Hai and good morning all...
Semalam tak sempat langsung nak online apatah nak hapdet belog sebab ade event kat skola. Hari Koperasi peringkat skola. dari pagi sampai ke petang duk kat dewan. ade macam-macam aktiviti yang diorang buat. antaranya pertandingan karaoke, petanque, gerai-gerai makanan, bla bla bla.
Korang jangan pelik bile dengar kitorang buat pertandingan karaoke tu. dah memang lumrah kat skola aku ni, budak-budaknye suke sangat bab-bab menyanyi ni. kalo suh blaja kemain la liat. tapi bile suh naik pentas nyanyi, huihhh cepat je. memang betul pun, yang masuk pertandingan sume yang jenis muke malas blaja. tapi suara not bad. not bad untuk ke laut la. hahaha. yang syoknye, budak-budak 'ori' pun berani gak masuk. siap joget-joget lagi. last-last dia yang menang. nak tau dia nyanyi lagu ape? lagu Cari Jodoh Wali Band. hahaha. kitorang cikgu cikgi ni terhibur dengan gelagat dia. dahla badan comel je.
Yang budak-budak nakal tu kitorang tak berapa gemar sangat. ade plak sorang ni cikgu kelas dia cakap dah beberapa hari dia tak datang skola. tapi hari tu leh plak datang skola siap masuk nyanyi lagi. baik demam terus nyanyi ekk ko. demam la sangat. diorang ni memang gitula. kalo time takde event susah tul nak pegi skola. tapi kalo ade aktiviti yang tak melibatkan P&P, dia dulu la. kami kami ni dah tak larat dah nak tegur. camtu gak jadinye. jadi biarla undang-undang skola je yang bercakap. sampai mase, gantung skola. tak pun buang skola terus. bila dah kene buang, heret plak mak bapak ke skola merayu nak masuk skola balik. heeiii tak paham aku diorang ni.
Haaa kan aku dah bebel. tak pasal-pasal je kan. takde kaitan betul dengan tajuk entri ni. hehe. tapi memang aku sengaja taknak mengaitkannya pun. hanya aku je yang tau ape yang aku nantikan tu. sabo jela. nak tau gak ke? nantila aku bagitau. belum mase lagi kay. ;P
Hari ni ada event lagi kat skola aku ni. tapi aku sempatla hapdet belog ni jap. sebab event start 10 pagi kang. ade VIP datang. aku uruskan cenderahati VIP je. tu pun ad-hoc. last minit baru tau ade program ni. kelam kabut gakla aku mencari hadiah untuk diorang. ape yang sempat jela aku balut jadi hamper.
Hari ni gak start Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform kat skola aku. sampai la hari Ahad. yang bestnye, hari Isnin kitorang dapat cuti!!! jeles tak? hehe. yela dah hari Ahad pun kene keje gak, haruslah Isnin tu dibagi cuti kan. kalo tak, mau mogok cikgu cikgi ni. hehe. aku terlibat masa hari akhir tu je nanti. bahagian perasmian penutup. so takla penat sangat.
Incek hubby pun ade event gak kat skola dia weekend ni. haihhh masing-masing bz memanjang. camnela nak ade anak camni. memang jarang sangatla weekend kitorang ni leh rilek je duk umah. kalo tak aku, incek hubby yang ke hulu ke hilir buat keje. kalo takde keje pun mesti dia cari keje gak. suke no tinggalkan bini dia ni kesunyian. huhuhu.
Eh okla ek. program dah nak start ni. cikgu cikgi tu dah menjerit panggil aku turun bawak hadiah. hehe. takut no aku tak takde kan. see u alls in next entry ya. bye.
* Budak 'ori' = budak asli. ;P
No comments:
Post a Comment