Wednesday, July 14, 2010

~ Hati-hati dengan penceroboh ~

Hai all...




Meh nak bebel skit. tahan tinge jap ek. 




Korang penah tak kene ceroboh? errr bukan rumah. tapi email ke, YM ke, or ape-ape laman sosial macam FB or Twitter. korang tak online tapi kawan korang cakap korang tengah online. sebab terpampang nama korang kan.




Setakat ni belum lagi jadi kat aku. harap-harap tak jadi la. tapi berlaku pada kawan aku. ade someone yang dah berjaya menceroboh YM dia. mula-mula aku tak perasan lagi. aku ingat memang dia. tapi aku jadi pelik bila aku mesej dia tak reply. aku kenal sangat dengan die ni. kalo aku mesej cepat je balas balik. aku biarkan lagi. maybe die busy tapi tak offline.




Tapi 1 hari tu kebetulan die tengah online FB. dan di YM pun status die on. aku chat dengan die dalam FB sebab aku mesej melalui YM die tak reply. aku terkejut bila die cakap die tak on pun YM. abis sapekah? tetiba aku rase seram. ni bukan cite hantu ye. dari situ aku dah mula syak yang YM die tu dah diceroboh. tak lame pastu 'orang' tu offline. kawan aku pun dah mula rasa tak best. 





Lepas dari hari tu, tiap kali YM die on, aku sms die tanya sama ada die yang online or 'orang' lain. dan biasenye 'orang' itu online jap je. dalam sejam camtu. seolah-olah die just nak tengok sape yang akan mesej kawan aku ni. heeiii saiko betul la sape yang punye angkara tu.




Korang rase camne? maybe ade yang lebih arif dengan IT ni tau mungkin ade keadaan yang mana email seseorang tu boleh clash dengan email orang lain dan termasuk dalam profile orang. releven ke hipotesis aku tu? atau pun memang ade penceroboh kat luar tu yang suke no intip orang lain. takde ke cara untuk halang password dari digodam orang yang tak bertanggungjawab ni?




* Kalo aku, terus tukar password lain. abis cite. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat