Wednesday, December 9, 2009

~~Penyakit M.A.L.A.S.~~

Emmm dah lama aku tak update blog ni...tahla apa yang pasti aku dah dijangkiti penyakit MALAS....bila penyakit ni dah datang memang payah nak sembuh...makanlah ubat apa pun belum tentu boleh baik...dalam kehidupan aku sendiri pun aku tak nafikan yang aku mempunyai lebih sikap pemalas lebih dari suami...buruk kan kalau perempuan pemalas...hehe...tapi malas-malas aku pun aku tetap jaga makan minum suami aku...setakat ni belum pernah lagilah suami aku kebuluran sebab aku tak masak...apa-apa hal pun aku tetap dahulukan suami aku...

Bila penyakit MALAS ni datang, aku lebih suka terbaring atas sofa sambil tengok TV sampai tertidur...biasanya time suami aku takde or masih kat sekolah lagi...sebabnya kalau dia ada kat rumah, dia akan kacau aku tidur sambil mulutnya membebel suruh aku bangun...bila dia takde aku rasa lega sangat sebab boleh terbaring macam ular sawa kekenyangan...hahaha buruk kan perangai aku?alaa sementara belum ada anak nilah aku boleh malas...bila dah beranak pinak nanti confirm tak cukup tidur...betul tak?

Walau apa pun, sebaik-baiknya buangla penyakit MALAS ni...sekali sekala malas takpe...tapi kalau dah tiap hari malas baik jangan jadi orang...jadi je macam beruang panda kat atas tu...nak tidur 24 jam pun takde siapa nak marah...kalau nak rasa malas pun pastikan nasi dah masak, rumah dah kemas, baju dah jemur...kalau semua tu belum settle lagi, jangan beranganlah nak malas-malas...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat