Monday, February 28, 2011

Bila rindu ku sebut namamu!

Salam. hai kawan-kawan.



Lamanya tak update entri baru. tahla sejak dua menjak ni takde mood langsung nak buat entri. ditambah plak dengan keje yang semakin menimbun-nimbun. bila sempat online pun cuma untuk blog-walking je. sebab hati tak tenang bila tak baca cerita baru kawan-kawan. ;)


Macam hari ni, pagi-pagi pun dah terasa lemau je. lagi-lagi bila tengok keje-keje yang banyak ni. Ya Allah, kenapa lah ada perasaan camni dalam diri aku? kan best kalau setiap hari sentiasa bermotivasi nak bekerja. hmmmm. ;(



Bila mood tak ok camni, paksalah diri macam mana sekalipun untuk tulis entri. confirm tak menjadi. automatik otak jadi beku. tapi apa jadi? me paksa diri gak untuk tulis satu entri. kononnya nak bagi kawan-kawan hilang rindu. tapi ada ke yang rindu? 



Ahhh malas nak fikir. bila mood macam ni, ubatnya kena duduk bersendiri. tenangkan fikiran, rehatkan badan. takut bila bercampur dengan orang nanti ada plak yang terasa hati bila tengok muka macam tenuk lama tak mandi.


Nama je cikgu kaunseling. bila jadi macam ni, cikgu kaunseling yang kena di-kaunseling. ingat apa? cikgu kaunseling ni ultraman ke boleh setel semua benda? semuanya hanya pada nama. pokok pangkal tetap manusia biasa.



Nak tunggu mood tiba. tapi bila? nak taknak kena gak mulakan buat keje. kalau taknak keje menimbun sampai penuh meja. boss seru nanti nak sorok mana? bawah meja? jangan sampai kena buang keje.



Semua duk tertunggu-tunggu cerita di sebalik tajuk entri. nampak macam best ada unsur romantik ala movie. tapi sebenarnya tu cuma penyeri. nak suruh ramai-ramai pakat mari. sumpah tajuk takde kena mengena langsung dengan entri. sengaja penulis ngada-ngada nak beri. ada sape-sape tak puas hati? meh datang sini me belanja makan mee kari.



Entri tamat. tension yang amat!



1 comment:

  1. kakD pun sama bz jg sejak kebelakangan ni...sibuk dgn blogshop

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat