Wednesday, August 18, 2010

~ Sedihnya kehilangan orang tersayang ~



Hai. Assalamualaikum sume.




Dah sarapan? nah amik penampar sebijik. tak pose ye. tak baik tau. Tuhan nampak. 




Korang baca tak berita pasal 4 sekeluarga maut kerana kemalangan semalam? lupe lak kejadian tu berlaku kat mana. sedih kan bila kehilangan 4 ahli keluarga serentak camtu. lebih-lebih lagi dalam bulan pose. aku yang baca pun rasa sebak sangat. yang terselamat cuma suami dengan anak bongsunya. isteri dan 3 orang anak meninggal dunia. 




* Sebaknya dada. ;'(



 Daripada cite dalam paper tu, kejadian tu berlaku apabila si suami tiba-tiba nak buat pusingan U tanpa perasan ada sebuah van di laluan bertentangan. dan akibatnya kereta mereka dilanggar di bahagian kiri penumpang. tu sebab anak bini die meninggal tapi pemandu terselamat. 




Bila dah jadi camni, sape yang harus dipersalahkan. suami ke? atau pemandu van tu ke? mungkin kalo si suami lebih berhati-hati masa nak buat pusingan U tu kejadian ni dapat dielakkan. tapi yela kan, ajal maut di tangan Tuhan. kalo memang dah tertulis ajalnya pada saat tu, maka takkan terlebih atau terkurang walau sesaat pun.




Cuma kita yang masih bernyawa ni, amikla iktibar atas kejadian tu. sekarang ni macam dah jadi musim pulak bila tiba time nak raya, makin banyak kemalangan yang berlaku. senang sangat nyawa melayang. memangla setiap manusia tu pasti akan mati. cuma cara dan ketikanya yang membezakan.




Hari raya pun akan tiba lebih kurang 3 minggu lagi. jadi bagi yang akan memandu jauh balik ke kampung halaman tu, berhati-hatilah semasa di jalanraya. malang tak berbau. sebaik-baiknya elaklah memandu semasa mengantuk. ingatlah orang-orang tersayang yang masih memerlukan anda. 




* Pesanan dari pihak penaja.



8 comments:

  1. ada baca gak kelmarin..sedih jer baca..smoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  2. mmg sedih.. yg bongsu tu kembar kan.. sorg dh xde n sorg lagi cedera parah gak.. semoga roh arwah dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  3. haah mama...
    baru setahun umur yg kembar tu...
    pasni dh takde mak...
    sian sgt... ;(

    ReplyDelete
  4. mesti si suami tu menyesal tak sudah cz kerana kecuaian dia, dia hilang ahli keluarga. Semoga Allah sentiasa melindungi ahli keluarga kita. aminn..

    http://wanshah87.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. betul tu wanshah...
    semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org2 yg soleh...amin...

    ReplyDelete
  6. nigina...
    oh yeke...
    takziah utk kawan cousin u k...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat