Assalamualaikum sume. ;)
Hari ni rase gumbira sangat sebab semalam dapat berita baik. ala korang buat-buat tak tau lak. tengok berita tak? aku tak. tapi akak aku bagitau. die tu kalo bab camni cepat je.
Pasal ape ni wey? alah, pasal bonus raya untuk kakitangan awam la. kan semalam PM umumkan kakitangan awam akan dapat duit raya RM500. ia akan dibayar sebelum 1 Syawal nanti. jadi, sape kakitangan awam kat sini? sila angkat kaki!
Ade yang cakap "RM500 je ke? sikitnya". bersyukurla wahai kamu. lebih baik ada daripada takde langsung. betul tak? walaupun sekarang ni RM500 tu dah jadi kecik nilainya, tapi bolehla ringankan skit beban perbelanjaan untuk raya nanti. bagi aku plak, duit tu bolehla di-spent-kan untuk pegi dan balik dari kampung. biasela, duk jauh. minyak tol sume ade la dekat RM300. so selebihnya leh jadikan angpau untuk sedara-mara.
* Google |
Dan Alhamdulillah gak incek hubby pun kakitangan awam. jadi dapatla RM1000. rezeki dalam bulan pose. bila aku bagitau incek hubby pasal berita tu, die rilek je. die leh cakap dah lame die tau. hahahahampeh. sajela tu taknak bagitau aku. takut sangat aku mintak shopping macam-macam. eleh.
* Tengoklah. sampai troli pun tak muat. |
Tapi aku tak berniat nak shopping pun. sume barang-barang raya dah beli. cuma kuih-muih je yang belum beli lagi. yela, duit ni bukan selalu dapat. setahun sekali jek. so agak tak berbaloi la kalo dapat-dapat je trus disedekahkan kepada tokey-tokey kedai. sebab aku lebih risau memikirkan bajet selepas raya nanti.
Time nak raya, memang selalunya kita tak beringat. bila dah abis raya, tengok akaun makin susut. nak tunggu gaji lambat lagi nak ujung bulan. time tulah baru nak garu kepala nyesal. mulalah bergolok bergadai emas segala. so, sekarang ni baik kita beringat sebelum terlambat.
* Orang sanggup berhabis duit beribu-ribu hanya untuk meraikan raya yang meriahnya cuma sehari.
bersyukurlah kan.. dapat byk ke sikit tetap rezeki.. daripada tak dapat langsung..? kan ke lagi teruk.. swasta lagi laa belum tentu dapat duit raya tau..
ReplyDelete