Friday, July 30, 2010

~ Looooove Friday. Do U? ~

Hai. morning kawan-kawan sekalian alam.





Biaselah kan. hari Jumaat mesti mood ceria je. kalo yang keje gomen mesti sengih je kan bile tiba hari terakhir minggu bekerja. macam saya. ;D





Tapi ade 1 lagi sebab kenapa aku gumbira sangat hari ni. malam kang family aku dari Kluang akan bertolak ke sini! ye, ke rumah anaknya yang jarang balik ni. bukan sengaja taknak balik ye. diorang datang baik tren je. mudah dan tak penat. makcik pakcik aku dalam 3, 4 orang pun akan ikut gak. wahhh tak sabar nih.





Rumah pun dah bersih berkilat. sume aku ngan incek hubby dah prepare. korang datang tinggal tido ngan makan je. errmmm tetiba teringat nanti nak masak ape ye untuk diorang? takkan sekali sekala datang nak makan simple-simple je kot. mestila kene jamu yang best-best kan. ;)





Sebelum ni incek hubby ade bagi cadangan suh masak gulai ikan patin. yela, kat tempat aku ni memang glamer sangat masakan camtu. aku yang dulu tak suka makan tempoyak, kat sini leh plak telan. tapi bkn mentah la. kena masukkan dalam masakan. bagus gak cadangan incek hubby tu kan. tapi aku tak penah lagi masak menu tu. selalu MIL je yang masak. hikhikhik.




* sluuurrrppp...terliur tengok...belum rasa lagi tu...




Incek hubby ade gak bagitau cara-cara buatnya tapi yela, nampak teori memang mudah. tapi bila bab praktikal tu yang jadi haru-biru. kang berkelat plak muka pakcik makcik aku makan. hehe. plak tu aku tak biasa masak untuk ramai orang. kalo dalam 5, 6 orang ok lagi. tapi ni bila kira-kira ade lebih kurang 12 orang. wahhh gamat nih.





Takpe. jangan panik puan D. buku resepi kan banyak. ko google jek menu yang ko nak masak tu. ape guna ade jari tapi tak reti guna. boleh gitu? emmm nanti aku godek-godek encik google kot-kot die leh tolong. balik kang pas incek hubby solat Jumaat, misi membeli barang-barang untuk dimasak akan dimulakan. sume perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh beliau. kekeke.





* Kul 3 pagi kene amik diorang kat stesen ketapi. haiyok!! 




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat