Hai again. ;)
Sebenarnya me banyak keje gak ni. tapi hari ni rasa malas sangat. bila dah banyak sangat keje, sampai tak tau nak mulakan yang mana satu. semuanya penting. so keputusannya, takyah buat dulu. fikir dulu baru buat. boleh gitu? hahaha.
Sebenarnya mood nak buat keje ni terbantut seketika setelah sorang kawan me menyerahkan booklet berkaitan dengan pakej pelancongan dalam dan luar negara. serius terus bersinar-sinar mata me tengok harga pelancongan yang me rasa sangat affordable. terus rasa macam nak balik sekarang gak nak tunjuk kat hubby pastu terus kemas beg. what the fish???
So, punca kenapa me rasa malas nak buat keje dah terjawab di sini. sila salahkan kawan me tu sebab bagi booklet ni masa bekerja. marah dia! marah dia!
Sambil tulis entri ni pun booklet tu masih lagi depan muka me. pilihan utama mestilah ke Bali. pakej honeymoon gitu. sebelum ni pun dah ade plan dengan hubby nak ke Bali sebab kawan me cakap besstttttt sangat. tapi pakej yang dia ikut tu mahal sikit berbanding yang ini. camne la me tak teruja kan. kawan me yang sorang tu pun harus dipersalahkan di atas keterujaan me ni.
Selain daripada Bali, pilihan lain yang best macam Danau Toba di Indonesia (sebelum ni hubby penah tanya me tau tak Danau Toba tu katne. me dengan konfiden jawab kat Sarawak! hahaha. gile failed Geografi dulu). pastu kalo nak jauh sikit leh pegi Beijing or Guangzhou kat China. pakej serius murah-murah. memang berbaloi la kalo pegi dengan family.
Eh, tetiba me rasa entri ni macam nak promote pakej pelancongan plak ek. hehe, ampun. teruja melebihi batasan. gini la jadinya. balik nanti confirm hubby tak larat nak melayan keterujaan wifenya yang makin menjadi-jadi ni. hadoi!
Kalo ade sesapa yang tau pakej pelancongan murah-murah silalah suggest ye. anda dialu-alukan untuk menambah keterujaan me ni. kalo tetiba esok kuar tajuk depan paper "isteri diterajang suami akibat memaksa pegi melancong", memang salah korang la ek. ;D
alaa nak bercuti jugakkkk...jom dila jom jom...
ReplyDeletehehe jom hany jom...tgh survey tempat2 yg best nak berhanimun ni...hehe...
ReplyDelete