Wednesday, January 18, 2012

Usaha + Doa = Tawakal + Redha

Salam. morning kawan-kawan. semoga hari ini lebih baik dari semalam. =)



Seperti yang dijanjikan aku akan sambung cite dari entri-entri yang lepas. benda ni aku dah fikir masak-masak sama ada nak share dalam blog or tak. sebab pada sesetengah orang hal-hal camni agak sensitif kan. tapi bila aku fikir sedalam-dalamnya, aku ambil keputusan nak share dengan kawan-kawan yang senasib dengan aku. yela walaupun aku tak dapat membantu lebih-lebih tapi cukuplah sekadar pengalaman aku ni digunakan untuk diri korang gak. harap-harap membantulah. =)



Ok, entri sebelum ni Dr. Luckmal suggest aku dengan hubby buat IUI memandangkan tiub fallopio aku normal dan ada 2 biji telur yang matang. aku tanya berapa kosnya. tak mahal. dalam lingkungan RM5++ saja. so aku dengan hubby pun setuju. masa sekarang ni aku dah tak fikir sangat bab duit. fikir nak anak je. aku dengan hubby dah nekad akan berkorban apa saja untuk anugerah yang satu tu.



Bila aku dah setuju Dr. Luckmal pun call kawan dia di Mahkota Medical Centre di Melaka untuk set appointment. aiseymen kena pegi Melaka plak ke. ingatkan buat kat Kluang je. tapi takpelah. memandangkan time tu cuti lagi so takde masalah.



Sebelum balik aku diberikan 1 syringe yang berisi cecair untuk pecahkan telur pada waktu yang sepatutnya. cecair ni aku kena suntik sendiri kat rumah malam tu. berdebar gaklah nak buat kan. biasanya dokter yang cucuk tapi yang ni kena cucuk sendiri plak. dokter bagitau boleh pilih nak cucuk kat lengan, perut or punggung. yang penting tempat tu banyak lemak. aku pilih perutlah sebab situ tempat lemak membiak dengan jayanya. hahaha. lengan aku halus sangat.



So malam tu aku mintak hubby yang bagi injection kat perut. caranya aku kena kepitkan bahagian lemak kat area pusat dengan tangan dan inject di bahagian tu. hmmm tak rasa apa-apa pun. lagipun syringe tu comel je. ok setel bahagian tu.



Selang 2 hari kemudian aku gerak ke Melaka. risau gak aku kalo tak jumpa hospital tu. tapi akak aku cakap betul-betul kat tengah Banda Hilir. actually malam sebelum tu lagi aku dengan hubby dah gerak ke Melaka. sebab nak survey tempat dulu. kalo pegi pagi tu kelam-kabut plak. bila dah jumpa kitorang cari hotel nak stay malam tu. sebab esoknya pagi-pagi pukul 8 dah kena daftar.



Esoknya sebelum sarapan lagi kitorang dah gerak ke Mahkota Medical Centre. masa ni nak makan pun dah tak lalu. berdebar sepanjang masa. masuk je terus register. bayar RM8. then terus naik ke bilik Dr. Saifuddin. tingkat berapa dah lupa. cantik gak hospital ni. tenang je. tak ramai sangat orang memandangkan hari aku pegi tu hari bekerja.



Sampai ke bilik dokter tu takde patient pun. kena isi maklumat segala bagai then tunggu dokter. dokter masuk pukul 9 pagi. tak lama pun tunggu. jumpa dokter, blablabla, then dia suruh masuk 1 bilik ni. kat pintu tulis IVF room. ohhh tempat buat IVF rupanya. kat dinding penuh dengan gambar baby yang dah berjaya dilahirkan melalui prosedur IUI dan IVF oleh hospital tu. hmmm nampaknya macam ada peluang yang tinggi.



Lama gak tunggu kat situ. belum dapat apa-apa arahan dari nurse. tak lama pastu nurse panggil. dia bagi 1 botol kecik pada hubby. tujuannya hubby kena bagi sampel semen untuk digunakan dalam IUI nanti. korang paham-pahamlah sendiri ye. malas aku nak explain lelebih. huhu.



Pas dah setel semua, nurse suruh kitorang datang semula pukul 12 tengahari. masa tu jam dalam pukul 11. so kitorang turun pegi cafe untuk makan. masa ni nampak ramai student pelatih dari kolej-kolej jururawat yang buat praktikal kat hospital ni. comel-comel semuanya. ohhh rindu masa belajar. huhuhu.



Dalam pukul 12 kitorang naik balik. masa ni aku tak dibenarkan buang air lagi. kena banyak minum air suam. tapi dalam pukul 12.15 camtu aku dah tak tahan sangat nak terkencing. ahh lantaklah! aku masuk je toilet. kuar-kuar je kena sound dengan nurse. hahaha. aku ni bukan boleh minum air banyak sikit. cepat je bocor. pastu aku minum air lagi sikit-sikit. nurse tu bagitau kena tunggu aku rasa nak terkencing baru boleh mulakan prosedur tu. sebab ianya lebih memudahkan. ohhh camtu.



Dalam pukul 12.30 aku rasa nak terkencing lagi. adoii sabo jela. then aku bagitau nurse aku dah tak tahan sangat nak terkencing ni. then nurse pun cakap 'ok, kita boleh mulakan.' aku masuk 1 bilik, baring atas katil. masa ni berdebar tak ingatlah. rasanya baru je aku baring tetiba aku tengok dokter dah ada kat sebelah. aikk cepatnya. tapi baguslah setelkan cepat sebab aku dah tak tahan nak terkucil.



Posisi aku baring dengan bantal kat punggung, kaki dilipatkan. kiranya lutut kat ataslah. then dokter masukkan alat yang biasanya orang panggil muncung itik. orang cakap sakit masa masukkan benda ni. tapi aku rasa biasa-biasa je. rasa nak terkencing tu lebih kuat dari rasa sakit kot. cuma terkejut sikit sebab benda tu sejuk. dah namanya besi. masa ni aku risau gak janganlah sampai aku terkencing kat sini. huhuhu.



Then aku dengar dokter cakap, 'ok, very good.' tah apa yang bagus pun aku tak tau. bukan aku nampak pun. kat kiri kanan aku ada 2 orang nurse jaga. tak lama pastu aku dengar dokter cakap 'ok, saya akan masukkan tiub ni ye. rileks saja. tak sakit.' aku cuba nak rileks tapi makin kuat plak aku rasa bunyi jantung aku ni. sampai bergegar badan. pastu dokter cakap lagi ' ok saya akan suntik ye. selawat dan doa banyak-banyak.' masa ni ada rasa sedikit terharu. aku pun selawat dan doa semoga apa yang diusahakan kali ni berjaya.



Then dokter bagitau 'ok dah siap'. i was like 'haa? dah siap?? apsal aku tak rasa apa-apa pun???' serius aku tak rasa pun masa dia masukkan tiub tu. cuma masa dia tarik keluar tu ada rasa sikit tapi tak kuatlah. masa tu dah boleh tersenyum. cuma aku tak boleh bangun lagi. kena rest dalam 30 minit. harap-harap dapatlah aku tahan dari terkucil atas katil ni. huhuh.



Lepas 30 minit aku dibenarkan buang air. ahhhh lega ko! aku keluar tengok hubby dan mengantuk tunggu aku. hubby setelkan semua bil. aku kira-kira prosedur termasuk ubat dalam RM5++ seperti yang dibagitau sebelum ni. pastu kitorang terus gerak balik Kluang. dalam kete aku baringkan seat konon nak bagi proses persenyawaan terjadi dengan lancar. hahaha.



Aku dibekalkan dengan ubat Duphaston. kata dokter ubat tu untuk buat rahim jadi melekit dan memudahkan telur yang dah disenyawakan melekat kat situ. ohhh gitu. aku makan untuk tempoh 14 hari. kalo ikutkan aku kena datang semula lepas 14 hari tapi dokter cakap kalo tak datang pun takpe. dia bagitau kalo still tak period lagi pegi ke klinik untuk buat pregnancy test. ok!



Sebenarnya aku agak ralat sikit sebab keesokan harinya aku kena berjalan jauh plak. nak taknak aku kena gak pegi ikut hantar adik aku yang dapat tawaran belajar kat Politeknik Seberang Perai, Penang. sepatutnya aku kena berehat. tapi disebabkan tak muat 1 kereta, aku dengan hubby kena ikut hantar gak. masa ni aku tawakal jelah. aku doa banyak-banyak supaya perjalanan yang jauh ni tak mengganggu usaha aku.



Tapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan. usaha aku kali ni gagal. tapi aku tak menangis! ye memang aku tak menangis. kenapa? sebab aku tau semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Allah takkan menguji hambaNya lebih dari yang kita mampu. aku tetap yakin pada Dia dan takkan sesekali menyalahkan takdir. Alhamdulillah suami pun redha dengan semua ni. dialah orang yang paling banyak beri semangat pada aku untuk terima dengan qada' dan qadar.



Mungkin dah tertulis di Luh Mahfuz sekarang belum tiba masanya lagi. mungkin masih sangat sedikit usaha yang aku lakukan selama ni. mungkin pada hakikatnya aku masih lagi belum bersedia dari segi fizikal dan mental. who knows? hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. aku redha dan aku takkan sesekali berhenti berusaha.



Insyaallah jika ada rezeki lagi mungkin aku akan jalani lagi sekali proses ni. bagi kawan-kawan yang senasib dengan aku, aku syorkan cubalah cara ni. Insyaallah kalo korang takde masalah dan pasangan korang juga normal, mungkin akan berjaya. jangan takut untuk mencuba. mungkin ada rezeki untuk kita nanti. Insyaallah.



Sekarang ni aku tengah mengamalkan satu petua yang aku dapat dari seorang ustaz ni. tu pun kawan aku yang terjumpa masa dia di Makkah baru-baru ni. bagi aku selagi ianya tak memudaratkan memang aku akan buat. tapi yang logik jelah. kalo ada orang bagi petua suruh minum air longkang takkan ko nak buat gak kan. hahahah.



Insyaallah kalo ada kesempatan nanti aku akan share dalam blog ni ye. mohon kawan-kawan yang jenguk blog ni doakan kami dikurniakan baby secepat yang mungkin. aku juga tak pernah lupa mendoakan kalian. Insyaallah. sampai jumpa lagi. =)



12 comments:

  1. Salam.

    oww... camtu rupanya buat IUI. aku macam nak try. tapi nak tunggu dulu. lagi pun aku belum setahun lagi kawen. sekarang kitorang cuma ikut petua orang je. ada orang kata elok makan buah delima. jenuh gak la aku dgn hubby cari buah delima kat JB ni tapi tak jumpa. lagi 1 petua minum air susu kambing campur buah kurma 3 biji kalau tak silap. yg ni aku tak try sebab aku tak lalu nak minum susu. susu lembu dlm kotak pon aku tak lalu nak minum inikan pulak susu kambing kan.

    selagi kita boleh usaha, kita usaha lah kan. harap2 apa yg kita impikan tercapai. tapi kadang2 aku terfikir kenapa Allah taknak bagi lagi aku anak. aku rasa aku dah bersedia. tapi bila tengok life aku sekarang yg busy dgn keja, sampai laki aku asyik kena tinggal sbb aku kena outstation, camne kalau aku ada anak. kesian laki aku nanti. Allah lebih tahu aku mampu ke tak nak manage semua tu. mungkin sebab tu Allah tak bagi lagi. Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  2. salam...
    takpe ko masih baru lagi. chances masih tinggi. aku pun dulu genap 2 tahun baru start jmpa gynea. aku ade dgr gak pasal buah delima tu. baru2 ni ada makan 2 biji. susu dgn kurma mmg bagus. aku tgh amalkan skrg even sblm ni x suka langsung susu. tapi kena paksa gaklah.

    yup. kadang2 ko rasa mmg ko dah bersedia tapi kalo difikir secara mendalam mungkin ada aspek yg ko masih belum bersedia. mcm aku gak. ikut hati mmg sgt2 dah sedia. tapi bila fikir balik dgn keadaan sibuk, berulang-alik jauh. maybe sbb tu Dia x bagi lagi. sementara belum ada nilah aku kumpul aset banyak2. insyaallah mudah-mudahan apa yang kita usahakan dimakbulkan Allah. aminnnn

    ReplyDelete
  3. it's ok dear...cuba dan terus mencuba....

    insyaallah nanti2 ada la tu rezekinya...mana tau sekali DIA bg ha kembar...kan ka best...

    kakD doakan utk kamu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn...mudah-mudahan masin mulut kakD...mmg sy dgn hubby harapkan kembar...insyaallah...thanks a lot kakD...mmuuaahh!

      Delete
  4. InsyaAllah..mudah-mudahan akan dapat juga..Saya sendiri dah 5 tahun berkhawin dan belum dikurniakan zuriat...Hati ni, tuhan sahaja yg mengetahui betapa sangat meluap2 untuk merasai nikmat mejadi seorang ibu...Berbalik kepada ketentuan nya yang Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk makhlukNya...
    Pelbagai ikhtiar telah dilakukan...cuma IUI dan IVF shj yg belum...

    -Nana

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih NANA...ye hanya yg mengalami saja akan memahami apa yg kita rasa...nak tutup mulut org mmg dah tak larat sgt...sebaiknya teruskan berusaha dan berdoa kepada-Nya...insyaallah...
      maybe dah sampai masanya NANA cuba perubatan moden plak...mana tau ada rezeki...kita hanya merancang...selebihnya Allah yang tentukan...insyaallah sy akan sentiasa mendoakan kawan-kawan...aminnnn

      Delete
  5. Hi kak..i boleh rasa kepahitan yg akak lalui skg..i sama juga..4 years wait for baby..finally we decided to take treatment at TMC at city plaza Jb..Dr Fabian Kurian..i went for laprocospy and 1st iui..i got pregnant..few mths after gave birth i pregnant again..now i hv 2 girls and now pregnant for 3rd child..dont forget to pray and go for treatment..sure god will give u the best..

    ReplyDelete
  6. Hi kak..i boleh rasa kepahitan yg akak lalui skg..i sama juga..4 years wait for baby..finally we decided to take treatment at TMC at city plaza Jb..Dr Fabian Kurian..i went for laprocospy and 1st iui..i got pregnant..few mths after gave birth i pregnant again..now i hv 2 girls and now pregnant for 3rd child..dont forget to pray and go for treatment..sure god will give u the best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wowww happy to hear that usaha u berhasil...tahniah ye...now i have cute baby boy tapi bukan drpd iui or ivf...naturally i can pregnant... ;)

      Delete
  7. Hati ni, tuhan sahaja yg mengetahui betapa sangat meluap2 untuk merasai nikmat mejadi seorang ibu...Berbalik kepada ketentuan nya yang Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk makhlukNya...

    IVF in SHJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar byk2 ye yuva raj...maybe its not time yet...kalau tak berjaya cara begini, kita cuba cara lain...the key is DONT GIVE UP...then u will success...i'll pray for u... ;)

      Delete
  8. Alhamdulillah... terima kasih... lepas bg blog nie hati sy rase tenang. Saya sebelum nie pernah buat IUI. Perasaan nya tak sama utk buat kali ke 2. Selepas 2thn kawin sy buat IUI kali pertama tak berhasil. Sy blh terima dengan tenang. Tahun ke 3 sy pregnt cara normal. Alhamdulillah... tp kegembiraan bertahan 3 bulan saje. Sy gugur. Skrg nak masuk thn ke 4 sy nak cube buat IUI plk. Perasan sedih dan takut sbb sy takut kecewa. Sy tkt utk laluinye sekali lagi. Sedih waktu gugur sampai sekrg tak blh lupe. Saya bersyukur sbb husband ada bila sy perlukan kekuatan. Selalu bg kata2 positif. Bila pk2 blk, Allah blm kurniakan sy anak tp Allah kurniakan sy suami yang baik.... Alhamdulillah.... moga satu hari nanti sy dapat merasai perasaan menjadi ibu. Rahsia Allah tak der sapa yang tau....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat