Friday, August 6, 2010

~ Akibat terlajak kata ~



Hai again.





Masih sempat nak hapdet 1 entri lagi sebelum balik keje.





Tadi mase online FB tetiba terbaca plak 1 isu baru pasal someone yang dikatakan telah menghina sebuah negeri di Malaysia ni. ala korang mesti dah tau kan. sebab ramai yang dah masukkan dalam belog masing-masing.





Aku tulis ni bukan nak menambahkan ke'hangin'an sesiapa. jauh skali nak mendebatkan isu tu. cuma nak berkongsi pendapat. yela, bila dah namanya laman sosial macam belog, FB, twitter, maknanya sume tu boleh diakses oleh ramai orang. tiap apa yang kita tulis sume akan jadi tatapan orang. lagi-lagi yang accountnya memang tak di-privasi-kan. 1 dunia leh tengok.




* Credit to google




Kadang-kadang keadaan yang kita sangka selamat tu la yang tak selamat. aku yakin niat tuan empunya diri tu tak la sampai nak menghina. mungkin mase tu die tengah bengang sangat sebab tak dapat cari ape yang dia nak. dan secara tak langsung terus diluahkan dalam FB. dan jadi gurauan sesama rakan-rakan yang lain.





Aku akui memang lahir dan membesar di negeri yang dikatakan dihina oleh orang itu. masa mula-mula baca statement die ade terselit sikit rasa kecewa. tapi bila aku pandang dari sudut lain, aku anggap itu tak lebih daripada luahan peribadi yang tak sepatutnya dicampuri oleh orang luar. cuma yang menjadi kekhilafan di sini, ia diluahkan di ruangan sosial yang popular. yang memiliki berjuta pengikut.




Setau aku semalam benda ni tersebar tapi sekelip mata je isu ni dah tersebar luas. yela, zaman sekarang ni kan canggih. maklumat sume di hujung jari. ko klik je, terus dapat. aku pun tak pasti macam mana status tuan empunya diri tu boleh tersebar. adakah angkara kawan-kawannya juga? wallahualam. 





Bila berlaku kes camni, buat aku lebih berhati-hati nak menulis ape-ape di laman sosial yang boleh dilihat oleh ramai orang. bukan ape. kadang-kadang kita tak sedar yang perkataan atau perbuatan kita telah buat orang lain terasa hati. niat kita cuma bergurau tapi mungkin bagi sesetengah orang, gurauan itu agak keterlaluan hingga menyentuh sensitiviti mereka. jadi, hormat-menghormati la sesama kita. kita hidup di bumi yang sama. 




* Takut baca komen-komen orang yang terlalu marahkan 'seseorang' itu.



2 comments:

  1. hmm rasa tau... ahaks..

    actually benda ni banyak dah berlaku..
    ramai di kalangan kita sedap2 je post something yang menyakitkan hati yang membaca...

    hmm.. kira cam bagus sangat...
    tapi minah ni.. actually kalau pandnag site lain.. masalah loghat pun ada.. sebab maksud orang sana hina tu cam teruk... tapi tu laa.. kena pk byk2 kali nak cakap pape kalau berkaitan sesuatu isu.. :P

    ReplyDelete
  2. ataicha...
    emmm betul sgt2 tu...sblm nak kuarkan ape2 statement better fikir pro & cons dulu....
    tp yela kan, kite kalo tgh marah mmg x leh fikir dgn betul....
    bile dh jd cmni, 1 dunia dh tau sape kita...
    uhuk...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat