Thursday, March 22, 2012

Jangan dikenang

Keputusan SPM tahun 2011 dah pun diumumkan. Ada yang gembira, ada yang menyesal tak sudah sebab dulu malas belajar. Tapi apa yang nak disesalkan. Semuanya dah pun berlalu. Apa yang boleh dibuat sambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan buat lebih baik untuk tebus balik kegagalan kali ni.



Masa tengok budak-budak ambil keputusan semalam, automatik saya teringat kenangan saya dulu. Walaupun dah macam kabur-kabur sikit tapi masih ingatlah perasaan dan apa yang berlaku.



Dulu saya memang bukan budak pandai. Jauh sekali nak dapat title "Pelajar Target Sekolah". Keputusan yang saya dapat memang setimpal la dengan usaha yang saya buat. Sekali suruh, sekali buat. Serius saya tak mengharap apa-apa pun masa nak ambil keputusan SPM tu. Macam ambil sikap tak kisah je.



Datang dengan kawan-kawan sekepala yang sama-sama tak betul. Dapat slip keputusan je saya terus simpan dalam beg. Sebab dah dapat agak keputusan tak ok. Sampaikan cikgu pun macam terkejut sikit sebab saya macam nak cepat je. Sebenarnya saya malu kalau kawan-kawan lain nampak keputusan saya yang hmmm susah nak cakap. Hehe.



Bila dah berjalan balik tu barulah berani tengok sikit-sikit keputusan saya. Tu pun nyorok dari kawan-kawan. First thing yang saya tengok adalah keputusan Matematik. Terus rasa teruja sebab tak sangka boleh dapat A. Sebab sebelum ni saya antara yang lemah Matematik. Tapi hasil usaha buat latihan bertubi-tubi masa nak dekat exam akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah.



Subjek teras yang lain pun dapat keputusan ok. Cuma subjek sains yang tak berapa nak ok. Tapi memang saya dah agak. Sebab dulu saya malas. Belajar pun main-main. Asyik berseronok dengan kawan-kawan je. Tapi seingat saya masa ni saya belum rasa menyesal lagi. Masih lagi dengan dunia sendiri berhibur dengan kawan-kawan.


Saya mula rasa menyesal sebab tak belajar rajin-rajin bila sorang demi sorang kawan saya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti. Saya tak dapat. Masa tu kita boleh cek sama ada kita berjaya ke tak melalui telefon je. Tepat pukul 12 tengah malam saya call hotline upu. Kedengaran suara operator lebih kurang macam nilah,



"Dukacita dimaklumkan bahawa anda tidak layak bla bla bla bla....."



Masa ni memang saya kecewa habis. Terlupa sekejap yang keputusan saya tu memang tak ok. Macam mana nak dapat. Masa ni kalau tak silap saya ada berkawan dengan someone. Sama sekolah. Dia dapat keputusan ok dan dapat melanjutkan pelajaran ke UTM Kuala Lumpur. Saya tumpang gembira untuk dia. Tapi dalam hati frust juga.



Yang buat saya bertambah frust bila dia cakap kat saya nak putuskan hubungan yang masih hijau tu. Kitorang takdelah bercinta bagai nak rak. Tapi kiranya masa tu dialah satu-satunya lelaki yang rapat dengan saya. Puas saya tanya kenapa nak break off. Alasan dia mudah je. Sebab lepas ni dia dah jauh. Dia taknak terikat dengan sape-sape. Masa tu saya rasa dia jahat sangat. Tapi bila saya dah makin dewasa baru saya sedar memang itulah keputusan yang terbaik untuk saya dan dia. Yelah, baik dia putuskan masa tu daripada kemudian hari dia curang dengan saya. Lagi haru.



Beberapa minggu jugalah saya kecewa sebab tak dapat masuk Universiti. Sampai satu masa saya rasa bersemangat nak belajar lagi. Saya apply masuk Tingkatan 6. Daripada aliran Sains saya tukar ke aliran Sastera. Masa Tingkatan 6 memang saya dah nekad nak tebus balik kegagalan saya masa SPM dulu. Alhamdulillah saya berjaya. Dapat pointer antara yang tertinggi juga. Kawan baik saya pun sama. Memang gembira sangat masa tu.



Sekarang, bila saya tengok budak-budak yang malas belajar, saya terbayang diri saya waktu dulu. Kalaulah boleh ditayangkan video kehidupan saya dulu pada diorang ni, agaknya baru diorang nak rajin belajar. Tu pun kalau ada kesedaran. Saya kerap cerita pada diorang pasal pengalaman saya masa belajar dulu. Tujuannya nak bagi kesedaran supaya diorang tak menyesal kemudian hari.



Bila bergelar pendidik barulah saya faham macam mana perasaan cikgu saya dulu bila pelajarnya malas dan taknak belajar. Rasa sedih, marah, sakit hati dan buntu menguasai diri. Sampaikan dah tak tau nak buat macam mana lagi. Akhirnya terpaksa membiarkan dan berdoa semoga dia mendapat kesedaran. Cepat atau lambat hanya dia yang boleh pilih.



Alhamdulillah nasib baik saya tersedar awal. Kalau tak agaknya saya tak berjaya macam sekarang ni. Bila jumpa balik kawan-kawan lama takdelah segan nak bercerita kan. Hehe. Kawan-kawan baik saya dulu pun sekarang dah berjaya.



Sebab tu kalau orang bercerita pasal pengalaman SPM memang saya taknak ingat dan takkan kongsi. Saya rasa kehidupan saya bermula daripada STPM. Di situlah saya mula jadi MANUSIA yang lebih baik dari sebelumnya. Masa tu juga saya mula jumpa siapa diri saya yang sebenarnya. =)



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat