Wednesday, June 22, 2011

Selera mati tiba-tiba

Hai again.



Bila time malas nak update blog, 1 entri sehari pun payah. tapi bila dah mula panas enjin, 1 entri mana cukup. hehehe.



Eh, aku nak tanya sikitlah kat korang. korang pernah tak alami apa yang aku alami sekarang ni? pernah tak? pernah tak? eh, belum bagitau lagi ek. hehe.



Aku sekarang ni kan tetiba je boleh hilang selera tau. on the spot. sekelip mata je. korang bayangkanlah dalam keadaan aku lapar gila tak sabar nak melahap, baru makan beberapa suap terus rasa dah tak boleh nak makan.



Contohnya malam semalam. petang tu dah siap-siap masak untuk makan malam. menu simple tapi hasilnya memang marvelous lah. sila puji masakan sendiri. aku masak telur dadar kuah kicap, sayur sawi sos tiram dengan sambal tempoyak. wahwahwah, sejak jadi isteri orang pahang ni tekak boleh tahan ye. hehe. malu.



Malam tu pas isyak terus rasa berkobar-kobar nak makan. hubby pun same gak. sebab tu memang makanan feveret dia lebih-lebih lagi sambal tempoyak tu. dah hidang-hidang sume, Bismillah terus ngap! kalo tak silap aku baru 4,5 suapan, aku terus rasa dah tak boleh nak makan. terus rasa muak dan kenyang. pelik.



Tapi memandangkan tak elok membazir, aku paksa gak makan sampai abis. tapi terkulat-kulat gaklah. tu pun paksa telan dengan air. pas makan terus rasa nak termuntah balik tapi tahan je. rugi woo.



Pagi ni plak berlaku kat kantin. nak breakfast. pagi-pagi dah terbau nasi lemak yang wangi tu. perut pun dah berkeriuk mintak diisi. baru makan 3,4 suapan, perkara yang sama gak berlaku. terus mati selera. kali ni langsung tak boleh nak bagi abis nasi tu. terus stop. padahal tadi bukan main lapar lagi. pelik.



Bagi aku benda ni memang agak peliklah. sebab tak pernah lagi jadi camni kat aku. biasa kalo takde selera nak makan, memang dari awal lagi tak rasa nak makan. ni tengah sedap-sedap makan terus stop. bengang gaklah. dahlah lauk sedap kan.



So, korang boleh tak menghuraikan kepelikan yang melanda diri aku sekarang ni? manalah tau korang pernah alami kan. =)



8 comments:

  1. pernah gak jadi macam tu. perut lapar gile tapi nak sumbat makanan tak boleh. selalu jadi kalau tengah susah hati. kalau paksa gak, rasa nak tekeluar balik makanan. last2. membazir macam tu jek kena buang.

    psstt... tah2 pregnant tak?

    ReplyDelete
  2. adakah anda mengandung?hohohohoho..kwn kakD pun pernah jadi mcm tu..pastu chek2 dia mengandung....

    ReplyDelete
  3. nazhatul :

    tulah kan...tp masalahnya aku tgh x susah hati plak...hehe...tgh happy je...aminnnn mudah-mudahan masin mulut ko... =)

    ReplyDelete
  4. kakD :

    hohohohoh...aminnnn mudah-mudahan impian jadi kenyataan... =)

    ReplyDelete
  5. diela...su pn fikir cm diaorg fikir..kot2 pregnant tu....baik cek....;)

    ReplyDelete
  6. sue :

    awal lagi kot nak cek...biarla dulu...taknak mengharap apa2 pun...kalo ada rezeki Alhamdulillah...sue doa-doakan ye... =)

    ReplyDelete
  7. diela, sue sntiasa doakan..

    bila nk update ni..hr2 i buke u nyer blog..tp xb'update..seday nyer..hehehe

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum cikgu diela,

    wah! tak sangka MDT dpt bertemu secara maya dgn cikgu smksk.. :)

    byk kenangan silam di sekolah tu..especially from 1990-1992 [form 1-form 5]

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat