Haihh kenapa la dengan aku ni. cukup-cukupla memeningkan kepala dengan masalah yang tak selesai-selesai tu. bawak bertenang.
Masalahnya tak leh nak rilek. kepala otak serabut. biasenya time-time camni memang perut aku dah berkeriuk nak cari makan. tapi hari ni serius tak rasa langsung. tadi pagi ade beli kuih skit. tapi sampai sekarang tak terusik lagi. pandang sebelah mata pun tak bernafsu.
Aku ni jenis tak reti nak buat muka seolah-olah takde masalah. orang tengok muka aku je orang leh tau yang aku tengah ade problem. fikiran menerawang je. nak senyum pun macam tak ikhlas. maybe sebab tu aku dapat migrain kot. banyak sangat berfikir.
Ye, aku akui disebabkan hal kecik pun aku boleh tafsirkan macam-macam benda. kiranya banyak sangat berfikir la. kadang-kadang ade yang bagus, tapi ade gak tak bagusnye. bila dah kuat sangat fikir benda-benda remeh camtu, mula la kuar idea yang bukan-bukan. akhirnya jadi paranoid. ohh, aku memang seorang yang paranoid ok!
Emm ape yang aku merepek ni? nilah jadinya bila otak bercelaru. memang banyak benda nak ditulis tapi semuanya hampass! takpela. belog ni memang tempat luahan hati aku. tempat untuk bermonolog sendirian.
Aku tumpang gembira tengok orang lain gembira. walaupun kegembiraan itu ibarat duri yang menghiris hati aku. tapi siapa yang tau? hanya aku. aku yang merasai semuanya. dan takkan sesekali aku berkongsi dengan sesiapa. duka ini hanya untuk aku. orang lain tak layak untuk merasai tempiasnya.
Sekarang ni aku hanya menunggu masa. masa untuk apa? masa untuk segala-galanya. masa yang akan menentukan hala tuju hidup aku. ke kiri kah aku? atau ke kanan kah? semuanya memerlukan pertimbangan dan kesabaran yang sewajarnya. tapi mampu kah aku?
Mampu atau tidak, itu bukan isu. ingatlah, Tuhan hanya akan menguji hamba-Nya setakat yang dia mampu. Tuhan bukan zalim. tapi kenapa ada yang sanggup membunuh diri dengan alasan tak mampu nak hadapi hidup yang susah? itu bukan salah Allah! itu salah kita yang cetek iman dan mudah dihasut oleh syaitan-nirrajim.
Lumrah manusia. bila berada di ambang kesusahan, barulah mula tercari-cari sejadah. mula teraba-raba Al-Quran. mula menadah tangan memohon pertolongan. mula teringat semula amalan-amalan kita selama hidup. mula menyesali diri. tapi sudah terlambatkah kita?
Ketika aku masih tercari-cari apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup ni, aku tersedar. aku alpa. selama ni Tuhan berikan aku segala nikmat yang aku perlukan. tapi apa yang aku buat? aku leka. aku tak mensyukuri nikmat itu. aku tak menghargainya.
Kini, bila semuanya hampir hilang, aku mula menangis menyesal. ye, memang patut Tuhan beri balasan sebegini. aku memang layak untuk terima. aku redha. aku anggap ini semua adalah dugaan dari-Nya. aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini.
* Biar masa yang tentukan.
No comments:
Post a Comment