




Balik tu even dah penat pun sempat gak singgah Giant Batu Caves. incek hubby memang awal-awal suh beli pizza. masuk-masuk je nampak Dominos. aku tak penah try. orang cakap sedap. belila 1. time kat sini hidung aku dah gatal tahap kemuncak. tisu dah yilek. menggagau aku cari kedai jual tisu. time tu muka aku dah macam ape. sampai cikgu sorang ni tegur ingat aku demam ke nangis. haha. mujurla jumpe kedai jual tisu. aku mintak 2 terus. pastu terus masuk toilet bagi reda sikit hidung aku ni. 




Kuar-kuar aku tengok yang lain takde. dah terpisah masing-masing. aku ternampak plak kedai jual handbag and wallet. sebelum ni memang aku plan nak belikan incek hubby wallet sempena besday dia. kat KLCC tadi tak sempat. so dah jumpe kedai ni aku pun tengok-tengok. ade plak brand Renoma yang aku memang nak tu. aku beli 1 set terus dengan belt. aku suh die balut cantik-cantik. thanx to cik adik yang entertain aku tu. sabo melayan aku yang cerewet gile ni. haha. tengok jam dah dekat kul 7 petang. janji dengan diorang kul 7 mesti sume dah naik bas. laju le aku jalan ke bas. dahla jauh ko. nasibla aku pakai baju kurung. kalo pakai jeans, dah lame aku lari. haha. 




Gerak balik Lipis. stop kat Genting Sempah solat Maghrib. kang aku turun kat Raub gak. incek hubby tunggu kat sana. Pengetua pun turun kat Raub sebab die memang duk sane. sampai Raub lebih kurang kul 9.15 malam. sampai Lipis dalam 10 malam. mandi-manda. lepak. incek hubby membebel nape belikan 1 je pizza tu sebab die cakap sedap. haihhh ari tu aku beli 2 die bebel cakap membazir. aku cakap makan jela sume. aku memang dah kenyang. aku rasa 1 slice je. last-last die pun makan tak abis. kalo beli 2 camne la gamaknye. huh. 




Tula sedikit sebanyak cite pasal trip aku tu. ala mesti ade yang cakap baru trip ke KLCC dah bising. orang lain trip ke London segala bagai takde pun kecoh macam ko. ehhh ade ke aku bising-bising dalam belog korang? takde kannn. ni belog aku. so sukati aku la nak bebel ape-kebenda pun. tak makan space belog korang pun. plus, belog aku ni dah jadi tempat catatan harian aku. ape yang aku buat sume aku sumbat dalam ni. so kalo korang nak bace, bace diam-diam. kalo taknak, baaaaanyak lagi belog lain untuk dibace. tiada paksaan kay.




* Lenkali la aku masukkan gambo ek. line lembabbbb gile. tak kuasa den nak nunggu weh. tak pun usha je dalam FB aku ye. ;) 



Friday, June 25, 2010

~ Hepi besday ABANG ~

Hai and good morning kawan-kawan...




Pagi ni a bit hepi sebab today is incek hubby nye besday. malam semalam lagi aku dah wish even jam blum pun kul 12 tengah malam. kekeke. sebab mata dah ngantuk nye pasal, dalam 11 lebih gitu aku nyanyi lagu besday kat dia dengan sore yang agak ke laut. haha. 




Pastu leh plak incek hubby buat-buat terkezut. siap tanya aku lagi ye ke esok besday dia. haihh nyanyuk ke orang tua ni. pas dia tengok date kat handphone baru caye. pastu tanya lak mane hadiahnye.





Aku sengih je. aku cakap hadiahnya kasih sayang yang tak berbelah bagi dari aku. hahaha. poyos kan? memang aku ingat nak belikan something untuk incek hubby pengarang jantung aku tu. malas nak fikir banyak-banyak, aku pun tanya direct je dia nak ape.




Dia balas,
"Abang rasa nak tukar wallet la."




Wallet je ke? cehh soalan. sebenarnya ade cite di sebalik wallet incek hubby tu. wallet tu kire baru gak lagi. cumenye dia jadi buruk sebab aku lupe nak kuarkan dari suar time basuh suar tu. haa hamik ko. dengan sume kad dalam tu lunyai termasuk i/c. i/c tu sampai nak terbelah dua. hehe. puasla aku kene bebel dengan incek hubby. aikk salah die gak apsal bukak suar tak cek dulu. kalo ade pencurik dah lame kene tibai tau. yang aku plak dengan selambe je campak dalam mesin basuh. pagi-pagi dia puas cari kat mane wallet die. aku tergerak hati nak cek dalam suar die yang baru pas basuh tu. lencun ko. hahaha. aku pun sidaila duit-duit yang basah tu. name card org sume hancur. 





Tu cite time baru je pas kawin kalo tak silap aku. yela time tu masih belum biase lagi jadi wife kan. pas dari tu tiap kali aku nak basuh baju aku make sure sume kocek kosong. tapi kadang-kadang terlupe gak. tau2 mesin tengah gerak, kelentung kelentang dalam tu. skali bukak bertabur duit syiling. haha. jahanam mesin mak.






Kire ok la wallet tu incek hubby pakai sampai ke hari ni even dah sedikit lunyai. so lehla nanti aku belikan wallet untuk dia. ingat nak beli Renoma nye. aku penah tengok sebelum ni. nampak cantik. tapi korang tau-tau jela mane ade kedai Renoma or yang seangkatan dengannya kat Lipis ni. nak taknak kene pegi KL gakla. 






Oh ye. sok kan aku bawak budak untuk pegi lawatan ke KLCC. lehla menyopping skali kan. hmmm right timing. tapi incek hubby aku ni cerewet skit. memang jarang la pilihan kitorang ni same. die suke, aku tak suke. aku suke, die tak suke. tapi awal-awal incek hubby dah cakap kalo nak beli pegi dengan dia. dia nak pilih sendiri. hamboih. demand nampak. camne la nak wat surprise camtu kan. aku takut ape yang aku beli tak menepati selera die. korang jangan ingat bile dah kawin ni sume korang tau. tak taula laki korang camne. tapi laki aku camnila. aku sendiri tak paham selera die. 






Dah dah. membebel je aku ni dari tadi. kalo la laptop ni leh cakap agaknye bingit tinge korang ek. haha. ok see u alls next entry kay.




* Tetiba rasa nak tukar purse gak. ngeh ngeh ngeh.



Thursday, June 24, 2010

~ Need some ideas. plsssss ~

Hai again...




Nak mintak tolong sikitla pada pembaca-pembaca belog aku ni. tak susah pun pertolongan ni. just nak idea je dari kamu kamu sume.




Alkisahnya sok 'big day' incek hubby yang ke 28 tahun. dah tua kan? hehe. tapi muka stitull nampak macam budak tingkatan 2. haha. oh ok, jadinya aku nak korang share sikitla idea hadiah ape aku nak bagi kat dia esok. harga tak penting. yang penting sentimental value tu. pastu benda tu dia berguna pada dia untuk jangka masa panjang. bukan dapat hari ni, sok abis. macam coklat ke kek ke. tapi kek memang nak belila. 





Ok, aku listkan apa barang yang aku dah pernah bagi kat dia kay. termasuk barang yang aku bagi bukan time besday dia.



1. Perfume
2. Baju (T-Shirt & Kemeja)
3. Tie
4. Sport Shoes
5. Handphone
6. Jam


 
Ada lagi rasenye tapi aku tak ingat. huihh banyak rupenye aku dah melabur kat die. kalo cari orang lain gak aku tak taula. wajib dituntut tu. haha. 





So tulah antaranya. benda-benda basic sume aku rasa dah penah bagi. especially baju. sampai die pun cakap pasni taknak baju lagi dah. hamboih leh plak pilih ek. sukati aku la. haha. 





Hope kamu kamu sume pembaca yang budiman, kongsi-kongsila pengalaman korang dgn aku. sume pandangan akan diterima dan dipertimbangkan. tapi biarla yang realistik ek. jangan macam member aku sorang tu. ade ke patut di-suggest-nye bagi kete. kalo depan mata dah lame kene tamparan wanita aku ni. haha. 




*Nak buat surprise tapi selalu tak jadi. hehe.
 


~ Kebahagiaan Dalam Perpisahan ~




Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan



* Tak obses. cuma minat sikit je. ;P



~ Blogwalking buat aku lapar ~

Hai sume...




 Sementara takde keje ni aku sambung blogwalking lagi. banyak belog aku jumpa dari belog abg ben. kalo korang tak tau dia memang banyak promote belog orang lain dalam belog dia. baik hati betul abg ben ni kan. hensem plak tu. oooppppsss terlebey sudaa.





Jalan punye jalan banyak plak aku terjumpa dengan belog yang sume entrinya cite pasal makanan. sedap-sedap plak tu. memang pandai masak la owner belog tu. aku sampai terliur-liur tengok. terus rase bersemangat nak try resepi tu. sekarang jela semangat. balik umah kang adoooo.




Antara resepi yang menarik hati aku aiskrim goreng. mudah dan cepat nak sediakan. kreatif betul la dia kan. kalo korang nak resepi tu klik kat sini ok. bile-bile mase je korang leh try buat. tapi make sure umah korang ade peti ais la. tu ingredient yang paling utama. hehe. aku pun dah terliur je ni. mengidam ke? haha. time tengah lapo sume benda nampak sedap. balik ni rasa nak try buatla. first kene beli roti and aiskrim dulu. yummy!!




Tiba-tiba aku teringat malam tadi aku makan toasted pocketful KFC nye. sedap ko. aku sampai tak abis-abis makan sebab beso sangat. tapi bagi aku memang sedapla. tak rugi beli. camni ha rupe die. 


 
Terliur tak? terliur kan? hehe. saje je nak bagi korang lapo. semalam aku makan separuh je. separuh lagi aku simpan dalam fridge. balik kang masuk microwave, pastu masuk mulut aku. haihhh dah teringat-ingat je ni. takkan mengidam kot. tapi kalo betul ape salahnye kan. lagi aku suke. ;P




Aku memang jarang makan kat kantin skola. menu tak seberapa tapi mahal gile. pastu kuar-kuar je 1 badan bau lauk. tak selesa dibuatnya. aku selalu beli kat kedai dekat dengan umah je. bawak pegi skola, makan dalam bilik. kadang-kadang angkut ke bilik guru share dengan diorang.




Tapi ni macam dah lapo sangatla. rasenye macam kene turun gak ke kantin ni. lambat lagi nak balik. mau mati kebuluran aku kang. aku pegi makan dulula ek.



* toasted pocketful... toasted pocketful... toasted pocketful...


~ Blog Make-Over ~

Hai kawan-kawan...





Hari ni bukak-bukak je belog, macam biase aku terus blogwalking. especially belog-belog yang memang aku follow. syok bace pasal orang. tak kenal pun leh jadi macam kenal rapat je. hehe.





Pastu macam sebelum-sebelum ni gak, aku cari website untuk cantikkan belog aku yang tah-hape-hape ni. tiap ari memang ade je benda baru yang aku tambah or ubah. aku tak taula kalo kamu kamu sume pening kepala bila tengok belog aku ni. hehe. harap-harap tak la ye. paham-paham jela kami budak baru belajar.





Oh, nak cite pasal malam tadi sikit. aku ade mention tak yang malam tadi aku tido sorang? sebab incek hubby ber-camping baik punye dengan budak-budak pengakap. tapi kul 10 malam camtu incek hubby balik umah jap tengok-tengok bini dia ni kot-kot kene culik ke ape ke. haha. manja-manja jap sambil tengok bola Slovenia vs England. dalam kul 12 gitu incek hubby pegi balik tempat camping die tu. tak jauh pun. dalam 5-10 minit je drive. time tu aku dah mamai nak tido. memang aku suh die teman sampai aku tido pun. cett apeda penakut. ;P





Incek hubby camping sampai hari Sabtu. Sabtu tu plak aku ada lawatan ke KLCC dengan budak-budak skola. naik bas. haihhh laki bini bz memanjang. nasib takde anak lagi. kalo tak sian anak aku asik kene tinggal je. pastu sian gak kat babysitter sebab weekend pun kene jaga anak aku. hehe. 





Eh, aku nak sambung make-over belog aku ni. nak bagi korang lagi pening. haha. sabo jela ek layan kerenah tak senonoh aku ni. nanti kalo dah siap aku post entri baru.






Babai.  ;)



Wednesday, June 23, 2010

~ Kenariku sayang ~

Hai...




Hari ni sebenarnya aku takde mood nak ber-belogging. tapi macam tak best plak kalo tak hapdet something. sebab aku rasa belog ni dah macam diari harian aku je. 




Hari ni aku pegi keje bawak Honda. kalo ikutkan hati memang aku tak kuasa nak bawak. aku lebih suka drive kenari yang comel tu sebab senang aku nak menyelit-nyelit time parking. tapi incek hubby beria-ia sangat nak bawak kenari tu sebab nak bawak masuk hutan katanya. dia terlibat dengan perkhemahan bersepadu pengakap peringkat daerah. huh. sayang sangat kete dia. abis kenari aku tu takpe plak ek redah hutan. sabo jela. 




 Aku sayang sangat tau dengan kenari tu. even tu asalnya kete incek hubby gak. pas aku keje terus jadi hak milik aku. 1 Malaysia kete tu dah redah tau. Alhamdulillah setakat ni masih sihat lagi. takde rosak-rosak lagi. cuma ade bekas eksiden dulu incek hubby cium bontot viva. tapi kenari aku tak teruk sangat. viva tu kemek abis. huhu.




Pastu aku sayang sangat dengan kenari ni sebab dia terrrsangat-sangatlah jimat minyak. lebih kurang macam kancil gak. jadi untuk aku ni yang kena drive hari-hari pegi balik keje dekat 100 km memangla berbaloi-baloi. sehari aku bajet RM10 je. tu pun kadang-kadang lebih. cuba try kete lain. tak dapatla jekkk.





 Tapi ada satu habit buruk aku yang incek hubby sangat-sangat tak berkenan. haha. aku tau bawak je. lain-lain sume incek hubby yang buat. dari basuh kete sampai la ke bahagian tayar ngan enjin. biasa basuh anta kedai jela. sebab kawasan umah aku ni susah sikit nak basuh kete. aku memang malas betul bab-bab nak bersihkan kete tu. bila dah berdaki sangat, macam biasa la aku buat manja-manja sikit dengan incek hubby pastu suh dia anta kedai basuh kete. nasibla dapat incek hubby yang baik hati camtu. kene orang lain mau aku yang kene basuh. huhu. that's why i love him so much. ;P





So sampai hari Jumaat ni aku akan bawak Honda. takpe minyak awal-awal incek hubby dah isikan. aku tinggal bawak je. cumanya aku ni tak biasa drive auto. kenari tu manual.start dari aku belajar bawak kete kt tempat amik lesen kete tu sampai la ke expert, aku memang suka bawak manual. setakat kat bukit tu ape la sangat. huhu berlagak pulak. memangla orang cakap auto senang. tapi aku lebih selesa dengan manual. pick-up pun laju. bila sesekali bawak auto ni tu yang jadi brek mengejut-ngejut je tu. sebab tak biasa. 





Alahai lemah betul bila teringat malam ni kena tido sorang. incek hubby berkhemah dalam hutan. tapi dekat je dengan umah. ala kalo korang nak tau aku ni dah biasa kene tinggal sorang. incek hubby tu cikgu sukan. so kalo awal taun lagila kerap kene tinggal. ni dah kurang sikit. nak buat camne kan. dah namenye keje. redha jela. 



Tuesday, June 22, 2010

~ Orang lain buat, dia pun nak buat jugak ~

Hai...



Eh korang jangan gelak tau tengok hit counter aku tu baru je seciput. sebab aku baru letak. bajet kalo dah lame letak dah cecah puluh ribu la. haha pigi dah. 




Sebenarnye dah lame gak aku nak letak benda-alah tu. tapi asik lupe je. tadi baru teringat. kire aku ni dah ketinggalan zaman la ek. orang lain belog masing-masing berlip-lap-lip-lap segala bagai. aku? hareeemmmm.




Tapi at least aku sentiasa hapdet belog aku dari semasa ke semasa kan. takla kusam berhabuk je. pastu tiap hari aku akan belajar something new untuk belog aku. haah tu yang sampai setting template sampai jadi serabut camtu. gatal sangat tangan. bajet handal sangat. huhu. 




Takpe takpe. slowly belajar. lama-lama nanti okla kot. macam belog abg ben ni. dia cakap dia baru je aktif dalam dunia blogger ni dalam 5 bulan. tapi fan die dah mencanak-canak. kalo korang tengok belog dia simple je. tapi banyak sangat info yang best-best. errr ni bukan bodek ek abg ben. hehe. ikhlas ni. 



So kesimpulan yang aku boleh buat, rupa tu tak penting. yang penting adalah isinya. rupa tu hanya sebagai attraction untuk tarik minat orang supaya baca belog kita. tapi kalo rupa je meghelip segala bagai, tapi isi sume duk mengutuk mengata orang tak guna gak. 




* Belog aku tak cantik? ade aku kisah???



~ Makan bola, tidur bola ~

Hai again...




Meh nak cite sikit pasal bola sempena World Cup 2010 ni. pompuan cite pasal bola? jangan terkejut wehhh. sekarang ni pompuan leh buat ape je yang laki buat tau. no hal la. bola ni small matter je.



Cuma bezanya adalah ke-obses-an laki ngan pompuan pada bola. pompuan memang minat tapi tak la sampai 24 jam mengadap TV, tak makan pun takpe. pompuan minat tapi bukan obses! aku amik contoh diri aku sendiri la. aku start minat bola since France 98. sampai sekarang still amik tau pasal sport tu. lebih-lebih lagi pada team fav aku. nama player, position diorang. tapi aku minat pun ade gak game dia yang aku tak tengok. kalo game tengah malam kan lebih afdhal aku tido je. lainla macam laki. obses tak kene tempat. sok pagi pegi keje mata nak tersembul. 




 Apa yang aku nampak kat laki ni especially incek hubby kan, diorang ni bukan sekadar minat team fav diorang je tau. team musuh main pun diorang layan gak. pendek kata kalo time tu diorang bukak channel sports, pastu ade team ape-kebenda-nama-die pun tengah main, diorang akan layan gak. tak kira la team tu dalam liga Bangadesh sekalipun. pelik aku.




Kalo aku, aku layan team fav aku je. tak kuasa nak tengok yang lain-lain tu. buang maso jo. tapi bile dah jadi camtu, yang jadi mangsanya pompuan-pompuan macam aku ni la. wife yang ade incek hubby yang obses dengan bola. ade 1 hari tu seharian aku tak dapat tengok cite lain selain bola. game yang lepas-lepas, highlight sume dia bantai. mengalahkan coach yang nak kaji teknik permainan lawan. 




Tapi aku bagi can gakla kat incek hubby. sebabnya kesian dia sekarang tengah injured kat lutut. ligamen putus mase main bola kat UPSI dulu. sampai la ni tak baik-baik lagi. so die lepas gian dengan tengok orang lain main bola jela. kadang-kadang ade gak die training budak skola die main. tapi gitu-gitu jela. kalo terlebih sikit kang berdengkot la jawabnye balik umah. wife dia yang comel ni gak kene urut. huhu sempat lagi ko ek. 




Cite sikit pasal World Cup 2010 ni. apa yang aku kaji (cewah), banyak team-team hebat yang tak berapa nak menjadi. awal-awal game dah seri, kalah. team underdog yang nampak lebih bersungguh-sungguh main. maybe sebab motivasi diorang tinggi kot. yela nak lawan dengan team juara dunia macam Brazil, Argentina, Jerman, etc. kalo mental tak kuat, awal-awal ko dah kena balik kampung tau. 




Macam team England tu harap je glamer tapi 2 kali game, 2 kali seri. memang mengecewakan. tak taula diorang lepas tak untuk 2nd round nanti. apa pun aku rasa macam Argentina yang akan ke final nanti. lawan sape tu aku tak pasti. maybe Brazil or Portugal. tahla ni cuma dari pandangan aku. maybe kamu kamu yang lebih terer lagi bab bola ni lebih arif kan. 



* Bagi cadangan pada incek hubby beli TV lain pastu pasang Astro lagi 1. nak tengok bola sampai pagi pun, tengoklaaahhh.



~ Masa untuk berjimat cermat ~

Hai...




Ni aku kat skola. dalam bilik kaunseling. baru pas abis buat sesi kaunseling individu dengan sorang student ni. so now time untuk hapdet belog.
Aku memang serius tau pasal tajuk kat atas tu. ni bukan cobaan. tiba-tiba semalam aku rasa risau and takut. bukan takut antu ye. takut kalo-kalo ada emergency pastu duit simpanan tak cukup. selama ni aku syok je berbelanja time ada duit. tak fikir pun apa yang akan berlaku nanti. 




Tapi aku bersyukur sangat sebab semalam Tuhan sedarkan aku. aku ni jenis bila dah terfikir sesuatu tu terus terfikir-fikir sampai stress. sepanjang malam tadi aku lebih banyak diam. sampai incek hubby pun tegur pelik tengok aku senyap. kalo tak ade je aku bebel. then aku pun luahkan ape yang aku rasa tu pada incek hubby. dia pun akui yang life kitorang ni selesa sangat. sampai terlupa nak beringat. 



Tiba-tiba malam semalam jadi malam perbincangan yang tak terancang plak. kitorang terus amik kertas and pen. terus buat kira-kira akaun masing-masing. bla bla bla. pastu kitorang plan tiap bulan mesti simpan sikit dalam 1 akaun yang khas. tak leh usik. itu untuk emergency or untuk raya ke, balik kampung ke. yela korang paham-paham jela kan kampung aku kat Johor nun. sekali balik kalo takde RM500 takyah mimpi la. 




Bila dah buat planning camtu baru aku rasa lega. tak la risau sangat kalo apa-apa berlaku nanti. sebelum ni pun bukanla aku langsung tak menyimpan. cuma tak berdisiplin. simpan tapi anytime rasa nak shopping, aku kuarkan. so tak tercapaila matlamat aku nak menyimpan tu kan. pasni aku suh incek hubby yang jaga akaun simpanan tu. dia tu leh pecaya sikitla daripada aku. haha. 




Ditambah plak nak dekat puasa and raya ni. mesti banyak nak pakai duit. so aku kena start berjimat cermat dari sekarang (patutnye dari dulu lagi). better late than never rite? incek hubby awal-awal dah sound pasni aku kene rajin masak. tak leh nak makan luar je. sekali sekala takpe. aku cakap aku ok je asalkan sume barang dapur lengkap. memang sekarang pun dah terlebih lengkap. cuma maksud aku incek hubby kena sentiasa pastikan ada lauk untuk dimasakla. takkan tiap-tiap ari nak makan telur kot. muak den. 




 Tapi malam tadi aku mengecualikan diri aku untuk masak. sebab stress fikirkan pasal hal tadi tu. ngeeeee. incek hubby senyum je. eleh aku tau apa yang dia fikir. pastu aku janji dengan dia untuk masak esok dan hari-hari seterusnya. InsyaAllah. 



Apa pun aku bersyukur sangat sebab Allah masih buka pintu rezeki untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah rezeki sentiasa masuk dan aku berdoa semoga hidup kami terus dilimpahi dengan rahmat-Nya. aminnnn.



Monday, June 21, 2010

~ Template serabut ~

Hai...




Ni entri ketiga aku untuk hari ni. haha. nampak sangat kemaruk kan? ada aku kisah?




Takdela aku saja je nak membebel pasal template belog aku ni. sebelum ni gatal sangat tangan main setting je. last-last sekarang ni aku tak reti nak tukar balik. dah jadi serabut gila belog aku ni. siap ada belon-belon plak kat background. kekeke. dulu bajet comel la. sekarang tak leh hilang plak. 




Tapi aku harap kamu kamu sume tak berpinar mata la ek bila baca belog aku ni. anggap jela belon-belon tu sekadar menceriakan suasana. hahaha. tahla takde sifu yang sudi nak ajar aku buat belog cantik-cantik. ni sume hasil usaha aku meng-explore sendiri. tu yang jadi serabut tu. haha.
Bila dah godeh-godeh pun masih tak leh gak, fed-up la jadinya. lantak dia la nak serabut pun. janji aku leh hapdet dengan jayanya. hehe. tah ada orang baca ke tak belog aku ni agaknya. layankan jelaaaaa. ;P
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat