Tuesday, November 1, 2011

Kisah seorang adik cashier yang baik

Salam kawan-kawan. =)



Amacam? tajuk entri ada macam tajuk karanga
n budak darjah 2 tak? hahaha.



Ok, kali ni aku nak cerita 1 kisah yang berlaku minggu lepas masa aku balik Kluang. lokasinya di dalam Guardian di Kluang Parade.



Masa tu aku dengan hubby singgah ke Guardian sebab nak beli barang-barang mekap aku yang dah nak kehabisan. then masa nak bayar kat kaunter aku ternampak rak coklat kat situ. alah biasa kan memang ada rak coklat & gula-gula kat kaunter tu.



Tetiba rasa nak makan coklat plak. aku pun belek-belek coklat kat situ. emmm coklat Dove ni nampak macam best. kata aku dalam hati. yela takkan nak cakap kuat-kuat plak kan. sebelum ni aku dengar ramai cakap coklat Dove ni sedap. nak try jugak sedap sangat ke. tapi kalo tengok coklatnya memang nampak sedap.




cilok dari encik google




Maka aku pun tanpa rasa apa-apa terus ambil 1 papan coklat tu. eh boleh ke panggil papan? masa letak kat kaunter, tetiba adik cashier tu panggil aku. lembutttt je suara dia. macam ada nada serba-salah sikit.



Adik cashier :Emmm akakkk...saya nak cakap sikit ni...maaf ye...


Aku : Ye... (sambil rapatkan sikit muka dekat dengan dia sebab takut tak dengar)



Adik cashier : Emmm sebenarnya coklat ni takde pengesahan halal dari JAKIM. kalau akak tengok kat coklat tu cuma ada cop halal dari Thailand je. saya takut coklat tu tak halal. (sambil merujuk coklat Dove tu)



Aku : Oh yeke? (dalam nada terkejut sambil cepat-cepat letak balik coklat tu kat rak. serius terkejut gila.)



Adik cashier : Haah kak. saya bagitau ni sebab akak orang Islam kan. rasa bersalah kalau tak bagitau.



Aku : Oh takpe. terima kasih banyak-banyak sebab bagitau. saya memang tak tau. baru nak rasa.




Lepas bayar semua, aku cerita kat hubby pasal kes tu. tak sangka bagus betul budak cashier tu. selama aku hidup ni, memang tak pernah lagi ada cashier tegur pasal halal haram sesuatu produk bila kita beli. yang dia tau orang tu nak beli, dia punya hal la. janji bayar. aku memang respek habis kat adik tu.



Kalau kita tengok sekarang ni ada macam-macam jenis cop logo halal kat produk makanan kita. ada sesetengah orang even cop halal tu dari negara lain, dia tak kisah. asalkan ada tanda halal. tapi kita lupa betul ke tu memang logo halal yang sebenar? atau sebaliknya? nampak remeh kan? tapi kesannya memang besar.



Macam kes aku ni. even ada logo halal Thailand sekalipun (aku tak cek sebab kelam-kabut simpan coklat tu. macam dah terpegang B**I pun ada gayanya), aku rasa memang patut adik tu maklumkan pada aku. yang aku pun boleh tahan kesengalannya. boleh pulak lupa nak cek logo halal tu. haihhh!



Aku yakin ramai kawan-kawan kat luar tu yang dah pernah merasa coklat ni. tapi bak kata omputih, "better late than never". maybe sebelum ni kita jahil dan tak tahu. so bila dah tahu ni kena stoplah dan bertaubat. semoga Allah menerima taubat kita.



Maybe akan ada yang cakap aku menuduh tanpa bukti. actually aku takde tuduh apa-apa pun. cuma aku terfikir, kalau benda tu takde apa-apa masalah, dari mana adik tu tau benda tu tak halal? mesti ada yang menyampaikan hal tu pada dia. kalau tak aku rasa dia pun tak berani nak cakap kan.



Whatever it is, bila kita dah mula was-was, jangan diteruskan. tapi kalau ada yang rasa memang yakin benda tu halal, terpulanglah. aku pun tak berapa tahu nak berhujah pasal hukum-hakam ni. the point is, ada orang dah mengingatkan aku pasal halal haram produk tu. so yang lain boleh fikir dan nilai sendiri.



Aku buat entri ni pun bukan nak memburukkan produk tu. cuma nak kongsi apa yang aku dapat je. aku rasa tak salah kalau aku cerita benda yang elok untuk dijadikan panduan kita bersama. kalau cerita ni tak betul, awal-awal aku mohon maaf.



* Sekadar renungan kita bersama. =)



6 comments:

  1. salute la kat adik cashier tuh. serius sangat bertanggungjawab.

    hany pernah dekat cosway, ada 1kek coklat memang tak halal, dia punye pekerja malay islam lah, bagitahu hany awal awal itu tak halal...

    ReplyDelete
  2. betul tu hany...mmg salute sgt2...terharu pun ada sebab masih ada org yg mempunyai sikap bertanggungjawab mcm tu...dlm masa yg sama menyelamatkan saudara seIslamnya...semoga Allah merahmati adik cashier tu...

    ReplyDelete
  3. Diela, selamat hari raya aidiladha...

    ReplyDelete
  4. MZHANY :
    selamat hari raya aidiladha juga buat hany sekeluarga... =)

    ReplyDelete
  5. Saya lebih yakin Halal Thailand berbanding Halal Malaysia yang sering banyak isu...

    ReplyDelete
  6. Logo Halal Thailand boleh pakai di Malaysia, memang halal... Bagi saya, cashier tu bodoh dan tak ambil tahu bahawa Logo Halal Thailand, Singapore, Indonesia, China dan sebagainya dibenarkan di Malaysia.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat