Hai eberibodi...
Pejam celik pejam celik dah abis bulan 6. esok masuk bulan 7. pastu bulan 8 start puasa. bulan 9 plak raya!! haihh cepat tul mase berlalu kan. aku rasa baru je lagi awal tahun. sedar-sedar dah pertengahan tahun.
Dalam duk terleka tu minggu lepas baru aku teringat yang aku tak ganti puasa lagi!! gile betul. biasa macam tahun-tahun sebelum ni awal tahun aku dah abis ganti. tahun ni leh plak die lupa. aku ingat nak start puasa dari hari Isnin ari tu tapi ada hal yang perlu diselesaikan yang tak mengizinkan aku untuk berpuasa. so aku start hari Selasa (semalam la). hari ni pun sama. aku nak puasa direct minggu ni sampai minggu depan. lump sum 7 hari.
Time puasa ni aku leh rilek sikit. takdela rilek mane pun. balik keje lepak jap. terlelap barang sejam dua. pastu terus ke dapur masak untuk berbuka. masak sempoi-sempoi jek. time puasa makanan sempoi pun nampak sedaaaap la sangat. hehe. hari ni aku dah plan nak buat bubur nasi. lauk plak telur masin, kangkung goreng belacan ngan sambal ikan bilis. pehhh terliur beb. actually aku dah banyak kali masak camtu. incek hubby memang suka.
Kan sekarang ni aku kene berjimat-cermat. raya pun dah dekat. banyak kene spent tau. nak balik kampung lagi. duit raya lagi. baju raya yang bertempah pun belum amik lagi. beribu dik oii mak kene spent. yela aku ni bukan orang kaya macam sesetengah orang tu. nak apa je sume dapat. aku kalo nak sesuatu tu kene usaha baru leh dapat.
Emm korang korang tu dah ganti puasa ke belum? banyak kebaikannya berpuasa dalam bulan Rejab ni. takut plak kalo tangguh-tangguh nanti terlupa terus. sebab ralit sangat nak raya. baju raya dah siap. sofa dah order. rumah dah cat. kuih dah tempah. tapi puasa dah ganti?
* Tepuk dada, tanya iman. ;)
No comments:
Post a Comment