Friday, June 4, 2010

~ Cuti yang tak cuti ~

Hai again...




Dah lama tak hapdet belog jadi hari ni aku agak kemaruk la nak ber-belog-ging. hehe. sebab nak topup balik seminggu aku tak online tu kan. banyak sangat cite. even tengah busy ni pun sempat lagi aku menaip. hebatla konon. haha.




Ok. kenapa aku tulis tajuk entri ni camtu. sebab itula hakikatnya. nama je cuti 2 minggu tapi aku dapat balik ke kampung halaman tercinta cuma 5 hari je. maybe pada korang lama kan. tapi bagi aku kejap je 5 hari tu. yela kampung jauh kan. kan best kalo dapat stay kat Johor sampai 2 minggu. huhu.




Kenapa aku dapat cuti 5 hari je. sebabnya minggu pertama tu Isnin sampai Rabu incek hubby kena jaga exam PTK(kenaikan pangkat) kat sekolah dia. so Rabu petang tu baru leh gerak ke Johor dengan pantasnya. stay sampai Ahad je sebab Isnin sampai Rabu minggu depannya aku plak terlibat dengan Program Puncak Jaya kat UiTM Jengka, Pahang. kena bawak 6 orang student. kena drive sendiri plak tu. aku kalo terpaksa memang nekad je. even tak tau jalan. follow kete cikgu lainla. masih pening-pening fikir nak bawak kete apa. kenari tu macam sedikit uzur. paham-paham jela kan. nak bawak student ni kena la prepare safety tu. bahaya kalo apa-apa jadi kat anak orang. nak bawak honda plak aku ni jarang bawak kete auto. even orang cakap auto la senang. tahla aku lebih suka manual. incek hubby suggest suh bawak Honda je. tapi aku tau dia macam risau gak nak bagi aku drive Honda tu. ke Jengka plak tu. huhu. tapi dia kena pilih 1 la. sayang bini ke sayang kete. haaaa jawab!





Takpe ada seminggu lebih lagi untuk buat keputusan. aku ikutkan memang taknak drive. kalo ade bas memang aku pilih naik bas. tapi sume cikgu memang kena drive. separuh student naik bas. selebihnya naik kete cikgu. nak taknak kena beranikan diri gakla. incek hubby ada offer nak hantar aku sampai sana. tapi fikir-fikir balik macam buang masa dia plak kan. plak tu kalo orang lain tengok mesti ingat aku ni bini yang ngada-ngada. huhu. so aku reject la offer tu. memang ramai cikgu lain drive dan kitorang akan konvoi ke sana. cuma aku risau kalo aku bawak kenari, aku akan jadi orang yang last sampai kat sana. yela kete slow kan. nak bawak laju mau jadi macam naik kuda jawabnya. dan aku takut tertinggal dan hilang jejak diorang. maka sesatla aku. huhu. aku dah fikir sampai ke situ tau. paranoid tul kan. so the best choice is bawak Honda. cuti ni kena rajin drive untuk biasakan. *tengah bayangkan muka incek hubby kalo aku drive Honda kesayangan dia tu nanti. hikhikhikhik. silap-silap tiap setengah jam call tanya kete ok ke tak. bukan tanya bini ok ke tak. hahaha.




Pastu ada lebih kurang 4 hari je cuti yang tinggal. nak balik Johor pun macam tak berbaloi. rasa macam penat plak nak rushing ke sana sini. so maybe aku rest kat umah jela baki 4 hari tu. kemas-kemas apa yang patut. kalo korang datang umah aku, korang mesti ingat aku ada anak 10 orang. hari ni kemas, esok dah bersepah balik. sape punya keje? sape lagi yang ada kat umah aku kan. si DIA la. haaa dia tu. dah bebel pun camtu gak. so aku buat conclusion yang dia memang macam tu. tak leh nak dilentur dah. huhuhu. sabo jela. nasib baik dapat bini yang rajin macam aku ni. even kadang-kadang aku biar je bersepah dengan harapan ada yang ringan tulang. tapi harapan tinggal harapan. huh.




So cuti ni is the best time to clean-up umah kitorang. vacuum pun dah ada tu. sejak beli baru sekali je guna. baru je lagi beli tu. tak guna beli mahal-mahal lastly terperuk kat dalam stor. time beli taknak kalah. nak yang mahal sekali. bila dah ada, malas plak nak guna. huhu. tabiat orang kita.




Eh, okla ada briefing skit dengan student yang terlibat dengan Program Puncak Jaya ni. next entri aku cite benda lain plak ek. jangan jemu tau. teruskan membaca. ;P






No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat