Tuesday, June 29, 2010

~ Mak budak bawak budak-budak makan angin ~

Hai kamu kamu...



 
Rasa macam dah lame je tak hapdet belog kan. kire 3 hari tu lame la. entri kali ni aku nak cite pasal school trip aku and students ke KL Sabtu lepas. actually gambo-gambo sume aku dah upload dalam FB. tapi aku masukkan gakla sikit kat sini. tak meriah plak kalo takde gambo kan.




Bas bertolak dari skola kul 6.15 pagi. awal ko. sebab nak kejarkan masa sebelum kul 10 pagi mesti dah sampai KLCC untuk breakfast kat sane. aku tunggu bas kat Raub sebab incek hubby lebih suke meredah jalan ke Raub daripada ke skola aku. mase lebih kurang je. lagipun bas tetap akan lalu Raub so watpe aku nak patah balik plak kan. 




Oh lupe nak mention yang trip kitorang ni diuruskan oleh Wira Travel Agency. siap pakej sume. bas, makan, tiket, segala bagai sume diorang dah uruskan. kitorang tau jalan je. kos dalam RM5440 untuk 88 orang. kan murah tu. students just bayar RM35 je sorang. kire diorang bayar untuk masuk Aquaria jela. yang lain sume free. makan plak ade 3 kali. breakfast, lunch ngan minum petang. makan sedap. tak rugi amik dengan agensi ni. 




Sampai je depan KLCC terus masing-masing melantak mi goreng. sedap wey. eh aku lupe nak bagitau yang trip kitorang ni dijoin oleh Pengetua tau. haaa jangan main-main. korang penah jumpe ke Pengetua yang sporting beria-ia nak ikut kitorang pegi lawatan. siap die yang suggest tau. haha. pastu GPK sorang. yang lain cikgu cikgi. 




Pas kenyang melantak, kitorang dibawak En. Wira (Boss Wira Travel Agency) terus ke Skybridge KLCC. alaa bridge yang menghubungkan 2 tower tu la. aku ni jenis lasak so takdela gayat-gayat. yang tak syoknye kitorang kena split 4 groups. just 20 person skali naik. tak kisahla tu. group aku turn kedua. nak naik benda alah tu kemain la susahnye. security ketat gila. siap kena scan harta benda segala bagai. dah macam nak naik flight plak aku rase. pastu aku gatal-gatal mulut tanye nape ketat sangat security nye. akak security tu pun cakap dulu tak ketat camni tapi pas serangan 11 Sept tu terus jadi camni. oohhh no wonder la. ade ke sape-sape yang tak tau pasal serangan 11 Sept tu? mak aihh korang ni. tak bace paper ke ape. 





Tengah sedap-sedap berposing sakan atas tu, dah kene turun plak sebab group seterusnye nak naik. haihhh aku rase tak sampai pun 15 minit. baru bape puluh keping gambo. hehe. tapi memang berderet ko orang yang tunggu turn nak naik. aku menggatal mulut gak tanya lagi memang tiap hari camni ramai ke? dia cakap kalo weekend memang camni la. kul 4 pagi dah ade yang beratur nak amik tiket. kul 4 pagi ko!! pastu dia cakap paling lewat ko kena tunggu sini kul 7 pagi. padahal benda alah tu bukak kul 9 pagi. tiket free je ye dik. cuma kena rebut je. sape cepat, die dapat. memang tu tagline diorang. haha klaka kan? aku pun macam sedikit pelikla kenapa la diorang ni sanggup tunggu kemain lama semata-mata nak duk atas bridge tu untuk 15 minit je. berbaloi ke? yela name pun tourist kan. cube kalo ko pegi China ke. mesti diorang pelik tengok kenape ko sanggup menapak kat Tembok Besar diorang tu. kan ke penat. hehe. 





 Pastu kitorang beli souvenior sikit untuk students and untuk diri sendiri. agenda seterusnya ke Aquaria. dalam KLCC gak. masuk kali ni dah 3 kali aku masuk Aquaria ni. sampai dah naik hapal. budak-budak ni suke la sebab tak penah pegi. yela ko duk jauh dari bandar. tu yang kene selalu buat trip untuk diorang ni. bagi pendedahan sikit pasal dunia luar. time dalam Aquaria ni aku dah start selsema. duk tenyeh hidung dengan tisu je. pas satu, satu. tapi bab begambo tak leh miss. dalam tu gelap so tak nampak la hidung aku merah macam baru pas kene tumbuk. haha. bergilir-gilir snap gambo. jap kang aku tolong snap gambo ticer padilah. pastu die plak. budak-budak tah kemana. hehe.




Pastu cari souvenior lagi. aku malas nak beli ape-ape sebab dah ade banyak souvenoir Aquaria mase pegi sebelum ni. pastu nak beratur kemain la panjang. dengan budak-budak skola rendah yang buat trip ke situ gak. haihh dah macam pasar ikan aku tengok. tak tahan, aku kuar. lega dapat duduk. aku tengok time tu masing-masing dah melepek. Pengetua pun dah kepenatan. lapo pun ye gak. tengok jam dah kul 1.30. pas kumpul budak, terus kuar tunggu bas depan KLCC. En. Wira bawak kitorang pegi Tasik Titiwangsa plak. lunch kat sane. nyaman sungguh. makan sedap plak tu. 





Dah burrrpppp, terus ke destinasi seterusnye. memang takde nak rilek lenggang kangkung ek. jadual pack sangat. petang mesti dah bertolak balik Lipis. kitorang ke Muzium Negara. ikutkan jadual asal ke Petrosains tapi batal plak. ganti dengan Muzium. aku ni bukan suke sangat sejarah. dulu mase skola pun memanjang fail. hehe. tapi masuk sebab nak bergambo je. Muzium Keranda yang best sikit. seram je masuk situ. budak-budak tu name je bergambo dengan keranda tapi suke kemain. 




Pusing punye pusing, aku tengok cikgu cikgi lain sume dah melepek kat luar sambil makan-makan. jap je dah lapo balik. aku ape lagi, beli rojak buah, jagung rebus, air. share ramai-ramai. best. macam biasa kumpul budak, naik bas. last tu baru amik gambo dengan En. Wira. dia siap bagi 1 booklet lagi info pasal harga tiap tempat kalo kita nak travel. macam Beijing bape, Indo bape. sume la. bagus betul la die kan. layanan pun first class ko. ko bayang la die tu boss. tapi sanggup follow kitorang ni dari pagi sampai ke petang. muke senyum je. kalo kitorang lambat pun die rilek je. dahla kaya. heheh. 




Balik tu even dah penat pun sempat gak singgah Giant Batu Caves. incek hubby memang awal-awal suh beli pizza. masuk-masuk je nampak Dominos. aku tak penah try. orang cakap sedap. belila 1. time kat sini hidung aku dah gatal tahap kemuncak. tisu dah yilek. menggagau aku cari kedai jual tisu. time tu muka aku dah macam ape. sampai cikgu sorang ni tegur ingat aku demam ke nangis. haha. mujurla jumpe kedai jual tisu. aku mintak 2 terus. pastu terus masuk toilet bagi reda sikit hidung aku ni. 




Kuar-kuar aku tengok yang lain takde. dah terpisah masing-masing. aku ternampak plak kedai jual handbag and wallet. sebelum ni memang aku plan nak belikan incek hubby wallet sempena besday dia. kat KLCC tadi tak sempat. so dah jumpe kedai ni aku pun tengok-tengok. ade plak brand Renoma yang aku memang nak tu. aku beli 1 set terus dengan belt. aku suh die balut cantik-cantik. thanx to cik adik yang entertain aku tu. sabo melayan aku yang cerewet gile ni. haha. tengok jam dah dekat kul 7 petang. janji dengan diorang kul 7 mesti sume dah naik bas. laju le aku jalan ke bas. dahla jauh ko. nasibla aku pakai baju kurung. kalo pakai jeans, dah lame aku lari. haha. 




Gerak balik Lipis. stop kat Genting Sempah solat Maghrib. kang aku turun kat Raub gak. incek hubby tunggu kat sana. Pengetua pun turun kat Raub sebab die memang duk sane. sampai Raub lebih kurang kul 9.15 malam. sampai Lipis dalam 10 malam. mandi-manda. lepak. incek hubby membebel nape belikan 1 je pizza tu sebab die cakap sedap. haihhh ari tu aku beli 2 die bebel cakap membazir. aku cakap makan jela sume. aku memang dah kenyang. aku rasa 1 slice je. last-last die pun makan tak abis. kalo beli 2 camne la gamaknye. huh. 




Tula sedikit sebanyak cite pasal trip aku tu. ala mesti ade yang cakap baru trip ke KLCC dah bising. orang lain trip ke London segala bagai takde pun kecoh macam ko. ehhh ade ke aku bising-bising dalam belog korang? takde kannn. ni belog aku. so sukati aku la nak bebel ape-kebenda pun. tak makan space belog korang pun. plus, belog aku ni dah jadi tempat catatan harian aku. ape yang aku buat sume aku sumbat dalam ni. so kalo korang nak bace, bace diam-diam. kalo taknak, baaaaanyak lagi belog lain untuk dibace. tiada paksaan kay.




* Lenkali la aku masukkan gambo ek. line lembabbbb gile. tak kuasa den nak nunggu weh. tak pun usha je dalam FB aku ye. ;) 



2 comments:

  1. memang ok ke WTA ni?bas ok x?

    ReplyDelete
  2. sorry dear dah lama tak bukak blog...so far dah beberapa tahun gunakan khidmat WTA ni mmg ok...en. wira tu sangat bagus orangnya...dia melayan semua kehendak customer tanpa penat...cubalah dulu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat