Hai sume, gud morning...
Hari ni mood aku ok. bekerja bersendirian. rakan sekerja ade kursus di Kuantan. guddd. takde sape kaco aku. aman hidup.
Semalam aku kena migrain. mak aihhh nak tercabut rasa kulit kepala. ubat plak kebetulan abis. dalam kul 11 lebih camtu aku dah mula kena. aku kalo lambat makan je mule la kena camtu. pastu plak cuaca panas sangat.
Ingat meeting petang semalam aku takyah attend. skali kena gakla. menahan bagai nak gila 2 jam dalam bilik mesyuarat. awal-awal dah sms incek hubby suh die pegi farmasi belikan ubat aku. die pun ade meeting gak. gitula rutin kami.
Aku sure ramai yang perasan aku duk memicit kepala sepanjang meeting tu. sampai merah-merah dahi. mujurla dalam tu air-cond sejuk. leh cover sikit. tapi aku perasan yang aku ni jenis kuat gak orangnya. ceh yeke. yela, sebab aku masih leh layan tiap butir ape yang dibincangkan petang tu. pastu leh gelak lagi. padahal tengah menahan kepala nak pecah. kuat kan? ngehngehngeh.
Dalam kul 5 lebih camtu meeting abis. aku pun terus pecut balik umah. 35 minit lak tu kene drive. dah macam melayang-layang je aku drive. mujurla bawak Honda. takyah sibuk nak tekan clutch. baru gerak, incek hubby call tanya dah balik belum. dia dah beli ubat. pastu nak balik umah mak die.
Aku ingat dia dah anta dulu ubat aku tu kat umah. skali die angkut ke umah mak die. aku balik menggagau cari mane die letak ubat tu. tak jumpa. nak hangin dah ni. aku sms incek hubby tanya mana ubatnye. kepala aku dah nak pecah. kelam-kabut dia balik. die memang takut no time aku kene migrain. takut kena seranah. jangan kata dia. dengan semut pun aku leh marah kalo tengah migrain. terukkah aku? ngeeee.
Tapi kalo kamu kamu penah atau sedang alami migrain ni memang akan taula camne azabnya. ko tertarik rambut selai pun rase macam nak tercabut 1 kepala. ape lagila kalo dengar bising-bising pastu ngadap cahaya terang. adoiyaii lagila boleh mendatangkan kemarahan.
Bila dah balik tu ingatkan incek hubby nak la urut-urutkan skit kepala hotak aku ni. huh takdenye. die leh layan XBox die tu. ade training katanya. haih lantakla. nak tido, jam dah kul 6 lebih. tak elok plak. pas dah reda skit sakit tu barula mood aku elok. baru leh layan borak dengan incek hubby.
Malam tu memang aku tak masakla. tak larat den. aku suh incek hubby tapau je. leh plak die macam tak mo. die cakap nak masak nasi je. aku tanya nak masak lauk ape. takkan telur je. terus mood aku jadi merundum balik. nak menitik airmata pun ade gak. dalam hati duk membebel, "Bini sakit, die sibuk layan game. kalo dah mati sok baru nak nyesal." sambil jalan naik atas nak mandi.
Tengah mandi, incek hubby ketuk pintu bilik air. nak pujukla tu. aku buat tak tau je. pas mandi, incek hubby buat-buat baik plak. tanya nak makan ape, nak beli kat mane. aku diam je. mase kuar pun aku diam lagi. sampai kedai incek hubby yang beli sume. slalu aku je yang kuar tapau.
Aku suh order nasi goreng USA, dapat lak nasi goreng kampung. haihhh. baru nak baik mood aku. incek hubby muka dah macam cuak. takut aku marah. last-last aku makan gak. sebab dah lapo. dia siap offer suh makan nasi goreng cina dia. tak mo la. tak pedas. aku suke pedas-pedas. name pun orang johor. hehe.
Kekadang bila tengok muka incek hubby macam risau no bila mood aku tak ok, aku jadi sian plak. yela, bukan aku sengaja nak buat camtu kan. time sakit memang aku nak dimanja, dibelai. aku yakin sume pompuan camtu. same gak time die sakit. lagila kuat ngadanya. suh picit itula, inila. bininya ni sabo je melayan. ni baru suh sikit dah bising. mau tak kecik hati.
Agaknya die dah sedar silap die, malam tu dia layan aku sampai aku tido. pas aku tido baru dia sambung main game balik. huh game lagi. hmmm biarla. dah tu minat dia. dia ade gak cakap, time belum ade anak nila die leh buat hobi die tu. dah ade sok ngadap anak jela. ok, aku nak tengok. jangan nanti lain lak alasannye ek.
Petang ni ade meeting lagi. post-mortem SPM lak. kalo dah name kaunselor, memang muka aku jela dalam sume meeting. dapat lak rakan sekerja yang agak terlebih malas. nak taknak aku la yang slalu kena attend. harap-harap hari ni migrain taknak jumpa aku. dahla ubat tertinggal. kalo incek hubby tau kompom bising.
* Bila sakit, rindu mak ayah. ;'(
No comments:
Post a Comment