Monday, August 2, 2010

~ Gembira + Sedih = ????? ~



Hai. selamat hari Isnin sume.





Camne weekend korang? ok? weekend aku sangat-sangat best ok. kan dalam entri-entri sebelum ni aku ade mention yang family aku dari Kluang nak datang umah kan. and yes, 2 hari tu memang tak cukup. aku rase baru je jap bermanja-manjaan dengan mak ayah, diorang dah kene balik. uhuk. rase nak je ikut balik. dahla time raya kang baru leh balik Kluang. lama lagi woooo. ;(







Diorang sampai Lipis dekat kul 4 pagi. malam tu aku tak berapa leh tido. jap-jap bangun tengok jam. pastu mesej akak aku tanya dah sampai mana. yela, takut aku tak sedar lak bile dah tido mati. tido plak kat ruang tamu je. dengan lampu on. aku nak tutup, incek hubby cakap takyah. sebab takut tak sedar. last-last memasing tak leh tido.







Tau-tau akak aku call bagitau dah sampai. kelam-kabutla aku ngan incek hubby ke stesen. aku suh die call kat stesen sebelum tu. tapi die cakap dah gelap gelita tak nampak ape-ape dah kat luar. ye gak ek. nasib baik umah ke stesen tak jauh. dalam 10 minit gitu. 





Sampai umah, aku dah siap sume toto, bantal. diorang tinggal tido je. sempat gak borak-borak jap even jam dah kul 4 lebih. suke sangat sampai tak rasa ngantuk. pastu baru aku leh tido. incek hubby awal-awal dah berdengkur. die tak bape sihat akhir-akhir ni. selsema tak baik-baik. 





Kul 7.30 gitu baru aku terbangun. mata ngantuk lagi. tapi kene buat breakfast untuk diorang. aku turun, tengok sume terbongkang lagi. yela, dalam tren bukan leh tido kan. masing-masing berlawan dengkur. aku pun slow-slow jela buat keje kat dapur. taknak diorang terjaga. aku plan nak buat mi goreng, nasi goreng, goreng nugget ngan sardin gulung. wahhh rajin aku kan?





Actually, mak aku yang tolong masak. hahah. die yang bangun dulu. pas mandi trus die ke dapur. sian agaknye tengok anaknya ni terkocoh sensorang kat dapur. aku ni tak bape reti masak untuk ramai orang. tak pandai agak. nasib baik ade mak. thanx mak!! ;)





Ingatkan tengahari tu diorang lunch kat umah aku. sekali makcik aku ajak datang umah die lak. die duk Lipis gak. emmm bagus gak kan. nasib baik incek hubby tak pegi pasar beli lauk lagi. kalo tak sape la nak makan banyak-banyak tu. dahla bininya ni 'rajin' sangat masak. kihkihkih.





Pejam celik, pejam celik dah sampai hari Ahad. jap je aku rasa. tapi sempat gakla family aku jenguk ke rumah besannya (my MIL). yela, tak sedap plak dah datang situ tak jenguk dia kan. MIL aku ni jenis suke layan tetamu. pastu dihidangnya macam-macam buah. kan sekarang tengah musim kan. kalo leh sume die nak suh bawak balik. hehe. sabo jela.




Masa anta diorang nak balik tu, rasa sayu je. aku memang tak suka situasi tu. aku tunggu sampai la tren hilang dari pandangan mata. rasa nak je lompat naik skali. hehe. kang incek hubby aku lak nangis kene tinggal.





Takpe, sabola. tak lama lagi. dalam bulan pose ni lagila haru. uhuk. padahal taun lepas pun dah merasa pose jauh-jauh dari family camni. tapi masih gak sedih. ;(





* Bila ingat raya taun ni kat Kluang, trus jadi hepi balik. ;))))



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat