Hai...
Hari ni sebenarnya aku takde mood nak ber-belogging. tapi macam tak best plak kalo tak hapdet something. sebab aku rasa belog ni dah macam diari harian aku je.
Hari ni aku pegi keje bawak Honda. kalo ikutkan hati memang aku tak kuasa nak bawak. aku lebih suka drive kenari yang comel tu sebab senang aku nak menyelit-nyelit time parking. tapi incek hubby beria-ia sangat nak bawak kenari tu sebab nak bawak masuk hutan katanya. dia terlibat dengan perkhemahan bersepadu pengakap peringkat daerah. huh. sayang sangat kete dia. abis kenari aku tu takpe plak ek redah hutan. sabo jela.
Aku sayang sangat tau dengan kenari tu. even tu asalnya kete incek hubby gak. pas aku keje terus jadi hak milik aku. 1 Malaysia kete tu dah redah tau. Alhamdulillah setakat ni masih sihat lagi. takde rosak-rosak lagi. cuma ade bekas eksiden dulu incek hubby cium bontot viva. tapi kenari aku tak teruk sangat. viva tu kemek abis. huhu.
Pastu aku sayang sangat dengan kenari ni sebab dia terrrsangat-sangatlah jimat minyak. lebih kurang macam kancil gak. jadi untuk aku ni yang kena drive hari-hari pegi balik keje dekat 100 km memangla berbaloi-baloi. sehari aku bajet RM10 je. tu pun kadang-kadang lebih. cuba try kete lain. tak dapatla jekkk.
Tapi ada satu habit buruk aku yang incek hubby sangat-sangat tak berkenan. haha. aku tau bawak je. lain-lain sume incek hubby yang buat. dari basuh kete sampai la ke bahagian tayar ngan enjin. biasa basuh anta kedai jela. sebab kawasan umah aku ni susah sikit nak basuh kete. aku memang malas betul bab-bab nak bersihkan kete tu. bila dah berdaki sangat, macam biasa la aku buat manja-manja sikit dengan incek hubby pastu suh dia anta kedai basuh kete. nasibla dapat incek hubby yang baik hati camtu. kene orang lain mau aku yang kene basuh. huhu. that's why i love him so much. ;P
So sampai hari Jumaat ni aku akan bawak Honda. takpe minyak awal-awal incek hubby dah isikan. aku tinggal bawak je. cumanya aku ni tak biasa drive auto. kenari tu manual.start dari aku belajar bawak kete kt tempat amik lesen kete tu sampai la ke expert, aku memang suka bawak manual. setakat kat bukit tu ape la sangat. huhu berlagak pulak. memangla orang cakap auto senang. tapi aku lebih selesa dengan manual. pick-up pun laju. bila sesekali bawak auto ni tu yang jadi brek mengejut-ngejut je tu. sebab tak biasa.
Alahai lemah betul bila teringat malam ni kena tido sorang. incek hubby berkhemah dalam hutan. tapi dekat je dengan umah. ala kalo korang nak tau aku ni dah biasa kene tinggal sorang. incek hubby tu cikgu sukan. so kalo awal taun lagila kerap kene tinggal. ni dah kurang sikit. nak buat camne kan. dah namenye keje. redha jela.
No comments:
Post a Comment