Monday, July 12, 2010

~ Kenduri Sotong ~

Hai, good morning sume...






Awal pagi tadi Spain dah selamat pun menjulang Piala WC 2010. aku tak tengok pun. tak kuasa la nak bangun pepagi buta tu semata-mata nak tengok bola. dahla kul 6 dah kena bangun pegi keje. tapi orang kalo dah minat sangat sanggup je kan. macam incek hubby la.




Kul 3.30 pagi aku tersedar tengok dah terang-benderang. aku sempat gakla jeling sikit kat TV tengok masih 0-0. bangun pagi pun aku malas nak tanya incek hubby sape yang menang. dengar je dalam berita kat radio kang. 





Sedap betul pagi tadi bangun masih ujan dari malam semalam. rase liat je badan aku nak mandi. sejuk wooo. pas mandi baru aku teringat road-tax Kenari aku tu tak pasang lagi. pastu banyak barang-barang incek hubby tak kuarkan. aku kejut dia, dia suh bawak Honda lagi hari ni. dia malas nak kuar ujan-ujan tu nak pasang road-tax. hissshhh pemalas tul tau. memang slalu benda-benda gitu dia yang buat.




* Masak sambal pun sodap...



Berbalik smula cite pasal WC pagi tadi. aku tengok ramai no yang dah mula terpengaruh dengan ramalan si Paul Sotong ngan ayam belanda tu. glamer jap diorang. padahal diorang tu binatang je. tak mustahil ramalan menatang tu kebetulan je. yela dia kene pilih antara 2. bukan antara 10 negara. kalo 10 negara kompom dia salah teka.




Pastu aku baca paper, ade plak yang sampai nak bunuh si sotong tu sebab buat ramalan camtu. orang kafir memang camtula kot. taksub sangat dengan kepercayaan karut. tapi kita sebagai umat Islam ni janganla sampai terikut-ikut plak dengan diorang. kita kene percaya pada yang Satu tu. sumenye dah ditakdirkan.





Kalo korang nak tau, WC kali ni aku tak berapa excited sangat berbanding tahun-tahun sebelum ni. tak taula kenapa. maybe sebab dah kawin pastu dah keje kot. jadi masa tu agak terhad untuk tengok TV. kalo dulu, bangun kul 2,3 pagi pun aku sanggup. lagi-lagi mase France 98 dulu. slalu no kene bebel dengan mak aku sebab tiap kali die bangun pagi tu, dia tengok TV yang tengah tengok aku. siap dah abis siaran lagi. aku plak syok membuta. haha.




So bila umur pun dah bertambah ni, aku makin kurang melayan benda-benda camtu. kekadang tu tengok gakla. tapi incek hubby memang aku tak leh sekatla. name pun cikgu Sains Sukan kan. nak taknak memang tulah cabang dia. dah dia pun tak leh main bola pas injured masa kat UPSI dulu. so sekarang ni tengok orang lain main jela. lepas gian kata orang. 
Tapi sekarang ni aku memang dah lega sangat-sangat sebab WC dah abis. maknanya aku lehla layan cite-cite kat TV tu. takla 24 jam asik ngadap bola je. cuma kene bahagi-bahagi masa dengan time incek hubby main game plak.





* Tetiba teringin makan sotong masak sambal. apakah???



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat