Tuesday, June 22, 2010

~ Makan bola, tidur bola ~

Hai again...




Meh nak cite sikit pasal bola sempena World Cup 2010 ni. pompuan cite pasal bola? jangan terkejut wehhh. sekarang ni pompuan leh buat ape je yang laki buat tau. no hal la. bola ni small matter je.



Cuma bezanya adalah ke-obses-an laki ngan pompuan pada bola. pompuan memang minat tapi tak la sampai 24 jam mengadap TV, tak makan pun takpe. pompuan minat tapi bukan obses! aku amik contoh diri aku sendiri la. aku start minat bola since France 98. sampai sekarang still amik tau pasal sport tu. lebih-lebih lagi pada team fav aku. nama player, position diorang. tapi aku minat pun ade gak game dia yang aku tak tengok. kalo game tengah malam kan lebih afdhal aku tido je. lainla macam laki. obses tak kene tempat. sok pagi pegi keje mata nak tersembul. 




 Apa yang aku nampak kat laki ni especially incek hubby kan, diorang ni bukan sekadar minat team fav diorang je tau. team musuh main pun diorang layan gak. pendek kata kalo time tu diorang bukak channel sports, pastu ade team ape-kebenda-nama-die pun tengah main, diorang akan layan gak. tak kira la team tu dalam liga Bangadesh sekalipun. pelik aku.




Kalo aku, aku layan team fav aku je. tak kuasa nak tengok yang lain-lain tu. buang maso jo. tapi bile dah jadi camtu, yang jadi mangsanya pompuan-pompuan macam aku ni la. wife yang ade incek hubby yang obses dengan bola. ade 1 hari tu seharian aku tak dapat tengok cite lain selain bola. game yang lepas-lepas, highlight sume dia bantai. mengalahkan coach yang nak kaji teknik permainan lawan. 




Tapi aku bagi can gakla kat incek hubby. sebabnya kesian dia sekarang tengah injured kat lutut. ligamen putus mase main bola kat UPSI dulu. sampai la ni tak baik-baik lagi. so die lepas gian dengan tengok orang lain main bola jela. kadang-kadang ade gak die training budak skola die main. tapi gitu-gitu jela. kalo terlebih sikit kang berdengkot la jawabnye balik umah. wife dia yang comel ni gak kene urut. huhu sempat lagi ko ek. 




Cite sikit pasal World Cup 2010 ni. apa yang aku kaji (cewah), banyak team-team hebat yang tak berapa nak menjadi. awal-awal game dah seri, kalah. team underdog yang nampak lebih bersungguh-sungguh main. maybe sebab motivasi diorang tinggi kot. yela nak lawan dengan team juara dunia macam Brazil, Argentina, Jerman, etc. kalo mental tak kuat, awal-awal ko dah kena balik kampung tau. 




Macam team England tu harap je glamer tapi 2 kali game, 2 kali seri. memang mengecewakan. tak taula diorang lepas tak untuk 2nd round nanti. apa pun aku rasa macam Argentina yang akan ke final nanti. lawan sape tu aku tak pasti. maybe Brazil or Portugal. tahla ni cuma dari pandangan aku. maybe kamu kamu yang lebih terer lagi bab bola ni lebih arif kan. 



* Bagi cadangan pada incek hubby beli TV lain pastu pasang Astro lagi 1. nak tengok bola sampai pagi pun, tengoklaaahhh.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat