Tuesday, May 22, 2012

Something to share =)

Hai. Dah lama rasanya tak update blog. Bukan malas cuma takde mood je. Tak sama kan? Hehe. Tapi tak pernah miss blogwalking ok. Cuma bila nak menaip tu rasanya alahai.... Lagi-lagi time sekarang ni.



Sebelum ni saya ada janji nak share something untuk kawan-kawan kan. Oh saya tak lupa. Cuma lambat sikit je. Hari ni keadaan saya ok dan ada mood nak menaip. So teruskan membaca. =)



Sekarang ni usia kandungan saya dah masuk 9 minggu. Rasa cepat je masa berlalu. Macam baru semalam saya cek. Harap semuanya sihat-sihat saja. Keadaan saya pun makin baik. Cuma morning sickness tu memang tak dapat dielakkan la. Muntah pun dah makin berkurangan. Alhamdulillah. Harap-harapnya bertambah ok dari hari ke hari.



Sebelum saya disahkan pregnant, saya ada mencuba beberapa produk dan petua untuk hamil. Tapi saya tak pasti yang mana satu penyumbang utamanya. Apa yang pasti rezeki itu datangnya dari Allah. =)



Bulan 2 saya start amalkan Biodex full set untuk hamil. Itu pun puas akak saya pujuk suruh beli. Dah ramai yang syorkan tapi saya macam tak tergerak hati lagi nak ambil. Akhirnya saya termakan pujukan akak saya. Saya beli full set untuk isteri dalam RM390. Dapat best prize sebab beli dengan kawan akak saya. =)



First set saya amalkan secara konsisten. Masuk second set saya dah mula tak disiplin. Jap makan, jap tak. Bukan apa, full set tu ada dalam 4 or 5 jenis. Pulak tu setiap jenis tak sama bilangan peketnya. Ada yang 12 peket, ada yang 15 peket, ada yang 30 peket. So ada yang akan habis dulu, ada yang tak habis-habis. Bila nak beli lagi kena beli satu-satu pulak. Harga pun jadi mahal. 



Masa saya amalkan Biodex tu, saya ada juga beli satu produk daripada page Senang Hamil dalam Facebook. Nama produk tu Lumiglow. Kegunaannya untuk sapuan di bahagian perut (sekitar rahim). Saya start guna Lumiglow ni penghujung bulan 2. Pendek kata kedua-duanya (Biodex dan Lumiglow) saya usahakan bermula pada bulan 2.



Awal bulan 3 saya mula berubat secara tradisional dengan Darussyifaa'. Ada saya ceritakan dalam entri sebelum-sebelum ni. Sori ye kawan-kawan. Agak malas nak cari link tu. Hehe. Dan bermula bulan 3 itulah saya mula duduk di rumah mertua. Dah tak duduk rumah sewa yang dikatakan agak mistik tu. 



Dan Alhamdulillah bulan 3 merupakan bulan terakhir saya period sebelum disahkan hamil pada bulan 4. Bila saya cerita hal ni kat kawan-kawan dan sedara-mara, ramai yang lebih mempercayai hal mistik tu. Wallahualam. Saya pun tak berani nak cakap apa-apa. Semua tu kuasa Allah. Mungkin ianya secara kebetulan. Tapi apa yang pasti 'makhluk' itu memang wujud di bumi Allah ini.



Saya rasa itulah apa yang saya amalkan sebelum saya disahkan mengandung. Saya sekadar berkongsi. Mana tahu dapat membantu kawan-kawan yang senasib dengan saya sebelum ni. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. Allah jua yang akan menentukan. 



Tak pernah jemu untuk saya ingatkan pada kawan-kawan. JANGAN SESEKALI BERHENTI BERHARAP. YAKIN DENGAN KEKUASAAN-NYA. TERUSKAN BERDOA DAN MEMINTA DARIPADA-NYA. INSYAALLAH. =)

6 comments:

  1. thank u diela share kan info yg berguna nih...tq so much. doakan hany jugak yer diela..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem hany...hanya membantu setakat yg termampu...insyaallah akan sentiasa doakan kawan-kawan...byk2 bersabar ye... ;)

      Delete
  2. Diela, thx ya..sharing info ni..su dh try lumiglow..tp xb'disiplin sgt..kdg2 pakai..kdng2 b'hri2 xpakai..huhu..biodex tu pn nk try la..tp mse nk beli ari tu, ejen tu ckp suh g HQ utk dptkn nasihat..org tu tkt t'salah bg kot..huhu..anyway..thx sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biodex yg org guna dulu ada dlm 5 jenis kalo x silap...detox, susu igc, prune, supreme diet dgn woman lobata..rasanya mmg itu je yg biasa org suggest...takpe sue try la dulu...

      Delete
  3. saya baru nak try lumiglow...baru order n baru dapat...saya mengharap sgt semoga ada rezeki anak buat saya dan suami . saya follow blog awk sbg sumber inspirasi...

    salam perkenalan dari Umaira

    ReplyDelete
  4. seronok jugak bc blog u ni,,,i pun nk kongsi pasal lumiglow ni,mslh i xperiod 2 tahun,i cuba pakai lumiglow y i beli dlm fb seindah suria 1 botol rm180 free postge,lps pakai 5 hari terus kuar period hapy sgt ,husben tau jer terus order 2 botol lagi,y lagi best dpt lak diskaun 2 botol rm355..step sterusnya berikhtiar utk hamil pulak..sape2 y nk beli boleh pm/sms je 018-7746736..selamat mencuba

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat