Tuesday, January 17, 2012

First Surgery Part 2

Sambungan First Surgery Part 1



Nampaknya entri sebelum ni mendapat sambutan hangat. tak sangka u. hehehe. mesti ada yang panas hati je tengah syok-syok baca pastu sambung episod lain plak kan. sabar ye.



Ok, sambung.



Sebelum aku pengsan tu pakar bius ada terangkan pasal prosedur yang dia akan buat masa aku tidur nanti. dia bagitau lebih kurang camnilah, 'bila awak tidur nanti saya akan masukkan 1 tiub dalam tekak awak untuk bagi oksigen. tu alat bantuan pernafasan. then bila dah siap saya akan kejut awak. selagi awak tak buka mata saya takkan cabut tiub tu. maybe awak akan struggle sikit masa saya tarik tiub tu. ok?'



I was like, 'what? sooooo scaryyyy.' sempat lagi fikir, 'alamak, macam mana kalo aku tak sedar, macam mana kalo aku lemas nanti, macam manaaaaa????' masa tu takkan ko nak lari keluar bilik bedah tu kan. nak taknak terima jela.



Aku tersedar masa tu aku rasa katil aku tengah ditolak masuk balik dalam wad. masa ni memang tengah mamai gila. ternampak samar-samar muka hubby kat sebelah. yang pasti, jelas dan nyata aku dengar masa tu hubby cakap, 'nak ambil gambarlah'. dushhh! nasib baik tangan aku tak kuat nak tumbuk dia. hahahaha. sempat lagi dia nak ambil gambar aku tengah macam orang mabuk camtu.



Pastu slowly aku mula sedar. masa ni aku tak fikir langsung nak cek kat mana dokter operate. aku bayangkan dia cuma masukkan alat scan tu melalui bawah. tapi aku rasa sakit kat bahagian perut. aku fikir maybe kesan daripada dokter jolok kot. aku cuba nak bercakap dengan hubby. tapi apa aku cakap pun aku tak paham. hubby lagilah. boleh dibantainya gelak. sabo jelah.



Masa ni cuma hubby yang temankan aku. family aku yang lain kat rumah. aku pun bagitau diorang yang ni cuma minor operation. sebab tu diorang pun rilek je. kalo major operation sekalipun kalo boleh aku taknak bagitau mak ayah aku. taknak diorang risau. sedangkan aku buat ni pun dia dah bising-bising.



Dalam 30 minit after operation aku dah mula rasa segar. tapi kepala masih berpusing. nurse cakap tu kesan daripada ubat bius. aku akan rasa mual nak muntah. memang betul. tak lama pastu tetiba je rasa nak bluwekk. tak sempat tadah apa-apa. aku muntah kat tepi katil. air je yang keluar. sebab dari tengah malam aku kena puasa.



Lepas dari tu beberapa kali muntah. tapi muntah angin je. perut lapar tapi nurse tak bagi makan lagi. takut muntah makin teruk. nurse suruh hubby balik dulu sebab nak bagi aku rehat. kalo aku tak ok hari ni aku tak boleh discharge. no no! aku nak balik gak. taknak tido wad. so aku suruh hubby balik and bagitau family aku.



Aku cuba nak tido tapi tak boleh. rasa sakit kat perut makin kuat. berdenyut-denyut. maybe ubat bius dah habis. lama sangat terlentang buat pinggang aku sakit. aku gagahkan gak badan nak mengiring. tu pun tak boleh lama. semua serba tak kena. dahlah tak boleh letak bantal kat kepala. aku curi-curi letak pun kena tegur dengan nurse. katanya pas operate tak boleh pakai bantal. yeke?



Jap-jap loya. jap-jap muntah. camnelah aku boleh tido kan. memang azab betul rasanya. tiba-tiba rasa nak terkencing. alamak camno ni? aku tekan button panggil nurse. nurse papah aku masuk toilet. nasib baik toilet sebelah katil je. masa ni dah takde rasa malu dah dengan nurse tu. rasa sakit je. masa kencing adoiii pedih. aku tanya nurse kenapa pedih. dia cakap masa operate memang dokter masukkan tiub kat saluran kencing. mak aihhh! ngeri plak dengar.



Dalam pukul 2 petang camtu hubby datang. ingatkan dia sorang je. rupanya family aku pun ada sekali. mak aku terkejut sebab tengok aku macam teruk sangat. mak aku tanya kat mana operate? entah! aku tak tau. mak aku pun selak-selak baju aku. ohhh kat bawah pusat ni haaa. ada 2 tebuk. aku macam 'haaa? kena tebuk ke? dokter tak cakap pun.' then aku raba-raba kesan operate yang dah diplaster tu. hmmm patutlah berdenyut-denyut. ingatkan takde tebuk.



Family aku jenguk jap je sebab diorang nak pegi kenduri kawin kawan ayah aku. so hubby yang teman aku. muntah masih tak stop lagi even muntah angin je. hubby siap bawak roti, air segala bagai. tapi aku tak berani nak makan. lastly ada sorang nurse ni macam marah aku sebab aku tak tido. patutnya lepas operation kena rehat dan tido. nak tido camne dik non oiii. dengan sakitnya, dengan loyanya. adoiyaiii!



Aku paksa-paksa gaklah mata bagi pejam. dapatlah tido beberapa minit. dalam pukul 4 petang family aku datang lagi. baru balik kenduri kawin. dalam 15 minit je pastu diorang balik. masa ni hubby dah sibuk tanya nurse bila boleh discharge. nurse kata apa-apa hal kena tunggu dokter dulu. kalo keadaan still teruk aku memang tak boleh balik.



Bila aku asyik muntah nurse masukkan ubat tahan muntah. ingatkan dah nama ubat tahan muntah takdelah aku muntah lagi kan. rupanya sama je. kali ni bukan muntah sebab ubat bius tapi sebab perut dah masuk angin. dalam pukul 5 lebih camtu aku salin baju. padahal dokter tak datang cek lagi. tapi aku rasa macam dah segar.



Hubby siap pesan lagi. 'nanti kalo dokter datang cek sayang buat muka segar tau. jangan buat muka sakit. kang tak boleh balik.' hahahaha. nak gelak tapi kena cover sebab sakit perut. hampir-hampir Dr. Luckmal nak datang aku muntah buat kali terakhir. kali ni kuar air kuning pahit. rupanya tu ubat tahan muntah yang nurse masukkan dalam tangan aku tadi. nasib baik dokter takde lagi. kalo tak mesti tak bagi balik.



Masa dia datang cek aku dah duduk kat tepi katil. nampak sangat tak sabar nak balik. dokter macam ' eh, awak dah ok ke? dah kuat? kalo tak kuat lagi tak boleh balik ye.' aku pun ' saya dah ok dokter. dah tak muntah dah.' padahal kalo dia dekat dengan aku confirm boleh bau muntah. hahahaha.



Then dokter proceed bagi balik. yeyyy!! hubby setelkan segala tok nenek bil. macam yang dibagitau oleh Dr. Luckmal sebelum ni kos semua dalam RM2k. tetiba ada 1 resit lain. bila aku cek-cek rupanya sempat lagi diorang berniaga panty-liner herba kat aku. ingatkan free. huhu.



Terbongkok-bongkoklah aku berjalan naik kete macam nenek kebayan. masa ni dah dekat maghrib. sampai rumah je terus cari air masak. haus sangat. nasib tak muntah lagi. akak aku sms tanya nak makan apa. patut ke aku mintak nasi goreng kampung? hahaha. kena bebel jap dengan akak aku. lastly dia belikan bubur untuk aku. yelah even luka kecil pun pantang tetap kena pantang kan.



Tapi nak kata pantang beria sangat tu taklah. cuma telur dengan makanan yang gatal-gatal tu memang tak makanlah. yang lain semua aku bedal. dah dapat green light dari big boss kan.



Malam pertama sampai malam ketiga memang aku susah nak tido. nak mengiring pun susah. macam-macam posisi aku buat tapi tetap tak selesa. beberapa hari tu memang aku melepek jelah siang malam. tak larat sangat nak berjalan. ada sekali tu kalo tak silap aku malam ketiga or keempat. aku gatal sangat nak ikut family aku kuar makan. balik-balik je rasa sakit yang amat. pastu terus tak berani nak keluar lagi.



Eh, aku lupa nak bagitau apa result hasil scan tiub fallopio aku tu. haisshhh isi penting pun leh lupa. sebelum balik tu Dr. Luckmal bagitau aku tiub aku dua-dua ok takde masalah. cuma dia dapat kesan ada 3 biji cyst kat salah satu ovari aku. aku tak tanya plak belah mana. masa ni aku terkejut gak. tapi dokter cakap dia dah pecahkan cyst tu. maybe effect daripada pengambilan ubat clomid (subur). dia mengaktifkan cyst tu. mujurlah dapat kesan awal. tapi dokter cakap semua tu normal.



Aku risau gak kan kalo pasni bila aku makan clomid akan ada lagi cyst yang tumbuh. setakat ni dah 3 kali aku makan clomid dengan dos yang berbeza. maybe tu kesannya kot. tapi apa-apa pun aku lega sangat bila dah confirm tiub fallopio aku takde masalah. aku ada gak tanya dokter apa yang menyebabkan tiub tu tersumbat. dia bagitau biasanya akibat jangkitan kuman. contohnya macam sekarang ni aku cek normal, tapi tak mustahil akan datang tiub aku boleh tersumbat sebab jangkitan kuman.



Seminggu pastu aku datang appointment dengan Dr. Luckmal. untuk cek telur. masa period sebelum tu memang aku diberikan ubat clomid. bila cek ada 2 biji telur yang matang. sebiji kiri, sebiji kanan. so dokter syorkan aku dan hubby buat prosedur IUI plak.



Nak tau pengalaman aku buat IUI? macam biasalah. next entry. jangan marah haaaa. ;)




7 comments:

  1. diela, clomid tu bleh aktifkn cyst eh...hurmmm

    ok, xsabar tunggu next episod ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm itu yg dokter bagitaulah...tapi maybe ada sebab lain gak kot...bergantung pd kondisi tubuh seseorang...yg penting hany jgn takut ambil ubat clomid tu ye...maybe x semua akan jd camtu...
      ok harap sabar menanti entri seterusnya ye... ;)
      tenkiu for being a loyal reader... ;)

      Delete
  2. waduh2 sambung lg lo....cepat2 buat homework tau nanti kena denda lak dgn cikgu besau....hehehehhe...

    ReplyDelete
  3. Diela..su hari ni ade appmnt ngn gynea..then dr bg clomid..takut la plak nk mkn nih..kan xpsl2 ade cyst lak..n x sbr tggu entri buat IUI lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn takut sue...lain org lain kesannya...semua atas body kita...maybe its the best way for u...ada kawan org lama gak takde anak...pas makan clomid trus pregnant...rezeki masing2...x salah mencuba...clomid tu utk matangkan telur kita...dont worry...doa byk2 mintak pada Dia...gud luck sue! ;)

      Delete
  4. Wish me luck..sya baru nk buat iui

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat