Wednesday, August 11, 2010

~ Sahaja aku berpuasa ~



Assalamualaikum. selamat pagi sume.






Mulai hari ni umat Islam akan mula menjalankan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. mesti ramai yang tak sabar nak berpuasa kan. lebih-lebih lagi pastu nak raya. memang ramai yang ternanti-nanti.










Aku sendiri pun excited untuk bangun sahur dan berbuka puasa bersama dengan incek hubby. perasaan tu sangat best ok. tapi lebih best kalo dapat berbuka puasa dengan family kat kampung. uhuk. sabo jela kan.
















Di kesempatan ni, aku nak ucapkan 





SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK





bagi sume umat Islam amnya, dan pembaca belog ini khasnya. semoga diharapkan kita sama-sama dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna dan amal ibadat kita diberkati oleh Allah S.W.T.




 






Dan semestinya dalam bulan pose ni segala pertuturan dan perbuatan kita haruslah dibatasi. kalo sebelum ni suka cakap lepas, harap dalam bulan yang mulia ni kurangkanla ye. bukan ape. kalo boleh dalam bulan Ramadhan nilah kita nak kumpul pahala dengan buat kebaikan. sebab ganjarannya terlalu besar. berlipat kali ganda dari hari biasa. jadi takkan kita nak lepaskan peluang tu?










Di sini juga aku nak ambil kesempatan untuk meminta maaf kepada sesiapa saje yang mungkin pernah berkecil hati atau marah dengan aku. aku hanya manusia biasa. tak lepas dari melakukan kesalahan. dan aku juga dah memaafkan kesalahan kalian sume sama ada secara sedar atau tidak.
Wallahualam. 





* Sebak tiap kali mak call tanya berbuka apa. uhuk.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat