Thursday, July 29, 2010

~ Anak derhaka ~



Hai again.





Hari Isnin lepas aku terbaca 1 artikel dalam Harian Metro pasal faktor-faktor seorang anak menjadi derhaka. kenapa tetibe plak kuar cite pasal tu?





* Realiti




Yela, korang tengok jela sekarang ni. hampir setiap hari ade je berita terpampang kat suratkhabar pasal anak pukul mak la, anak saman bapak la. ade gak kes bapak dibelasah anak gara-gara berang ditegur. ape dah jadi dengan zaman sekarang ni? langsung hilang hormat pada ibu bapa yang melahirkan, mendidik dan membesarkan mereka.





Tak kesian ke tengok orang tua yang menjaga dari kecik dipijak, dipukul macam patung. memang kebanyakan kes, anak itu dalam keadaan khayal, mabuk dan tak sedar ape yang mereka buat. tapi takkan mereka dah tak kenal dengan ibu bapa? sampai ada yang sanggup membunuh ibu sendiri!! nauzubillah.





Dalam artikel tu ade disenaraikan 5 faktor yang mendorong anak jadi derhaka begitu. di sini aku akan cite secara ringkas je ok.





Antara punca-puncanya :


1. Kesilapan ibu bapa sendiri. Anak yang dilahirkan ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan hala tuju dan masa depan anak itu. maka, dalam hal ni ibu bapa tak boleh menuding jari menyalahkan orang lain. yela, kalo kita tengok zaman sekarang ni ibu bapa sume berkerjaya. jadi masa untuk anak-anak agak terhad. akibat daripada kekurangan kasih sayang tulah yang membentuk sikap melawan cakap, memberontak dan derhaka kepada ibu bapa sendiri.



2. Pengaruh rakan. rakan sering dijadikan tempat untuk menceritakan segala masalah yang dihadapi. mereka juga berkongsi kegembiraan bersama. faktor ini adalah pengaruh yang paling besar sekali. mereka lebih mendengar kata, pendapat dan nasihat rakan berbanding ahli keluarga sendiri. maka jika salah pilih kawan, salahlah tingkah laku dan sikap anak berkenaan.



3. Pengaruh media massa terutama media elektronik melalui program televisyen yang mengagungkan rancangan Barat. budaya masyarakat Barat yang tidak mementingkan nilai murni seperti membolehkan berkurang ajar dengan ibu bapa sendiri dilihat sangat mempengaruhi gelagat anak kita di rumah. adegan yang ditonton sering kali menjadi gaya ikutan mereka dalam kehidupan seharian.


 4. Faktor keempat ialah kurangnya didikan agama. dah menjadi lumrah kepada masyarakat pada zaman ini yang lebih mengutamakan ilmu duniawi berbanding ilmu keagamaan atau kerohanian. dan aku percaya ada di kalangan anak hari ini yang tak faham apa itu erti derhaka.



5. Faktor yang terakhir ialah daripada kelemahan sistem pendidikan. sistem pendidikan kita yang lebih mengutamakan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan dilihat semakin mudah meragut unsur kemanusiaan dan pembangunan modal insan yang patut diterapkan dalam diri setiap pelajar sekolah.





Akhirnya mereka membesar seperti mesin ataupun robot yang tidak kenal erti kasih sayang kepada ahli keluarga.




 * Untuk huraian lebih detail, klik sini.


3 comments:

  1. haii,,thx for sharing
    b'gune utk ujian lisan sy <3
    ^_>

    ReplyDelete
  2. ok dear...semoga berjaya dalam ujian lisan dengan cemerlang....aminnn ;)

    ReplyDelete
  3. hai.., Thank yOu.. sgt berguna utk final exam sy esok ^_^ ringkas tp senang difahami

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat