Tuesday, July 19, 2011

Cepat!

Salam semua.



Lamanya tak update blog kan. sampai dah bersawang pun. almaklumlah kerja hakiki perlu diutamakan. tak gitu? hehe bajet rajin.



Ni pun sebenarnya me masih takde masa & mood nak berblogging. jap lagi ada relief class plak. tapi disebabkan ada yang dah terlalu rindu nak baca entri baru blog ni, maka me korbankan rasa malas ni. cewah!



Actually me cuma malas nak update blog je. tapi blog kengkawan lain setiap hari wajib jenguk ok. suka baca entri baru orang lain. tapi diri sendiri nak taip entri baru, halahai! bercinta rasanya. me betul-betul kagumlah dengan blogger yang boleh taip berbakul-bakul entri tiap hari. mood untuk berblogging tu sentiasa ada je. memang salute habisla.



Maybe diorang kejarkan trafik kot. pastu takut pembaca setia lari. masing-masing ada sebab sendiri untuk berblog kan. macam me sendiri, niat nak berblogging ni sekadar suka-suka. dapat share cerita dengan kawan-kawan, dapat meluahkan perasaan terpendam yang tak berani nak luahkan kat tuan badan. huhu.



Sambil-sambil tu dapatlah kenalan baru. syok kan bila tiap entri kita ada je yang datang komen. rasa dihargai sangat. walaupun cuma beberapa kerat je yang sudi meng-komen, tapi me tak kisah. sebab me tau kalo entri kita best, takde double standard, memang orang akan datang baca. pastu nak komen or taknak, terserah. hak masing-masing kan. me sendiri pun kadang-kadang je komen entri orang lain. bila datang time malas, jawabnya baca jela. hehe.



Yela kan, macam tak best plak kalo kita nak suruh-suruh orang komen kat blog kita. macam paksa plak kan. biarlah setiap komen tu datang ikhlas dari hati kalian.



Lagi satu bab follow-memfollow. selalu yang me jumpa dalam shoutbox ayatnya camni. " i dah follow u. plssss follow me back ye". dia punya plsssss tu ibaratnya macam tengah melutut depan muka kita merayu suruh follow blog dia. kelakar kan? kenapa perlu risau orang taknak follow blog awak. kalo blog awak best, takyah ajak pun ramai yang serbu. bila jadi camtu kita nak follow pun rasa dah tak ikhlas. yela masing-masing ada citarasa sendiri kan. last-last follow gaklah sebab kesian. haru.



Macam me sendiri, me follow blog yang me rasa me akan ikuti setiap masa. tak guna kalo kita just follow tapi pastu langsung tak tau khabar berita. macam tak adil kan. setakat ni blog yang me follow memang me ikuti setiap hari. kiranya blog tu betul-betul berjaya memikat hati me la. me suka blog yang ada unsur humor di dalamnya. takdelah 24 jam serius sampai berkerut dahi membacanya.



Eh oklah. syok plak menaip sampai tak sedar nak kena masuk relief class. lain kali kita cerita lagi ek. daaaa. ;)


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat