Monday, March 26, 2012

Telinga masuk air! Trauma!

Haha! Lawak kan tajuk di atas. Sebelum ni saya selalu dengar orang cakap kalau telinga masuk air, cara nak keluarkan air tu kita kena masukkan lagi air dalam telinga pastu tonggengkan kasi keluar. Erk!



Mula-mula dengar petua camtu saya dah rasa was-was. Macam tak logik je. Dahlah air termasuk dalam telinga, pastu nak keluarkan kena masukkan air lagi. Ish takkanlah macam tu kot. Kang makin pekak sape nak tanggungjawab?



Nak dijadikan cerita tak best jadi lagi best, semalam kejadian yang paling saya takuti akhirnya berlaku juga. Serius selama ni saya tak pernah alami kejadian air termasuk dalam telinga masa mandi. Tah macam mana semalam tengah syok siram air atas kepala, saya rasa berdesup laju air masuk dalam telinga.



Biasanya kalau kat rumah sendiri saya mandi air pancur (shower) je. Tapi kan semua sedia maklum yang saya dah tak duduk rumah sewa tu. Sekarang masih menumpang kat rumah mertua. Sob sob. Puas cari rumah sewa tak jumpa-jumpa lagi. Kat rumah mertua plak takde shower. So mandi bergayunglah saya.



Agaknya dah memang dilahirkan tak pandai mandi bergayung, maka tengah syok bilas rambut lepas syampu, air masuk dalam telinga kiri saya. Dalam hati saya dah gelabah puyuh (apa tu?) dah. Tapi luaran rileks je. Konon taknak bagi diri sendiri panik.



Lepas hilang panik sikit, saya fikir 'alah, jap lagi keringlah air ni.' Agak-agak logik tak ek? Tapi masa tu saya rasa tersangatlah logik. Dalam masa yang sama saya asyik ber'head-banging' nak keluarkan air tu. Bila saya telengkan kepala ke kanan, terus rasa pekak telinga belah kiri sebab gegendang ditenggelami air. Agaknyalah. Mana saya nampak.



Lama-lama saya rasa makin tak selesa. Bila bercakap saya rasa macam dengar tak dengar je suara sendiri. Berdengung-dengung. Makin lama makin sakit. Ishh tak boleh jadi ni.



Maka saya pun mengadulah pada pihak yang berkenaan a.k.a suamiku. Hehe. Sepantas kilat dia cakap 'masukkan air sikit pastu telengkan kepala. Nanti dia keluarlah.' Alaaaaa takkan kot. Kang pekak sape nak dipersalahkan? Kang dia jugak yang cari lain. Huhuhu.



Dalam rasa berbelah bagi tu saya melangkah gak ke bilik air. Dalam hati 'ko berani sangat ke? Kang kalo pekak macam mana?' Ishh jahat kan encik hati ni. Patutnya bagilah kata-kata semangat sikit kan.



Dalam keadaan tenang dan dimulakan dengan Bismillah, saya pun tadah air dalam tangan dan masukkan dalam telinga kiri. Beberapa kali cubaan masih tak berjaya. Cubaan yang ke berapa tah tiba-tiba saya rasa telinga kiri saya tertutup. Cepat-cepat saya telengkan kepala ke kiri. Tak lama terus rasa lapang je telinga.



Wahhhh unbelievable! Macam tak percaya rupanya petua tu memang boleh dipakai! Ke saya je yang melebih-lebih takut? Hehe. Lepas tu memang dah tak berdengung telinga saya. Memang lega gila lah. Menggigil-gigil tangan sebab takut sangat jadi pekak. Hahahaah.



Pastu saya melaporkan keputusannya pada pihak yang berkenaan tadi. Dengan penuh keterujaan saya bercerita. Almaklumlah first time kena kan. Jakun mengalahkan apa. Pihak terbabit hanya memandang sebelah mata cerita saya. Nampak macam tak heran langsung. Hmm agaknya dia dah biasa sangat masuk air dalam telinga kot. Eleh!



Pasni saya berjanji pada diri saya untuk lebih berhati-hati masa mandi. Dan andaikata kalau berlaku lagi, saya dah lebih yakin nak masukkan air lagi dalam telinga. Macam best plak. Hehe. Pasni kalau ada sesiapa yang kena macam saya jangan malu, jangan segan nak amalkan petua tu ye. Insyaallah berjaya. Kalau tak berjaya, errr sila salahkan orang yang mencipta petua tu. Hehe



Ok bai!



Thursday, March 22, 2012

Jangan dikenang

Keputusan SPM tahun 2011 dah pun diumumkan. Ada yang gembira, ada yang menyesal tak sudah sebab dulu malas belajar. Tapi apa yang nak disesalkan. Semuanya dah pun berlalu. Apa yang boleh dibuat sambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan buat lebih baik untuk tebus balik kegagalan kali ni.



Masa tengok budak-budak ambil keputusan semalam, automatik saya teringat kenangan saya dulu. Walaupun dah macam kabur-kabur sikit tapi masih ingatlah perasaan dan apa yang berlaku.



Dulu saya memang bukan budak pandai. Jauh sekali nak dapat title "Pelajar Target Sekolah". Keputusan yang saya dapat memang setimpal la dengan usaha yang saya buat. Sekali suruh, sekali buat. Serius saya tak mengharap apa-apa pun masa nak ambil keputusan SPM tu. Macam ambil sikap tak kisah je.



Datang dengan kawan-kawan sekepala yang sama-sama tak betul. Dapat slip keputusan je saya terus simpan dalam beg. Sebab dah dapat agak keputusan tak ok. Sampaikan cikgu pun macam terkejut sikit sebab saya macam nak cepat je. Sebenarnya saya malu kalau kawan-kawan lain nampak keputusan saya yang hmmm susah nak cakap. Hehe.



Bila dah berjalan balik tu barulah berani tengok sikit-sikit keputusan saya. Tu pun nyorok dari kawan-kawan. First thing yang saya tengok adalah keputusan Matematik. Terus rasa teruja sebab tak sangka boleh dapat A. Sebab sebelum ni saya antara yang lemah Matematik. Tapi hasil usaha buat latihan bertubi-tubi masa nak dekat exam akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah.



Subjek teras yang lain pun dapat keputusan ok. Cuma subjek sains yang tak berapa nak ok. Tapi memang saya dah agak. Sebab dulu saya malas. Belajar pun main-main. Asyik berseronok dengan kawan-kawan je. Tapi seingat saya masa ni saya belum rasa menyesal lagi. Masih lagi dengan dunia sendiri berhibur dengan kawan-kawan.


Saya mula rasa menyesal sebab tak belajar rajin-rajin bila sorang demi sorang kawan saya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti. Saya tak dapat. Masa tu kita boleh cek sama ada kita berjaya ke tak melalui telefon je. Tepat pukul 12 tengah malam saya call hotline upu. Kedengaran suara operator lebih kurang macam nilah,



"Dukacita dimaklumkan bahawa anda tidak layak bla bla bla bla....."



Masa ni memang saya kecewa habis. Terlupa sekejap yang keputusan saya tu memang tak ok. Macam mana nak dapat. Masa ni kalau tak silap saya ada berkawan dengan someone. Sama sekolah. Dia dapat keputusan ok dan dapat melanjutkan pelajaran ke UTM Kuala Lumpur. Saya tumpang gembira untuk dia. Tapi dalam hati frust juga.



Yang buat saya bertambah frust bila dia cakap kat saya nak putuskan hubungan yang masih hijau tu. Kitorang takdelah bercinta bagai nak rak. Tapi kiranya masa tu dialah satu-satunya lelaki yang rapat dengan saya. Puas saya tanya kenapa nak break off. Alasan dia mudah je. Sebab lepas ni dia dah jauh. Dia taknak terikat dengan sape-sape. Masa tu saya rasa dia jahat sangat. Tapi bila saya dah makin dewasa baru saya sedar memang itulah keputusan yang terbaik untuk saya dan dia. Yelah, baik dia putuskan masa tu daripada kemudian hari dia curang dengan saya. Lagi haru.



Beberapa minggu jugalah saya kecewa sebab tak dapat masuk Universiti. Sampai satu masa saya rasa bersemangat nak belajar lagi. Saya apply masuk Tingkatan 6. Daripada aliran Sains saya tukar ke aliran Sastera. Masa Tingkatan 6 memang saya dah nekad nak tebus balik kegagalan saya masa SPM dulu. Alhamdulillah saya berjaya. Dapat pointer antara yang tertinggi juga. Kawan baik saya pun sama. Memang gembira sangat masa tu.



Sekarang, bila saya tengok budak-budak yang malas belajar, saya terbayang diri saya waktu dulu. Kalaulah boleh ditayangkan video kehidupan saya dulu pada diorang ni, agaknya baru diorang nak rajin belajar. Tu pun kalau ada kesedaran. Saya kerap cerita pada diorang pasal pengalaman saya masa belajar dulu. Tujuannya nak bagi kesedaran supaya diorang tak menyesal kemudian hari.



Bila bergelar pendidik barulah saya faham macam mana perasaan cikgu saya dulu bila pelajarnya malas dan taknak belajar. Rasa sedih, marah, sakit hati dan buntu menguasai diri. Sampaikan dah tak tau nak buat macam mana lagi. Akhirnya terpaksa membiarkan dan berdoa semoga dia mendapat kesedaran. Cepat atau lambat hanya dia yang boleh pilih.



Alhamdulillah nasib baik saya tersedar awal. Kalau tak agaknya saya tak berjaya macam sekarang ni. Bila jumpa balik kawan-kawan lama takdelah segan nak bercerita kan. Hehe. Kawan-kawan baik saya dulu pun sekarang dah berjaya.



Sebab tu kalau orang bercerita pasal pengalaman SPM memang saya taknak ingat dan takkan kongsi. Saya rasa kehidupan saya bermula daripada STPM. Di situlah saya mula jadi MANUSIA yang lebih baik dari sebelumnya. Masa tu juga saya mula jumpa siapa diri saya yang sebenarnya. =)



Tuesday, March 20, 2012

Makin berisi =)

Orang lain bila badan makin berisi, makin susah hati. Saya plak berat makin bertambah, makin bahagia rasanya. Hehe. Dah terbalik kan.



Maunya tak gembira. Sebelum ni saya berat badan saya tak pernah pun jejak ke angka 50kg. Harap tinggi je lebih. Naik menyampah bila orang asyik tegur badan kurus sangat. Macam orang sakit.



Tapi masa balik kampung masa cuti sekolah baru-baru ni, ramai yang tegur badan saya nampak berisi. Saya apalagi. Senyum sampai ke telinga lah. Masa kat rumah makcik cepat je saya mintak pinjam penimbang. Tengok-tengok rupanya berat saya dah cecah 50.5kg daripada kali terakhir saya timbang dalam 48kg. Wahhh mantap!



Saya tanya hubby saya. Dia tak perasan maybe sebab hari-hari mengadap muka saya kan. Tapi lepas dah berhari-hari baru dia mula nampak perbezaan. Banyak part yang dah makin mengembang. Hahahaa. Serius banyak baju yang rasa dah makin ketat terutamanya tang punggung. Banyak kain baju kurung yang dah sendat. Rasa dah tak boleh nak zip. Sabar jelah.



Tapi sikit pun saya tak risau. Sebab saya dah lama sangat nak rasa badan berisi sikit. Bukanlah gemuk ye. Cukuplah nak comel dan gebu serta sedap dipeluk. Hehehe. Yang makin risau sekarang ni adalah si hubby saya. Jap-jap kang dia belek badan saya. Dia cakap dia risau sangat kalau badan saya jadi macam kakak saya. Hahahaha. Kakak saya memang berisi sikit orangnya. Lagi-lagi anak nak masuk 3 ni. Tapi saya cakap kat hubby, saya akan jaga badan. Sekarang ni pun baru je nak dapat berat ideal.



Apa petua berat badan saya naik? Saya pun tak berapa pasti. Tapi rasanya maybe sebab supplemen yang saya makan. Saya makan supplemen tu belum pun sampai sebulan. Tapi kesannya dah boleh nampak. Sebelum ni saya susah betul nak habiskan nasi sepinggan. Tapi sekarang boleh habis dengan jayanya. Supplemen apa tu kemudianlah saya share ye. Saje nak ngada-ngada sikit. Boleh kan? Hehehe.



Misi saya seterusnya nak dapatkan berat paling maksimum 53kg. Sebab bila saya kira BMI sekarang ni saya dalam kategori underweight. Maknanya tinggi tak sesuai dengan berat. Saya kena tambah berat lagi sikit untuk mendapatkan BMI yang ideal.



Insyaallah. Doakan saya sihat ye kawan-kawan. =)



Friday, March 2, 2012

Mistik!


Adoi sibuk betullah kebelakangan ni. sampai tak sempat nak update blog kesayangan hamba ni. mesti peminat-peminat kat luar sana merindui entri terbaru saya kan. (pffttttt!) actually ni pun masih sibuk nak buat laporan untuk pelancaran Program Guru Penyayang semalam. tapi hati memaksa tangan ni menaip entri baru. so layankan jela. ;)



Tengok tajuk macam saspen. tapi saspen ke? err agak saspen la. tak tau nak mula kat mana.



Baru-baru ni saya dan suami ada buat rawatan dengan Darussyifaa' (DS). saje la nak suruh tengok-tengokkan apa yang patut. yang buat kami tergerak hati nak berubat ni sebab kebetulan biras saya yang dah lama kahwin tapi masih tak dapat anak sekarang ni dah pregnant lepas berubat dengan DS. rupanya ada gangguan dalam badan. wallahualam.



Saya bincang dengan suami. why not kita cuba. bukan rugi apa pun kan. saya pun google no fon DS. then terjumpa no fon seorang ustaz S yang kebetulan tempatnya berhampiran dengan rumah kami. dia merupakan salah seorang perawat di DS.



Saya pun call ustaz S bincang pasal masalah saya dan suami. dalam fon tu lagi ustaz S cakap dia dah rasa lain macam bila dengar suara saya. pastu dia baca ayat-ayat suci Al-Quran. masa tu juga badan saya menggigil dan berdebar-debar. pastu airmata saya meleleh. tak taulah kenapa rasa sedih sangat. saya sedar masa tu tapi tak dapat nak describe perasaan saya.



Hampir 30 minit bercakap dalam fon. then ustaz S pun bagitau esoknya dia nak datang ke rumah saya. saya bincang dengan suami dan setuju.



Esoknya dalam pukul 1 tengahari ustaz S sampai bersama dengan isteri dan anak-anaknya. borak jap dan dia terus minta kami sediakan air mineral yang banyak. bukan air masak ye. tapi air mineral. kebetulan masa tu kami dah sediakan air tapisan daripada paip dalam botol besar. sebaiknya guna air yang masih ada garam mineral.



Bermulalah sesi rawatan pada hari tu. ustaz S membacakan ayat-ayat suci Al-Quran sambil tangannya di atas kepala saya. saya diminta pegang kuat tangan suami. hampir 15 minit berlangsung. masa ni saya tak rasa apa-apa pun.



Lepas tu ustaz S tanya di mana bilik kami. kami pun tunjuk kesemua 4 bilik dalam rumah tu. yang betul-betul digunakan cuma 2 bilik. lagi 2 bilik dijadikan stor dan bilik tetamu. masuk je ke bilik yang dijadikan stor, saya rasa lain macam. berdebar sampai rasa nak pecah jantung.



Ustaz S minta saya dan suami masuk dalam stor tu. ustaz S pun mengalunkan azan. tiba-tiba saya rasa sedih sangat. airmata mengalir macam air paip. sampai teresak-esak saya menangis. suami macam panik sikit. habis azan saya rasa macam ada benda tolak saya sampai terlentang ke belakang. mujur ada suami sambut. ustaz S cakap memang benda tu ada dalam bilik tu.



Bila saya dah ok kami masuk ke bilik tetamu. pun jarang digunakan kecuali kalau family saya datang. masa dalam bilik ni saya tak berdebar sangat. tapi tiap kali lepas azan memang saya akan terjatuh. rasa lemah badan dan macam ada angin tolak. tapi tak sekuat masa di bilik stor.



Pastu naik ke bilik yang saya gunakan khas untuk letak baju kerja dan untuk gosok baju. pun kejadian sama yang berlaku. akhirnya kami masuk ke bilik tidur saya dan suami. mula-mula masuk suami mengadu bulu roma dia meremang. masa ni saya tak rasa apa-apa pulak. pastu ustaz S bagitau dia rasa lain macam masa masuk bilik tidur kami tu. bila dia tengok ada bilik air dalam bilik tu barulah dia faham. yela benda-benda camtu kan suka tempat-tempat macam bilik air.



Masa ni ustaz S azan dan suami saya yang terjatuh. saya tak rasa apa-apa. masa rawatan ni berlangsung saya rasa macam berada dalam dunia lain. tak tau nak jelaskan macam mana perasaan saya. rasa macam di awangan je.



Sebelum ustaz S balik dia ada la minta kami amalkan mandi dengan air garam kasar selama 3 hari berturut-turut dengan air doa tu. dan beberapa petua lain. Insyaallah kami amalkan.



Bila keadaan dah tenang, saya terfikir sebelum ni saya langsung tak ambil kisah pasal hal-hal ghaib ni. memanglah saya percaya benda tu wujud. tapi langsung tak terfikir akan mengalaminya. bila ustaz S balik saya tengok keadaan dalam rumah tu dah lain macam. suram dan seram. huhu.



Masa ni saya dan suami masih lagi terkejut. macam tak percaya dengan apa yang jadi tadi. masing-masing terdiam. tiba-tiba suami ajak kemas baju nak duduk rumah mak mertua. dia tak berani lagi nak duduk kat rumah tu. saya pun terus setuju. saya rasa mungkin itu untuk kebaikan kami juga. yelah rumah besar tapi duduk 2 orang je. kadang-kadang bila tinggal sorang memang saya rasa takut.



Hari tu jugak kami pindah ke rumah mertua. barang-barang masih lagi di rumah sewa. kami bawa kain baju dan barang-barang dapur je. dahlah pagi tu baru je kami beli barang-barang dapur. semua kena diangkut ke rumah mertua. takpelah. yang penting saya tenang.



Memang ada yang kata saya ni terlalu percaya sangat dengan benda-benda camtu. ada yang kata saya percaya dengan benda khurafat. Astaghfirullah. saya akui saya percaya benda tu wujud. dan tak mustahil benda tu boleh mengganggu kita. saya anggap ni salah satu usaha saya untuk kebaikan. dan sebenarnya inilah pertama kali saya berubat cara tradisional. sebab selama ni saya lebih percayakan perubatan moden.



Walau apa pun cara atau usaha yang kami buat, insyaAllah saya masih berbalik pada Dia. Allah yang tentukan segalanya. saya hanya merancang dan berusaha. selebihnya Dia yang berkuasa.



Saya dan suami anggap ni dugaan buat kami. saya sedar mungkin ini sebagai salah satu peringatan buat saya dan suami supaya lebih dekat dengan-Nya. yelah ke mana lagi tempat untuk kita mengadu selain dari Allah SWT. selama ni mungkin saya lalai dan leka dengan kehidupan sendiri. inilah masa dan saatnya untuk saya berubah ke arah yang lebih baik. Insyaallah.



Sekarang misi utama saya nak cari rumah sewa lain yang lebih kecik. kalau boleh nak ada 2 bilik je. say no to double storey. hehe. so far ada beberapa buah rumah yang ada kekosongan. ikutkan mertua saya nak sangat kami duduk dengan dia tapi saya rasa macam segan pulak. yelah pegi kerja ada orang siapkan sarapan. balik kerja ada orang hidangkan makan. saya segan sangat. lagipun suami yang cadang untuk cari rumah sewa lain.



Saya ikut mana yang baik. tiba-tiba rasa menyesal pulak beli rumah besar-besar. even bukan 2 tingkat tapi ada 4 bilik. hmm takpelah. ustaz S pun ada cakap kalau kat rumah ada banyak bilik dan tak digunakan, sebaiknya bersolatlah dalam setiap bilik tu. dan letak ayat-ayat Al-Quran seperti Ayat Kursi dan sebagainya.



Alhamdulillah sekarang saya makin tenang. kalau sebelum ni saya agak trauma sampaikan rasa tak selamat kat mana-mana saje. hati sentiasa berdebar. tapi sekarang dah makin ok. terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang tak berhenti bagi sokongan pada saya.



Saya cerita hal ni pada family saya. rasa bersalah pulak sebab buat mak ayah saya susah hati. masa mula-mula dapat tau mak saya menangis risaukan saya. sampaikan nak datang jumpa saya hari tu jugak tapi ayah pujuk cakap saya ok. sekarang hampir setiap hari mak akan call tanya keadaan saya. saya pulak rasa sedih. buat saya makin tak sabar nak cuti dan balik jumpa family saya. ;(



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat