Hai again...
Baru habis buat sesi kaunseling dengan student. kalo pagi-pagi memang otak aku fresh lagi. diorang cite pun aku masih boleh fokus 100 percent. tapi kalo dah masuk tengahari nak ke petang, mintak maap la ye nak. mata dah layu, otak jadi lembab. thats why aku lebih suka panggil student or open session time pagi-pagi camni. semangat pun tinggi je. hehe.
Sape suami ngan isteri yang gila tu? haha. takkan aku nak meng-gila-kan orang lain plak kan. dah tentu la tuan empunya belog ni dengan incek hubby dia. lately ni aku banyak sangat survey handbag online. terutamanya dalam FB la. ade je page shop yang jual handbag. dah name pun pompuan kan. padahal baru je hari tu incek hubby belikan handbag. ni aku dah terpikat plak kat handbag lain. huhu. kalo dia tau mau kene bebel aku ni.
Actually incek hubby membebel pun bersebab. setimbun gak ar handbag-handbag lama aku dah tak pakai. aku ni jenis bila dah dapat beg baru, aku asik melenjan dengan beg tu jela. beg lame terus dilupain. huh habis madu sepah dibuang. sampaikan ada 1 handbag Guess tu terkoyak-koyak kulitnya sebab lama sangat terperuk. sedih gak aku. incek hubby plak macam biase la mula mem-bunyi-kan sirennya (membebel la). dia cakap pasni takyah beli lagi handbag mahal-mahal. beli kat pasar malam je. nak pakai sebulan je pun takpe. hukhuk.
Alaa biase la laki marahnye jap je. kalo tak, takkan la dia belikan aku handbag baru kan. RM300 lebih gak melayang. tu pun dia warning awal-awal jangan bila dah dapat handbag baru, handbag lama buang plak. kalo taknak, sedekah kat orang Gaza nun. huihh sayang wey. sume handbag tu ade sentimental value tau. ade yang hadiah mase tunang, mase kawin, mase bercinta. takkan la nak bagi kat orang kan. idok leee teman.
Eleh kalo time wife die ni beli handbag tau plak nak bising ek. dia tu pas 1, 1 perfume die beli. takde plak aku bising tak tentu hala. aku siap bagi galakan lagi ade la. siap tolong pilih bau yang best. setakat ni je dah dekat 10 botol perfume dia. tapi 1 je yang aku nampak dah luak sikit. yang lain tu jadi pameran je. ade aku bebel? takde kan. (aku bukan ape. bile aku bagi sokongan padu kat dia, aku lehla tumpang semangkuk beli handbag. tu yang die belikan tu. kekekeke.)
Tadi aku ade ternampak handbag Coach dalam FB yang sangat-sangat menggiurkan aku. gred AAA. bukan ori la ye. mak tak mampu nak beli yang ori nyah oiii. yang gred AAA ni pun rege mak aihhh. separuh hati aku yang baik ni cakap jangan beli. membazir. kang pakai jap je pastu terperuk lagi dalam kotak. yang sebelah lagi ni plak mati-mati suh aku beli gak. dia cakap "PEDULIKAN PASAL DUIT!!" duit boleh dicari tapi handbag bersilih ganti. wahahahaa pandai plak hati aku ni bermadah ek. tahla. kan ke aku kene berjimat sekarang ni.
Ye. aku kene berjimat. jangan terpengaruh dengan hasutan anasir-anasir luar yang jahat ni. huhuhu. tapi kalo beli handbag yang murah-murah dalam seratus dua leh kot. ngeeeee. ;)
Tapi ramai yang cakap handbag Coach dah bersepah orang pakai. kire dah tak bestla. yela kan aku cakap aku ni bukan kaya macam diorang tu yang dah berzaman bergelumang dengan handbag mewah-mewah. sesekali jela dapat pakai. tapi tak patutla kalo sampai memperlekehkan orang lain sebab dianggap ketinggalan zaman. tu kan hak masing-masing. kalo ko dah banyak sangat duit, ko beli jela kilang handbag tu. pastu handbag yang dah season sume ko campak kat kitorang yang mesekin ni ekkkk.
* Nampak bijak sangat, rupanya mentaliti OUT!!!
No comments:
Post a Comment