Wednesday, November 9, 2011

Kisah ex-boyfriend. Panas!

Salam Aidiladha kawan-kawan. =)



Hari ni pagi-pagi dah ada mood nak buat entri baru. tiba-tiba teringat satu kisah yang berlaku minggu lepas. kisah yang buat aku terkenang kembali cerita-cerita lama antara aku dan 'A'.



Gini ceritanya. minggu lepas (tak ingat hari apa), tengah rilek-rilek kat rumah tiba-tiba dapat sms dari seseorang yang dah lama tak contact. tapi disebabkan no fon tu masih aku simpan dalam hp, maka aku taulah sapa yang bagi sms tu. cuma sedikit terkejut sebab memang dah lama tak contact. rasanya dekat 10 tahun kot.



Dia ialah kakak kepada 'A' iaitu ex-bf aku. FYI, hubungan aku dengan family 'A' ni dulu memang rapat. dah macam family sendiri. mak dia pun aku panggil mama. kakak dia plak aku panggil Along. even masa hubungan aku dengan ex-bf dah tamat pun aku masih baik dengan family dia.



Ok berbalik pada kisah sms aku dengan kakak 'A' ni. kami pun borak-boraklah bertanya khabar sebab dah lama tak berhubung. rindu gila. rupanya kakak 'A' ni dah ada 2 orang anak pun. bila masa dia kawin pun aku tak tau. tau-tau je dah beranak pinak.



Lepas dah agak lama berbalas sms, aku terfikir nak tanya pasal ex-bf aku tu. dah kawin ke dia? sihat ke dia? kiranya kalau dikumpul soalan-soalan yang nak ditanya tu memang tak habislah. sms yang dibalas agak membuatkan hati aku sedikit tersentap. baru aku tau rupanya ex-bf aku tu tengah sakit sekarang. sakit apa tu aku tak berapa tau tapi melibatkan urat saraf dalam otak. dia cakap 'A' tengah tunggu masa untuk menemui ajal. Astaghfirullah.



Serius memang aku terkedu. rasa sedih pun ada. sedih bukan sebab aku ada perasaan lagi pada dia tapi sedih sebagai kawan. even dulu dia yang memutuskan hubungan kitorang, tapi aku dah lama lupakan. malah aku bersyukur sebab Allah tunjuk pada aku dan berikan aku suami yang sangat baik sekarang ni.



Yang buat aku bertambah sedih bila kakak 'A' cakap nasib baik aku putus hubungan dengan dia. kalau tak mesti nasib aku tak menentu sekarang ni. aku pun balas elok-elok sms kakak 'A' ni. aku cakap semua tu adalah ketentuan Allah. ada hikmahnya atas apa yang berlaku pada kami dulu. dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.



Aku ingatkan cuma satu berita sedih yang aku terima. tapi aku silap. bila aku bertanya keadaan 'mama', berita yang aku terima buat airmata aku mengalir. 'mama' sekarang tak sesihat dulu. 'mama' diserang strok tahun lepas. sekarang hanya mampu terlantar di rumah. saat ni aku terbayang wajah 'mama' yang dulunya sentiasa dihias cantik. dialah yang dulunya jadi tempat aku mengadu setiap kali aku bermasalah dengan 'A'. dia juga yang dulunya sanggup melayan panggilan telefon aku walaupun pada pukul 3 pagi semata-mata untuk jadi bahu tempat aku menangis.



Tapi sekarang? serius aku rasa nak sangat jumpa 'mama' sebelum dia tutup mata. nak peluk dia kuat-kuat, nak cakap terima kasih pada dia. menurut cerita kakak 'A', sebelum ni 'mama' memang ada cakap nak jumpa dengan aku. tapi bila dia dah mula sakit semuanya terkubur.



Insyaallah bila aku balik Johor nanti aku akan jumpa dengan 'mama'. semoga Allah memberi kesempatan untuk kami bertemu. aku ingat nak bawa family aku sekali jumpa diorang. dulu family kami ni memang baik disebabkan aku dan 'A'. lepas hubungan kami berakhir, family kami pun dah tak berhubung. rasanya tak salah untuk merapatkan semula hubungan yang dah terputus ni atas dasar saudara seIslam.



Apa yang berlaku ni aku tak cerita lagi pada hubby. bukan untuk merahsiakan, apatah lagi untuk menipu. tapi aku tak sampai hati. aku taknak hubby terasa hati dengan semua ni. sebab dulu hubby pernah bagitau yang dia tak suka kalau aku cerita kisah lama aku pada dia. lebih-lebih lagi yang melibatkan pasal ex-bf aku. dia mudah cemburu. mulai saat tu memang aku sangat menjaga hati dia.



Jadi pasal hal ni aku masih dalam dilema. tapi hati aku kuat menyuruh aku cerita hal ni pada hubby. entahlah. mungkin perlu difikirkan baik dan buruknya bila aku cerita perkara ni. aku taknak nanti aku menyesal di kemudian hari.



Kepada kawan-kawan sekalian yang baca entri ni, marilah kita sama-sama mendoakan semoga 'mama' dan 'A' sembuh seperti sediakala dan semoga Allah memberi kekuatan serta ketabahan pada keluarga mereka. sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang yang buruk itu datangnya dari kita sendiri. Wallahualam.



* Ada orang bercakap mengenai hukum karma. Kamu percaya ke?



5 comments:

  1. hurmm, diela, kalau ada masa dan kesempatan tu, rasanya ok kalau diela pergi jumpa 'mama', at least mintak maaf bagai kan, dan mungkin jugak memenuhi kehendak 'mama' nak jumpa diela kan. rasa nya husband diela memahami..insyaALLAH...

    hukum karma? nauzubillah....

    ReplyDelete
  2. elok la kamu ceritakan pada incek suami kamu tu....semoga mereka berdua cepat2 semboh...

    ReplyDelete
  3. sama sama kita doakan mereka semua selamat.. sedih juga membaca citer nih..
    tapi rasanya kalau diberitahu pada suami pun dia akan memahami.. yang berlalu biarkan berlalu..atau mungkin dia juga yang akan minta supaya cepat pergi berjumpa dengan mama tu..

    kita doakan semoga semuanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  4. saya pun dulu rapat dgn mak ex bf...dah panggil ibu pun...tp dah tak de jodoh kan...

    saya rasa, awk kene cari masa yg sesuai tuk explain pada hasben awk..rasanya tak salah kalu nak gi melawat.angap sbg sedara seislam...

    ReplyDelete
  5. terima kasih pada kawan-kawan semua yg mendoakan kesejahteraan mereka...info terbaru, sy dah pun maklumkan hal ni pd hubby dan Alhamdulillah dia menerima dgn baik...terima kasih juga atas pandangan dan nasihat kawan-kawan... =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat